Sunday, March 29, 2009

:.Penerbangan An Nadi.:

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Bismillahirahmaniraheem

Alhamdulillah wa syukurillah team kbmkl dapat meneruskan lagi penerbangan dan kali ini bertempat di An Nadi Centre yang berlangsung selama 1 hari setengah pada 28/03/09 dan 29/03/09.Seramai 40++ peserta yang hadir dari berlainan sekolah telah menaiki pesawat krj.Team kbmkl telah bersungguh-sungguh dalam menjayakan kbm kali ini.


Airport:An Nadi Centre
No pesawat:KRJ 280309
Tarikh:28 - 29 Mac 2009
Pilot:Kak Lang & ML
Pramugara:Abg Aiman,Abg Yasser,Abg Chef Wan,Abg Benjo,Abg Luqman a.k.a Abg Chik
Pramugari:Kak Baz,Kak Isma,Kak Ika a.k.a Kak Chik

PENGENDALI SLOT

KMKY:Anjang Kila & Pak Kay
INTEAM:Ummi Ida
MAM 1:Ummi Ida
MAM 2:Alang Atie,Abg Chef Wan,Pak Andak
KINI & HIJRAH:Kak Nina
MKMS:Pak Long
PERTEMUAN:Kak Nina


Buat julung-julung kalinya kbm disertai oleh adik-adik yang berumur dalam lingkungan 8 tahun ke atas.Dan pastinya ini sesuatu yang agak mencabar dan menguji kesabaran setiap fasilitator dan pengendali.Tetapi Alhamdulillah ternyata adik-adik kasih dan sayang dapat memberi kerjasama.

Pada pagi sabtu slot knowing me knowing you telah dimeriahkan oleh anjang kila dengan gandingan pak kay.Kepetahan adik-adik kasih dan sayang bercakap telah memantapkan lagi slot pada pagi itu.Adik kasih dan sayang masing-masing telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menghasilkan army yell.

Seusainya menjamu selera dan solat zohor secara berjemaah,slot diteruskan dengan slot inteam yang dikendalikan dengan jayanya oleh ummi ida.Walaupun adik-adik kasih dan sayang yang umurnya begitu muda,tetapi mereka sangat memahami apa yang dikendalikan sehingga adik-adik ini mengalirkan airmata.Selepas berakhir slot inteam,dan seusainya solat asar secara berjemaah adik-adik kasih telah bersama akak-akak fasi dan adik-adik sayang bersama abg-abg fasi bagi sesi riadah.
Malam itu dimeriahkan lagi dengan kedatangan Kak Nina.Sejarah kbm pada malam ini adalah kamiterpaksa bertemankan lilin dan berpanas ketika berDEMI MATAHARI kerana 60 EARTH HOUR.Kami juga telah menunaikan solat isya berjemaah yan berimamkan Pak andak diluar dewan.

Adik-adik telah dibawa mengembara jauh oleh ummi ida untuk merasai keindahan bersama Allah,Rasulullah saw dan ibu bapa.MAM 2 diteruskan setelah MAM 1 selesai.Ternyata semangat yang ada pada adik-adik kasih dan sayang ini amat tinggi walaupun dalam usia semuda 9 tahun.Mereka tetap mengikuti slot MAM 2.Slot MAM 2 telah dikendalikan oleh Alang Atie dengan gandingan Abg chef Wan dengan mantap sekali serta melibatkan para pengendali dan fasilitator.Segala masalah dapat diatasi dengan bantuan dari Allah s.w.t,Alhamdulillah.MAM 2 berakhir kira-kira pukul 1 pagi.

