Monday, March 1, 2010

Benarkah Kita Bersahabat Kerana Allah?

Bissmillahirahmaniraheem
Assalamualaikum wbt buat saudara/saudari yang dikasihi Allah sekalian.







Sahabat?Apakah makna sahabat yang sebenar?Bila ditanyakan kepada seseorang "Adakah anda menghargai sebuah persahabatan?".Ika yakin semuanya akan berkata "Ya,saya amat menghargainya".Tetapi sedarkah kita adakah kita benar-benar menghargainya?Cuba kita renungkan kembali bernarkah kita mengasihi sahabat kita sama seperti kita mengasihi diri sendiri?Benarkah kita mengasihi sahabat kita kerana Allah?Jika kerana Allah,pasti kamu tidak akan bermasam muka dan kamu akan bertegur sapa apabila bertembung antara satu sama lain.


Benarlah kata orang,sahabat ketawa senang untuk dicari tetapi sahabat menangis sukar untuk ditemui.Jadi dari kalangan manakah kita ini?Adakah kita sahabat ketawa?Atau kita sahabat menangis?Atau kita sahabat ketawa dan menangis?Pernahkah kita rasa nikmatnya nilai persahabatan itu.Subhanallah,jika direnungkan kembali betapa besarnya nikmat yang Allah beri pada kita iaitu nilai persahabatan yang amat tinggi,cuma kadang-kadang kita yang alpa dan leka,kita yang tidak pernah bersyukur dengan kehadiran seseorang itu dalam hidup kita.


Bila sebut pasal kawan rapat,boleh dikatakan rata-rata kita semua ada kawan rapat masing-masing.Tetapi serapat manakah hubungan yang terjalin itu?Atas dasar apa kerapatan persahabatan itu?Adakah kerana duit?Kecantikan?Sesungguhnya itu semua hanya pinjaman dari Allah.Bila-bila masa sahaja pabila tiba saatnya pasti akan Allah ambil.Bukankah kita bersahabat kerana Allah Azza Wajalla?


Cuba kita imbas kembali saat-saat sebelum kita melangkahkan kaki ke sekolah sehingga kita bersekolah dan sehinggalah kita bekerja sekarang ini.Sudah berapa ramaikah sahabat kita?Dan adakah sehingga sekarang hubungan persahabatan itu terjalin?Atau bila sudah habis sekolah masing-masing bawa haluan sendiri tanpa khabar berita.Dan cuba anda fikirkan betapa indahnya jika persahabatan itu tetap kekal walaupun kini sahabat anda itu bukan lagi rakan sepermainan anda,bukan lagi rakan kelas anda,bukan lagi rakan universiti anda.


Renungkanlah wahai sahabatku,pernahkah kita menyakiti hati sahabat kita tanpa kita sedari.Tiba-tiba sahaj kita bermasam muka,kita tidak bertegur sapa,kita tidak lagi menjadi sahabat seperti dahulu.Jikalau dulu kita makan dia makan,kita tidur dia pun turut tidur teapi sekarang tidak lagi.Kita makan sedangkan kita tidak tahu dia sudah makan atau belum,kita tidur nyenyak tetapi kita tidak pernah terfikir adakah sahabatku yang seorang itu tidur nyenyak atau sekarang ini dia sedang menangis bersendirian mengenangkan kita,ataupun mengerang kesakitan,atau lebih teruk sekali apabila dia sedang nazak dikunjungi malaikat maut!


Cuba bayangkan jika dia pergi buat selama-lamanya tanpa kita bertegur sapa dengan dia,tanpa kita kenali hatinya sekarang ini.Ayuh kita binakan semula persahabatan yang perhubungannya semakin retak ini.Bangkitlah wahai sahabatku,bina ukhuwwah yang mantap agar islam jua turut mantap!Berkawanlah anda kerana Allah dan hargailah sebuah persahabatan itu.Jangan pernah sia-siakan sahabat itu kerana selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari.Ukhuwwah itu indah sahabatku,maka jagalah ia sebaik mungkin.

Maafkan Ika teman andai selama kita berkawan ada salah silap yang Ika buat.Sesungguhnya diri ini amat menyayangi kalian.Ya Allah jagalah insan yang ku sayang ini iaitu sahabat-sahabatku.Izinkan kami terus bersahabat hingga ke JannahMu.InsyaAllah.


"Rakan yang baik itu hadirnya dinanti dan perginya pasti ditangisi"

Tuesday, February 16, 2010

Let's Us Bring Back ISLAM To This World !

