Sunday, January 20, 2013

Berubahkah

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.
Dc mulakan bicara sepi ini dengan lafaz Bismillahirahmaniraheem.Alhamdulillah sekali lagi dapat lagi Dc coretkan sesuatu di teratak SKSH ini.Semoga sahabat-sahabat diluar sana sentiasa dibawah lembayung rahmat kasih dan sayangNya! Aameen.

Apa yang Dc ingin kongsikan kali ini,hanya berdasarkan apa yang Dc lihat hari ini dan sebelum-sebelum ini.Apa yang Dc rasakan pada diri Dc sendiri.Ya,kadang-kadang Dc tertanya kepada diri sendiri,"Allah betulkah aku telah berubah mengambil landasan yang benar?".Kerana Dc percaya dan sedar bahawa kita hanya insan biasa yang tidak lepas dari dosa dan noda.Terkadang nafsu kuat melampaui iman.Astagfirullah.

Pernah ada seorang sahabat Dc sendiri,sudah beberapa kali Dc nasihatkan dia supaya jangan buat endah tak endah dengan solat lima waktu.Tetapi itu selalu terjadi.Allah,ampunkan Dc andai dosa Dc yang membuatkan  nasihat itu tidak sampai kepadanya.

Baru-baru ini dia ada post mengenai Al-Quran,tetapi yang amat Dc kesali,dia tidak reti membaca Al-Quran.Bukanlah maksud Dc disini untuk aibkan dia.Sedangkan kalian sendiri tidak tahu siapakah dia.Dan yang paling menyedihkan Dc lagi,dia tidak pernah mahu belajar!Dc tak marah kalau dia tak pandai mengaji,tetapi mengapa dia begitu berat mulut dan malu untuk mempelajarinya?Kita belum terlambat untuk belajar.Masih ada ruang dan waktu.Manfaatkanlah sebaiknya.

Pada pendapat Dc,Dc sedikit terguris dihati pabila dia kongsikan di laman sosial "Apabila kita membawa Alquran,syaitan pening kepala,apabila kita membuka Al-Quran,syaitan rebah,Apabila kita membaca AlQuran,syaitan pengsan,apabila kita mencintai Al-Quran,syaitan  lari,dan apabila kita hendak copy ini,syaitan berbisik tak payahlah.Hmm,jadinya,cukupkah kita jika hanya men"copy" status itu sahaja sedangkan yang lain kita tinggalkan?!

Dc langsung tidak bersetuju,walaupun orang kata dia nak berubah.Ingat perubahan bukan dengan apa yang kita share di facebook,twitter mahupun blog tetapi hati kita yang utama.Takut-takut jika kita share di facebook,kita ada perasaan riak,perasaan bagus."oh aku dah share,ramainya orang like,tiba-tiba aku rasa aku macam ustaz".Nah kan macam riak tu.

Tolonglah sahabat diluar sana.Jika ingin berubah,berubahlah betul-betul,bukan hanya dengan sikap acuh tak acuh.Hari ini post benda baik-baik,tiba-tiba esok lusa posting yang tak berfaedah langsung.

Belum terlambat untuk semua itu,masih ada waktu.Gunakanlah peluang ketika masih hidup ini untuk belajar.Dan satu lagi yang sangat-sangat Dc tak bersetuju.Mesej berantai.Wajarkah ia?

Dc selalu menerima pesanan ringkas dari sahabat-sahabat bahkan yang paling menyedihkan pabila orang yang sefikrah dengan Dc menghantar mesej berbaur seperti itu.Hmm tahu apa itu mesej berantai?Ok mari lihat contohnya.

""ALLAH AKU CINTAI KAU DAN AKU PERLUKAN KAU…DATANGLAH KE HATIKU" KIRIM PADA 10 ORANG DAN LIHAT KEAJAIBAN MALAM INI, TOLONG JANGAN DELETE. IA BENAR2 TERJADI. INI SMS DARI IBU ALI SAID-JURU KUNCI SAYYIDA MAKKAH YANG BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW. BELIAU BERPESAN: KUATKAN AQIDAH DALAM IBADAH KERANA DUNIA INI SUDAH GOYAH DAN TUA. SEBARKAN SMS INI KE 10 MUSLIM INSYALLAH DALAM WAKTU 10 HARI AKANDAPAT REZEKI BESAR DAN JIKA TIDAK DISEBAR TUNGGULAH KESULITAN YANG TIADA HENTI"

Ini dia contohnya,nampak macam langsung tidak masuk akal.Jadi kesimpulannya,kita tak perlulah bersusah payah bekerja dan berdoa,hanya dengan kirimkan pesanan ini kepada 10 orang kita dapat rezeki yang besar.Haha!karut. dah abaikan.

