Tuesday, June 23, 2009

:.Penerbangan SMK Bandar Banting.:

Bissmilahirahmaniraheem
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT atas segala kurniaan-Nya telah mengizinkan kami untuk kembali bersama adik-adik kasih dan sayang pada hari sabtu dan ahad yang lepas. Sekali lagi kami telah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke SMK Bandar Banting untuk kali yang ketiga.. Seramai 127 orang adik-adik kasih dan sayang telah bersama-sama kami untuk KBM SMKBB-2 kali ini.
Seperti biasa, sekitar jam 9 pagi, kedatangan adik-adik kasih dan sayang disambut mesra oleh para fasilitator yang cantik2 dan hensem2 (bak kata abg lang). Program dimulakan dengan slot Knowing Me Knowing You yang mana utk pertama kalinya menyaksikan gandingan mantap dua beradik iaitu Abg Lang dan Abg Chik yang kami import khas dari Melaka Bandaraya Bersejarah. Adik-adik kasih dan sayang begitu terhibur dengan celoteh mereka berdua.
Seusai makan tengahari dan solat zuhur berjemaah, adik-adik kasih dan sayang telah melalui slot INTEAM bersama Abg Lang. Kemudian di sebelah petang pula, sesi riadah yang dibawa oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Adik-adik kelihatan begitu bersemangat dengan permainan-permainan baru yang diperkenalkan oleh abang dan kakak fasi..


Pada sebelah malam pula, selesai solat maghrib, zikir dan solat isya' berjemaah, program diteruskan oleh Kak Nina didalam slot Meniti Angin Malam 1. Alhamdulillah, penerimaan dan perhatian yang sangat tinggi telah diberikan oleh adik-adik kasih dan sayang SMKBB. Dan diteruskan dengan slot Meniti Angin Malam 2 oleh kesemua pengendali dan fasilitator.
Pada keesokan harinya pula, selepas sarapan pagi, kedatangan ibu bapa disambut oleh para fasilitator yang bertugas ke dewan utama . Dan dalam masa yang sama adik-adik telah bersama Abg Lang di dewan yang berbeza untuk slot Hijrah. Alhamdulillah, lebih kurang 60% kehadiran ibu bapa pada KBM kali ini. Sesi bersama ibu bapa telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pak Long.
Sekitar jam 11.30 pagi, adik-adik kasih dan sayang telah dibawa oleh Kak Nina untuk bertemu dengan ibu bapa masing-masing. Suasana sayu menyelubungi adik-adik ini, terutamanya bagi mereka yang ibu bapanya tidak hadir pada pagi tersebut. Mereka ditenangkan oleh kakak-kakak dan abang-abang fasi.
Seperti biasa, KBM tidak pernah melupakan nasib saudara-saudara seaqidah di bumi Palestin. Tabung sumbangan untuk Palestin pun telah dilancarkan dan Alhamdulillah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 457.30. Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu bapa yang menghulurkan sumbangan. Moga Allah mengganjari dengan sebaiknya. Program berakhir dengan sesi perkongsian dan penyampaian hadiah serta sijil buat para pengendali dan fasilitator yang terlibat dan sesi bersalaman antara peserta, ibu bapa dan fasilitator.

Sekalung penghargaan diucapkan khas buat mereka-mereka yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan KBM SMKBB buat kali kedua ini. Untuk guru-guru SMKBB yang bertugas sepanjang program, pengendali yang sentiasa tegar dan bersemangat, fasilitator yang sangat komited, ibubapa yang prihatin serta tidak dilupakan buat adik-adik kasih dan sayang yang sentiasa ada dihati kami. Moga perubahan yang dikurniakan buat kita bukanlah perubahan yang bermusim tetapi sentiasa kekal dan segar dalam diri, InsyaAllah. Moga terus..




Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!