Sabda Rasulullah S.A.W : "Sesungguhnya kamu akan meniru tingkah laku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Hingga seandainya mereka masuk kedalam lubang biawak sekalipun, nescaya kamu juga tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah mereka itu umat Yahudi dan Nasrani? Beliau S.A.W. menjawab: Siapa lagi. "
(H.R. Bukhari)
Maka benarlah ramalan kata-kata Rasulullah bahawa umat Islam di akhir zaman semakin hari semakin terikut jejak langkah umat Yahudi dan nasrani alaihi laknatullah.. Kerana Rasulullah S.A.W hanyalah berkata perkara-perkara yang disampaikan Allah kepadanya..
Jika kita sedar akannya, maka cubalah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.Salah satu caranya, berdoalah kepada Allah "Ya Allah, Kau kurniakan aku perasaan takwa kepada Mu walaupun sebesar zarah".Sekurang-kurangnya setiap kali selepas kita solat.Nescaya, doa kita dimakbulkan sekiranya kita berdoa kepada Allah dengan penuh harapan.Insyaallah.Allahua'lam..

Let's us bring back Islam to this world..
Allahuakhbar!!
Allahuakhbar!!
Allahuakhbar!!

Saturday, February 13, 2010

Bersihkah Hati Kita ?

Allah menciptakan manusia sebagai satu-satunya makhluk yang sebaik-baik ciptaanya dan paling sempurna.Sebagai satu ciptaan yang sempurna,sudah tentu Allah tidak menciptakan dengan sia-sia melainkan dengan tujuan.
Sebagai manusia yang mensyukuri nikmat Allah,manusia diharapkan supaya taat kepada penciptanya dan menjauhi laranganNya.Tetapi adakah manusia mematuhi apa yang telah Allah gariskan di dalam Al-Quran?
Allah berfirman,
"Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dan jin hanya untuk beribadat kepadaKu"

Al-Quran diturunkan ke muka bumi ini supaya dijadikan panduan untuk menjalani hidup sepanjang berada di dunia.Bagi mereka yang mematuhi perintahnya & menjauhi laranganNya,mereka akan hidup di dalam keadaan aman dan tenteram.Tetapi jika sebaliknya,mereka hidup di dalam keadaan tercela dan kebinasaan.

Pancaindera yang diberi kepada manusia diharapkan dapat digunakan bagi tujuan kebaikan selaras dengan isi kandungan Al-Quran yang meminta umat manusia supaya beriman dan taat kepada penciptanya.Sesiapa yang menyalahgunakan pancaindera itu bagi tujuan melanggar perintah Allah,sudah pasti mereka tidak akan terlepas begitu sahaja.Mereka menerima pembalasan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan.Allah mengingatkan di dalam Al-Quran,

"Sesungguhnya pendengaran,penglihatan,dan hati,semuanya itu akan diminta bertanggungjawab"
(Surah Al-Israk,ayat 36)

Apa yang dilakukan oleh manusia itu samada kebaikan ataupun kejahatan,semuanya berpunca daripada hati.Hati ibarat raja yang mengarahkan seluruh anggota badan supaya mengikut perintah hati.Apabila anggota badan sudah menjadi hamba kepada hati,ia akan mengikut apa sahaja yang di arahkan oleh hati.

Beruntunglah manusia yang memiliki hati yang bersih suci kerana dia akan melakukan perkara² yang diredhai Allah.Sebaliknya,mereka yang memiliki hati yang kotor,hitam,dan berkarat,sudah tentulah mereka sengaja menempah jalan kebinasaan.


Oleh yang demikian,hati dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku.Ia ibarat seorang pengembala haiwan,dia dipertanggungjawabkan sekiranya haiwan gembalaannya itu merosakkan tanaman².Haiwan² itu tidak dipersalahkan kerana ia di bawah pengawasan pengembalanya.
Sebab itulah menajaga hati menjadi keutamaan supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu yang diterajui oleh syaitan.Syaitan lebih maklum,bagi mengheret manusia melakukan perbuatan yang melanggarperintah Allah,ia masuk menyusup ke dalam hati manusia.

Hati adalah tempat kediaman syaitan bagi menyebarkan kerja² jahatnya.Apabila dia dapat menawan hati manusia,bertambah mudahlah kerja syaitan bagi menyesatkan manusia dan mengheretnya menjadi pengikut setia.Oleh itu,mereka yang beriman kepada Allah diseru supaya memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan.Hati yang sentiasa ingat kepada Allah,akan terhindar daripada pujuk rayu syaitan.Syaitan tidak ada kuasa untuk menyesatkan mereka yang taat.Allah mengingatkan di dalam Al-Quran,

"Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang taat) tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka"
(Surah al-HIjr,ayat 42)

Hati yang mudah digoda oleh hasutan syaitan adalah hati yang rosak.Oleh itu,menjadi tanggungjawab manusia itu sendiri bagi merawatnya.Tetapi adakah mereka sedar,hati yang rosak itu berpunca daripada pujuk rayu syaitan yang tidak pernah mengalah?Ini berlaku kerana mereka menjauhi Allah malah mendekatkan diri kepada perbuatan² yang menjadi laranganNya.Sekiranya sejak mula mereka mendekatkan diri kepada Allah,sudah tentu syaitan tidak begitu mudah merosakkan hati manusia sekali gus ia menjadi satu penyakit.

