Thursday, September 20, 2012

Jangan Pernah Salahkan Takdir




Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah sekali lagi DC berpeluang menarikan jari jemari di atas keyboard dengan rahmatNya,InshaAllah.Jangan pernah salahkan takdir,DC memilih tajuk ini kerana baru terlihat status seorang sahabat.Dia bertanya tentang takdir,ramai juga yang memberi komen dan sebagainya,tetapi DC rasa ada yang salah apabila seorang sahabat mengiyakan apabila si pengupdate status mengatakan "memang tidak adil".Perlukan perkataan itu wujud?Sedangkan seperti yang kita tahu,Allah itu Maha Adil.Mereka kata,"jadi?memang hidup kita ini berlandaskan takdir je?tak adil.Maaf sahabat,bukan tidak adil,tapi Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.InshaAllah entry ini untuk sahabat-sahabat dan DC sendiri.




"Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari
azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian
seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam
semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti
dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang
telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen
perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini
tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan
bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga
tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan
telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.
Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang
pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang
lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari
azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi
hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru,
hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk
manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di
dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: "Imam Al-Khathabi telah berkata:
'Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan
manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya
pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah
berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku
berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan
mempengaruhi kehendak hamba itu."

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan
beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: "Mengapa
kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke
atas diri saya." Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau
terus berkata: "Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong
tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa
hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong
tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya,
manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak
takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan
oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir
makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat
dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar
Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia
sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: "Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?' Omar ra menjawab: "Aku lari
dari takdir Allah kepada takdir yang lain." (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia
malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya
sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari
ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi
telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah
yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia
benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin
berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal
ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman:
"Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu." (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau 'takdir yang pasti' dan
mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali
juga sebagai takdir mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40
Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh,
jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau
sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah
umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki
neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke
dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: "Allah menghapuskan apa
yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya
terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata:
"Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan."
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan
amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang
boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali
perbuatan yang baik." (TIrmIzi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini
ketika bertawaf: "Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di
dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang
celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam
golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan."

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang
betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai
pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk
mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah
tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia."

Wallahualam,

Saturday, September 15, 2012

Cubitan DariNya

Assalamualaikum w.b.t 


Alhamdulillah setelah sekian lama DC meninggalkan teratak SKSH akhirnya ada jua insan-insan yang mengingatkan DC.Mungkin kalian rindu akan entry-entry yang DC catatkan disini( perasan jap.hihi).
Alhamdulillah wa syukurillah akhirnya dapat jua DC coretkan disini,mungkin tak banyak tetapi cuikuplah ia sebagai pengubat rindu buat kalian.


Sekarang DC sedang dicubit olehNya,DC perlu mengagihkan masa dengan baik.Untuk pengetahuan kalian,insan yang selama ini mencari wang buat kami sekeluarga telah terlantar di katil Hospital Serdang hampir sebulan.Insan yang DC maksudkan adalah abah.Seorang ayah yang sangat tabah orangnya.Tak pernah sekalipun mencubit DC dan adik beradik apabila kami melakukan kesilapan tetapi hanya tersenyum dan memberi kata-kata hikmahnya.Kini kata-kata hikmah tidak lagi keluar dari mulutnya,abah dah tak seperti abah yang DC kenal dahulu.Ingatannya kini kian lusuh.Abah gagal membaca seperti orang yang normal.Kadang-kadang DC melayan karenahnya tergelak terseyum keseorangan,dan DC akui dalam senyuman kadang-kala menitis airmata melihat orang yang kita sayang jauh berbeza.Abah yang selalu tersenyum tergelak apabila DC buat lawak walaupun tak lawak,amat merindui waktu itu.Subhanallah.
Errr Hmmmm Allah tak tahu nak tulis apa dah. (T_T),speeeeeeechhhleeesss lahhhh ! errr




Sekinchan | Syawal 01 | Abah

Wednesday, June 22, 2011

Menulis Kerana Agama Bukan Kerana Nama

Assalamualaikum wbt

Manusia sekarang suka apabila dipuji,tapi memang sudah ianya menjadi lumrah kerana siapa yang suka pabila dikeji.Puji dan keji sesuatu perkataan yang jauh berbeza walaupun bunyinya lebih kurang sama.