Barisan artis kbm smk bandar banting.huhu

Pengendali & Fasilitator:Pak Long,Pak Kay,Abg Lang,Abg Chik,Abg Aiman,Abg Luq,Abg Amir,Abg Amir,Abg Junedi,Abg Anuar,Abg Khairul,Abg Khairizan,Abg Chefwan,Abg Faizal,Abg Mun'in,Abg Zaidi,Kak Nina,Kak Mia,Kak Zar,Kak Yana,Kak Nur,Kak Bazilah,Kak Yatt,Kak Nurull,Kak Hajar,Kak Emy,Kak Ika


Ika:Malas nak menaip jadi,copy dan dipaste dari blog KBM,Syukran kMia atas report!hihik

Monday, June 8, 2009

Selamat Pengantin Baru Abang!

Assalamualaikum wbt,Alhamdulillah dengan limpahan kasih sayang dari Allah swt dapat Ika menarikan lagi pena ini walaupun diri ini tidak semahir orang lain mengarang.Setelah selama seminggu tidak diberi kesempatan untuk meluangkan sedikit masa pun untuk menarikan pena ini dek kerana kesibukan yang melanda.Haha.(konon2 busy)
Pada 5 Jun 2009 bersamaan hari Jumaat yang lepas,Mohd Zaidi Abdul Rahman dan NurulShila Baharuddin telah sah diijabkabulkan tepat jam 6.00 petang di masjid berdekatan rumah nenek kepada NurulShila di Manjung,Perak.Tetapi apa yang lebih menariknya seramai 6 orang,serentak mahu bernikah pada waktu yang sama.(bestnya).Pengantin mendengar khutbah secara bertiga-tiga.Pandai Tok Kadi bergurau " Haaa kenal x mana 1 pengantin?"..Teleng-teleng kepala si pengantin lelaki mencari pasangan masing-masing.Kang tersilap xpasal.haha.Seronok! NurulShila atau lebih mesra Ika menggelarnya Kak Shila telah menjadi kakak iparku.Selamat datang ke keluarga kami diucapkan.Dibawah disertakan gambar-gambar sepanjang pernikahan abang dan kak shila berlangsung.
sekali 3 pengantinDan pada keesokan harinya iaitu 06.06.2009 bersamaan hari sabtu Majlis Perkahwinan Abang diadakan.Rombongan pengantin sebelah lelaki tiba agak lewat,kira-kira pukul 2.30 petang dengan 10 buah kereta.Disertakan juga gambar-gambar.Busy lah!Tiada masa untuk mengarang plus mengarut lebih panjang.Doaku supaya abang dan kak shila kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh.Ameen ~ apa yang Ika buat? Nie jelah kerja Ika sepanjang perkahwinan abang berlangsung,Ish ish ish tak boleh tinggal langsung pengantin,nanti ada aje tertinggal slot-slot menarik.haha.pengantin diekori setiap masa.Sabtu 13.06.2009 ni ada lagi tugas Ika menanti.Kenduri di rumah Ika pulak.!huhu.Klik sana sini.Record sana sini.lalala.Lepas ini Ika jadi makcik lah.haha.

Kenduri sebelah pengantin lelaki (Rumah Ika)

Bermula hari selasa Ika dan kawan-kawan Ika dah start buat kerja,nasib baik Ika suka melayan bebudak kat sini jadi doranglah yang rajin sangat tolong Ika,sambil bungkus bahulu,kerepek,gula-gula biasalah tangan dorang panjang je terus masuk mulut.haha.Hari Sabtu 13/06/2009 maka bermulalah suatu majlis yang gilang-gemilang.hakhakhak.Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun hujan turun dengan lebatnya kira-kira pukul 1.00 tengahari namun itu semua rahmat Allah.Selepas hujan reda,kedua mempelai pun kelihatan bersama bmw dengan baju merah merunnya.Sepanjang majlis perkahwinan abang dan kak shila berlangsung Ika agak sibuk sehingga tidak sempat melayan para tetamu yang hadir kerana Ika ditugaskan untuk menjadi mamarazi ketika itu,ikut saja pengantin kemana mereka pergi.huhu..seribu kemaafan ku pinta andai layanan yang diberi tidak mencukupi.Syukran diucapkan pada yang hadir,team kBm,akak-akak UIA,rakan-rakan sekolah dan semua.Dibawah ini,disertakan jua gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.

