Thursday, October 14, 2010

Diuji dan terus diuji




Bismillahirahmaniraheem




Alhamdulillah setelah berbulan-bulan tidak meluangkan masa untuk berblogging akhirnya diizinkan olehNya.Setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada yang Maha Esa.


Apa khabar semua?iman dan badan sihat?Harap-harap sihat hendaknya.Tetapi jika rasa iman kurang sihat cepat-cepatlah kasi sembuh yer.Kalau badan kurang sihat jangan lupa makan ubat.




Mungkin tiada apa yang ingin ika kongsikan disini,tetapi cukuplah ia sekadar tempat ika melepaskan apa yang ika rasa semenjak 2 menjak 3 menjak ni dan cukulah ia menjadi penguat ika untuk teruskan hidup yang enuh onak duri ini.Ya,Allah ciptakan manusia di dunia ini sebagai khalifah..Kenapa kita dipilih oleh Allah untuk jadi khalifahNya?Kenapa tak suruh burung jadi khalifah?Kenapa tak suruh kerbau jadi khalifah?Kenapa tak suruh pokok jadi khalifah?Sedangkan itu semua ciptaanNya bukan?Sudah terang-terang yang itu semua hamba Allah..Tetapi sedarlah wahai sahabat,sedarlah wahai sahabatku,Bukankah Allah menjadikan kita sebaik-baik kejadian?Sebab apa?otak?hurmmm..kerbau pun ada otak kan?burung pun ada otak kan?Tetapi ada keistimewaan pada manusia yang tidak ada pada ciptaanNya yang lain iaitu AKAL fikiran yang sempurna!Ya kita sangat isitimewa bukan?Tetapi kenapa kita menyamakan diri kita dengan hambaNya yang lain?Sedangkan kita sebaik-baik ciptaanNya?




Dan ingatlah,yang Allah jadikan kita sebagai khalifah bukan untuk kita berseronok dengan lakonan di dunia ini.Tetapi ada tujuan!Ada matlamat!Bukankah Allah itu Maha Bijaksana?Subhanallah..Tidak ingatkah kita bahawa ada diceritakan di dalam Al-Quran yang syaitan meminta izin kepada Allah agar syaitan diberi peluang untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat dan Allah izinkan.Syaitan akan menyesatkan manusia agar manusia sama-sama masuk ke neraka bersama dengannya.Syaitan akan membuat perasaan manusia terasa indah apabila melakukan kejahatan.




Begitu juga jika kita diuji dengan musibah dari Allah swt.Syaitan akan sentiasa menghasut kita agar menyalahkan Allah.Kenapa?Kenapa mesti aku yang terima ujian ini?Kenapa bukan orang lain?Kenapa Allah kejam dengan aku?Sedangkan aku tidak pernah tinggal solat!Aku puasa sunat!Aku berkumpul bersama orang-orang yang soleh!Orang yang sentiasa dijalan Allah!Astagfirullah..Pernahkah itu terlintas dihati atau fikiran kita?




Bersabarlah wahai sahabatku,Allah ingin mengujimu,Allah ingin tahu sejauh mana sayangmu terhadap Tuhanmu,setinggi mana imanmu terhadap Tuhanmu,sekuat mana sanjunganmu terhadap agama islammu.




Baru kita diuji sedikit hendak marahkan Allah sedangkan Allah inginkan kamu bersamaNya.Allah rindu akan rintihanmu disepertiga malam.Bersangka baiklah terhadap Allah.Allah tidak akan membebani hambaNya dengan ujian yang hambaNya tidak mampu.Percayalahhh...




Bersyukurlag dengan apa yang ada pada diri anda sekarang,hargailah,gunakanlah nikmat Allah dengan sebaik-baiknya.Di dalam kalam" Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"




Nikmat kesihatankah?Nikmat pandangankah?Nikmat bercakapkah?Jika hendak ditulis satu persatu tentang nikmat Allah memanglah tidak akan tersenarai kerana terlalu banyak nikmat-nikmat Allah buat kita semua.