Puji adalah suatu kata-kata yang baik dilontarkan kepada seseorang yang tertentu tentang dirinya atau sesiapa sahaja.Manakala keji adalah suatu kata-kata yang hina.Jadi jika DC pun DC memilih untuk dipuji.

Tetapi sedarkah kita dalam pada masa yang sama dengan pujian itu membuatkan kita angkuh?DC percaya anda yang sedang membaca blog SKSH ini juga punya blog tersendiri,paling kurang pun nota di facebook.

Dengan ilmu yang kita ada,kita cuba mengarang artikel,manusia pula masing-masing turut "like" artikel yanng dikarang oleh kita,dan kita ketika itu? Cuba renungkan.Moga perasaan bangga tidak wujud dalam hati kita.InsyaAllah

Sering juga DC dengar dan perhatikan,"orang kata kalau buat blog berunsurkan dakwah,islamic orang ramai tak view.Apakata kita buat blog berunsurkan porno seks dll.Mesti orang suka,mesti ramai view".Khusyuk telinga DC mendengar perbualan dua orang lelaki ini.

Dalam hati DC terdetik,adakah kita menulis kerana nama?dan bukan kerana agama?Adakah menjadi suatu kesalahan jika hanya seorang yang baca blog kita tentang ilmu,dakwah yang bermanfaat dan dia amalkan apa yang dia baca serta apa yang dia tidak tahu selama ini tentang islam dia tahu?Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak insyaAllah pahala akan kita perolehi.

Atau kita mahukan ramai orang baca blog kita,ramai orang follow blog kita kononnya blog kita best terbaik sedangkan ianya diisi penuh dengan lagha?

Anda fikirkan kembali apa tujuan kita sebenar-benarnya sebelum anda mewujudkan blog anda.

segala yang baik datang dari Pencipta segala yang buruk dtg dari yang dicipta.

Thursday, April 28, 2011

Apabila Ia Menjadi Satu Kebanggaan

Bismillahirahmaniraheem.

Assalamualaikum wbt buat tatapan semua pembaca SKSH.Maaf dipinta andai ketidak'update'an teratak ini membuat pembaca tertanya-tanya kemana hilangnya DC?Bukan niat ingin bersembunyi cuma sesekali ingin menyendiri mencari dimana silap diri.

Bila membaca tajuk entry kali ini,apa yang bermain difikiran kalian?Adakah ia berkenaan kebangaan menjadi rakyat malaysia?Adakah kebanggaan menjadi juara?Atau mungkin kebanggaan dengan kepandaian yang hanya dipinjamkan oleh Allah SWT?

Jika itu yang bermain difikiran kalian,ternyata kalian salah mentafsir!Ya memang manusia itu selalu salah mentafsir,mentafsir hanya menggunakan akal fikiran yang cetek tidak mahu membuat rujukan mencari kebenaran.Kebenaran itu harus dicari bukan ditunggu kerana jika ditunggu kita diperdaya.

Apabila Ia Menjadi Satu Kebanggaan bagi umat islam menggunakan halaman sosial *MukaBuku* berkenaan In relationship with ********.Adakah ia budaya ummat islam masa kini?Remaja-remaja yag dikasihi Allah sekalian,tujuan ika menulis bukan hendak memperlekehkan serta merendahkan maruah kalian cuma ingin mengingatkan kerana kita bersaudara.

