Monday, July 8, 2013

Berharap

Samihah : Eh tolong ana buat ini boleh tak?Ana berharap sangat enti dapat edit poster ni.

Nurul : Erm,maaf enti.Ana bukan tak mahu tolong.Tapi ana banyak kerja kena buat.

Samihah : Hmm okay tak pa.

Duduk diam,masing-masing membaca buku entah khusyuk atau tidak,seperti ada sesuatu lagi yang difikirkan Samihah,

Samihah : Nurul,ana harap sangat enti faham ana.Ana tahu ana bukan kawan yang baik.Tapi tolonglah,kali ni ana merayu.Tolong faham ana.

Nurul : Nak faham enti apa?Enti berharap apa pada ana?Macam-macamlah enti ni.

Samihah dan Nurul terus melayan perasaan masing-masing.Samihah seperti bersedih dan Nurul kelihatan ceria seperti tiada apa yang berlaku.Detik demi detik yang dia lalui terasa aman dan tenang.

Nurul mengangkat punggung,lalu berdiri sambil berkemas-kemas seperti mahu beredar tanpa ada sepatah kata yang mahu ditinggalkan.Samihah bersuara apabila melihat pergerakan drastik sahabatnya.

Samihah : Eh Nurul,enti nak kemana?Ana belum habis cakap lagi dengan enti.Enti kenapa seperti nak jauhkan diri dari ana ni,sedangkan kita dah bersahabat lama dan macam adik beradik.Enti buat ana sedih.

Nurul tersenyum melihat gelagat rakannya,

Nurul : Samihah,ana sedih sebenarnya.Tapi ana cuba untuk tersenyum,ana kalau boleh tak mahu beritahu enti yang ana sedang bersedih,ana cuba nak sembunyikan.Tetapi ana tewas untuk sembunyikan bila enti berkelakuan begini.Enti,ana nak pesan satu sahaja pada enti.Tolong,beri hati enti pada Allah dan bukan sekali-kali pada manusia,hati manusia itu Allah yang pegang,Allah mampu bolak-balikkan hati enti dan hati ana.Jadi?Bila enti beri hati enti pada Allah.Pasti enti tak kecewa.Ana ni nampak ja baik,tapi ana juga mampu kecewakan enti.Lumrah manusia itu tidak bisa gembirakan hati setiap insan.

Nurul berlalu pergi sambil berlinang airmata.Sedih bukan kerna apa,cumanya sedikit terkesan melihat insan yang terlalu dahagakan kasih sayang insan melebihkan Tuhannya,sedangkan kasih sayang Tuhan itu maha luas!

Allah,jagalah hatiku dan hati sahabatku sepanjang hidup kami,Nurul bermonolog sendirian.


IkaDekchik,
Cheras - Selangor,
Malaysia.

Thursday, July 4, 2013

Majlis Konvokesyen Psa ke-15 - Cerita Dc

Bismillahirahmaniraheem,

Alhamdulillah, syukran jazilan buat keluarga,pensyarah dan yang diraikan sahabat-sahabat sekalian khususnya DKE6A amnya buat semua yang berkonvokesyen. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi.Moga Dia selalu cinta kita! InshaAllah. 

Tak lupa buat sahabat-sahabat yang sudi datang pada majlis konvokesyen Dc.Tak kurang juga yang ucapkan melalui mesej pesanan ringkas.Dc hargainya. Terima kasih!

Mungkin,mama dan abah tak dapat baca apa yang Dc coretkan disini.Tetapi biar satu dunia tahu bahawa Dc amat cintai mereka keranaNya!Kerana mereka Dc ada dunia ini.Alhamdulillah,

Walau abah sakit,abah sanggup berpanas melihat Dc berjubah dan bertopi.Apabila melihat raut wajah tuanya aku cuba tersenyum sedangkan aku cuba menahan tangis.

Paling tidak disangka,aku ditemuramah oleh dj Selangor.Fm,dia tanyakan aku bagaimana belajar dan sebagainya,seterusnya mama.Walau mama ungkapkan sedikit namun aku seronok pabila keluar terus ke corong radio "Saya bangga dengan dia". Abah pula diusik dj,"anakdah habis belajar ni,nak bagi kahwin ke apa?".Abah jawab comel "belajar lagilah,belum nak kahwin lagi". Aku,mama dan dj tersebut ketawa kecil.

Oh rupanya dj itu sangat kenal abah,katanya sebelum ni selalu nampak di Masjid Angkasapuri,RTM.Sekarang jarang nampak dah,tak tahu pula sakit.Alhamdulillah Allah temukan mereka.