Barisan artis KBM bsama banner.hakhakhak

Jom pekena cendol!
Dah nikah abg syg Ika nie.hehe

Inilah sahabatku ketika majlis,diusung kesana sini.Abang,takde gaji ke ni?hihik
akhirnya ingin handel sebuah majlis perkahwinan sebagai photographer tertunai sudah.
Saper nak kawin?cepat3 murah je Ika amek.haha.

Ika:syukran pada semua yang hadir.maaf bebanyak kalau xsempat melayan.hihi

Wednesday, June 3, 2009

:. Sayang Kakak .:

Bissmillahirahmaniraheem

Assalamualaikum,
Memandangkan cuti sekolah(ecey ckp cm sek jek,padahal hari2 cuti),Nak tahu apa yang berubah?Ika semakin rajin membaca novel!Lepas satu-satu cerita Ika baca dan menghayati kisah-kisah dalam novel tu.Tapi takdelah setebal akak-akak lain baca kankankan.kan kak ayu?haha

Novel yang berjudul Sayang Kakak hasil karya Aqmaer Halim benar-benar menyentuh hati ini ketika menghayati kisah tersebut.(dah sentimental nak wat gane?!).Novel ini mengisahkan 2 orang adik-beradik kandung yang sangat akrab perhubungannya dari kecil.Amie dan Alia anak kepada pasangan yang susah hidupnya.Alia sebagai adik kepada Amie yang agak kasar dan lasak gayanya berbanding dengan kakaknya Amie,yang begitu sopan-santun dan berbudi bahasa.Dari segi pelajaran pula,kakaknya jauh lebih pintar daripada adiknya.Walaupun sikap mereka jauh berbeza namun mereka tetap akrab antara satu sama lain.Meskipun mereka akan bergaduh disebabkan hal-hal yang kecil tetapi hanya seketika dan selepas itu keadaan kembali seperti sediakala.
Amie,soerang kakak yang sangat penyayang,dia sangat menyayangi adiknya Alia.Mereka bagaikan isi dengan kuku.Dimana ada kakaknya disitu ada adiknya.
Namun,di pertengahan cerita Alia,adiknya mulai membenci akan kakaknya hanya kerana seorang lelaki yang digilainya.Selepas itu,segala perkara yang kakaknya lakukan semua serba tidak kena,ada saja yang hendak diomelnya sendirian.Dia juga tidak puas hati akan sikap ibu,nenek,dan atuknya yang selalu menaikkan nama kakaknya kerana kakaknya menjadi pengawas sekolah.Perasaan bencinya semakin membuak-buak kerana akak dibelikan baju sekolah yang baru tetapi tidak dia.Ibunya membeli pakaian seragam sekolah baru kepada akaknya kerana akaknya sudah menjadi pengawas,jadi warna baju perlu ditukar dari putih ke biru.Tiga minggu kemudian,mak menghadiahkan Alia baju,beg,kasut sekolah yang baru.Alia gembira sangat akan tetapi dia tidak berkongsi kegembiraan itu bersama kakaknya,kakaknya hanya tersenyum melihatnya dari jauh.Kakak dapat melanjutkan pelajarannya di MRSM dan pada cuti sekolah akaknya pulang membelikan hadiah iaitu baju kebaya yang kakaknya beli,tetapi baju itu hangus ditelan api dikerjakan oleh Alia kerana kebenciannya mengatasi keinginannya.Suatu hari,ayah mereka jatuh sakit akibat luekimia yang semakin parah lalu ayahnya meninggal dunia.Alia semakin rasa dipinggir kerana selama ini dia rapat dengan ayahnya.Alia terus membenci kakaknya kerana merasakan kakaknya punca kematian ayahnya disebabkan sekolah akak memerlukan wang yang banyak.