Sekadar gambar hiasan (kredit untuk Danish Irfan,FruitSon DC.hehe)

Sedarkah anda bahawa laman itu bukan dimiliki oleh orang islam?Tidak pernahkah terlintas difikiran kalian bahawa mereka sedang memperdaya kalian dengan teknik yang sangat halus sehingga ramai yang sudah terpedaya.Sewenang-wenangnya si lelaki mengungkap kata rindu di wall si wanita juga sebaliknya.Si lelaki bergelak ketawa apabila berjaya memikat wanita dengan ayat-ayatnya yang manis dan si wanita terpedaya dengan ayat-ayat cintanya tanpa sikitpun si lelaki ini sedar bahawa dia juga sedang terpedaya dengan bisikan syaitan dan syaitan itu juga bergelak ketawa apabila kedua mereka terpedaya oleh syaitan.


Sahabat-sahabatku,bukankah islam mengajar kita bahawa tidak mengheboh-hebohkan hal pertunangan,kerana apa?pasti ada sebabnya,Allah tidak akan membuat sesuatu tanpa sebab kerana Allah itu MahaBijakSana,Maha Adil,Maha Segala-galanya.Hal pertunangan jangan dihebohkan takut akan timbulnya fitnah atau malu jika tidak bernikah di akhir perhubungan.

Jadi macam mana pula kalian yang sedang ber'couple' ini?Adakah boleh membuat terang-terangan seperti yang kalian lakukan di laman sosial *MukaBuku* itu?DC yakin bahawa kalian pasti tahu akan jawapannya,jawapan ada pada hati kalian.Atau mungkin kalian tahu tetapi sengaja buat-buat tidak tahu hanya menanti orang memberitahu?Supaya dapat melepaskan diri dihadapan Allah Swt kelak untuk menjawab dengan sewenang-wenangnya apabila ditanya kalian akan terus menerus menjawab "Aku Tidak Tahu"? Kalian tidak akan dapat berselindung walau sebesar zarah mana pun yang terlintas di hati-hati kita kerna di dalam 99 sifat Allah,adanya 1 sifat iaitu Allah Maha Mengetahui.

Bukan DC mengatakan *MukaBuku* itu salah tetapi kita yang salah.Sahabat-sahabatku,setiap sesuatu pasti ada baik dan buruknya bukan semuanya baik dan bukan semuanya buruk.Ya setiap orang berbeza pendapat,berlainan cara berfikir.Mungkin bagi mereka *MukaBuku* tidak perlu di sign up dan macam-macam lagi.Itu DC tidak menghalang kerna masing-masing boleh berfikir secara rasional jika anda mampu membaca entry ini,tentu sahaja kalian seorang yang bijak jika mampu melayari internet.Pelbagai andaian orang boleh buat,seperti orang yang sedang memandang dari tingkap yang sama tetapi memerhatikan sesuatu yang berbeza contohnya si A memandang ke arah sebatang pokok,si B memandang ke luar tingkat kosong menembusi segala apa yang diluar tingkap,si C memandang ke arah rumah dihadapanya,si D memandang ke arah wanita yang baru sahaja melewati rumahnya,betul kan ?

Sekadar gambar hiasan

Bagi DC,*MukaBuku* ada baiknya dan ada buruknya,jika kita seorang cikgu mungkin boleh menambah anak-anak muridnya untuk terus berhubung dengan anak-anak muridnya jika anak muridnya tamat persekolahan.Bagi ibu bapa mungkin membuat akaun *MukaBuku* untuk melihat kelakuan anak-anaknya yang sebenar.Bagi si pendakwah si pakar motivasi mungkin untuk melihat anak muda zaman sekarang,mungkin itu salah satu cara untuk dia mendapat pendekatan dengan anak-anak muda zaman kini.Dan sudah tentu DC juga mempunyai *MukaBuku* jika tidak mustahil DC boleh mengetahui akan hal seperti ini,mungkin entry ini boleh dikongsi buat mereka yang tidak mempunyai akaun *MukaBuku* bagi yang sudah ada,tidak perlu diceritakan lebih lanjut kerana DC pasti kalian sudah mengetahui ataupun kalian juga melakukan hal yang sama?Siapa makan mangga dia terasa masam (haha perosak peribahasa).Jadi jangan menilai orang yang bukan-bukan kerana siapa kita untuk menilai sedangkan kita juga dinilai olehNya.Entah lepas entahkan tidak kita sendiri tidak tahu siapa kita dipandanganNya.