Diharap entry kali ini,dapatlah mengingatkan kita sejauh mana kita menjaga hati?Sejauh mana kita menjauhi laranganNya?Dan macam-macam lagi.Bukanlah Ika hanya pandai berkata-kata kepada anda semua tetapi Ika sendiri ketahuilah bahawa Ika jua sedang mengingatkan diri Ika sendiri dengan entry kali ini.Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang mempunyai hati yang bersih dan bertaqwa kepadaNya.



Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki

Kalau hati itu bersih
Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran


Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Saturday, January 23, 2010

Pengembaraan Bersuka Ria Serta Berjimba Ramba Di Ulu Yam


Alhamdulillah akhirnya semua AJK JawatanKuasa Pelajar Kamsis dapat berkelah di Ulu yam bagi mengerat lagi tali silaturrahim yang telah sedia rapat,erat,mampat,padat,sendat sesama AJK.hehe.
Berikut adalah tragedi-tragedi yang sempat ditangkap sepanjang berkelah di Ulu Yam.Selamat Menonton (^_^) !

Tiba di Ulu Yam

Dah pilih tapak yang sesuai

Jagung-Jagung yang sudah bersiap sedia untuk dibakar.hihi

Ini bahagian perempuan yer..

Rajin ema dan kak Atie nie.Leh wat calon isteri ni.hehe
Ayam Bakar..
Jagung Bakar

Bestnye mandi-manda sampai lupa orang yang tangkap gambar nie.huuu
[TAMAT SIARAN]

Saturday, January 16, 2010

Minggu Suai Kenal

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Semoga sihat-sihat hendaknya dan sentiasa dirahmati serta diberkati Allah swt kepada saudara seaqidahku yang sudi bertandang ke blog SKSH ini.

Alhamdulillah sekali lagi ika angkat kedua belah tangan yang dikurniakan Allah swt lantas lidah ini tidak putus-putus mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi waktu yang pantas berlalu tanpa kita sedari,juga terima kasih tidak terhingga atas nikmat peluang ini dikurniakan kepada diri ini bagi mencoretkan sesuatu di kaca monitor ini walaupun hanya sejenak.
Atas tanggungjawab yang diamanahkan kepada diri Ika sebagai jawatankuasa pelajar kamsis(JPK) dan ajk-ajk lain,maka kami dikehendaki melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh rasa ikhlas dan tawaduk.Semua AJK Pusat Islam,AJK Menjana Kerohanian Akhlak Remaja(MEKAR),AJK Jawatankuasa Pelajar Kamsis(JPK) sudah bersiap sedia untuk menjalankan tugas dan datang pada awal waktu walaupun kelas belum bermula dan juga cuti masih panjang.Semua ajk berkumpul pada 4/01/2010 bagi membuat persediaan awal supaya minggu suaikenal berjalan dengan lancar dan teratur.

Dan yang pastinya,kali ini ika melibatkan diri di dalam organisasi yang lain iaitu Jawatankuasa Pelajar Kamsis(JPK),kerana sebelum ini ika menjadi Ajk Pusat Islam.Setelah selama seminggu Ika berada di politeknik bertugas sebagai JPK,alhamdulillah semuanya okay.

Ika dapat menyesuaikan diri dalam organisasi JPK walaupun berbeza dengan Pusat Islam dan Mekar yang aktivitinya lebih kepada dakwah dan tarbiyyah.JPK cek bilik,ada bilik rosak ke,cermin pecah ke,tilam tak cukup ke,tombol pintu rosak ke,jaga disipilin penghuni kamsis dan macam-macam lagi.Cuma Ika belajar sesuatu disini.Sebelum itu,Ika akui pada mulanya agak keberatan hendak ke JPK tapi bila Ika teringat Surah Al-Baqarah yang ayatnya berbunyi begini " Boleh jadi kamu amat membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui".Setelah direnungkan,ia janji Allah itu benar wahai sahabatku,dan lantas lidah ini melafazkan Astagfirullah kerana gagal jadi hambaMu yang percaya dengan segala kata-kataMu.Seterusnya Ika hanya berdoa dan berfikir seketika.Mengapa Allah pilih aku?Mengapa tidak orang lain?Mengapa aku yang memegang amanah ini?Ya,tidak semua orang mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah,ikhlas serta jujur.Jika kamu dipilih orang untuk memegang amanah,menjawat jawatan yang tinggi maka jangan dipersiakan kerana mungkin Allah telah membuka pintu hati seseorang itu untuk memilih kamu.Jika kamu menolak dan memberikan tanggungjawab serta amanah itu kepada orang lain dan orang itu gagal menjalankan tugas dengan amanah..Jadi??Siapa yang harus dipersalahkan?Kerana itu,Ika tidak menolak jadi Ika membuat tindakan hanya menerima dengan hati yang terbuka.Segala tugas diagihkan kepada setiap organisasi.JPK hanya membantu untuk mengerah pelajar agar cepat dan berdisiplin dengan masa.MEKAR dan Pusat Islam membantu dalam sistem pengurusan makanan bagi siswa/siswi baru.JPP hanya membantu di dalam dewan sepanjang program berlangsung.