Sehinggalah pada suatu pagi,dia terjaga dari tidur dek panggilan ibunya meminta pertolongan darinya supaya menemani ibunya ke rumah ketua kampung pada awal pagi ketika orang lain lena dibuai mimpi-mimpi indah.Dia melihat kakaknya terlantar di lantai dengan muka pucat dan nenek sedang mengurut-urut dada kakaknya.Akan tetapi,dia masih membenci akaknya.Berkata dalam hati "Hish menyusahkan orang betul,kalau ye pun nak demam tunggulah pagi esok ke ape ke,orang nak tidur pun tak senang".Akhirnya,akaknya digegaskan ke hospital dan akak memang selama ini menghidap Luekimia tahap kritikal sama seperti ayah!Alia merasa dia begitu berdosa lantas dia ke hospital bagi menemani kakaknya yang sedang terlantar di katil hospital.Akhirnya hubungan mereka kembali seperti dulu.
"Kakak gembira sangat akhirnya kita dapat baik-baik semula.Nanti bila akak takde,Alia jaga keluarga baik-baik ya,Belajar rajin-rajin,masuk sekolah MRSM macam kakak.Jangan bermain cinta yea." pesan akaknya ringkas sambil menahan airmatanya dari bercucuran.Alia memarahi kakaknya kerana berkata sedemikian lalu mereka tergelak bersama.
Keesokkan harinya,Alia mendapat panggilan daripada hospital yang kakaknya telah kembali ke rahmatullah.Hatinya seakan-akan jatuh di lantai,bagai baru semalam aku memeluk kakak.Kini kakakku sudah tiada.Kakak,walaupun selama ini Alia membenci akak,tetapi jauh di sudut hati Alia,Alia sangat sayangkan kakak!Setelah selesai pengebumian kakaknya,Alia duduk termenung jauh di tingkap dan tiba-tiba dia terpandang diari kakaknya lalu dia terbuka halaman yang menceritakan tentang dirinya.Rupa-rupanya baju,beg,kasut sekolah yang baru itu pemberian kakaknya hasil dari usaha akaknya mengarang cerita bertajuk "Sayang Alia" dan mengambil bahagian ketika bulan bahasa Melayu di sekolah serta mendapat johan dan memenangi wang tunai sebanyak RM100.00.Wang itu digunakan untuk membeli barangan sekolah Alia kerana kakaknya tahu Alia sangat menginginkan beg,baju,kasut sekolah yang baru.Alia menangis sendirian.
Akhirnya,Alia berjaya melanjutkan pelajaran ke MRSM sama seperti kakaknya,dia kini meneruskan perjuangan kakaknya yang tergendala.
Sayangilah insan disekeliling anda selagi dia masih bernafas dan jangan tunggu esok untuk memberitahunya "saya sayang awak".!"Adik sayang kakak"!
Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang menggelarkan dirinya kakak kepada Ika,Ika amat menyayangi kalian dan hanya Allah yang dapat membalas budi baik kakak-kakak.Nak senaraikan satu persatu takut ada yang tertinggal jadi buat umum la senang.

