Sunday, January 13, 2013

Dia Hilang !

Assalamualaikum!

Hai kawan,apa khabar?Diharap semuanya sihat-sihat belaka.Alhamdulillah Dc disini sihat,cuma sakit-sakit sikit tu biasalah bagi Dc.Alah bisa tegal biasa.Hehe

Kali ini entry Dc lebih kepada kehidupan Dc.Dc cuma nak ceritakan dan kongsikan bersama kawan-kawan diluar sana.

Hilang?Apa yang hilang?Pernah dengar sugar glider?Ohh binatang yang sangat manja tu,yang suka paut kat badan orang tu.Alhamdulillah,setelah lama Dc impikan haiwan tu,akhirnya impian Dc menjadi kenyataan pabila mama membelikan seekor untuk Dc bernilai RM200 siap dengan sangkar.

"pada siapa yang tak tahu sugar glider,inilah dia.tapi ini Dc ambil dari google images"

Sangat terharu,mama tahu apa yang Dc mahukan selama ini!Ya Dc amat menyayangi haiwan.Dan masa tu juga Dc dah fikirkan nama si Sugar glider ini.Nama yang Dc pilih ialah "Mia" yang membawa maksud Mama Ika Ainur.

Beli di Downtown Bandar Tun Razak,masa beli tu dah dekat pukul 2.30 pagi.Lepas beli haiwan tu,Dc menuju pulang ke rumah.Tiba-tiba perut rasa lapar pula.Apalagi,kami singgah di Restoran Alif Bistro.Dekat-pukul 5.00 pagi juga kami sampai ke rumah.

Sesampainya Dc ke rumah,Dc pun memberikan epal  dan air kepada Mia.Ok masa untuk tidur,Dc pun melelapkan mata sebentar.

Terbangunnya Dc dari tidur,Dc rasa tak puas kerana semalam belum main Mia sepenuhnya.Tangkap gambar pun belum sempat.Jadi Dc pun pergi ke sangkar Mia.Sungguh Dc tak sangka,Mia hilang!Dc menangis cari seorang diri.Dalam hati sedih bercampur takut dan kesian.

Memikirkan duit mama melayang RM200 hanya dalam sekelip mata.Tetapi setelah penat cari seorang diri,Dc nekad hendak beritahu mama dan keluarga.Dc pun memulakan bicara "Ma,sugar glider dah hilang". Terkejut mama dibuatnya.Maka ainur,mama,zubair adik Dc,dan Dc mencari seluruh pelusuk rumah-rumah.

Tetapi malangnya,memang kami tak jumpa.Bukan rezeki Dc.Sampai sekarang masih tak jumpa.Harap Mia dapat menjalani kehidupan seharian seperti haiwan biasa.huhu.


*Dengar-dengar mama nak belikan lagi,tapi tak tahulah. tunggu jelah post seterusnya.hihi!

Monday, January 7, 2013

Pemimpin dan Bos

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dc mulakan bicara sepi ini dengan lafaz bismillahirahmaniraheem.Semoga ianya lebih lancar,dan dapat diterima dengan hati yang terbuka oleh rakan-rakan sekalian.InshaAllah.

Sedar tak sedar sekarang sudah hampir setengah tahun Dc meninggalkan alam universiti.Jikalau selama ini banyak masalah berkaitan pembelajaran tetapi sekarang mungkin masalah berkaitan yang lain.Hmm dah hampir setengah bulan habis diploma?"Tak kerja ke Dc?" Ergh Dc selalu dilontarkan dengan soalan-soalan sedemikian rupa.

Hmm tak kisahlah soalan-soalan itu,kita tidak tahu dimana rezeki kita Allah nak bagi.Apa pun yang penting,apa yang kita buat,moga Allah suka.

Apa yang dimaksudkan dengan pemimpin?Pemimpin ialah orang yang bertanggungjawab memimpin sesebuah kumpulan persatuan atau negara manakala kepimpinan  pula dapat dimanipulasikan dengan pelbagai makna  dan salah satunya adalah  proses mempengaruhi individu dan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Berbezakah bos dan pemimpin ini?Bos?Nampak bos lebih gah namanya dari pemimpin.Tetapi percayalah bahawa orang lebih memandang pemimpin daripada bos.Kerana bos yang terbaik adalah bos yang pemimpin.Dia bukan sahaja hanya pandai mengarah itu dan ini,tetapi dia juga memimpin orang disekelilingnya dan paling terdekat adalah staf-stafnya di ofis.