Kelihatan kYati,k.Aina dengan penuh kesungguhan berserta keyakinan dalam menuang air.hehe
Sempat lagi posing kYati nie.
Siswa baru sedang menjamu selera di kafeteria


Pada 11/01/2010 minggu suaikenal juga bermula.Selama seminggu juga Ika agak garang untuk mengerah pelajar-pelajar junior agar tepati masa untuk berkumpul.Segala puji bagi Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan Ika sepanjang BerMSK ini.Tiada apa yang dapat Ika ceritakan disini tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan kerana pelajar junior lebih banyak masa berada di dewan untuk mendengar taklimat-taklimat tentang sistem di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam.Cuma pada petang 14/01/2010 diadakan Larian Kenali PSA.Pelajar-pelajar junior diwajibkan untuk mengikuti larian itu kecuali pada mereka yang sakit dan tidak boleh berlari.

Siswa yang pertama berjaya ke garisan penamat!

Ini pula siswi yang pertama(baju hitam).Yang kak Fia & Kak Anis tu tumpang gLamor je.Padahal xlari.


Alhamdulillah dengan berlangsungnya acara yang gilang-gemilang(walaupun tidak berapa nak cemerlang.gimik sikitlah.haha) di dewan serbaguna,majlis penutup Minggu SuaiKenal(MSK) bagi pelajar junior pengambilan januari 2010 maka berakhirlah jua MSK.

Disini jua Ika ingin memohon ampun dan maaf terutamanya kepada semua ajk JPK jika Ika kurang memberi komitmen,kepada warden-warden dan pelajar junior juga jika sepanjang Ika bertugas menjadi urusetia minggu suaikenal ini ada perkara-perkara buruk yang Ika lakukan tanpa Ika sedari.Ya,manusia itu tidak sempurna tetapi sesuatu yang dilakukan itu harus diperbaiki dan bukan dibiarkan ia berlalu sebegitu sahaja.Terima kasih jua kepada semua ajk-ajk tidak kiralah Pusat Islam,MEKAR,JPP,Pusat Sukan dan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan MSK kali ini.Ika juga belajar sesuatu disini.Ya,mungkin kita berbeza organisasi tetapi percayalah yang kita satu matlamat satu tujuan satu malaysia.haha.(melawak jap).Cara kita berbeza tetapi tujuannya adalah sama demi melahirkan individu yang berdisipilin,berwawasan,beragama,serta menjalankan kehidupan seharian berlandaskan hukum-hukum yang bukan kita tetapkan tetapi pencipta kita iaitu Allah Yang Maha Satu.Allah berfirman "Tidak aku ciptakan manusia dan jin selain mereka beribadah kepadaKu"...

Yang pasti mana-mana organisasi sama sahaja tiada beza.cuma cara kita berbeza,jadi kita hendaklah menjalinkan ukhuwwah yang baik sesama ajk bagi memantapkan lagi gerakan dakwah kita demi menegakkan Ad-Deen Allah.Takbir!!Allhuakhbar..

Tak pernah dengar orang laung TAHMID kan?Kalau takde Ika nak mulakan dulu lah..Tahmidd!!Alhamdulillah!!!!
Ya!itu dinamakan kelainan..Mereka yang berjaya adalah mereka yang bebuat kelainan serta luar biasa dan masih dibawah hukum-hukum Allah.Lagi sekalilah..TAHMIDDD!!Alhamdulillah.
IKLAN KEJAP (^_^)

Rajin sungguh beliau.Siapakah gerangannya?Boleh wat calon isteri nie.hehe

Ada juga yang mengikuti jejak langkahnya.hehe

Tidak kiralah apa jua yang kita buat asalkan niat kita ikhlas kerana Allah bukan untuk mendapat pujian dari orang sekeliling.Apapun kita lakukan pasti akan dibalas Allah jika baik maka baik jugalah balasannya dan sebaliknya.Tidak kiralah menyediakan makanan buat mereka-mereka yang lapar pun dapat pahala.Dari sediakan makanan walau sampai ke mop lantai pun dapat pahala.hehe


Ika : Pada sesiapa yang ada terselit gambar atau namanya jangan persalahkan daku okay,sape suruh rajin sangat nak tgkap gmbar guna nset ika?Memang kenala.hihi.Awasi setiap langkahmu!haha