Jadi fikir-fikirkan kembali apa yang selama ini kita lakukan?Adakah kita ingat akan janji kita kepada Allah ketika di alam roh.Kita berjanji yang Allah adalah Tuhan kita.






Ya Allah jika ini ujian yang Engkau ciptakan untukku,Aku redha..Terima Kasih Ya Allah ;)


TONGKAT AJAIB BERANAK MENJADI 2 ?haha










Ika : kenapa macam lari tajuk jer ni?Sebenarnya nak citer pasal lain.hahaha.xpela..idea mencurah2 lak tetibe..

Tuesday, August 24, 2010

Warkah Buat Mama & Abah

9 bulan 10 hari engkau tempuh dengan sabar dan tabah mengusung ku kesana dan kemari.Engkau tidak pernah mengeluh walaupun terasa berat untuk berjalan.Tanggal 24.8.1991 engkau diambang maut demi melahirkan seorang cahaya mata iaitu aku.Engkau berkorban segalanya untukku.Engkau sanggup terkorban kerana aku.Subhanallah besarnya pengorbananmu wahai mama.Dan engkau dan suamimu meletakkan namaku SITI ZALIKHA ABDUL RAHMAN.
Sekarang anakmu ini telah meningkat dewasa,meniti hari-hari yang penuh ranjau dan onak duri yang manusia ciptakan sendiri.Tetapi berkat doa dan ilmu yang engkau dan suamimu bekalkan untukku akan ku genggam hingga akhir hayat hidupku.
Aku tidak mahu wang ringgit,aku tidak mahu kereta mewah,cukuplah kasih sayang seorang mama dan abah yang berpanjangan dan tidak pernah putus hingga ke JannahNya kerana aku ingin sekali berdampingan dengan kalian di syurga Allah.Tidak tahu apa yang harus aku lakukan jika tanpa kehadiran kalian dalam hidupku.Tanpa bimbingan kalian siapalah aku.Tanpa kalian siapalah SITI ZALIKHA ABDUL RAHMAN.
Hanya satu yang aku mahu kalian tahu,aku bangga menjadi anak kalian.Aku bangga mempunyai mama seperti Hassiah Hassan dan aku gembira mempunyai abah yang sangat tabah seperti Abdul Rahman Abdul Hamid.
TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA MAMA & ABAH.
SELAMAT HARI LAHIR IKA (ucap kat diri sendiri.wakaka)

Thursday, August 5, 2010

KBM SMK Jalan Kebun,Shah Alam

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah di akhir bulan syaa’ban sebelum menjelangnya bulan ramadhan al Mubarak ini,team KBM KL telah diberi kepercayaan untuk menyantuni adik-adik kasih dan sayang dari SMK Jalan Kebun,Shah Alam.

Seperti biasa,pagi itu pesawat KRJ 310710 telah berlepas dari SMK Jalan Kebun tepat jam 9.00 pagi.Kelihatan wajah-wajah ceria dari adik-adik kasih dan sayang turut menghangatkan lagi slot KMKY yang sedia hangat bersama Abang The O Ais atau dengan kata lain Abg Chef Wan
Pak Long bersama sayang



Slot diteruskan lagi dengan Army yell.Adik-adik kasih dan sayang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Pelbagai gelagat yang dapat dilihat dari aksi luar biasa adik-adik kasih dan sayang,ternyata adik-adik kasih dan sayang dari SMK Jalan Kebun sangat kreatif,inovatif,dan seangkatan dengannya (^_^).Tahniah diucapkan atas persembahan yang sangat mencuit hati kami para pramugara,pramugari serta guru-guru
.
Seusainya menjalankan perintah Allah,solat zohor secara berjemaah dan mengisi perut,adik-adik kasih dan sayang meneruskan lagi penerbangan mereka dan kali ini bersama Ummi Ida dalam slot Inteam,untuk mengeratkan lagi ukhuwah adik-adik kasih dan sayang.Alhamdulillah hati adik-adik kasih dan sayang ini sangat mudah untuk disentuh.Terima kasih atas komitmen yang diberikan sepanjang slot ini.Ternyata jua adik-adik kasih dan sayang ini tidak ego,kerana tidak malu untuk meminta maaf antara satu sama lain.