Maafkan Dc andai ada hati terguris pabila membaca entry Dc kali ini.Kerana sayang Dc menegur.InshaAllah sama-sama beubah.

Wallahualam.

Saturday, January 19, 2013

Mimi & Mike

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang Dc perkatakan,Dc ada sepasang sugar glider.Kini mereka sudah ada nama.Cuma mereka sedang mengalami proseso penjinakkan.Masih lagi garang si jantan yang bernama Mike,tetapi si betina Mimi  sudah berani-berani takut.

Ramai yang tak setuju bila Dc jaga haiwan.Kucing lagi,sugar glider lagi.Tapi sudah memang sifat yang Allah beri pada Dc sayangkan haiwan.Tak salah kan?Sedangkan Nabi Muhammad saw sendiri amat menyayangi kucing.Jadi sudah terang lagi bersuluh yang islam sama sekali tidak melarang untuk berbuat baik kepada haiwan sedangkan ia juga adalah makhluk Allah dimuka bumi ini.Wajarlah kita berbuat baik pada mereka.

Sedangkan ada hadith Nabi,

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).


Apabila menyentuh tentang hal ehwal kebajikan haiwan, nampak seolah-olah hanya golongan bukan Islam yang memberi tumpuan kepadanya. Tumpuan umat Islam amat minimum, malah mungkin mendekati nilai sifar. Sebenarnya ajaran Islam tetap memberi tumpuan kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Mereka semuanya adalah makhluk Allah sepertimana firman-Nya:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ

وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ

"Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman 31:10]"

Sahabat yang dikasihi Allah sekalian,janganlah memandang rendah terhadap mereka yang berbuat baik pada haiwan lagi lagi yang kita anggap haiwan yang hina dan keji contohnya seperti anjing dan babi.Untuk apa ia diciptakan pasti ada hikmah!

Eh jangan lupa samak kalau anda terpegang haiwan yang najis :-) Jangan risau najis boleh disamak,tapi dosa tak boleh disamak melainkan dengan taubat nasuha.Taubat yang bersungguh-sungguh berjanji tidak akan ulangi lagi.Ingat-ingatlah kalau nak pegang yang bukan mahram tu yerrr. hehe.

Nanti ada masa,Dc selitkan gambar Mimi dan Mike yaa ! :-)

Wallahualam,


Wednesday, January 16, 2013

Patah tumbuh hilang berganti

Assalamualaikum !

Hai kawan-kawan.Ingat tak hari tu Dc ada  cerita pasal sugar glider yang mama belikan untuk Dc tu.Dia dah mati rupanya,digigit tikus mungkin.Sebab Dc cuma jumpa ekor dia sahaja.

Sedih,tapi mama Dc seakan-akan tahu perasaan Dc,terus mama ajak pergi beli lagi.Sekarang ini Dc ada 2 ekor sugar glider jantan dan betina,sepasang.Dalam hati,suka gilaaa.

Sekarang ini Dc cuma perlu manjakan mereka je,sebab mereka ni garang lagi.Asyik kena gigit je tangan Dc sampai luka-luka dan calar-balar.Tapi Dc akan usahakan untuk manjakan mereka.Doakan Dc ya ! (>_<)

Oh ya,kalau ada sesiapa yang nak suggest nama untuk mereka pun boleh.Sebab Dc tak tahu nak letak nama apa lagi. :-)

Sunday, January 13, 2013

Dia Hilang !

Assalamualaikum!

Hai kawan,apa khabar?Diharap semuanya sihat-sihat belaka.Alhamdulillah Dc disini sihat,cuma sakit-sakit sikit tu biasalah bagi Dc.Alah bisa tegal biasa.Hehe

Kali ini entry Dc lebih kepada kehidupan Dc.Dc cuma nak ceritakan dan kongsikan bersama kawan-kawan diluar sana.

Hilang?Apa yang hilang?Pernah dengar sugar glider?Ohh binatang yang sangat manja tu,yang suka paut kat badan orang tu.Alhamdulillah,setelah lama Dc impikan haiwan tu,akhirnya impian Dc menjadi kenyataan pabila mama membelikan seekor untuk Dc bernilai RM200 siap dengan sangkar.

"pada siapa yang tak tahu sugar glider,inilah dia.tapi ini Dc ambil dari google images"

Sangat terharu,mama tahu apa yang Dc mahukan selama ini!Ya Dc amat menyayangi haiwan.Dan masa tu juga Dc dah fikirkan nama si Sugar glider ini.Nama yang Dc pilih ialah "Mia" yang membawa maksud Mama Ika Ainur.