Pada keesokan harinya,adik-adik kasih dan sayang dibawa berhijrah oleh kak Nina dan pada masa yang sama Pak Long telah mengendalikan Menyemai kasih Menuai sayang.Alhamdulillah ramai ibu bapa yang hadir bagi menjayakan kbm kali ini.Tepat jam 11.30 pagi adik-adik kasih dan sayang telah dibawa bertemu dengan ibu bapa mereka.Slot pertemuan telah dikendalikan oleh kak Nina.
kasih sayang ibu terhadap anak


Setelah berakhir slot pertemuan,adik-adik telah dianugerahkan sijil penyertaan dan para fasilitator serta pengendali juga menerima sedikit cenderahati daripada pihak penganjur.Pesawat krj telah selamat mendarat tepat jam 1.00 tengahari.Seperti biasa,sesi bersalaman antara adik-adik,fasilitator dan ibu bapa dengan diiringi lagu doa perpisahan mengakhiri program keindahan bersamamu.


DISEBALIK TABIR~

Pada hari jumaat malam(27/03/09) seusai solat maghrib Ika bertolak menaiki pesawat BGA 382 yang dipandu oleh mama dari cheras untuk menuju ke lokasi kbm.Ika singgah di Taman Impian Ehsan untuk menjemput Benjo yang akan turut serta menjadi fasilitator kbm.Sepanjang perjalanan kami bersembang tentang alam persekolahan kami.Mama yang langsung tidak mengetahui dimana lokasi kbm tersebut maka mulalah kami mengembara di setiawangsa.Suka betul main sesat-sesat ni.Setelah puas kami main sesat-sesat Ika tertoleh ke arah Masjid Muadz Bin Jabal.Maka kami mengambil keputusan untuk menunaikan solat isya terlebih dahulu.Seusainya solat kami menyambung perjalanan kami yang tak berapa lancar.Yela sesat-sesat.haha.Kami mengikut segala arahan yang diberi oleh Abang Luqman a.k.a Abg Chik.Malangnya kami tetap tidak menjumpai An Nadi.Jadi,Ika dengan rasa happy nya telah membuat panggilan ke pak kay.Pak Kay sarankan supaya kami menunggu Pak Kay di stesen petronas.


KBM BERMULA~

Pada pagi sabtu,alangkah terkejutnya Ika kerana adik-adik yang hadir dalam lingkungan 8 tahun.Dalam hati terdetik "Kena tingkatkan kesabaran ni".haha.Sewaktu slot knowing me knowing you dalam army yell Ika menjadi ketua fasilitator bagi kumpulan ANCHORZ.Macam Robocop army yell kami bak kata Abg Chef Wan.haha.Tak kisahlah.Kat lokasi kbm tu ada air pancut.Sempat Ika dan Kak Isma lari untuk beraksi dihadapan camera.haha
Ketika MAM 2 Ika telah memegang meja yang akan dipukul oleh Benjo a.k.a ijoi.Akibat terlalu kuat memukul tangan Ika telah terkepit kat besi meja tersebut.MasyaAllah sangatlah sakit.Tapi terpaksa ketap bibir menahan sakit takut terjerit ada lak sound effect lain.haha.Bila kali kedua terkepit tangan dan terkena pukulan di kaki memang tak tahan sehingga benjo melambaikan tangan bagi isyarat dekat Anjang,dengan segera Anjang datang dan terketuk torchlight tepat di kepala Ika.Aduhai malangnya hai nasib.Kali ketiga kaki meja itu tidak dapat berfungsi ketika itu dan dengan sangat bijaknya Ika dan Anjang telah menggunakan kaki kami sebagai kaki meja untuk menahan.Kami menahan sakit ketika benjo memukul meja itu bertalu-talu.Selesai benjo pukul kami masing-masing kaki rasa macam nak patah.Akhirnya Ika mendapat kenangan di KBM An Nadi sebab kaki Ika lebam.Setelah slot pada malam itu berakhir.Pada pukul 2.00 pagi kak Mia telah hadir ke An Nadi.Ehem².Kak Mia buat apa masa mula² masuk bilik penginapan kami?Hanya dirinya,Kak Isma dan Allah yang mengetahuinya.Bila diceritakan pada kami semua kami turut gelak bagai nak pecah perut secara berjemaah.haha.Kelakar habis!Manakan sama gaya diri sendiri dengan orang lain kMia Oii~

