Aku rendah di pandangan mereka
Dimata mereka aku pasti aku kosong dan tiada beerti
Namun aku yakin suatu hari nanti
Mereka pasti tidak percaya dimana aku berdiri
Kerana hinaan dan kejian membuat azamku
Semakin melonjak tinggi
Lupakan manusia itu
Kerana mereka merasa cemburu denganku
Allah bantu aku untuk mereka tahu siapa aku sebenarnya
Aku tidak pernah kenal erti tewas!
Saturday, January 26, 2013
Monolog diri
Friday, January 25, 2013
Untuk pertama kali
Assalamualaikum wbt,
Testing testing.Huuu Alhamdulillah dapat jugak Dc kemas teratak SKSH ni walau ketika ini Dc berada di perantauan.
Untuk pertama kali Dc update entry melalui tab 7 inch ni.Bunyi macam berlagak kejap.haha.
Saja ja,nak test.ok salam
Testing testing.Huuu Alhamdulillah dapat jugak Dc kemas teratak SKSH ni walau ketika ini Dc berada di perantauan.
Untuk pertama kali Dc update entry melalui tab 7 inch ni.Bunyi macam berlagak kejap.haha.
Saja ja,nak test.ok salam
Tuesday, January 22, 2013
Wajah Baru
Assalamuaikum dan hai !
Alhamdulillah dapat jugak Dc luangkan sedikit masa Dc kali ini untuk cat teratak SKSH.
Macam mana?Cantik tak?Kalau tak cantik atau mencacatkan pandangan sahabat-sahabat maaflah,sebabnya Dc tidak punya banyak waktu untuk menghadap komputer berjam-jam hanya untuk ubah sana-sini.Ini sahaja yang termampu.
Itu pun Dc bersyukur.Aameen.
Wassalam,
Bye Bye !
Sunday, January 20, 2013
Antara duit dan pahala
Assalamualaikum wbt.
Disini Dc ingin kongsikan apa yang pernah Dc lalui sebelum ini.Mungkin ada diantara kalian pernah alami tetapi tak mengapa biar Dc coretkan sesuatu disini bagi menafkahi teratak SKSH.
Duit?Apa makna duit?Duit atau wang merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang.
Bagaimana pula dengan pahala? Pahala boleh didefinasikan sebagai ganjaran baik dari Allah atas setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh manusia di dunia ini.
Antara duit dan pahala,arghhh keduanya penting,jadi yang mana kalian pilih?Oh pening?Istigfar,kejarlah akhirat pasti dunia mengekorimu sahabatku.Yang engkau kejarkan dunia belum tentu akhirat menantimu dengan baik.
Pernah suatu hari,Dc ditegur oleh seseorang kerana salah.Erghh salahkah Dc?Situasi Dc,Dc sedang melayan client dan dalam masa yang sama,Dc terlupa waktu telah maghrib.Jam ditangan Dc jeling,opss dah pukul 7.50 p.m,Dc berfikir sambil melayan karenah client."Kalau aku terus layan dia ni,kalau dia jadi mesti aku dapat komisyen duit,tapi macam lambat lagi je client ni,tapi kalau aku pergi surau,aku dapat pahala".
Setelah puas Dc berfikir,Dc meminta izin dengan client tadi untuk meninggalkan mereka dengan sahabat Dc yang lain.Jadi tidaklah Dc tinggalkan client.Dc menutur langkah ke surau dengan hati yang agak panas dengan keadaan sebelum-sebelum ini.Banyak masalah yang menghimpit Dc.Perasaan apakah ini Allah?Dc sendiri tak mengerti.Dc menundukkan pandangan,cuba berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan terus menuju ke surau.
Seusainya Dc solat maghrib dan berzikir seketika,Dc meninggalkan surau.Sesampainya Dc ditempat Dc bertemu client tadi,client tadi masih ada disitu.Dalam hati Dc bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah memberi petunjuk agar Dc segera mendirikan solat.Jika Dc masih tunggu tadi,pasti Dc dah ketinggalan satu waktu solat.Dan pasti Dc tidak menuju kejayaan.Kerana orang yang solat itu sedang menuju kejayaan!
Selesai semua hal dunia tadi,kami berbincang bersama tentang hasil perniagaan tadi,biarlah Dc rahsiakan perniagaan apa dan syarikat apa.Dan paling menyedihkan Dc apabila salah seorang dari mereka memarahi Dc kerana meninggalkan client dengan alasan pergi ke surau untuk menunaikan solat!"Kau tinggal client tadi kenapa?" "Pergi surau solat maghrib"."Kau boleh tinggalkan client?Orang solat tu nanti-nantilah,utamakan client ni dulu".