Friday, May 29, 2009

Assalamualaikum wbt


Ku mulakan bicara ini dengan menyebut namaMu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.Alhamdulillah terima kasih atas nikmat akal fikiran ini,kerna pastinya blog ini tidak wujud tanpa nikmat ini.Baru-baru ini,Ika ada menonton sebuah filem yang ditayangkan di saluran HBO tetapi tidak pasti apakah tajuk filem tersebut.(lupakot!).Walaupun hanya menonton ketika filem itu sudah ditayangkan separuh jalan,namun Alhamdulillah masih boleh menggunakan nikmat akal fikiran untuk memahami jalan ceritanya.
Ceritanya berunsur peperangan,ketika menonton filem itu,bermain di anak mata keperitan umat islam di Palestine.Filen ini juga melibatkan peperangan antara umat islam dan orang yahudi.Malangnya,filem yang dipertontonkan tidak seperti realiti.Orang yahudi dianggap baik dan umat islam sebaliknya.Padahal sudah terangkan orang yahudi menindas umat islam di Palestine.Disini,kita dapat lihat betapa hebatnya idea jahat dan busuk orang yahudi mahu mempengaruhi fikiran umat islam di seluruh pelusuk dunia.filem itu juga,umat islam berbekalkan senjata yang canggih-canggih belaka,tetapi pada hakikatnya?!Umat islam di Palestine hanya berperang dengan cara membaling batu sedangkan berhadapan dengan orang yahudi yang menentang menggunakan peralatan senjata yang hebat dan canggih seperti kereta kebal,bom,nuklear,senapang dan lain-lain.Filem itu juga menonjolkan sikap orang yahudi yang baik lagi penyanyang kerana mereka tidak membunuh kanak-kanak dan wanita malah memberi gula-gula supaya kanak-kanak yang menangis akibat ketakutan dengan bunyi-bunyi bom tadi diam.Tetapi,boleh kita lihat semua itu berlaku di PALESTINE?!Tidak sama sekali!
Sebenarnya,bukan satu filem je yang Ika tonton macam ni.Tetapi hampir semua filem yang melibatkan orang Islam dan Yahudi pasti orang Islam yang jahat.Tetapi,jangan pernah sesekali terperangkap dengan tipu daya Yahudi!Menonton sambil berfikir dan bukan hanya sekadar hiburan.Setiap sesuatu pasti ada keburukan dan kebaikannya.Kita harus bersatu demi kebangkitan ISLAM!

Adakah kita akan terus melihat sebegini?!