Thursday, December 31, 2009

K.E.N.A.P.A

Assalamualaikum wbt
Hanya peringatan buat kita semua..
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat burukbagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
- Surah Al-Baqarah ayat 216 -

Tuesday, December 22, 2009

Pengalaman Selama Di Kelantan : Program Anak Angkat :

Program : Program Anak Angkat
Tarikh :18 - 21/12/2009
Pengarah Program : Abang Zhakir Firdaus
Peserta : Ahli JawatanKuasa Pusat Islam & MEKAR(Menjana Kerohanian Akhlak Remaja)Politeknik Shah Alam
Bilangan AJK : 40 Orang

18/12/2009
Alhamdulillah setelah merancang program anak angkat ini,akhirnya pada malam jumaat AJK² pusat islam dan mekar telah bersiap sedia untuk berangkat ke kelantan.Tepat pukul 9.30 malam ramai yang sudah menunggu bas di perkarangan pusat islam dan bas mula bergerak kira-kira pukul 10.00 malam.Setelah bergerak lebih kurang dalam sejam tiba-tiba perjalanan kami tergendala seketika akibat pemandu bas tertinggal kad untuk isi minyak.Jadi kami tidak melepaskan peluang ini untuk membeli-belah di 7eleven untuk bekalan makanan ketika lapar di dalam bas.Kami tersangkut di situ lebih kurang dalam sejam.

19/12/2009
Selepas itu kami meneruskan perjalanan kami ke kelantan.Sesampainya kami di kelantan,waktu subuh telah pun masuk jadi kami mengambil keputusan untuk menunaikan solat subuh dahulu di surau berdekatan dan meneruskan perjalanan seterusnya apabila jam menunjukkan pukul 7.30 pagi kami singgah di sebuah masjid untuk mandi dan bersiap demi menuju ke Politeknik Kota Bahru.Kira-kira tepat pukul 8.30 kami sampai di Politeknik Kota Bahru dan disambut dengan mesranya oleh AJK Masjid Ibrahimi Politeknik KB.
Selesai sahaja perjumpaan & mesyuarat kami dengan AJK MAsjid PKB maka kami meneruskan perjalanan ke kampung Kuau/Keluat di Bachok.Di situlah akan kami di ambil menjadi anak angkat.Setibanya kami di Kampung Kuau/Keluat alhamdulillah kami mendapat layanan yang sangat baik dari orang-orang kampung disitu.Mak-mak dan ayah-ayah angkat jua setia menunggu kami walaupun kami agak kelewatan sedikit dengan jadual yang telah disusun.Kami di jamu nasi dan lauk ayam,setelah perut di isi semuanya muka ceria!haha.Kami diminta masuk ke dewan untuk melancarkan program anak angkat dan seterusnya mengetahui mak dan ayah angkat masing-masing.
Dan tidak disangka-sangka Ika boleh dikira adik-beradik dengan Fazlin iaitu kawan sekelas Ika kerana kami mendapat mak ayah angkat yang sama.Memang luculah apabila kami mendapat mak ayah yang sama kerana kami agak peramah orangnya.Apalagi,masing-masing sudah diserahkan kepada mak ayah.Sekarang masanya untuk kami pulang ke rumah masing-masing.Ternyata rumah kami tidaklah jauh antara satu sama lain.
Dalam kira-kira pukul 2.30 petang kami bersiap sedia pula untuk melawat ke kilang budu.Jadi,mak ayah kami tinggalkan seketika untuk berjalan-jalan.(Ish3 anak derhaka.haha).Memang Ika tak pernah sama sekali makan budu apalagi untuk melawat kilang budu dan alhamdulillah kali ini Allah bagi peluang pada Ika untuk melawat kilang budu.Tapi,tetap tak makan budu.hehe.Selesai sahaja kami melawat kilang budu,kami semua singgah di Pantai Irama.Angin dan ombak di Pantai Irama memang kuat.Kami bersantai,bersembang,dan snap-snap gambar bersama dapat merapatkan lagi ukhuwah kami sesama AJK.Kami bertolak balik ke kampung kuau/keluat kira-kira pukul 6.30 petang menaiki bas dan sampai sahaja di kampung dalam pukul 7.15 malam.Kami menuju ke rumah mak ayah angkat masing-masing dan membersihkan diri serta solat maghrib di rumah.Seusainya solat maghrib sementara menunggu masuknya wakti solat isya' kami pergi ke masjid untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh ustaz khairul iaitu pensyarah kami sendiri di Politeknik Shah Alam.Aktiviti diteruskan lagi pada malam itu dengan persembahan dikir barat dan nasyid oleh orang kampung dan dari pihak kami sendiri.Aktiviti malam itu tamat dalam pukul 12.00 tengahmalam dan kami pulang ke rumah mak ayah angkat masing-masing.Semuanya keletihan balik dari dewan KRT maka Ika dan Fazlin mengambil keputusan untuk terus tidur.