Tiba-tiba kat kbm tu ada orang dengan rasa tak malunya telah mengambil nama ABANG CHIK sempena nama Ika yang DEKCHIK.ish ish ish.sibuk betul.Siapalah dia ek?Dia adalah seorang yang sangat poyo pernah ku temui.Hai pakcik pakcik janganlah begitu.hahahahaha.!Pagi tu main snap snap pic waktu makan pagi.Waktu slot hijrah sempat juga dengan Kak Isma main snap-snap picture!haha
Waktu slot hijrah salah seorang fasilitator ikhwah telah tertidur akibat kepenatan yang melampaui batas.Sempat Ika snap pic dia.Yes Yes Berjaya!hahaKetika KBM berlangsung tiba-tiba terdengar suara yang memanggil "KAK IKA,KAK IKA".Mata Ika da melilau mencari suara siapakah gerangannya.Rupanya adik kasih dari SRIAAKL iaitu Sara yang 1 kumpulan dengan Ika ketika berKBM di SRIAAKL pada bulan januari.Selesai berKBM biasalah para fasilitator yang sangat gila camera telah menguasai camera pada waktu itu.haha.cuba tengok ABANG LUQMAN a.k.a ABANGCHIK sopan kan dia duduk.haha

semua fokus kepada kak Nina.nampak aksi kak Nina?hahaha

KBM TAMAT~

Masing-masing berkemas untuk balik.Bazilah balik terlebih dahulu.kNina,kMia,kak Isma,Alang Atie,Abg Chef wan,Abg Luqman a.k.a AbgChik,Benjo,Yasser dah naik pesawat untuk pulang ke destinasi masing².Tapi Ika tunggu mama.Mama sesat..haha.Rupanya mama dah terlepas ke GOMBAK!hahaSetelah difikir-fikirkan Mak Andak & Pak Andak telah menghantar Ika ke LRT Setiawangsa untuk memudahkan mama menjemput Ika.Mak Andak & Pak Andak xsedap hati kot nak tinggal Ika kat situ maka mereka setia menanti sehingga mereka lihat Ika selamat masuk kereta Mama.hihi.Syukran buat pak Andak & Mak Andak.

Wednesday, March 25, 2009

Kemana Ika Menghilang?