Segalanya di tangan anda,hanya dengan satu klik anda mampu membuat perubahan di *MukaBuku* anda.Jangan mudah terpedaya.Kita boleh berkumpul di *MukaBuku* menunjukkan yang ummat islam itu sendiri kuat sentiasa bersatu padu.Boleh kan ? InsyaAllah.

Mohon maaf jika ada penulisan ini yang salah,segala yang baik datang dari pencipta dan segala yang buruk datang dari yang dicipta.

Saturday, February 5, 2011

Hidayah !

Bismillahirahmanirahem,
Assalamualaikum buat tatapan sahabat-sahabat alam mayaku semoga sentiasa berada dalam rahmat kasih sayangNya,InsyaAllah.

Apa pula yang bermain difikiran Ika kali ni yer?Hurmmm.Hidayah?Apa itu?Hidayah itu bermaksud petunjuk.Petunjuk?Petunjuk apa?Petunjuk yang diberikan kepada manusia yang dikehandakiNya dari Allah swt.

Selalunya Ika lihat,bila ditegur mudah sangat melenting.Ya!Ika tahu niat atau perasaan seorang remaja zaman kini,sangat perlukan hiburan.Jika tidak semua mahu memberontak.Ini tidak kena itu tidak kena.Yes Ika tahu dan Ika faham kerana Ika jua seorang insan bergelar R.E.M.A.J.A !

Maaf jika remaja yang menjadi sasaran Ika,sebenarnya bukan remaja sahaja,ada juga golongan yang sudah berusia masih dalam kegelapan.Bila diajak "Jom Solat" dikatanya "Kau jgn sibuk pasal org". Atau mungkin "Ewah,kau tu muda lagi,jgn nak tunjuk pandai dengan orang tua".Tapi apa gunanya kita ini semua bersaudara jika masih tidak mampu untuk menegur jika saudara kita yang lain melakukan kesalahan ? Allah menyuruh kita tegur menegur,nasihat menasihati.

Sahabat-sahabat diluar sana,Ika yakin kita semua adalah sama cuma membezakan kita adalah Iman & Taqwa.Ika ada akal,anda juga ada akal bukan?Jadi?Gunakanlah akalmu sebaik mungkin wahai sahabat kerana Allah memberimu nikmat akal ini.Jangan salahgunakan nikmat itu,manfaatkan sebaik mungkin.InsyaAllah sama-samalah kita.

Hidayah itu bukan kita tunggu ia datang bergolek kepada kita,bukan ia datang melayang kepada kita tanpa ada usaha yang kita lakukan.Ramai orang berbicara dengan mudahnya,"Kau dapat hidayah dulu,kau berubahlah,Aku belum dapat,So biarkan aku dengan dunia aku".Astagfirullah,Hidayah itu tidak akan datang dengan mudah.Usahalah sehingga bertemu.Jangan mudah mengeluarkan kata-kata sedemikian.Seakan-akan tidak takut dengan azabNya.Bergurau menggunakan akal fikiran.

Dan yang sudah dapat hidayah pula,jangan kita rasa kita hebat kerana hidayah itu milik Allah swt bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik.

Jadi teruskan menjaga hidayah itu.Kekalkan ia !

Akhir kata,yang buruk datang dari yang dicipta dan yang baik datang dari Pencipta Allah swt,

Wednesday, January 12, 2011

Kisah Beramal


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah wa syukurillah sekali lagi dapat update blog ni.Amacam,iman dan badan sahabat-sahabat sihat?Diharap sihat sentiasa (^_^).Jika iman tidak sihat segeralah rawat sebelum ianya semakin merebak yer,jika badan tidak sihat jangan lupa makan ubat. ;)

Haaaa!Entry kali ini,tajuk apa pulak?Kisah Beramal?Kenapa pasal Beramal?Ada apa-apa yang salah ke ? Hurmmm..Jom kita ikuti seterusnya...