20/12/2009

Pagi itu kami bangun dan membersihkan diri.Aktiviti seterusnya adalah gotong-royong bersama orang kampung membersihkan kawasan perkuburan islam.Sebelum pergi ke kawasan perkuburan,mak dan ayah memberi kami peluang untuk melihat ayam yang diternak oleh mak dan ayah.Ayam itu baru berusia 16 hari dan sebanyak 3000 ekor ayam.Setelah puas main-main dengan ayam,kami menuju ke kawasan perkuburan untuk bergotong-royong.Ika dan Fazlin sampai jer tengok dah ramai AJK Muslimat yang lain.Kiranya kami lambatlah.Haha.Maaf-maaf.Seronok sangat main dengan ayam.Ika,Fazlin dan Kak Solehah di kawasan yang sama.Kami menebas lalang-lalang yang tumbuh dengan sihat dan tinggi.Hihi. Tamat sahaja bekerja dan membersihkan kawasan kubur kami balik ke rumah mak ayah angkat masing-masing untuk membersihkan diri demi melaksanakan aktiviti seterusnya.Kira-kira pukul 12.00 tengahari kami bergerak ke Sekolah Pondok Dakwah Islamiyah Sri Permai.Kami di sambut dengan mesranya oleh pelajar-pelajar yang menuntut ilmu disitu.Ada yang memang pelajar tetap dan ada yang pelajar UM tetapi untuk cuti semester ini mereka mengisi cuti mereka dengan belajar fardhu ain.Ye,kali pertama jua Ika sampai di Sekolah pondok dan lihat di kawasan persekitarannya.Kami di beri sedikit tazkirah oleh tok guru di sana.Selesai sahaja tok guru memberi tazkirah,kami dijemput untuk menjamu selera dan sebelum itu kami sempat melawat pondok-pondok mereka.Macam seronok!Selepas menjamu selera,kami semua bersalam-salaman dan pulang untuk pergi ke Wakaf Che Yeh pula.Kami sampai di Wakaf Che Yeh lebih kurang pukul 8 malam dan ustaz memberi peluang kepada kami untuk membeli-belah selama 2 jam.Oppsss maaf memang selama di Wakaf Che Yeh tak teringat langsung Ika untuk tangkap gambar disebabkan kebizian membeli-belah melanda padahal Ika tak beli sangat pun tengok-tengok jer.Hehe.Apabila semuanya sudah berkumpul dan masing-masing tangan dah penuh dengan macam-macam barang.Ustaz mengajak semua pulang ke destinasi kami di kampung kuau/keluat.Kami sampai di kampung kira-kira pukul 12.30 tengahmalam,Ika dan Fazlin dijemput oleh mak.Subhanallah,walaupun kami baru sahaja mengenali mak dan ayah tetapi kasih sayang yang mereka berikan seperti sudah lama kami mengenali mereka.Kami balik dan terus melelapkan mata.


21/12/2009

Pagi itu,Ika dan Fazlin bersiap sedia untuk ke dewan KRT untuk melancarkan majlis penutup program anak angkat.Dan sebelum bergerak ke sana.Ika dan Fazlin dijamu jemput-jemput pisang dan nasi lemak yang dimasak oleh mak.Mak masak memang sedap!Kami jua sempat beraksi dihadapan kamera sebelum menuju ke dewan KRT.Kami menuju ke dewan tanpa mak dan ayah.Yang lain masing-masing dengan mak ayah.Mak ayah kami datang lewat.Huhu.Sedih-sedih..Pengerusi majlis menyampaikan sepatah dua kata dan memberi peluang kepada ustaz kami untuk berucap sepatah dua kata juga.Selepas itu,acara penyampaian cenderahati dari pihak kampung kepada 2 orang ustaz kami serta pihak kampung jua mendapat cenderahati dari pihak PSA.Tidak lupa jua kepada kami!Kami juga mendapat cenderahati dari pihak kampung yang diberikan oleh mak kami sendiri.Mak ayah juga tak lupa untuk beri kami hadiah khusus dari mereka buat kami.Kami pun ada hadiah yang ingin diberi kepada mereka.Jadi kami membuat sistem penukaran hadiah.Kami sempat beramah-mesra bersama mak ayah masing-masing dan makcik² di kampung itu sebelum berangkat.Selesai sahaja sesi tangkap gambar beramai-ramai,ustaz sudah memberi arahan supaya semua AJK² diminta naik ke bas untuk program seterusnya.Kami sempat bersalaman dengan semua makcik² yang mengikuti program anak angkat ini.Boleh dikatakan semua Ika panggil dengan panggilan "Mak" walaupun tu bukan mak angkat Ika.haha.Maka,berakhirlah program kami bersama mereka.Ada yang Ika lihat sedih untuk melepaskan anak angkatnya pergi.Tetapi itulah lumrah orang beriman iaitu bertemu berpisah kerana Allah swt.InsyaAllah ada waktu,dan dengan izin Allah kita akan dipertemukan lagi,jika tidak didunia ini di akhirat kelak di dalam jannah Allah insyaAllah.Kasih-sayang yang mak ayah angkat curahkan pada anak² angkat masing² memang tidak dapat kami balas dengan wang ringgit.Kami hanya mampu berdoa agar Allah membalas jasa mak dan ayah angkat kami masing-masing agar Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran.Ameen.