Sunday, May 24, 2009

Kehidupan Dunia Adalah Singkat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt ya akhi wa ukhti.Pertama sekali setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk meluangkan sedikit masa dihadapan kaca monitor ini.Masih memberi ruang untuk ku bernafas di bumi indah ini walaupun ku sering diserang batuk dan lelah.Kadang-kadang hanya terlantar di atas katil kerana sakit yang amat.Dan aku sedar semakin hari semakin berkurang umurku.Ya Allah jika telah tiba saatku menghadapMu,Kau matikanlah aku dalam nikmat iman dan islam dalam diri.
Sahabatku,begitu ramai manusia mencintai dunia.Sekiranya dibenarkan,mereka tidak mahu mati.Mereka jauh daripada agama,apatah lagi memikirkan soal mati dan akhirat.Sedangkan kehidupan dunia yang mereka begitu dambakan itu hanya singkat tempohnya dan sementara keindahannya.Panjang mana pun umur manusia tetap bakal bertemu ajal.Setiap manusia dibataskan hayatnya oleh Allah.Allah ciptakan dalam setiap sel tubuh manusia satu "penggera masa" yang sudah ditetapkan waktunya.Sebaik sahaja tiba masanya seluruh aktiviti biologi terhenti serta-merta.Di sampin itu,kehidupan dunia ini sesungguhnya tidaklah seindah yang dibayangkan.
Kehidupan di dunia ini begitu singkat.Dengan bertafakur,orang dapat memahami betapa singkat dan sementara kehidupan di dunia ini.Misalnya,semasa muda seseorang tidak dapat membayangkan dia bakal berumur 30 tahun,tetapi tiba-tiba kini dia sudah berumur 40 tahun.Dengan kata lain,betapa bodohnya apabila manusia mengabaikan kehidupannya yang hakiki dan abadi di akhirat hanya demi mengejar kehidupan dunia yang singkat dan sementara ini.Allah mengingatkan kita mengenai singkatnya kehidupan ini dalam banyak tempat di dalam Al Quran.Tetapi pernah kita ambil tahu?
Kita tahu,kematian itu pasti menjemput kita dan datang setiap masa tanpa diundang.Sayangnya,ramai yang lupa sehingga menganggap dirinya hidup selamanya sedangkan hidup ini bertempoh.Dari hari ke hari,umur kita kian bertambah.Maknanya semakin berkuranglah hayat kita di dunia ini.Berapa lagi umur kita yang berbaki?Mudah-mudahan dengan zikrul maut iaitu mengingati mati,kita mampu mengisi setiap detik masa dan sisa umur kita dengan ibadah dan perbuatan yang bermanfaat dan ikhlas.
Zikrul maut adalah salah satu daripada usaha kita bagi menghidupkan hati.Dengan kata lain,orang yang jarang mengingati mati,keras hatinya dan lebih mesra dengan maksiat.Sayang,kita kadang-kadang alah dengan soal kematian.Kenapa?kerana kita berasa senang dengan kehidupan di dunia ini?Dimanakah bezanya hati yang hidup dan hati mati?Ibarat seekor ikan yang hidup di lautan tubuhnya dilumuri garam sekalipun.Berlainan pula dengan ikan yang mati,tubuhnya masin apabila dilumuri garam walaupun sudah tidak berada di dalam laut. Begitulah halnya dengan orang yang hatinya hidup.Walau maksiat berleluasa disekelilingnya,bahkan terkadang digoda ke arah itu,dia tidak leka dalam maksiat.Hatinya hidup.Namun,apabila sahaja hati sudah mati,sedikit sahaja godaan dengan mudah dia tenggelam dalam maksiat.
Segagah mana pun seseorang,dia tetap mati.Seorang jeneral,doktor,usahawan,jutawan,bahkan penggali kubur pun,apabila tiba saatnya,dia bakal mati.Dan kepada remaja,jangan kita ingat orang muda tidak mati sedangkan bayi yang baru lahir boleh mati apalagi kita remaja yang sibuk dengan aktiviti seharian ke sana sini.Berita kematian kenalan kita kerap juga tidak menyentuh hati kita.Mengapa sampai terjadi sebegitu rupa?Sedangkan Nabi Muhammad pernah berkata,"Bahawa orang yang paling cerdik itu bukannya yang paling cerdas akalnya,hebat gelarannya ataupun banyak ilmunya.Orang yang paling cerdik adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan mempersiapkan dirinya untuk itu."
Luruskan niat kita dalam setiap langkah kaki.Ke mana pun kita melangkah,pasti niat kita benar.Jangan hanya untuk berlagak,angkuh,riak dan sombong.Katakanlah ini setiap langkah dan perbuatanmu "Ya Allah,andainya hari ini hari kepulanganku,maka jadikanlah semua aktivitiku sebagai kebaikan disisimu."
Hidup kita perlulah berkat.Semakin kerap kita mengingati mati semakin dirasakan dunia ini kurang bermakna.Kita perlu tetap kerja keras di dunia ini sebagai bekalan pulang ke alam kekal.Tidak perlu kita berasa takut berpisah dengan dunia ini kerana kematian hanya perpisahan sementara.Usahlah risau dengan kematian tetapi risaukanlah,"adakah cukup bekalan bagi menemuinya?".Oleh kerana itu,daripada kita ingat harta,kesusahan,musuh,dan pelbagai perkara lain,bukankah lebih baik kita mengingati Allah yang Maha Esa?Perbanyakkanlah zikir dan mudah-mudahan kita beroleh husnul khatimah.
Mati itu pasti!!