Setelah masuknya waktu solat asar,adik-adik kasih dan sayang menunaikan solat asar secara berjemaah.Seusainya solat asar,adik-adik kasih telah bersama dengan akak-akak fasi di dalam dewan dan adik-adik sayang bersama abang-abang fasi di luar dewan untuk sesi riadah.Adik-adik kasih bersemangat waja menggenggam serta menghayunkan tangan sambil menyanyikan lagu gelombang keadilan demi menunjukkan kepedulian kita terhadap saudara seaqidah kita di bumi Palestin.Dan bermacam-macam game ukhuwah lagi yang akak-akak fasi kenalkan kepada adik-adik kasih,abg-abg fasi jua turut begitu.

Sesudahnya riadah,adik-adik kasih dan sayang membuat persiapan diri untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah.Sementara menunggu masuknya waktu solat isya’,adik-adik didengarkan lagu “Demi Matahari “yang dipopularkan oleh Snada yang mana lirik-liriknya adalah dari Surah As Syams.Akak-akak dan abg abg fasi telah membuat sedikit simulasi dan kami berDEMI MATAHARI bersama-sama.

Seusainya solat isya’adik-adik telah dibawa jauh mengembara di dalam slot Meniti Angin Malam 1 bersama Ummi Ida.Adik-adik ditayangkan dengan video-video yang menyayat hati.Alhamdulillah sekali lagi,adik-adik kasih dan sayang SMK Jalan Kebun sangat mudah tersentuh.Tahniah sekali lagi atas komitmen kalian.Slot diteruskan lagi dengan Meniti Angin Malam 2,kali ini melibatkan semua pengendali dan fasilitator.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Pagi ahad pula,seperti biasa tepat jam 9.00 pagi slot Hijrah berlangsung di dewan,adik-adik telah bersama dengan Abg Chef Wan dan pada waktu yang sama ibu bapa telah bersama dengan Pak Long dalam slot Menyemai kasih Menuai Sayang di dewan yang berlainan.Pelbagai perubahan yang adik-adik kasih dan sayang senaraikan,semoga tercapai.InsyaAllah.Seterusnya adik-adik diagihkan dengan kad untuk mereka hadiahkan kepada ibu bapa bagi meluahkan lafaz-lafaz yang selama ini tersimpan.lafaz yang selama ini tidak diucapkan.





Tepat jam 11.30 pagi,adik-adik telah dibawa masuk ke dewan bagi sesi pertemuan dengan ibu bapa masing-masing.Alhamdulillah ramai jua ibu bapa yang hadir,terima kasih atas komitmen yang kalian berikan.Slot pada tengahari itu,tamat jam 1.30 petang dengan sesi persalaman diantara adik-adik,fasilitator,guru-guru dan ibu bapa yang hadir


Disini diucapkan jutaan terima kasih kepada semua barisan pengendali dan fasilitator yang tidak pernah jemu untuk berKBM.Semoga sedikit usaha kita ini dinilai olehnya diakhirat kelak.InsyaAllah.Syukran jazilan jua buat guru-guru yang sentiasa ada dibelakang kami bagi menunjukkan rasa sokongan kalian.Dan khususnya buat adik-adik kasih dan sayang SMK Jalan Kebun Shah Alam,Aligator,Terima kasih,Syukran,Thank you kerana memberi komitmen dalam menjayakan KBM kali ini.Semoga adik-adik terus menerus menyerlah jauh dari yang biasa dan menjadi remaja soleh wa musleh!Doa kami team KBMKL sentiasa mengiringi setiap langkah adik-adik kami!



Alhamdulillah syukur Ya Allah,kerana Engkaulah pesawat KRJ 310710 ini berjaya berlepas dan mendarat dengan selamat.Segala puji hanya bagiMu Ya Allah.Sesungguhnya kami hanya merancang tetapi Engkau yang menentukan.