Pakai tudung?Adakah trend masa kini atau kita pakai kerana Allah yang suruh?Cek diri kembali.Tapi,ada pula yang dah comel pakai tudung,tetapi selalu memandang hina,keji,rendah pada yang tidak memakai tudung.Bukanlah Ika disini ingin menegakkan siapa yang tidak memakai tudung adalah betul,sudah tentu salah kerana itu adalah aurat.Tetapi kita yang memakai tudung tidak perlu beranggapan demikian,kerana hidayah itu milik Allah swt.Bila-bila pun Allah swt boleh tarik hidayah yang kita miliki itu,dan tidak mustahil jika Allah memberi hidayah pada yang tidak pakai tudung tadi dan dia menjadi sebaik-baik manusia bahkan lebih baik dari kita.Jangan rasa pelik,jangan rasa janggal!Kerana Allah itu Berhak!Allah itu Berkuasa!Jadi?Jangan rasa senang dengan hidayah yang kita miliki,sebaliknya kita perlulah memelihara hidayah itu.

Ika selalu perhatikan,kadang-kadang manusia ni bila dah baik perasan cukup bagus!cukup sempurna!Kononnya dialah manusia yang paling baik antara kawan-kawannya.Bila orang cakap sikit keluarlah dari mulut dia pelbagai hadis,yang kadang-kadang dia sendiri tidak tahu sahih atau tidak,yang dia tahu,bila dia cakap orang akan pandang dia "Wah,dia ni mesti alim,baik,sekolah agama,pandai hadis,pandai bagi ceramah"..Itu ke yang kita nak ?Pujian dari manusia?Adakah itu yang kita carikan selama ini?!Pujian yang hanya akan membuatkan kita semakin bongkak!Angkuh!Sombong!Itu ke ?Tidak kannn ;)



Kalau nak tunjuk baik sekalipun,tidak perlu begitu sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah sekalian.Kita juga perlu ikuti peredaran masa.Ika beri contoh,kononnya ada "Karnival Maal Hijrah" di masjid berdekatan.Masakan sesuai jika kita yang perempuan berbaju kurung?Dan yang lelaki pula berjubah dan berserban?Padahal karnival itu mengadakan acara berSUKAN!Sesuaikah?Anda mungkin ada jawapannya.Tidak perlu tunggu Ika terangkan.Ika yakin sahabat diluar mungkin lagi bijak daripada Ika.

Lagi satu,Ika dapat rasa mungkin orang disekeliling kita naik menyampah dengan kita yang berlagak baik.Kan?Anda semua tak rasa ke apa yang Ika rasa?Main rasa-rasa pulak.huhu.Ermmm.Tapi betul Ika cakap,memang kenyataan.Tidak syakkk lagi!Sungguh!Kebenaran!Bayangkan ada seorang sahabat kita bercerita tentang AJL yang baru-baru ini berlangsung,bercerita tentang siapa yang menang dan siapa yang kalah.Tiba-tiba kita sampuk atau membalas perbualan sahabat kita dengan kata-kata seperti ini "Hurmm aku tak tengok la AJL tu,org yang suke maksiat,buat dose je tgk AJL tu"..Haaa!Tidak ke sentap hati kawan kita tu?Sahabat remajaku,hendak menegur bukan dengan cara itu.Yer,Ika tahu sahabat-sahabat memang baik orangnya,tetapi adakah dengan cara itu kita yakin dan pasti kita tidak melukai hati sahabat kita?Nak berdakwah,ada caranya.Bukan seperti itu.Itu bukan berdakwah.itu dengan bahasa kurang ajarnya adalah "Bodoh Sombong", "Perasan Baik", "Perasan Ustaz/Ustazah" Perasan Iman kuat". Kan ?