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Semua orang tertanya-tanya "kemana Ika menghilang?".Alahai,Ika baru tak update blog seminggu orang dah bising.Alang atie pun dah kecoh dekat cbox "Aii senyap jer Ika".Alhamdulillah masih ada yang prihatin.hihihi.(kembang alang baca).Ika bukan tak nak update lah kepada semua yang tertanya-tanya kemana Ika ni menghilang.Cuma keadaan yang tidak mengizinkan tapi alhamdulillah sekarang ni masih sempat mencoret sesuatu di blog ini setelah sekian lamanya tidak diupdate dan dikemas.
Okaylah sekarang ni Ika cerita kemana Ika sembunyi.Hurmm sebenarnya selepas jer tamat berKBM di Taman Medan Ika terima mesej dari sahabat Ika.Dia ajak join program.Jadi Ika dengan rasa tidak tahu menahu sesuka hati telah menjoin program tersebut.Tapi bukan masa tu jugak.Ika pergi rumah kawan Ika hari isnin.Okay malas nak cerita pasal itu dan malas nak panjang-panjang.
Kisah yang sebenar-benarnya Ika tak mengupdate blog kerana Ika telah bermalam di hospital.huhu.Akibat diserang semput a.k.a lelah a.k.a asma.Kebetulan Ika memang tidur di rumah kawan Ika yang family dia pun tiada di rumah.Nasib baik kawan Ika sedar masa tengahmalam tu.Dan Alhamdulillah segalanya macam dah diatur.Kebetulan dia baru jer dapat lesen untuk memandu kereta.Jadi dia lah yang menghantar Ika ke rumah sakit a.k.a hospital.Selalu Ika cabut lari kalau doktor sebut aje pasal wad.hihi.Tapi kali ini tak boleh.Memang masuk wad tiada siapa yang mengetahui hanya Ika,sahabat Ika dan yang Maha Melihat yang tahu.Bahkan keluarga Ika sendiri tidak tahu-menahu.Alhamdulillah Ika tidak lama di hospital.Nasib baik duit Ika cukup dan memang Ika dah siap sedia awal-awal duit tu.nak beli ubat ke,nak pergi klinik ke.Ramai orang cakap "Ika ada duit tapi kedekut"..Harap faham lepas baca ni.Ika tidak kedekut sama sekali.Duit itu Ika kumpul sendiri untuk keperluan Ika.Ika tak nak guna duit keluarga sangat,kalau dah terdesak baru Ika minta.Ika cuma nak cerita pasal kat wad kali ke berapa ek Ika masuk?hurmm entah malas kira!Dekat dalam wad Ika sempat sembang-sembang dengan orang kat sekeliling.Bestnya!haha.Paling best ada orang tu kan bawak laptop.Sempat Ika online dalam wad.haha.Best lagi sebab doktor dia tidak garang sama sekali!wahhh..seronok tidak terkata!tidak pernah lagi seumur hidupku bila masuk wad ada doktor yang baik hati dan senyum berpanjangan.hihi.Dilayan bagai PUTERI,kawan Ika yang layan karenah Ika.Sempat bersembang dengan doktor masa dia
cek Ika.
sekadar gambar hiasan
Ika:Bestlah doktor xgarang
Doktor:kenape?semua doktor garang ke?
Ika:kebanyakannya macam itulah doktor(ayat skema ngn doc)
Doktor:Dah zulaikha degil
Ika:Zalikha la doktor,cuba baca betul²
Doktor:okay,sorry.nak panggil ape?
Ika:panggil Ika pun boleh(hihi)
Doktor:doktor pun first time jumpa org cm Ika.
Ika:macam mana?
Doktor:kalau Ika pelik tgk doktor,doktor lg pelik tgk Ika.Yelah dlm keadaan sakit mulut sgt hyperactive!pastu xreti duduk diam.bjalan sane sini.sembang ngn org katil sebelah la,muka ceria je walaupun sakit.
Ika:itu sudah semestinya.Memang sgt hyperactive tu smpai semput.haha
Doktor:okay nak wat keje.jumpa lagi :D
Ika:Buat kerja elok-elok.haha.
Doktor:Ika NAKAL!

serius best gila doktor dia tetapi kalau nak tahu paling Ika xsuka time makan ubat!haha.dan makan tengahari.Dah la tawar!tak rasa apa!tak suka!tak suka!tak suka!Kawan Ika yang pelahap makan tengahari.kihkihkih.Orang sakit boleh cool je atas katil.Orang tak sakit pulak yang melahap nasi disebabkan lapar yang teramat sangat.kwang3.Apa-apa pun Ika berterima kasih sangat dekat sahabat Ika tu.Hanya Tuhan sahaja yang dapat balas budi anda.Mutassyakir awi ya ukhti!
Sakit macammana pun Ika akan tetap teruskan perjuangan dan bukan berhenti disini sahaja!Perjalanan Ika masih jauh.Keindahan BersamaMu pun akan Ika teruskan selagi mampu menyumbangkan tenaga!Bak kata Kak Nina "PERJUANGAN BUKAN UNTUK ORANG YANG MANJA"!

Ika:rindu pulak dekat doktor,hihi.Sori xde picture akibat penyakit lupa ku ini menyerang.xbawak kamera :-p

Sunday, March 15, 2009

:.Percaya Dengan Allah S.W.T.:

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Ika ada satu cerita nak kongsi dengan semua.Mulalah dengan BISMILLAHIRAHMANIRAHEEM

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
''CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA TAK DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJA GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

Ingat!Allah swt tidak pernah lupa terhadap kita.Jadi percayalah bahawa Allah itu wujud dan mintalah pertolongan padaNya.Sesungguhnya Dia Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.

Renung-renungkan dan Selamat Beramal!

SEMOGA BERMANFAAT!