Seterusnya,kami menuju ke MPKB iaitu Majlis Pembandaran Kota Bahru untuk mendengar sedikit sebanyak tentang pembangunan dan sistem yang dijalankan di Kelantan.Mengapa Kelantan di anggap bandaraya Islam?Segala pertanyaan terjawab apabila kami disana.Papan iklan hendaklah mengandungi tulisan jawi serta gambar wanita di papan iklan itu hendaklah bertudung dan macam-macam lagi maklumat kami dapati dari pihak MPKB.Kami mendapat segala maklumat itu dari Encik.Azman.Terima kasih tidak terhingga kepada pihak MPKB yang sudi menerima kami sebagai tetamu dan dilayan dengan baik sekali.Selesainya program kami di bangunan MPKB,kami diberi peluang untuk berjalan-jalan sekitar bandar Kota Bahru.Kami semua sempat singgah di Pasar Siti Khadijah dan jalan-jalan sekitar bandar.Asal nampak kedai jual tudung jer masuk,tudung jer masuk tapi tetap Ika tak beli.huhu.Berjalan punya berjalan akhirnya bila lihat belakang geng kami makin sedikit.Oh ya,nampaknya kami sudah berpecah.Ustaz sudah menjanjikan bahawa bas akan di parking berdekatan dengan muzium.Kami sesat tak jumpa jalan hendak ke muzium.Menurut kata kak asma' iaitu orang pasir mas mengatakan bahawa muzium banyak di kota Bahru jadi dia pun tak berapa pasti di mana.Jadi dengan bangganya kami memusing-musing bandar Kota Bahru.Haha.Sementara kami sesat tu,pantang jumpa apa yang cantik pasti kami akan berhenti untuk tangkap gambar.Sempat lagi tu...




Group kami yang sesat terdiri daripada 8 orang,Kak Asma' dan Kak Yah selaku ketua dan yang lain hanya mengekori iaitu Ika sendiri,Nini,Najwa,Kak Jia,Kak Dayah Johari,Kak Dayah Kecik,dan Kak Solehah.Setelah berpusing-pusing kami bertemu dengan group yang lain iaitu Kak Umira,Kak Asma Ganu,Kak Aina dan Kak Amalina.Setelah itu,abang Zhakir mengambil keputusan untuk menjemput kami,akhirnya kami temui bas setelah dijemput oleh Abang Zhakir dan Abang Ariff.Sampai-sampai jer,ustaz tanya "pergi mana sampai sesat²?Aiii ada orang kelantan ikut pun boleh sesat?" Nak wat camne ustaz,kak asma' bukan orang KB tp orang Pasir Mas.Kami meneruskan perjalanan ke Pasir Mas untuk menghantar Kak Asma' pulang ke pangkuan bonda dan ayahanda tercinta.Tiba di rumah Kak Asma. kami dijamu dengan laksa kelantan dan nasi kerabu.

Wah,hebat Kak Asma' habis diploma orang hantar sampai depan rumah dengan rombongan satu bas!Bukan senang tau,diharap pengalaman bersama kami dijadikan pengalaman yang manis buat Kak Asma'.Diharap jua agar Kak Asma' tidak melupakan kami disini yang akan meneruskan pelajaran demi memartabatkan islam serta berjuang menegakkan islam di Politeknik Shah Alam.Kami kehilangan NYDP Mekar yang banyak sangat berjasa pada Mekar.Terima kasih tidak terhingga,semoga Allah membalas jasa baik Kak Asma'.InsyaAllah kami disini akan menyambung tugas Kak Asma' berserta semangat dan kata-kata pesanan yang akak tinggalkan buat kami.Ya,tipulah jika Ika katakan tiada langsung sayu dihati,jauh disudut hati kecil Ika,Ika akui sedih itu wujud secara tiba-tiba.Titisan demi titisan air mata jatuh ke pipi mereka yang sudah lama bersama-sama dengan Kak Asma'.Ya,sahabat yang baik pastinya hadirnya dinanti dan perginya pasti ditangisi.Buat Kak Asma' berjuanglah hingga ke titisan darah dan nafas yang terakhir walaupun kini engkau bukan lagi memegang amanah sebagai NYDP Mekar tetapi engkau memegang amanah yang lebih besar dan gah dari itu iaitu amanah sebagai hamba Allah yang hina di sisiNya.Tidak lupa jua buat Kak Dayah Johari dan Kak Yus yang sentiasa menjadi tiang pada segala program Mekar,diharap kalian tidak pernah lelah di dalam jalan Allah.Jika kamu membantu jalan Allah,InsyaAllah Allah akan mempermudahkan jalan kalian.Tidak bermakna perjuangan kalian terhenti disini.Perjuangan itu tiada pernah ada hentinya selagi dunia ini masih wujud.Ya,memang perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis.Berpenat lelahlah kalian di dunia ini kerana Allah janjikan kerehatan yang berpanjangan di syurga itu..InsyaAllah..