Beli di Downtown Bandar Tun Razak,masa beli tu dah dekat pukul 2.30 pagi.Lepas beli haiwan tu,Dc menuju pulang ke rumah.Tiba-tiba perut rasa lapar pula.Apalagi,kami singgah di Restoran Alif Bistro.Dekat-pukul 5.00 pagi juga kami sampai ke rumah.

Sesampainya Dc ke rumah,Dc pun memberikan epal  dan air kepada Mia.Ok masa untuk tidur,Dc pun melelapkan mata sebentar.

Terbangunnya Dc dari tidur,Dc rasa tak puas kerana semalam belum main Mia sepenuhnya.Tangkap gambar pun belum sempat.Jadi Dc pun pergi ke sangkar Mia.Sungguh Dc tak sangka,Mia hilang!Dc menangis cari seorang diri.Dalam hati sedih bercampur takut dan kesian.

Memikirkan duit mama melayang RM200 hanya dalam sekelip mata.Tetapi setelah penat cari seorang diri,Dc nekad hendak beritahu mama dan keluarga.Dc pun memulakan bicara "Ma,sugar glider dah hilang". Terkejut mama dibuatnya.Maka ainur,mama,zubair adik Dc,dan Dc mencari seluruh pelusuk rumah-rumah.

Tetapi malangnya,memang kami tak jumpa.Bukan rezeki Dc.Sampai sekarang masih tak jumpa.Harap Mia dapat menjalani kehidupan seharian seperti haiwan biasa.huhu.


*Dengar-dengar mama nak belikan lagi,tapi tak tahulah. tunggu jelah post seterusnya.hihi!

Monday, January 7, 2013

Pemimpin dan Bos

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dc mulakan bicara sepi ini dengan lafaz bismillahirahmaniraheem.Semoga ianya lebih lancar,dan dapat diterima dengan hati yang terbuka oleh rakan-rakan sekalian.InshaAllah.

Sedar tak sedar sekarang sudah hampir setengah tahun Dc meninggalkan alam universiti.Jikalau selama ini banyak masalah berkaitan pembelajaran tetapi sekarang mungkin masalah berkaitan yang lain.Hmm dah hampir setengah bulan habis diploma?"Tak kerja ke Dc?" Ergh Dc selalu dilontarkan dengan soalan-soalan sedemikian rupa.

Hmm tak kisahlah soalan-soalan itu,kita tidak tahu dimana rezeki kita Allah nak bagi.Apa pun yang penting,apa yang kita buat,moga Allah suka.

Apa yang dimaksudkan dengan pemimpin?Pemimpin ialah orang yang bertanggungjawab memimpin sesebuah kumpulan persatuan atau negara manakala kepimpinan  pula dapat dimanipulasikan dengan pelbagai makna  dan salah satunya adalah  proses mempengaruhi individu dan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Berbezakah bos dan pemimpin ini?Bos?Nampak bos lebih gah namanya dari pemimpin.Tetapi percayalah bahawa orang lebih memandang pemimpin daripada bos.Kerana bos yang terbaik adalah bos yang pemimpin.Dia bukan sahaja hanya pandai mengarah itu dan ini,tetapi dia juga memimpin orang disekelilingnya dan paling terdekat adalah staf-stafnya di ofis.

Harus kita ingat,kita hidup tak ubah seperti roda,terkadang kita diatas dan terkadang kita dibawah.Disaat rezekimu melimpah ruah dek kerana rahmat Allah dan kasih sayangNya terhadap kamu.Janganlah pula kamu memdabik dada,kerana Allah bukan sahaja mampu memberi rezeki kepada kita,malah mampu menariknya kembali dalam sekelip mata.

Selalulah menyebut 99 nama Allah agar engkau tahu bahawa Allah Maha Segala-galanya.Jika engkau ada itu,Dia lebih hebat.Jika engkau rasakan engkau seorang penyayang,Dia lebih Maha penyayang bahkan sifat kasih sayang itu Dia yang berikan kepadamu!

Mengapa manusia selalu lupa bila memegang sesuatu jawatan?Apalah sangat ada pada jawatan?Tidakkah kalian tahu berat tanggungjawab yang kalian pikul hanya dengan membawa nama sebagai ketua,bos,dan pemimpin?Itu bukan sesuatu perkara yang mudah,jadi jangan ambil mudah!

Sebenarnya,satu hal yang perlu kita tahu,kita semua adalah pemimpin!Tak percaya?Ok Dc selitkan satu hadith disini.Baca dengan teliti.