Harus kita ingat,kita hidup tak ubah seperti roda,terkadang kita diatas dan terkadang kita dibawah.Disaat rezekimu melimpah ruah dek kerana rahmat Allah dan kasih sayangNya terhadap kamu.Janganlah pula kamu memdabik dada,kerana Allah bukan sahaja mampu memberi rezeki kepada kita,malah mampu menariknya kembali dalam sekelip mata.

Selalulah menyebut 99 nama Allah agar engkau tahu bahawa Allah Maha Segala-galanya.Jika engkau ada itu,Dia lebih hebat.Jika engkau rasakan engkau seorang penyayang,Dia lebih Maha penyayang bahkan sifat kasih sayang itu Dia yang berikan kepadamu!

Mengapa manusia selalu lupa bila memegang sesuatu jawatan?Apalah sangat ada pada jawatan?Tidakkah kalian tahu berat tanggungjawab yang kalian pikul hanya dengan membawa nama sebagai ketua,bos,dan pemimpin?Itu bukan sesuatu perkara yang mudah,jadi jangan ambil mudah!

Sebenarnya,satu hal yang perlu kita tahu,kita semua adalah pemimpin!Tak percaya?Ok Dc selitkan satu hadith disini.Baca dengan teliti.

Dalam sebuah hadith Dc perlu tekankan,Rasul Muhammad SAW pernah mengatakan “Kullukum ra-in, wa kullu ra-in mas-ulun ‘an ra iyyatih” yang ertinya setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta bertanggungjawab atas kepemimpinannya di kemudian hari.


Apa perasan kalian apabila membaca hadith ini?Takut?Gementar?Rilex?Cool?Tanya iman kalian sendiri.Rasanya tak perlu Dc tahu.Cukuplah diri sendiri kita tahu dimana kita berada sebenarnya.Tepuk dada tanya iman.Bukan tanya Aiman,kalau tanya Aiman,sudah tentu dia jawab,"Aiman tak kisah".Haha

Ok berbalik kepada topik yang asal.Bila kita jadi bos,jadilah bos yang dihormati bukan ditakuti atau dicaci maki dibelakang.Jangan kita mencipta musuh kita sendiri.Sebenarnya,satu perkara sahaja yang mampu membuat kita tersenyum.Nak tahu apa rahsianya?

Jagalah "hablumminAllah"(hubungan dengan Tuhan) dan  "hablumminnas" (hubungan sesama manusia).InshaAllah pasti selamat dunia dan akhirat.Tak percaya?cubalah dulu baru tahu macamana hasilnya.

Sebelum Dc terlupa,seringkali Dc ingatkan pada diri Dc sendiri agar apabila Dc"kerah tenaga orang",dalam masa yang sama mengambil hak orang lain walaupun ianya cuma tenaga dan masa tanpa dibayar satu sen pun ianya adalah berdosa.Jika ia menyebabkan orang yang engkau minta-minta tenaganya merungut atau memberontak dalam hati sekalipun!

Ok fine,mungkin kalian boleh kata,tak perlulah duit tu,pahala kan dapat?Oh ok,kalau begitu jika ada saudara mara kalian atau kalian sendiri yang bekerja sebagai doktor atau nurse tak perlulah tunggu kerajaan bayar gaji,kata sahaja pada kerajaan "saya kerja ikhlas nak masuk syurga,jadi tak perlu bayar gaji saya".MashaAllah baiknya hati kalian,kerana Dc sendiri tidak mampu berbuat demikian.Sedangkan imam dan bilal pun dibayar gaji,kita pula tak mahu gaji.Dc tabik jika kalian tak meminta gaji!

Sebelum Dc semakin jauh,eloklah Dc tinggalkan teratak SKSH ini,kerana takut-takut Dc aibkan sesiapa disini.