Ingat,nak berdakwah ada caranya.Bukan main terjah macam tu jer.Cuba bayangkan orang yang tidak faham apa itu ISLAM?Apa itu Iman?Mesti dia akan kata "ISLAM ITU SUSAH!".Ini tak boleh buat,itu tak boleh.Nak tengok tv pun tak boleh,dikatakan maksiat.Padahal Islam itu sangat-sangat mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan.Televisyen itu ada juga baik dan buruknya.Kita yang mengawal.Jika kita bawa ke arah kebaikan,baiklah ia.Jika buruk,buruklah ia.Jangan pernah mengelurakan statement-statement yang kadang-kadang Ika macam nak tergelak bergolek-golek dengar.Geli geleman semacam hape..

Ada setengah tu pulak,siap nak bagi tahu yang dia seorang yang baik,selalu buat amal ibadat.
Contoh : Situasi 1

Si A : Sedapnya laksa tu! Aku rase nak makan la pulak,lapa kot!
Si B : Kau ni saje je kan?Time aku tgh puasa sunat nak makan depan aku.
Si A : Ohh kau puasa ke ?
Si B : Mestilah aku puase sunat,mane boleh tinggal..
Si A : (angkat hidung) sambil gelak dalam hati..***

Lihat,nak beramal perlu bagi tahu orang ke ? Ika rasa tidak perlu.Haa kenapa tak perlu?Sebab kawan kita tu ke yang bagi kita pahala?Bukan kan ?Jadi?

Contoh : Situasi 2

Boss : Kenape awak lambat ni?sekarang pukul bape?Awk masuk keje pukul bape?
Pekerja : Maaf boss,sy terlewat.sy solat sunat dhuha dulu kat rumah tadi.
Boss : (Diam malas layan)

Sahabat,amal ibadat tu bukan hanya solat,puasa,haji tetapi amal ibadat itu menyeluruh.Kan dah cakap Islam itu mudah.Anda alihkan kayu yang ditengah jalan pun dikira ibadat,anda pergi kerja,sekolah,tandas,dan macam-macam dikira ibadat.Tetapi jangan sampai tidak melakukan ibadat yang wajib.Jika kamu dikatakan masuk kerja pukul 8 pagi.Jika waktu itu kamu melakukan solat sunat.Itu dah dikira salah kerana tanggungjawab anda ketika itu di tempat kerja.

Jadi fikir-fikirkanlah,akhir sekali Ika meminta maaf jika ada sesiapa yang terasa,bukan apa.sebenarnya ini juga untuk mengingatkan Ika,Ye! ini untuk Ika jugakk,supaya Ika tidak alpa.Segala yang baik datang dari Pencipta,dan segala yang buruk datang dari yang dicipta. (^_^)


AWAS ! JANGAN PERASAN BAGUS !

Wahallahualam.

Sunday, January 2, 2011

Allah Sayangkan Kamu (^_^)

Bismillahirahmaniraheem

Keratan akhbar di atas,pernah anda terbaca?Beberapa hari yang lepas Ika terbaca suratkhabar Metro dan mata Ika tertumpu pada satu berita,iaitu seperti diatas.Teringat akan sahabat Ika yang sakit sama seperti diatas cuma bezanya mungkin sahabat kita diatas ini sakitnya memang dari kecil.Tetapi sahabat Ika sakit selepas dia terjatuh.

Ya Allah,betapa Engkau merindui sahabat dikeratan akhbar ini dan betapa Engkau merindui sahabatku.Engkau uji dengan ujian agar mereka sentiasa dekat denganMu.Jadikanlah hati mereka sentiasa bersangka baik terhadapMu,jadikanlah sakit ini sebagai satu kekuatan kepada mereka.Ya Allah betapa aku tahu sakit yang dirasai oleh mereka jadi aku mohon sembuhkanlah sakit sahabatku bersama gugurnya dosa-dosa mereka,kerana aku pasti atas kekuasaanMu,atas zat2Mu,aku pasti kerana Engkaulah yang menciptakan kami,Engkau yang menghidupkan kami,Engkau yang mematikan kami.Engkau yang berhak atas diri-diri kami,atas tiap-tiap sesuatu.Jika Engkau kata "Jadi" maka jadilah ia.Subhanallah betapa besarnya kuasaMu,tidak dinafikan lagi Allah Maha Power !