Saturday, March 14, 2009

:.Mengapa Aku Di Tag ??.:

Assalamualaikum semua.Apa khabar iman kita hari ini?Harap-harap okey saja!Sedang Ika sibuk memohon universiti sana-sini tiba-tiba diserbu oleh syafiqah ismail a.k.a c.a.w.a.n sahabat alam mayaku.Walaupun xpernah bersua tapi rasa kasih dan sayang itu tetap ada kerana kita kiblat yang sama.Rasenye c.a.w.a.n ni balas dendam kat ika.Sebab baru-baru ini Ika ada tag dia.haha.okey nak jawab nie.Apa-apa pun mulakanlah dengan lafaz.....BISMILLAHIRAHMANIRAHEEM


1.Anda rasa anda hot?
hish!xadela hot cuma panas jer.

2.Upload gambar kegemaran anda.

3.Kenapa anda suka gambar ini?

*Ini gambar sahabatku yang gilo-gilo.Dorang best bila + dengan Ika!haha

*Eh suka hati la nak suka gambar nie!werk!

4.Bila kali terakhir makan pizza?

Ntah.tak suka sebab pizza ada sayur.Melecehkan nak buat proses pengasingan.

5.Lagu terakhir yang anda dengar?

Daerah Ini dipopularkan oleh Algebra.suka3!

6.Apa yang anda sedang buat selain daripada selesaikan tag ini?

Apa lagi online blog la!haha.Dengar lagu Taubat Seorang Hamba + yM.hehe

7.Selain dari nama sendiri,anda suka dipanggil dengan panggilan apa?

Dekchik.Walaupun orang dah panggil.Haha.

8.Tag lagi 6 orang dengan hati terbuka tanpa rasa kekesalansila lakukan kalau taknak kena denda mandatori.

*Kak Yong Si Garang

*Elly Si Ngada²

*Kak Ana si Ayu

*Alang Atie Si Tembikai

*Abg AlHaqimi Si buLbuL

*Kamilah Si hot!

9.Siapa no.1-kepada anda?

Orang yang Ika sayang.Selaku pakar motivasi + doktor tak bertauliah kepada Ika.

10.Orang no.3-Ada hubungan dengan sesiapa?

hehe.tanya la dia.Mana lah tahu!tapi ini selaku doktor tak bertauliah jugak!syg dia!

11.Kata sesuatu berkenaan dengan orang no.5

Baik sahaja!haha

12.Bagaimana pula dengan orang no.4?

ehem² padan muka kena tag lagi.Ika balas dendam.huahuahua.

13.Siapakah orang no.2?

Adik Kasih dari SRIAAKL kenal dari program KBM lah!Budak ni nakal!suka kacau Ika!huh!

14.Bagi pesanan anda pada orang no.6?

Miela,kau xreti main benda alah ni kan?so apalagi?inilah peluang utk belajar!haha

Thursday, March 12, 2009

:.Penantian Sudah Berakhir.:

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh


Alhamdulillah pada 12 mac 2009 calon-calon SPM 2008 di seluruh Malaysia bakal mengambil keputusan SPM.Begitu juga dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya dan Ika juga adalah salah seorang calon spm 2008.Perasaan mula-mula tunggu giliran untuk ambil keputusan memang sangat-sangat takut.Belum ambil keputusan lagi Ika dah menangis.Ika ingat kata-kata abah yang abah nak sangat Ika dapat A1 lebih dari 4.Ika tak takut abah marah Ika tetapi Ika takut Ika kecilkan hati abah.Ika dah buat sehabis baik.Ada A1 tapi tak macam yang abah minta.Seterusnya biarlah gambar-gambar dibawah yang berbicara.
Bila dah jumpa kat sekolah.Lupa sekejap yang nanti nak ambil keputusan.Tapi lepas dah seronok-seronok teringat yang Ika bakal ambil keputusan jadi Ika kembali risau.Sebelum ambil keputusan pun handphone Ika tak henti-henti berdering.Kejap mesej masuk kejap ada panggilan.Paling banyak kali call abah lah.Dari Ika di rumah sampai Ika tengah menunggu keputusan abah call. Memang best masa nak ambil keputusan tu.Macam-macam mood orang kita boleh jumpa.Ada yang happy,ada yang sedih,ada yang tak ada perasaan.Kawan-kawan Ika ramai yang tak boleh terima keputusan mereka.Tapi Ika selaku PAKAR MOTIVASI YANG XBERTAULIAH mengambil peluang ini untuk menasihati mereka walaupun pada masa yang sama Ika cuba memujuk hati Ika,Ika juga dapat kata-kata yang sangat bermakna dari kakak-kakak yang amat Ika sayangi.Terima kasih semua kerana menyokong Ika selama ini.Tapi apa-apa pun Ika nasihatkan pada semua yang bakal menduduki SPM nanti.Buatlah yang terbaik.Ika dah buat yang terbaik tapi ini sahaja yang Ika mampu dan ingat ada hikmah disebalik kejadian yang kita sendiri tidak tahu tapi Allah itu Mengetahui dan Dia Maha Bijaksana.Setiap doa kita Allah akan bagi 3 jawapan sama ada Dia nak bagi terus,atau Dia tunggu seketika,ataupun Dia janjikan yang lebih baik dari itu.Ika cuba memujuk hati walaupun keputusan Ika tak adalah teruk sangat.Kalau orang lain mungkin dah gembira tapi tidak bagi Ika.Bukan maksud Ika,Ika tak bersyukur atas apa yang diberi tetapi Ika rase Ika mampu dapat keputusan yang lebih baik.Tapi tak mengapa mungkin rezeki Ika bukan di SPM,mana tahu Allah swt janji lebih baik daripada ini dan mungkin di IPT.InsyaAllah.Sama-sama doakan supaya Ika dapat masuk IPT sebab Ika teringin sangat-sangat nak masuk!Pada semua yang keputusan kurang baik bersabarlah.Inilah ujian Allah buat kita.Ingat Allah beri ujian sama ada Allah nak tambah iman kita atau nak uji iman kita.Beruntung siapa yang dapat banyak ujian tanda Allah ingat dekat dia.Percaya dengan Allah swt.Pada yang gagal pulak,ingat GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA!Ika cuba pujuk hati.Akhirnya Ika mampu tersenyum.Kawan Ika kata "Ika bengong!Result okey pun nak buat muka nta hape hape." Hanya Ika dan Allah swt yang memahami.
sori kMia terpinjam tudung bawak p sekolah lak

Jangan mudah putus asa wahai sahabatku.Allah tidak menilai kamu melalui keputusan SPM mu hanya manusia yang berbuat demikian.Jadi,ayuh!pedulikan kata-kata manusia diluar sana.Marilah kita bangkit menjadi remaja yang soleh wa musleh!Ada hikmah setiap yang berlaku.PERCAYA LAH!Ika sangat menyayangi kalian.

Ika akui banyak dalam kehidupan Ika perubahan yang sangat baik selepas Ika berubah.Alhamdulillah SPM Ika okay daripada PMR.Walaupun tak dapat memenuhi permintaan hati.Ika juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga besar KBM.Terima kasih semua atas nasihat yang tak pernah putus pada Ika.Membakar semangat Ika.Jadi,apa tunggu lagi?Inilah masa untuk berubah sahabat-sahabatku.Dengan perubahanmu itu,lihatlah kehidupanmu akan lebih tenang selepas ini.Bukankah dengan mengingati Allah swt hati akan menjadi tenang?