Dc hanya menelan air liur menahan nafsu amarah,mungkin dia belum kena siapa Dc.Pantang Dc apabila arahan Allah dipermainkan.Otak Dc lincah berfikir,hati berdegup laju nak balas ke tidak percakapan dia tadi,"ah kalau aku cakap,aku pasti pertelingkahan bermula,baik aku lupakan,Dc bermonolog seorang diri.
Dalam hati Dc hanya berkata "maaf aku tak perlukan wang kau!tetapi aku perlukan pahala dari Allah".Dia mampu beri aku apa sahaja yang aku perlu!Ya,Allah tak beri apa yang Dc mahu,tapi Allah beri apa yang Dc perlu.Allah Maha Tahu.
Setelah macam-macam yang Dc lihat,Dc rasa ini bukan jalan terbaik Dc.Berkali-kali Dc memohon petunjuk dariNya.Dan Alhamdulillah akhirnya Dc terlepas dari semua itu.Itu bukan tempat Dc!Allah aturkan Dc bertemu dengan mereka hanya untuk Dc melihat karenah manusia yang lebih banyak.
Sebelum ini,Dc juga banyak kali bertemu dengan hamba-hamba Allah seperti itu bahkan ada yang lebih teruk.Namun Alhamdulillah Allah masih sayangkan Dc.Allah,tetapkanlah aku dijalanMu tanpa ada sedikit pun tersasar dari landasanMu.Aameen.
Ternyata Dc mampu laluinya,Allah tidak akan membebani hambaNya dengan ujian yang hambaNya tidak mampu :-) Thanks Allah.
Wallahualam.
Label:
Luahan hati,
Tazkirah
Berubahkah
Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.
Dc mulakan bicara sepi ini dengan lafaz Bismillahirahmaniraheem.Alhamdulillah sekali lagi dapat lagi Dc coretkan sesuatu di teratak SKSH ini.Semoga sahabat-sahabat diluar sana sentiasa dibawah lembayung rahmat kasih dan sayangNya! Aameen.
Apa yang Dc ingin kongsikan kali ini,hanya berdasarkan apa yang Dc lihat hari ini dan sebelum-sebelum ini.Apa yang Dc rasakan pada diri Dc sendiri.Ya,kadang-kadang Dc tertanya kepada diri sendiri,"Allah betulkah aku telah berubah mengambil landasan yang benar?".Kerana Dc percaya dan sedar bahawa kita hanya insan biasa yang tidak lepas dari dosa dan noda.Terkadang nafsu kuat melampaui iman.Astagfirullah.
Pernah ada seorang sahabat Dc sendiri,sudah beberapa kali Dc nasihatkan dia supaya jangan buat endah tak endah dengan solat lima waktu.Tetapi itu selalu terjadi.Allah,ampunkan Dc andai dosa Dc yang membuatkan nasihat itu tidak sampai kepadanya.
Baru-baru ini dia ada post mengenai Al-Quran,tetapi yang amat Dc kesali,dia tidak reti membaca Al-Quran.Bukanlah maksud Dc disini untuk aibkan dia.Sedangkan kalian sendiri tidak tahu siapakah dia.Dan yang paling menyedihkan Dc lagi,dia tidak pernah mahu belajar!Dc tak marah kalau dia tak pandai mengaji,tetapi mengapa dia begitu berat mulut dan malu untuk mempelajarinya?Kita belum terlambat untuk belajar.Masih ada ruang dan waktu.Manfaatkanlah sebaiknya.
Pada pendapat Dc,Dc sedikit terguris dihati pabila dia kongsikan di laman sosial "Apabila kita membawa Alquran,syaitan pening kepala,apabila kita membuka Al-Quran,syaitan rebah,Apabila kita membaca AlQuran,syaitan pengsan,apabila kita mencintai Al-Quran,syaitan lari,dan apabila kita hendak copy ini,syaitan berbisik tak payahlah.Hmm,jadinya,cukupkah kita jika hanya men"copy" status itu sahaja sedangkan yang lain kita tinggalkan?!
Dc langsung tidak bersetuju,walaupun orang kata dia nak berubah.Ingat perubahan bukan dengan apa yang kita share di facebook,twitter mahupun blog tetapi hati kita yang utama.Takut-takut jika kita share di facebook,kita ada perasaan riak,perasaan bagus."oh aku dah share,ramainya orang like,tiba-tiba aku rasa aku macam ustaz".Nah kan macam riak tu.
Tolonglah sahabat diluar sana.Jika ingin berubah,berubahlah betul-betul,bukan hanya dengan sikap acuh tak acuh.Hari ini post benda baik-baik,tiba-tiba esok lusa posting yang tak berfaedah langsung.
Belum terlambat untuk semua itu,masih ada waktu.Gunakanlah peluang ketika masih hidup ini untuk belajar.Dan satu lagi yang sangat-sangat Dc tak bersetuju.Mesej berantai.Wajarkah ia?