Saturday, July 24, 2010

Kisah Aku

Termenung sendirian melihat sang bulan ditemani bintang-bintang yang berkelipan.Mengimbau kembali saat-saat aku gembira,sedih,suka,duka dan sebagainya.Tiba-tiba aku rindukan Dia.Dia yang sentiasa bersamaku saat aku suka ataupun duka.Dia yang tidak pernah jemu mendengar segala rintihanku apabila aku ditimpa musibah.Dia yang banyak mengajar aku erti sabar dan tabah.Dialah segalanya bagiku.Ya DIA!Allah Yang Maha Esa.Allah yang tidak pernah putus memberi tarbiyyah kepadaku.Memperingatkan setiap langkah kakiku.Allah yang sedang menguji aku untuk Dia siapkan aku sebagainya DAEI ALLAH!Muslimah merangkap mujahadah yang akan menegakkan kalimah...
"Laillahaillah"
TERIMA KASIH ALLAH
MAAFKAN AKU KIRANYA PERNAH AKU BERBURUK SANGKA,SESUNGGUHNYA AKU HANYA MANUSIA BIASA YANG TIDAK LEPAS DARI KESALAHAN.

Wednesday, June 16, 2010

Anda Bijak Jauhi Zina [ABJZ] BAKIT



Alhamdulillah pada 10 jun 2010 bersamaan dengan hari khamis,team KBMKL meneruskan misinya dengan program Anda Bijak Jauhi Zina di Menara TM yang terletak ditengah bandaraya Kuala Lumpur.Kapal 100610 telah berlayar dari Menara TM dengan selamat.Alhamdulillah







Pengendali : Abang Bai & Ummi Ida
Pelaptop : Abang Yasser &
Fasilitator :
[Abg Uci][Abg Duke][Abg Sulaim]
[Kak Baz][Kak Roy][Kak Muizzah][Kak Ina][Kak Ika]

KBM Masjid TMZA a.k.a Masjid Besi Putrajaya

Pengendali :
[ Abang Bai][Ummi Ida][Pak Kay]
Fasilitator
[Abg Sulaim][Abg Haikal][Abg Amin][Abg Din][Abg Mirul][Abg Dayat][Abg Muadz] (maaf xigt sume)
[Kak Baz][Kak Ika][Kak Roy][Kak Aisyah][Kak Nabila] (xigt jugak)
Pemvideo :
Kak Yong
Peserta :
188 orang
Alhamdulillah team KBMKL dapat terus melebarkan sayap dakwahnya dan kali ini bertempat di Masjid TMZA atau lebih dikenali Masjid Besi yang terletak di Presint 3 Putrajaya.Kali ini melibatkan seramai 188 adik-adik kasih dan sayang yang menetap disekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pagi itu adik-adik kasih dan sayang disambut mesra oleh para fasilitator merangkap pramugara dan pramugari pesawat KRJ 050610 Alhamdulillah setelah dewan dipenuhi dengan adik-adik kasih dan sayang,kelihatan wajah-wajah ceria dari adik kasih dan sayang tak lupa juga senyuman dari fasilitator,guru-guru,imam masjid yang seiring dengan nasyid yang dimainkan "SENYUM" dari kumpulan Raihan. (^_^)

Pesawat KRJ 050610 berlepas pada pagi itu seperti biasa mengikut jadual pesawat KRJ-KRJ yang lain iaitu tepat pada pukul 9.00 pagi.Adik-adik kasih dan sayang bersama-sama dengan Abang Bai dalam slot Knowing Me Knowing You,pramugara pramugari sudah bersedia dihadapan untuk sesi ta'aruf bersama adik-adik.Pernah lihat pramugari bertudung?Haaaa inilah uniknya pesawat KRJ ini yang membezakan dengan pesawat-pesawat yang ada.