Dalam sebuah hadith Dc perlu tekankan,Rasul Muhammad SAW pernah mengatakan “Kullukum ra-in, wa kullu ra-in mas-ulun ‘an ra iyyatih” yang ertinya setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta bertanggungjawab atas kepemimpinannya di kemudian hari.


Apa perasan kalian apabila membaca hadith ini?Takut?Gementar?Rilex?Cool?Tanya iman kalian sendiri.Rasanya tak perlu Dc tahu.Cukuplah diri sendiri kita tahu dimana kita berada sebenarnya.Tepuk dada tanya iman.Bukan tanya Aiman,kalau tanya Aiman,sudah tentu dia jawab,"Aiman tak kisah".Haha

Ok berbalik kepada topik yang asal.Bila kita jadi bos,jadilah bos yang dihormati bukan ditakuti atau dicaci maki dibelakang.Jangan kita mencipta musuh kita sendiri.Sebenarnya,satu perkara sahaja yang mampu membuat kita tersenyum.Nak tahu apa rahsianya?

Jagalah "hablumminAllah"(hubungan dengan Tuhan) dan  "hablumminnas" (hubungan sesama manusia).InshaAllah pasti selamat dunia dan akhirat.Tak percaya?cubalah dulu baru tahu macamana hasilnya.

Sebelum Dc terlupa,seringkali Dc ingatkan pada diri Dc sendiri agar apabila Dc"kerah tenaga orang",dalam masa yang sama mengambil hak orang lain walaupun ianya cuma tenaga dan masa tanpa dibayar satu sen pun ianya adalah berdosa.Jika ia menyebabkan orang yang engkau minta-minta tenaganya merungut atau memberontak dalam hati sekalipun!

Ok fine,mungkin kalian boleh kata,tak perlulah duit tu,pahala kan dapat?Oh ok,kalau begitu jika ada saudara mara kalian atau kalian sendiri yang bekerja sebagai doktor atau nurse tak perlulah tunggu kerajaan bayar gaji,kata sahaja pada kerajaan "saya kerja ikhlas nak masuk syurga,jadi tak perlu bayar gaji saya".MashaAllah baiknya hati kalian,kerana Dc sendiri tidak mampu berbuat demikian.Sedangkan imam dan bilal pun dibayar gaji,kita pula tak mahu gaji.Dc tabik jika kalian tak meminta gaji!

Sebelum Dc semakin jauh,eloklah Dc tinggalkan teratak SKSH ini,kerana takut-takut Dc aibkan sesiapa disini.

Ya Allah ampunkanlah dosaku jika sepanjang perkenalan antara aku dan dia,ada perkara yang buat dia tersinggung.Dan satu lagi,jika kalian menjadi mangsa keadaan,menjadi staf kepada bos yang demikian,cubalah berbaik sangka.Allah tak beri apa yang kita mahu tapi Allah tak pernah lupa beri apa yang kita perlu.Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.Nasihat buat diri sendiri yang sering ingatkan orang tetapi sering alpa kepada diri sendiri.Harap hati ini sentiasa tsabat dijalan Allah.InshaAllah.Doa dari kalian,amat Dc perlukan.Terima kasih kerana selama ini sentiasa menyokong Dc dari belakang depan kiri atau kanan.Mutassyakir awi :-)

Sepuluh jari Dc susun,jika sepanjang penulisan entry ini,ada hati-hati yang Dc sentuh tanpa disengajakan.Harap dapat dimaafkan.Kesimpulannya,jadilah orang yang sentiasa berbaik sangka terhadap aturan Allah,jadilah bos yang dihormati staf-stafnya,jadilah staf-staf yang sentiasa hormat terhadap bos.

Opss masih ada satu perkara yang Dc lupa ingatkan pada kalian,Dc selalu pegang dengan kata-kata ini "Jika orang buat baik pada kita,pasti orang buat baik pada kita,jika tidak,itu ujian! :-) so smile.


Dc :Allah andai ini takdirnya,aku redha! (T_T),menangislah jika itu yang membuatkan engkau bahagia.

Sunday, January 6, 2013

Muslim & Non Muslim Yang Fleksible !

Assalamualaikum dan hai pada semua rakan-rakan bloggers Dc,alhamdulillah seperti biasa dapat lagi Dc tarikan jari jemari Dc di keyboard laptop kesayangan Dc.Alhamdulillah!Eh banyak kalinya sebut perkataan "Alhamdulillah"?Tak mengapa,bukan menjadi satu dosa pun kan?Bagi yang non muslim,boleh juga kalau sebut "Terima Kasih Tuhan",itu tidak menjadi masalah kan?