Dc selalu menerima pesanan ringkas dari sahabat-sahabat bahkan yang paling menyedihkan pabila orang yang sefikrah dengan Dc menghantar mesej berbaur seperti itu.Hmm tahu apa itu mesej berantai?Ok mari lihat contohnya.
""ALLAH AKU CINTAI KAU DAN AKU PERLUKAN KAU…DATANGLAH KE HATIKU" KIRIM PADA 10 ORANG DAN LIHAT KEAJAIBAN MALAM INI, TOLONG JANGAN DELETE. IA BENAR2 TERJADI. INI SMS DARI IBU ALI SAID-JURU KUNCI SAYYIDA MAKKAH YANG BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW. BELIAU BERPESAN: KUATKAN AQIDAH DALAM IBADAH KERANA DUNIA INI SUDAH GOYAH DAN TUA. SEBARKAN SMS INI KE 10 MUSLIM INSYALLAH DALAM WAKTU 10 HARI AKANDAPAT REZEKI BESAR DAN JIKA TIDAK DISEBAR TUNGGULAH KESULITAN YANG TIADA HENTI"
Ini dia contohnya,nampak macam langsung tidak masuk akal.Jadi kesimpulannya,kita tak perlulah bersusah payah bekerja dan berdoa,hanya dengan kirimkan pesanan ini kepada 10 orang kita dapat rezeki yang besar.Haha!karut. dah abaikan.
Maafkan Dc andai ada hati terguris pabila membaca entry Dc kali ini.Kerana sayang Dc menegur.InshaAllah sama-sama beubah.
Wallahualam.
Saturday, January 19, 2013
Mimi & Mike
Assalamualaikum wbt.
Seperti yang Dc perkatakan,Dc ada sepasang sugar glider.Kini mereka sudah ada nama.Cuma mereka sedang mengalami proseso penjinakkan.Masih lagi garang si jantan yang bernama Mike,tetapi si betina Mimi sudah berani-berani takut.
Ramai yang tak setuju bila Dc jaga haiwan.Kucing lagi,sugar glider lagi.Tapi sudah memang sifat yang Allah beri pada Dc sayangkan haiwan.Tak salah kan?Sedangkan Nabi Muhammad saw sendiri amat menyayangi kucing.Jadi sudah terang lagi bersuluh yang islam sama sekali tidak melarang untuk berbuat baik kepada haiwan sedangkan ia juga adalah makhluk Allah dimuka bumi ini.Wajarlah kita berbuat baik pada mereka.
Sedangkan ada hadith Nabi,
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Apabila menyentuh tentang hal ehwal kebajikan haiwan, nampak seolah-olah hanya golongan bukan Islam yang memberi tumpuan kepadanya. Tumpuan umat Islam amat minimum, malah mungkin mendekati nilai sifar. Sebenarnya ajaran Islam tetap memberi tumpuan kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Mereka semuanya adalah makhluk Allah sepertimana firman-Nya:
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ
وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ
"Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman 31:10]"
Sahabat yang dikasihi Allah sekalian,janganlah memandang rendah terhadap mereka yang berbuat baik pada haiwan lagi lagi yang kita anggap haiwan yang hina dan keji contohnya seperti anjing dan babi.Untuk apa ia diciptakan pasti ada hikmah!
Eh jangan lupa samak kalau anda terpegang haiwan yang najis :-) Jangan risau najis boleh disamak,tapi dosa tak boleh disamak melainkan dengan taubat nasuha.Taubat yang bersungguh-sungguh berjanji tidak akan ulangi lagi.Ingat-ingatlah kalau nak pegang yang bukan mahram tu yerrr. hehe.
Nanti ada masa,Dc selitkan gambar Mimi dan Mike yaa ! :-)
Wallahualam,
Wednesday, January 16, 2013
Patah tumbuh hilang berganti
Assalamualaikum !
Hai kawan-kawan.Ingat tak hari tu Dc ada cerita pasal sugar glider yang mama belikan untuk Dc tu.Dia dah mati rupanya,digigit tikus mungkin.Sebab Dc cuma jumpa ekor dia sahaja.
Sedih,tapi mama Dc seakan-akan tahu perasaan Dc,terus mama ajak pergi beli lagi.Sekarang ini Dc ada 2 ekor sugar glider jantan dan betina,sepasang.Dalam hati,suka gilaaa.
Sekarang ini Dc cuma perlu manjakan mereka je,sebab mereka ni garang lagi.Asyik kena gigit je tangan Dc sampai luka-luka dan calar-balar.Tapi Dc akan usahakan untuk manjakan mereka.Doakan Dc ya ! (>_<)
Oh ya,kalau ada sesiapa yang nak suggest nama untuk mereka pun boleh.Sebab Dc tak tahu nak letak nama apa lagi. :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)