Terima kasih Allah! Dalam kegembiraan aku,aku tersenyum lalu menangis,menangis bukan kerna sedih.Tetapi rasa syukurku semakin bertambah.Ditambah lagi dengan sahabat-sahabat yang sangat nakal!Rajin melayan telatahku dan sakitku didalam kelas.Allahuakhbar.Jujur Allah,aku cintai sahabatku kerna Kamu! :D 

Nah gambar! 

Angah dan Naza , keluarga JPKK Dc,


Adeeba, sayangku! hehe


Dua family,Ainur Farhana dan juga Dc,aku menganggap mereka seperti adik beradikku!


Ya dan ini cinta hati saya! :D (DKE1A-DKE6A)

Macam dalam studio tak? haha sebenarnya tidak :D


sekali lagi,shoot ala-ala studio katanya! haha. dirumah ja ni, tak dak duit nak p studio :D 


Tak sangka Dc dah tua, hahaha! 

IkaDekchik
Cheras,

Saturday, May 18, 2013

Cukup Allah bagiku


Arghh aku dah tak sanggup hadapi semua ini.Benarlah kataMu ya Allah.Setiap kata-kata kita akan diuji.

Ku kira sudah beberapa kali aku menyampaikan pesanan tentang itu,tetapi sekarang aku laluinya,aku hadapinya!

Hati lesu,nafas terasa tersekat,kaki terasa berat untuk melangkah.Namun ku sedar,Engkau merinduiku.UjianMu cuma cubitan kasih sayang dariMu.Kiranya aku hilang arah peluklah aku Allah.Jangan Kau lepaskan aku walau sesaat.

Walau ujian dan dugaan semakin besar,cintaku hanya padaMu,kasihku takkan pernah sirna terhadapMu.Engkau lebih mengerti hatiku.Setiaku belas kasihMu.Ku akui kebesaranMu ya Allah.

Cukup Allah bagiku.Lalu aku teringat akan surat cintaMu,

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" [Al-Ankabut:2-3]

Aku lemah tak berdaya,mutiara jernih jatuh ke pipi tetapi aku masih mampu tersenyum melihat setiap bait kata-kataMu,tiada satupun yang Engkau dustakan.Benarlah,janji Allah itu pasti.Mengapa masih meragukannya?

IkaDekchik
Cheras,

Thursday, May 16, 2013

Jangan Malu untuk Sampaikan


Kadang-kadang dalam menyantuni orang-orang disekelililing aku,
Dalam menasihati dan mengingatkan.

Aku bertanya pada diri,
"Layakkah engkau menasihati orang?"
Kerana aku tahu aku juga manusia biasa,
Yang juga akan dihitung segala buruk dan baik,
Akan ditetapkan di syurga atau neraka.

Ada juga yang berkata "Ika berani kau sampaikan ceramah tu",
"Ika kau tak takut ke sampaikan talk tu?"
Ia sebuah pertanyaan yang terkadang aku tersenyum sebelum menjawab.

Aku tahu,telinga aku adalah yang paling dekat dengan mulutku,
Apa yang aku sampaikan dan sebutkan,
Pasti telinga aku mendahului mendengarnya,
Sebelum telinga-telinga orang lain,
Bukan telinga kuali,
Tetapi telinga aku!

Namun,tak mungkin aku tinggalkan pesanan Nabi Muhammad saw
"Sampaikan dariku walau sepotong ayat".
Takkan aku perlu digelar ustazah baru aku mula berdakwah?
Mana mungkin aku tunggu ilmu aku betul-betul cukup baru hendak menapak ke medan dakwah?

Jika suatu hari nanti,aku pergi menghadap Ilahi,
Jika Allah bertanya,apa yang harus aku jawab?
Adakah dengan menjawab "aku tak cukup ilmu utk sampaikan".
Adakah itu diterima? 

Allah,moga Engkau jaga hati-hati kami dalam mencapai redhaMu!

Ayuh sebarkan bahagia,sampaikanlah jangan malu. 



Ika Dekchik,
Cheras

Sunday, May 12, 2013

Erti Kata Dakwah

Assalamualaikum wbt.

Kumulakan bicara sepi ini dengan lafaz bismilahirahmaniraheem.Buat sahabat seagama denganku,buat sahabat yang sujud menghadap kiblat yang sama denganku,buat sahabat yang menyembah Allah yang satu,buat sahabat yang menjadi Rasulullah saw sebagai idola pada setiap diri-diri kita.Yakni agama islam,alhamdulillah.Di dalam arus duniawi terkadang kita hanyut dibuai mimpi-mimpi indah yang cuma seketika waktu,padahal kita sedar dunia ini hanya sementara melainkan diakhirat sana.Tetapi kita selalu goyah dalam pendirian,dalam mengharungi ujian,dalam meneggakkan kebenaran.Moga Allah terus memegang hati sanubari kita.InshaAllah.