Wednesday, May 13, 2009

:. Di Bawah Naungan Cahaya Mu .:

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt



Sebelum Ika berkata-kata lebih panjang,setinggi-tinggi kesyukuran Ika panjatkan ke hadrat iLahi kerana dengan izinNya Ika dapat luangkan sedikit masa di kaca monitor ini.Masih memberi peluang untuk diri ini bernafas dibumi Allah swt.Terima Kasih Ya Allah.Di Bawah Naungan Cahaya Mu karya Desi Puspitasari memberi impak yang sangat besar dalam diri ini.
Watak Adelia
Adelia,seorang anak gadis belasan tahun yang masih menuntut di sekolah di sebuah desa.Adelia seorang yang sangat tabah dalam menghadapi ujian yang diberikan keatas dirinya.Adelia juga seorang pelajar yang gigih beruasaha dan taat akan perintah Allah swt sedangkan ibu dan bapanya leka dibuai dengan hiburan duniawi.Bapa Adelia seorang "kaki botol" setelah kehilangan pekerjaan dan ibunya pula sering keluar malam serta meninggalkan perintah Allah.Ibu dan bapanya sering bertengkar apabila berada dirumah.Akibat dari itu,Ibunya berniat untuk bercerai dan meninggalkan Bapa dan Adelia.Tetapi,Adelia tetap tabah dan disaat Adelia dibelenggu kesedihan,Bulanlah yang sentiasa menemaninya.Bulan tempat Adelia meluahkan segala isi hatinya.
Untung juga,Adelia mempunyai sahabat yang mengambil berat terhadapnya iaitu Rini.Hubungan mereka sangat akrab.Adelia juga sering diburui oleh Fikri,pemuda yang mahu menjadi seseorang yang istimewa dihati Adelia.
Disaat ibu pergi meninggalkan bapa,bapa sedar akan kesalahannya selama ini.Bapa perlukan tunjuk ajar dari Adelia untuk menunaikan solat lima waktu.Bapa kini menjadi hamba yang taat akan perintah Allah.
Suatu hari,Adelia bertemu dengan Andi,teman lelaki ibunya.Andi memberitahu bahawa ibu sedang sakit dan dirawat di hospital.Adelia segera menziarahi ibunya.Ketika berada di kamar ibunya,dia melihat kemesraan antara Andi dan ibunya.Hatinya semakin sakit dan pedih!
Sekali lagi,Andi bertemu dengan Adelia.Andi menceritakan segala-galanya bahawa Ibu masih cinta dan sayangkan bapa dan Adelia.Setelah ibu sembuh,Ibu telah pulang ke rumah bersama Andi untuk bertemu bapa bagi menyelesaikan masalah mereka.Adelia mencuri-curi dengar perbualan mereka.Badan Adelia terasa lemah,kepalanya berat dan akhir-akhir ini dia sering diserang batuk.Adelia berlari menuju ke bumbung untuk bertemu bulan,hanya bulan yang faham akan isi hatinya.Langit seakan-akan memahami dan ketika itu juga hujan turun dengan lebatnya seperti airmatanya yang mengalir deras.Apabila turun dari bumbung Adelia berlari ke kamar dan akhirnya Adelia tertidur dengan pakaiannya yang basah akibat keletihan.Keesokan harinya,Bapa dan Ibu mendapati bahawa satu-satunya anak mereka itu jatuh sakit.Bapa cuba mendapatkan pertolongan dan ketika itulah bapa bertemu dengan Bagus dan Bonda.

Watak Bagus
Bagus seorang pemuda yang masih menuntut di tahun akhir persekolahan di sebuah bandar.Bagus dibesarkan dalam keluarga yang bahagia berbanding dengan Adelia.Bagus juga merupakan putera tunggal pada Bonda dan Ayah.Pemuda yang bercita-cita ingin menjadi doktor ini sangat mentaati perintah Allah.Bagus tidak suka berdua-duaan bersama wanita kerana takut menimbulkan fitnah.Ratna seorang gadis yang mempunyai perasaan suka dan cinta terhadap Bagus.Ratna jua tidak seperti yang Bagus inginkan.Bagus mahukan gadis yang bertudung!Pelbagai cara yang diaturkan oleh Ratna untuk memikat hati si pemuda yang bernama Bagus.Namun,Bagus tetap dengan pendiriannya.Bagus hanya mahukan Bulan!Bulan yang sudah bertahun lama tidak Bagus temui.
Suatu hari,Bagus dan kedua orang tuanya pulang ke desa kerana Pak Lik sakit akibat kemalangan.Bagus gembira kerana dapat ke pulang ke desa untuk bertemu Bulan kerana itulah impiannya selama ini.Apabila tiba di desa Bagus dan Bonda telah terserempak dengan seorang lelaki tua yang sedang kebingungan dan keresahan.Bonda segera mendekati lelaki itu dan ternyata lelaki itu adalah jiran tetangganya dahulu.Pak Yono adalah bapa kepada Adelia.