Wednesday, March 11, 2009

:.Selamat Hari Lahir.:

Bissmilahirahmaniraheem
Assalamualaikum w.b.t


Bicara bisu ini buat insan yang bernama BAZILAH yang baru sahaja Ika kenali dari KBM.Tidak disangka-sangka pertemuan yan sekali itu membuatkan kita terus akrab dan akrab.Tanggal 6 februari 2009 kira-kira pukul 6.45 Ika memulakan kata-kata pertama Ika kepada Bazilah.Pada awalnya gadis kecil molek ini tersangatlah baik.ehem biase la first² jumpa.Tapi Ika dah mula bahan dia.hahaha..pedulik hape aku!Dan pada 11 mac 1991 merupakan hari lahirnya.Bazilah dah 18 yer?hihihi
Di KBM Ika sudah bertemu dengannya sebanyak 3 kali.Tapi bila dah lama kenal Bazilah dah mula tunjuk belang.haha.Oo dah pandai bahan Ika jugak yer.Tapi nasib baik dia tidak sesengal Ika.Kalau tidak mesti gaduh sepanjang berKBM.hahaInsyaAllah persahabat ini akan kekal buat selama-lamanya.Ku doakan semoga dikau

Terus tabah menghadapi ujian dari Allah s.w.t

Ingat...

Setiap ujian yang diberikan pasti ada hikmah disebaliknya
yang kadang-kadang kita sendiri tidak tahu
dan mengapa kita diuji ujian yang seberat itu
Ingat jua..
Setiap ujian yang kau hadapi kau mampu tempuhi
kerana Allah swt sudah memberitahu dengan terang
Yang Dia tidak akan sesekali menguji hambanya
diluar kemampuan hambanya
maknanya..BAZILAH mampu lakukan!
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Semoga dengan pertambahan umur ini
bertambahlah jua iman dan taqwamu wahai sahabat
Janganlah kau mudah terleka dengan dunia yang sementara
yang penuh dengan tipu daya manusia
Sesungguhnya aku amat menyayangimu...
Ika sayang Ila..
dan ingin sekali ika ucapkan




SELAMAT HARI LAHIR!!!!!

EID MILAD SA'ID!!!!!

Tuesday, March 10, 2009

:.Diriku Di Tag!.:

Assalamualaikum..adeh.tiba-tiba Ika di tag oleh Kak Lang.First time diriku ditagged..nta hape kebenda nta soalan dia.Kalah soalan SPM 2008.haha.Tapi. demi Alang,Ika jawab.!haha.yang best last sekali boleh tag orang lain pulak.haha.

Arahan : Use the first letter of your name to answer each of the following questions:-
1.What is your name:Siti Zalikha Abdul Rahman
2.A four letter words:Saye..xtaw la nak ckp ape..
3.A boy's name:Syahrizal Hakimi...haha main reka jek
4.A girl's name:Syahirah Balqis..tetiba jek terlintas difikiranku!wawawa.macam pencuci muka la.haha
5.An occpation:Setiausaha..hahaha..bongek tol
6.A color:Sian..ehem² xsemestinya jawab lam bi..werk!
7.Something you'll wear:Songkok!haha.buang tebiat ape
8.Something found in school:Singa!hahaha..
9.A food:Sayur..haha..xpenahIkamakan mahupun telan..werk!
10.Something found in the bathroom:Sabun laa!adoyaii
11.A place:Setapak...ish kecik jer tu..setapak jer..lalala
12.A reason for being late:Saya punya suka la nak cepat ke lambat!!haha.leh kan jwb cmnie?
13.Something you'd shout:Sengal betul nak jawab tag alang nie.haha
14.A movie title:Stuart Little 2..eii suke3!comei3!geram3!
15.A musical group:Samsons..cezs!xsuka pon..hahahaha
16.A street name:Sobana Street..Bengong lah!
17.A type of car:Ssangyong rexton..nak yang market² sampai dapat kete nie.hoho..kete nie tahan lasak Ooo
18.The title of a song:Sekelip Mata Kau Berubah..suke3!suke lagu nie.opss kantoi lak jiwang.haha
yes yes yes!berjaya selesaikan.dan sekarang mase utk tag org pulak!haha..5 je eh?xleh 10 ke?haha..siapa-siapa yag namenye tersenarai harap dapat menjawab tagged ini..Calon-calonnya adalah....jeng jeng jeng!
1.Kak Zarina si ape erk?
2.Kak Dida si Doremon
3.Syafiqah si c.a.w.a.n
4.Yasser si kuat makan
5.Fahri si anak manja