Ketika ARMY YELL,sungguh tidak disangka adik-adik ini hebat-hebat belaka,pelbagai nama kita dapat lihat,dengar ketika itu.Tak cuak,tak takut,tak gentar,sikit pun tak cuak,itulah antara army yell yang dilakukan oleh adik sayang.Tapi kali ini army yell lain dari yang lain,ya luar biasa,kerana kami bawakan seorang pengkritik.Tetapi cumalah sekadar untuk menghiburkan hati.

Selesai slot,adik-adik kasih dan sayang mengisi perut dan sekaligus membuat persiapan diri untu persembahkan kepada Allah Yang Maha Agung.Seusainya solat zohor,adik-adik kasih dan sayang meneruskan slot In Team dan sekali lagi adik-adik bersama dengan Abang Bai.Ya,sekeras-keras hati mukmin pasti menangis.Ramai adik-adik yang mengalirkan airmata,subhanallah benar mereka amat menyayangi sahabat-sahabat mereka.Keberanian dan kejujuran adik-adik kasih dan sayang terserlah apabila adik-adik kasih dan sayang tidak rasa segan dan silu untuk meminta maaf secara terbuka.Slot itu berakhir dengan nyanyian nasyid beramai-ramai "TEMAN SEJATI" yang dipopularkan oleh kumpulan Brothers.


Dan seusainya solat asar,adik-adik sayang telah bersama dengan abang-abang fasi diluar dewan untuk sesi riadhah manakala adik-adik kasih telah bersama akak-akak fasi di dalam dewan.Seusainya solat maghrib,adik-adik telah dibawa jauh mengembara bersama dengan Ummi Ida di dalam Slot Meniti Angin Malam 1.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Tamat slot MAM 1,adik-adik menunaikan solat isya' dan seterusnya menyambung kembali slot Meniti Angin Malam 2.Slot MAM 2 melibatkan semua para fasilitator dan pengendali.

Keesokkan harinya,adik-adik kasih dan sayang dibawa berhijrah oleh Abang Din,pelbagai perubahan yang hendak dilakukan oleh adik-adik kasih dan sayang,alhamdulillah.Sementara itu ibu bapa adik-adik kasih dan sayang pula telah bersama dengan Ummi Ida dalam slot Menyemai Kasih Menuai Sayang di dewan yang berasingan.Ketika slot HIJRAH adik-adik kasih dan sayang ditekankan dengan Nasib Palestin,saudara seislam kita,maka pelbagai lagu JIHAD dimainkan sambil adik-adik kasih dan sayang menghayunkan tangan mengikut rentak lagu bingkai kehidupan,palestin tercinta,gelombang keadilan,dll.Selepas itu,adik-adik didengarkan lagu nasyid "Lafaz Yang Tersimpan" dan kad-kad diedarkan kepada adik-adik kasih dan sayang buat mereka melafazkan lafaz-lafaz yang selama ini tersimpan jauh disudut hati kecil mereka terhadap ibu bapa mereka,yang telah melahirkan,menjaga,mengajar dan sebagainya.



lafaz yang tersimpan

Kira-kira jam 11.40 pagi,adik-adik kasih dan sayang telah dibawa untuk bertemu dengan ibu bapa mereka didalam slot PERTEMUAN.Sekali lagi airmata adik-adik kasih dan sayan bercucuran ke pipi apabila melihat wajah-wajah ibunda dan ayahanda tercinta yang saban hari membanting tulang demi membesarkan mereka.Alhamdulillah slot tamat kira-kira pukul 1.30 petang.



Mak,ayah saya sayang mak dan ayah.

sebahagian ibu bapa yang hadir


Terima kasih buat ajk-ajk masjid kerana memberi kepercayaan kepada kami buat menyantuni adik-adik kasih dan sayang,thank you buat guru-guru yang turut hadir memberi sokongan,syukran buat semua fasilitator kerana sudi meluangkan tenaga dan masa untuk menjayakan KBM kali ini.Pastinya KBM ini tidak berjaya dengan kehadiran kalian.Dan khususnya buat adik-adik kasih dan sayang,aligator kerana sentiasa memberi komitmen setiap slot yang dijalankan.Diharapkan agar ilmu yang kita dapat di sini dapat kita simpan atau mungkin boleh kita kongsi kepada sahabat-sahabat kita yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama kita.Serta lidah ini tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana pastinya jika tidak atas pertolonganMu Ya Allah pasti ianya tidak berjaya.TERIMA KASIH ALLAH.









