
Tidak putus-putus lidah ini dibasahi dengan kalimah pengharapan,







army yell ala-ala silat gayung.huhu
Slot INTEAM diteruskan seusai solat zohor berjemaah. Slot INTEAM dibawah kendalian Kak Nina, berjaya membuka minda adik2 kasih sayang tentang erti sebenar persahabatan. Hampir 80% dari mereka nampak benar2 menghayati dan memberi fokus yang baik dalam slot ini. Alhamdulillah, ramai adik kasih dan sayang yang tampil kehadapan untuk sesi perkongsian. Terharu rasanya mendengar perkongsian ikhlas dari mereka buat sahabat-sahabat tersayang.
Seusai solat asar, adik2 dibawa pula oleh fasilitator utk slot seterusnya iaitu Badan Cergas Otak Cerdas. Adik2 SMKCP kali ini mmg world la!~ semua sangat sporting dan best!~ :)







Seperti biasa, setiap kali KBM, kami tidak pernah lupa akan kondisi dan nasib saudara-saudara seaqidah kita yang berada di Palestin. Dengan melancarkan tabung sumbangan Palestin, Alhamdulillah berjaya mengutip jumlah kutipan yang agak tinggi iaitu sebanyak RM533.80. Moga Allah memberkati dan memberi balasan yang selayaknya atas kemurahan hati kalian, InsyaAllah..Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru SMKCP atas kesudian mengundang kami warga KBMKL untuk bersama-sama berusaha menyantuni adik2 kasih dan sayang yang cukup istimewa ini. Tidak lupa juga kepada krew-krew kantin SMKCP atas hidangan yang sungguh istimewa (bubur durian) dan sangat sedap! Dan yang paling utama, buat adik2 kasih dan sayang, kami sentiasa berdoa moga Allah memberi kekuatan dan menyuntik nikmat hidayah dan semangat dalam diri adik2 SMKCP supaya sentiasa berusaha untuk mnjadi remaja yang soleh wa musleh.Terima kasih daun keladi buat barisan pengendali dan fasilitator pesawat KBM 040709 atas kesudian meluangkan masa dan tenaga untuk program ini. Moga berjumpa lagi dalam pesawat-pesawat yang akan datang :)
sebahagian artis kBm.haha.jazakumullah khairan katheera kepada sesiapa yang membantu sama ada secara langsung dan tidak langsung.Semoga ianya dinilai disisi Allah di akhirat kelak dan menjadi bekalan kita nanti.InsyaAllah.Terima kasih tidak terhingga kepada pengendali dan faislitator yang tidak pernah jemu berKBM setiap minggu.
[Pak Andak][Ummi Ida][Pak Kay][Pak Long]
[Kak Nina][Kak Yatt][Anjang][Kak Mai][Kak Ila][Kak Lang][Kak Ika]
[Abg Nizam][Abg Zack][Abg Fakhrul][Abg Farhan]
Disebalik Tabir
Pengalaman kbm kali ini sangat3 best!Adik2 yang sporting dan mantop!VERORA,adik2 semua memang hebat2 belaka!Kalian xkan akak lupakan.Semoga menjadi insan yang soleh wa musleh dan menyerlah jauh dari yang biasa!Balik uma terus lena xdan nak kemas barang2 walaupun tau esok dah nak gi poli.hihi..Pengalaman MAM2 best3!Syukran buat kNina dan kMia atas kepercayaan kalian terhadap Ika.[senyum lebar]




Seusai solat zuhur berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot INTEAM dibawah pengendalian Kak Nina. Suasana mula bertukar menjadi syahdu. Jarang-jarang sekali kami jumpa adik2 sayang yang begitu terkesan pada slot ini. Boleh dikatakan 90% dari mereka benar-benar menghayati slot bersama teman-teman ini. Slot Badan Cergas Otak Cerdas pada petang itu seperti biasa telah membawa adik-adik ini bersama kakak-kakak dan abang-abang fasilitator. 
Selesai solat isya' berjemaah, Kak Nina sekali lagi bersama adik-adik untuk mengembara didalam slot Meniti Angin Malam 1 (MAM1) bagi sama-sama merasai nikmat indahnya bersama Allah, Rasulullah saw, ibu dan ayah. Alhamdulillah, syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kami adik-adik kasih dan sayang yang sangat mudah disantuni. Kesemuanya memberi sepenuh fokus pada slot ini. Dan secara tak langsung telah membantu serta melancarkan lagi slot MAM2 pada malam itu.Pada keesokan harinya, sekitar jam 9 pagi, dua program selari berlangsung. Ibubapa telah bersama-sama Pak Long di dalam dewan utama dan adik-adik kasih dan sayang di bilik teater bersama Kak Nina dan semua fasilitator untuk slot Hijrah. Kehadiran ibubapa pada hari tersebut adalah kira-kira 45% dari jumlah sebenar peserta. Pada jam 11.45 pagi, kasih dan sayang telah dibawa untuk bertemu ibu dan ayah masing-masing.Selesai sesi perkongsian dari kasih dan sayang serta ibu bapa, sedikit ucapan penutup dari wakil sekolah dan YDP JIM Sabak Bernam. Juga dilancarkan tabung sumbangan Palestin yang telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 214. Alhamdulillah..


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Yang Maha Bijaksana, kerana telah mengatur segalanya dengan lancar dan hikmah sekali. Sesungguhnya tiadalah daya upaya kami untuk merancang sebaik dan secantik itu. Jazakumullah khairan kathira buat semua yang mendoakan kami. Buat para pengendali dan fasilitator yang terlibat, moga Allah membalas jasa dan pengorbanan kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Buat guru-guru yang sentiasa bersama kami sepanjang program, Cikgu Amir, Cikgu Rabiatul, Cikgu Rozanna, Cikgu Khasnah dan lain-lain yang tak dapat kami sebutkan namanya disini, syukran jazilan diucapkan. Dan yang pastinya tidak dilupakan, buat adik-adik kami kasih dan sayang SMKSB yang sentiasa diingatan. Moga diberi kesempatan untuk bertemu lagi, insyaAllah. Didoakan moga adik-adik diberi kekuatan untuk kekal dalam perubahan dan menjadi insan yang soleh wa musleh serta terus Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa..
Special thanks to all Gen-Y members :
Kak NinaKak MiaAbg NizamKak Zarina
Abg ArulAbg BobAbg JunAbg FakhrulAbg Zack
Kak NurullKak YanaKak IkaKak UnaKak SyazaKak Nur
and also the baby boomers..PAK LONG ^_^
Habis je berKBM di SMK Seri Bedena,kami semua singgah kedai makan Pak Long belanja.weeee..Lepas tu,kNina,kMia,kNurul,kYana dan Ika teruskan perjalanan.kNina nak campak Ika kat Sekinchan,Ika kena balik kampung ada urusan.Dalam perjalanan masuk kampung Ika,kNurull nie nak sangat tengok padi..hihi..maka dengan itu kami pun beraksi.hihi