Apa makna dakwah?Erti kata asal dakwah adalah dari perkataan arab "da’watan",dengan bahasa yang paling mudah ia membawa maksud mengajak atau menyeru orang berbuat kebaikan.Maknanya jika kita ajak  orang buat baik kita sudah ber"dakwah".

Namun,ada sahabat-sahabat kita terkadang lupa bahawa dakwah itu bukan tunggu kita mendapat gelaran ustaz atau ustazah.Tetapi ada satu gelaran yang kita bawa sekarang ini yang membuktikan kita perlu berdakwah yakni kita orang "islam".

 بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً yang bermaksud "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."Jadi?Apa lagi yang kita tunggu?Walaupun sepotong ayat!Ingat tu.Jangan sempitkan akal fikiran yang Allah beri itu dengan dakwah adalah solat dan mengaji.Sekali lagi Dc ingatkan,dakwah bermaksud mengajak orang lain berbuat baik.Tidak kisahlah apa kebaikannya.

Dc pernah disapa oleh seorang sahabat,

"Dc,erm saya takut nak guna perkataan dakwah.Bila saya tahu saya banyak lagi kena belajar,saya dah takut nak berdakwah"

Terukir di bibir Dc senyuman yang lebar melihat warna pemikiran beliau.Bukan Dc senyum kerana dia kurang ilmu,bukan Dc senyum kerana dia penakut dan Dc berani.Dc senyum melihat gelagatnya,dan Dc senyum sebenarnya Allah uji Dc dengan kata-katanya.Lalu Dc berkata,"Takkan sampai Dc nak digelar ustazah Dc baru Dc nak berdakwah?Sebab Dc nak Allah tolong Dc,Allah pernah berfirman ""Hai orang-orang mukmin,jika kamu menolong (agama) Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)".

Dakwah itu Mudah, 

Andai medan perjuangan dakwah Dc diteratak SKSH ini,alhamdulillah Allah masih beri ruang.Allah terus mencurahkan idea-ideaNya yang bernas pada diri ini.

Ayuh berdakwah! (^_^)

Ayuh ajak orang berbuat baik! (^_^)


Ika Dekchik,
Cheras

Thursday, May 9, 2013

Peringatan

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat-nikmatNya yang selalu Dc gagal untuk menghitung satu persatu.Begitu banyak yang Dia beri pada diri ini dan kita semua umat islam khususnya.Moga kita tak lupa dan mendustakannya.Allahumma aameen.

Semalam,Dc dapat dua keping gambar dari seorang sahabat.Alhamdulillah,moga kata-kata itu menjadi asbab buat Dc terus tidak akan layu dalam langkah ini.

Yang bestnya,dia tinggalkan kata-kata buat Dc.Alhamdulillah Allah memilih dia untuk sampaikan pada Dc.Allah begitu sayang hambaNya! Mengapa masih meragukan kasih sayang Allah? (^_^)

Buat yang mengirim gambar,syukran jazilan.Moga Allah suka ukhuwah kita.Walau Dc sudah biasa dengan gambar-gambar sebegini lagi pula Dc seorang jurugambar,boleh lihat portfolio Dc di blog rasmi DcPhotography.Tetapi bagi Dc ini sangat istimewa. Wah wink wink.

Ayuh jadi hamba Allah bersyukur!

Ini gambar yang diedit dari seorang sahabat.Cute kan? haha. syukran! 

Cheras,

Monday, May 6, 2013

Sebarkan bahagia


Ada orang kata saya taksub pemimpin,ok dia sedang sebarkan fitnah tanpa dia sedar.

Dia kata lagi,jangan pandang sebelah pihak sahaja.Ok saya rasa televisyen dan internet di rumah saya masih lagi berfungsi dengan baik.Oh lupa saya juga pandai membaca surat khabar.Eh saya juga pandai guna photoshop dan sony vegas.

Lepas itu dia ajar saya erti syukur,katanya saya tak bersyukur kerana negara dah aman.Hakikatnya yang saya nampak kita tak sedar negara sebenarnya tak aman!

Tapi apa pun saya bersyukur kerana masih ada yang sayang pada saya,tak sangka kamu semua prihatin terhadap saya.Terima kasih.

Tak suka status saya?tak payah like tak payah komen.Kita duduk zikir ramai ramai dari caci mencaci fitnah memfitnah.Itu lebih mulia kan?

Segala yang buruk datang dari yang dicipta,segala yang baik datang dari Pencipta.Tetapi hakikatnya keduanya datang dariNya. 

SEBARKAN BAHAGIA,BUKAN SEBARKAN FITNAH 

Ika Dekchik's status. :-)