Diharap agar adik-adik kasih dan sayang terus menerus untuk menjadi
remaja soleh wa musleh
dan
menyerlah jauh dari yang biasa!

InsyaAllah! (^_^)

Tuesday, June 1, 2010

RESULT EXAM!!!

Assalamualaikum wbt buat semua


Apa pulalah tujuan Ika post entry kali ini?Hurm semua nak tahu?Alhamdulillah setelah semua pelajar Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam menghadapi peperiksaan akhir dan kini tiba untuk pelaj-pelajar itu menghadapi untuk menerima kenyataan,untuk menerima hasil dari usaha mereka atau dengan lebih tepat lagi adalah keputusan peperiksaan akhir.


Ika?Ika sudah lihat keputusan Ika.Dan Alhamdulillah,Ika sudah usaha,Allah sudah berikan.Ya benar,kita hanya merancang hanya Allah yang menentukan.Mabruk kepada semua pelajar Politeknik Shah Alam yang tersenarai dalam Anugerah Ketua Jabatan(AKJ)!AKJ ini samalah jua tarafnya dengan DEKAN di universiti.Ehem3 sudah buat sujud syukur belum yang lulus ni?Dan jangan lupa,tunaikan nazar-nazar yang antum buat :D


Dan pada siapa yang tidak berjaya,ada yang kena ulang modul,gagal dan seangkatan dengannya,usah bersedih.Itulah takdir Allah swt.Ya takdir Allah itu yang terbaik!Teruskan usaha.Gagal sekali bukan bermakna anda gagal selama-lamanya.Anda adalah insan terpilih yang diuji Allah dalam bentuk kesusahan.Jadi bersyukurlah.Ujian adalah tarbiyyah dari Allah tanda Allah sayang.Tidak gembirakah kamu jika Allah sayang,maka ukirlah senyuman ketika dilanda musibah (^_^).


Dan pada yang lulus,4.00 flat dan sebagainya janganlah terus menerus bersikap senang lenang,ingat hidup kita macam roda kejap kita diatas kejap kita dibawah.Jangan terus bersenang dengan keputusan yang anda dapat.Teruskan usaha,jika semester ini 3.5 semester depan naik walaupun 0.1 point.Anda jua perlu ingat,ini juga adalah salah satu ujian dari Allah,cuma ia berbeza,kerana ia di datangkan dalam bentuk kesenangan.Allah nak uji sejauh mana anda bersyukur apabila dapat kesenangan ini.Adakah anda akan bongkak?Berlagak?Astagfirullah harap tidak begitu.Harap ilmu yang penuh di dada dapat dikongsi dengan sahabat-sahabat kita yang minta bantuan,yang ulang modul dan sebagainya.


Apapun,teruskan belajar kerana belajar ini tidak pernah ada hentinya kecuali dengan mati.Kepada yang ambil kejuruteraan,ingat Nabi Nuh kita jua jurutera,yang perdagangan jua,Nabi Muhammad Saw yang menjadi idola kita semua pernah berniaga.Semoga terus sukses!Ingatlah kamu bahawa apa yang sedang kita belajar ini adalah Fardhu Kifayah,sebahagian dari umat Islam perlu mempelajarinya.Ya,Ika mahu lihat banyak perniagaan diterajui oleh umat Islam!Hanya dengan ilmu kita dapat menaikkan islam di mata dunia.InsyaAllah.


Dan ingatlah kamu,Allah mengangkat darjat orang yang berilmu.Tidakkah kamu mahu darjat kamu diangkat?Maka study lah janganlah stydo.Huhu.Selain itu berserahlah..Sekali lagi Ika ingatkan,Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menetapkan.



Ika:Terima kasih Ya Allah atas keputusan yang Engkau berikan!Alhamdulillah (^_^)