Ya Allah ampunkanlah dosaku jika sepanjang perkenalan antara aku dan dia,ada perkara yang buat dia tersinggung.Dan satu lagi,jika kalian menjadi mangsa keadaan,menjadi staf kepada bos yang demikian,cubalah berbaik sangka.Allah tak beri apa yang kita mahu tapi Allah tak pernah lupa beri apa yang kita perlu.Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.Nasihat buat diri sendiri yang sering ingatkan orang tetapi sering alpa kepada diri sendiri.Harap hati ini sentiasa tsabat dijalan Allah.InshaAllah.Doa dari kalian,amat Dc perlukan.Terima kasih kerana selama ini sentiasa menyokong Dc dari belakang depan kiri atau kanan.Mutassyakir awi :-)

Sepuluh jari Dc susun,jika sepanjang penulisan entry ini,ada hati-hati yang Dc sentuh tanpa disengajakan.Harap dapat dimaafkan.Kesimpulannya,jadilah orang yang sentiasa berbaik sangka terhadap aturan Allah,jadilah bos yang dihormati staf-stafnya,jadilah staf-staf yang sentiasa hormat terhadap bos.

Opss masih ada satu perkara yang Dc lupa ingatkan pada kalian,Dc selalu pegang dengan kata-kata ini "Jika orang buat baik pada kita,pasti orang buat baik pada kita,jika tidak,itu ujian! :-) so smile.


Dc :Allah andai ini takdirnya,aku redha! (T_T),menangislah jika itu yang membuatkan engkau bahagia.

Sunday, January 6, 2013

Muslim & Non Muslim Yang Fleksible !

Assalamualaikum dan hai pada semua rakan-rakan bloggers Dc,alhamdulillah seperti biasa dapat lagi Dc tarikan jari jemari Dc di keyboard laptop kesayangan Dc.Alhamdulillah!Eh banyak kalinya sebut perkataan "Alhamdulillah"?Tak mengapa,bukan menjadi satu dosa pun kan?Bagi yang non muslim,boleh juga kalau sebut "Terima Kasih Tuhan",itu tidak menjadi masalah kan?

Malah semua agama pun diajar agar sentiasa bermoral dan berakhlak.Dari pengalaman Dc sendiri,Dc sering berkawan dengan sesiapa pun tidak kiralah tua atau muda,baik atau jahat,muslim atau bukan muslim.Bagi Dc,jika kita pandai mengawal,inshaAllah kita tetap dijalan yang benar.

Sahabatku,tidak salah sama sekali jika hendak berkawan dengan bukan muslim.Malah,itulah platform kita untuk memulakan dakwah pada mereka yang bukan muslim.Jadi tunjukkan mereka akhlak yang baik.Pernah seorang sahabat bukan muslim berkata "aku pakai rantai palang kristian ni,tapi semua usha pelik aku,aku takut aku masukkanlah rantai ni dalam baju aku".Lihat?Disini satu sahaja yang dapat Dc terangkan iaitu "pengganas"!

Mereka menganggap kita sebagai pengganas.Mengapa?Kerana orang melayu mudah dan sangat cepat melatah!Ini tidak boleh itu tidak boleh.Sedangkan idola kita sendiri tidak lain tidak bukan Rasulullah saw sendiri berkawan dengan bukan muslim.

Ingat,Rasulullah SAW tidak selalu memerangi orang-orang kafir. Apabila orang-orang kafir sebagai sebuah komuniti menolak untuk bergabung ke dalam sistem negara Islam yang beliau dirikan, maka beliau perangi sehingga mereka dapat ditakluki.


Kalau mereka telah menerima untuk hidup dibawah sistem Islam maka status mereka menjadi warganegara negara yang dilindungi, tidak akan di perangi. Mereka disebut kafir dzimmi atau Ahlu dzimmah. Allah swt berfirman :

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada Hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan rasulnya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah) , iatu orang-orang yang diberikan Al Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk"(QS. At Taubah 29)

Jangan sembarangan sahaja nak perangi bukan muslim ini.Salahkah Dc berkawan dengan mereka?Tidak salah sama sekali!Jadi,tolong jangan buat andaian kalian sendiri.