Kami meneruskan perjalanan lagi,dan kali ini untuk menghantar Kak Yah pulang pula untuk berlatihan industri di Kelantan,jadi dalam 7 bulan jugalah tidak dapat bersua muka serta berjabat tangan dengan Kak Yah di Politeknik nanti.Sampai di rumah Kak Yah kira-kira pukul 7.00 malam dan kami menunaikan solat serta menjamu selera dahulu di rumah Kak Yah,kami dijamu dengan nasi dagang.Sedap-sedap belaka..huhu.

Diharap jua agar Kak Yah diberikan kekuatan serta ketabahan yang jitu dalam menghadapi segala kesulitan sepanjang berlatihan industri ataupun sepanjang kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri.Ketahuilah wahai kakakku bahawa dirimu sungguh beruntung kerana dalam di kalangan manusia Allah telah memlilih kamu untuk meneggakkan Ad-Deen Allah.Setiap apa yang kita lakukan hanyalah untuk mendapatkan keredhaan dariNya.Semoga langkah kakimu semakin pantas,lidahmu semakin lantang,roh dan jasadmu semakin kuat,serta imanmu semakin meningkat dalam meneggakkan amanah yang Allah berikan padamu.Berjihad dan terus berjihadlah walaupun selama 6 @ 7 bulan engkau bukan lagi memegang amanah di pusat islam tetapi engkau memegang amanah sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.Perjuangan ini tidak akan pernah berhenti berdenyut selagi jantung ini tidak ingkar dengan Allah dan ia tidak berhenti berdegup.Ayuh teruskan berjuang!Adik sentiasa menyokong akak.Ya,perjuangan itu sangat-sangat pahit,ia umpama tiram di laut di hiris pepasir pantai dan tercalarlah ia,sungguh pun terluka tetapi dipendam,sungguh pun pedih tapi disimpan namun akhirnya dibalas dengan mutiara yang berkilau-kilauan.Begitulah perjuangan diibaratkan.Subhanallah,dan dari dakwah engkau akan temui ukhuwwah disitulah semangatmu akan kian membakar.Ukhuwah yang dibina atas dasar dakwah insyaAllah akan berkekalan.Itulah jua yang Ika dapat dari Kak Asma',Kak Dayah Johari,Kak Yus dan Kak Yah sendiri.Tak pernah Ika rasakan ukhuwwah yang begitu indah sekali.

Ya Allah,jagalah insan yang ku sayang ini.Jagalah mereka walau dimana mereka berada.Berkati rezekinya,kuatkan imannya,serta jauhkan mereka dari fitnah manusia.Semoga dengan perpisahan ini Engkau hadiah pada kami kerinduan yang berpanjangan.

22/12/2009

Dan Alhamdulillah,kami selamat sampai di perkarangan pusat islam,politeknik shah alam kira-kira pukul 5.00 pagi.Maka tamatlah program kami.Semoga sedikit pengalaman kami ini menjadikan pengalaman manis buat kami semua AJK² Pusat Islam dan Mekar (Menjana Kerohanian Akhlak Remaja).Terima kasih buat ustaz yang sudi menemani serta melayan karenah kami serta Abang Zhakir yang sudi membuat program anak angkat ini di kampung abang sendiri.Tidak lupa jua buat pemandu bas yang sudi membawa kami dari satu tempat ke satu tempat yang lain kerana pastinya jika tidak kerana pemandu bas kami tidak akan sampai ke destinasi dan tidak dapat membuat program.Puji-pujian buat Allah yang melancarkan segala perjalanan kami,semoga perjalanan kami selama ini diberkati olehMu.Ya Allah Engkau perancang terbaik.Sesungguhnya kami hanya merancang dan Engkau yang menentukannya.

Dari Sini Ika belajar Dialek Kelantan :-

[Supik - Beg Plastik] [Bekwah - Kenduri] [Buah Pauh - Buah Mangga] [Timun Cina - Tembikai]

Ika : Akan ku rindui saat-saat manis bersama kalian.Dan kita akan bersama mengorak langkah ke hadapan demi islam!Kita harus bersatu demi kebangkitan islam !