Pertemuan Antara Bagus dan Adelia
Bagus mempelawa bapa untuk memberi pertolongan dengan menghantar Adelia ke hospital.Bapa segera bersetuju dan ketika tubuh longlai itu di atas dukungan Bapa,darah Bagus seakan-akan terhenti melihat wajah pucat Adelia.Akhirnya,Adelia ditahan di hospital.
Apabila Adelia tersedar,ibu dan bapanya sedang lena sambil menggenggam tangannya.Ibunya tersedar diikuti dengan bapanya dan mereka serta-merta meminta maaf kepada Adelia dan tidak akan mengulanginya lagi.Ibu dan bapa tidak jadi berpisah.Tiba-tiba Bagus,Bonda dan Ayah masuk ke kamar Adelia.Bagus memberitahu bahawa yang dia pernah mengenali antara satu sama lain kerana pernah belajar di dalam kelas yang sama ketika umur 11 tahun.
Setelah selesai segalanya,Bagus kembali ke kota dan ternyata Ratna,anak gadis yang menggilai dirinya sudah berubah.Ratna sudah memakai tudung dan menjadi seorang gadis yang bersopan-santun.Ratna mengucapkan terima kasih kepada Bagus yang selama ini sentiasa memberi kata-kata semangat terhadapnya.
Bagus dan Adelia sudah bertemu dengan bulan mereka!Bulan yang selama ini menjadi simbol antara cinta,kasih sayang,persahabatan dan keimanan.
(cerita tamat)



Taatlah dengan perintah Allah dan yakinlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersembunyi.Sentiasalah sabar dalam menghadapi ujian Allah.Jadilah anak yang soleh (^_^)


Dikesempatan ini jua Ika mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Aminah atas pemberian buku ini.Tidak lupa juga buat Kak Nabila yang sanggup datang dari Gombak semata-mata untuk bertemu dengan Ika.Jasa kalian tidak akan Ika lupakan.Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Kak Aminah dan Kak Nabila!Terima kasih kerana sudi menerima diri ini dan sudi menjadi akak kepada adik yang bernama Ika.Ika sayang Kak Aminah dan Kak Nabila!!

Tuesday, May 12, 2009

:. Selamat Ulang Tahun kBmkL! .:

Assalamualaikum wbt
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat iLahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya team kbmkl telah dapat berkumpul pada 10 Mei 2009 di An Nadi,Setiawangsa.10 Mei merupakan tarikh yang bersejarah bagi team kbmkl kerana pada tarikh tersebutlah kbmkl mula beroperasi sehingga kini.Pada malam 10 Mei 2009 atau lebih dikenali sebagai Malam Muhasabah kBmkL telah disambut dengan meriahnya oleh sebahagian fasilitator dan pengendali atau lebih mesra dengan panggilan BIG FAMILY OF KBMKL!
Sedikit ucapan dari Pak Long Abang Bai berucap

Sedikit tazkirah dari Pak Andak.
"Perjalanan kita masih jauh,penuh dengan onak duri untuk menuju ke jalan yang diredhai Allah" Khusyuk mendengar...
Selesai berucap,kek Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa pun menjelma!Selamat Hari Lahir buat Pak Andak,Kak Yong,Kak Ngah dan Kak Nina.
Sempat lagi Abg Bai dan Kak Sodd berposing dengan kek

Jom Makan! (^_^)V


Selepas Makan Apa Yang Terjadi ???!

Inilah yang digelar insan pantang nampak camera!haha..