Malah semua agama pun diajar agar sentiasa bermoral dan berakhlak.Dari pengalaman Dc sendiri,Dc sering berkawan dengan sesiapa pun tidak kiralah tua atau muda,baik atau jahat,muslim atau bukan muslim.Bagi Dc,jika kita pandai mengawal,inshaAllah kita tetap dijalan yang benar.

Sahabatku,tidak salah sama sekali jika hendak berkawan dengan bukan muslim.Malah,itulah platform kita untuk memulakan dakwah pada mereka yang bukan muslim.Jadi tunjukkan mereka akhlak yang baik.Pernah seorang sahabat bukan muslim berkata "aku pakai rantai palang kristian ni,tapi semua usha pelik aku,aku takut aku masukkanlah rantai ni dalam baju aku".Lihat?Disini satu sahaja yang dapat Dc terangkan iaitu "pengganas"!

Mereka menganggap kita sebagai pengganas.Mengapa?Kerana orang melayu mudah dan sangat cepat melatah!Ini tidak boleh itu tidak boleh.Sedangkan idola kita sendiri tidak lain tidak bukan Rasulullah saw sendiri berkawan dengan bukan muslim.

Ingat,Rasulullah SAW tidak selalu memerangi orang-orang kafir. Apabila orang-orang kafir sebagai sebuah komuniti menolak untuk bergabung ke dalam sistem negara Islam yang beliau dirikan, maka beliau perangi sehingga mereka dapat ditakluki.


Kalau mereka telah menerima untuk hidup dibawah sistem Islam maka status mereka menjadi warganegara negara yang dilindungi, tidak akan di perangi. Mereka disebut kafir dzimmi atau Ahlu dzimmah. Allah swt berfirman :

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada Hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan rasulnya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah) , iatu orang-orang yang diberikan Al Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk"(QS. At Taubah 29)

Jangan sembarangan sahaja nak perangi bukan muslim ini.Salahkah Dc berkawan dengan mereka?Tidak salah sama sekali!Jadi,tolong jangan buat andaian kalian sendiri.

[Sekadar gambar hiasan]
+Dc selalu layan coklat ini+

Jadi ayuh kita berfleksible bersama! (>_<)

Roda Kehidupan

Assalamualaikum,hai u all!Apa khabar?Agak lama Dc tinggal teratak SKSH ini.Harapnya tak berhabuklah ya XD.

Roda kehidupan?Apa yang anda faham?Ok camni,kali ini Dc punya entry lebih santai.Jadi boleh ambil kopi dan biskut untuk dicicah sambil baca blog Dc ni.Haha.

Begini,kita selalu rasa bangga dengan kejayaan yang kita miliki sekarang tanpa kita sedar sedikitpun bahawa jika tidak dengan pemberian si Pencipta kita,tidaklah kita dapat idea yang bernas sehingga kita dapat duduk dengan selesanya diatas.

Sinonimnya masyarakat melayu sekarang,Dc lihat,suka ketawakan orang,maksud Dc dalam ketawakan orang disini bukan secara luaran dia ketawakan tetapi cukuplah dia memandang rendah terhadap seseorang telah sempurna untuk mengatakan dia sedang ketawakan orang.

Mengapa itu terjadi?Sebab dia rasa dia baguih lahhh tu,tak kan tak faham lagi (>_<).Hmmmm,teruk,sedih dan malu melihat segelintir masyarakat masa kini.Hanya memandang luaran orang.

Satu hal yang Dc perlu ingatkankan kepada kalian,sedarlah bahawa manusia itu sendiri berbeza,lihat sahaja dari fizikal.Tuhan ciptakan kita ada yang kurus,ada yang gemuk,ada yang pendek,ada yang tinggi.Jadi disini ingatlah juga bahawa pemikiran manusia itu sendiri berbeza.Jangan sesekali samakan pemikiran kalian dengan orang sekeliling kalian.

Contoh disini,si A berkelulusan degree diluar negara,dan si B hanya diploma tambahan pula hanya didalam negara.Apabila membuat perbincangan,si B sukar menangkap apa yang si A fikirkan.Dan si A mula mengatakan si B terlalu lembap macam siput sedut,siput pun tak macam si B.Hmm begitukah kita?

Harus kita ingat,memang manusia itu dijadikan sebaik-baik kejadian,tetapi sebaik-baik kejadian itu Allah punya nilai.Bukan kita,kita perlu tahu setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.So please kawan,jangan pandang rendah terhadap seseorang walaupun sememangnya orang itu tampak lemah diluaran.


*Act,Dc sedang berhadapan dengan orang seperti itu sekarang.Haha. Peace (^_^)