[Sekadar gambar hiasan]
+Dc selalu layan coklat ini+

Jadi ayuh kita berfleksible bersama! (>_<)

Roda Kehidupan

Assalamualaikum,hai u all!Apa khabar?Agak lama Dc tinggal teratak SKSH ini.Harapnya tak berhabuklah ya XD.

Roda kehidupan?Apa yang anda faham?Ok camni,kali ini Dc punya entry lebih santai.Jadi boleh ambil kopi dan biskut untuk dicicah sambil baca blog Dc ni.Haha.

Begini,kita selalu rasa bangga dengan kejayaan yang kita miliki sekarang tanpa kita sedar sedikitpun bahawa jika tidak dengan pemberian si Pencipta kita,tidaklah kita dapat idea yang bernas sehingga kita dapat duduk dengan selesanya diatas.

Sinonimnya masyarakat melayu sekarang,Dc lihat,suka ketawakan orang,maksud Dc dalam ketawakan orang disini bukan secara luaran dia ketawakan tetapi cukuplah dia memandang rendah terhadap seseorang telah sempurna untuk mengatakan dia sedang ketawakan orang.

Mengapa itu terjadi?Sebab dia rasa dia baguih lahhh tu,tak kan tak faham lagi (>_<).Hmmmm,teruk,sedih dan malu melihat segelintir masyarakat masa kini.Hanya memandang luaran orang.

Satu hal yang Dc perlu ingatkankan kepada kalian,sedarlah bahawa manusia itu sendiri berbeza,lihat sahaja dari fizikal.Tuhan ciptakan kita ada yang kurus,ada yang gemuk,ada yang pendek,ada yang tinggi.Jadi disini ingatlah juga bahawa pemikiran manusia itu sendiri berbeza.Jangan sesekali samakan pemikiran kalian dengan orang sekeliling kalian.

Contoh disini,si A berkelulusan degree diluar negara,dan si B hanya diploma tambahan pula hanya didalam negara.Apabila membuat perbincangan,si B sukar menangkap apa yang si A fikirkan.Dan si A mula mengatakan si B terlalu lembap macam siput sedut,siput pun tak macam si B.Hmm begitukah kita?

Harus kita ingat,memang manusia itu dijadikan sebaik-baik kejadian,tetapi sebaik-baik kejadian itu Allah punya nilai.Bukan kita,kita perlu tahu setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.So please kawan,jangan pandang rendah terhadap seseorang walaupun sememangnya orang itu tampak lemah diluaran.


*Act,Dc sedang berhadapan dengan orang seperti itu sekarang.Haha. Peace (^_^)

Friday, December 21, 2012

Dinasihati Menasihati

Bismillahirahmaniraheem.
Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah dapat lagi Dc coretkan sesuatu di teratak SKSH untuk kali ini.Apa khabar sahabat-sahabat semua?Harapnya semua dalam keadaan sihat,tenang dan bahagia disamping mereka yang tercinta.InshaAllah. (^_^)

Dinasihati dan menasihati adalah sesuatu perkara yang berbeza walau ia cuma diubah dengan beberapa imbuhan sahaja dihadapan dan dibelakang.Wow!Betapa besar impaknya hanya dengan perubahan imbuhan.Hebatnya bahasa ibunda kita tak lain tak bukan seperti yang kita semua tahu,Bahasa Malaysia.

Dinasihati,kita meminta agar kita dinasihat dengan perkara yang baik-baik jika kita tersilap langkah,malah menasihati adalah sesuatu perbuatan atau perkataan yang dilakukan seseorang terhadap seseorang yang memerlukan.

Hmmm,kita selalu terdengar orang-orang sekeliling kita berkata "wei,kalau ada salah aku,jangan lupa nasihatlah aku".Disini di meminta dinasihat.Tetapi sedarkah kita?Pada masa yang sama jika kita dinasihat pasti sukar untuk kita menerimanya walaupun pada mulanya kita sendiri yang meminta dinasihati!

Bila nak menasihati orang,ewah laju sahaja kita mengeluarkan kononnya yang dikatakan kata-kata motivasi,sedangkan kita sendiri gagal menerima nasihat dari orang lain.Mengapa perkara sebegini boleh berlaku ya?Ayuh cek diri kita kembali.

Hmm adakah kita terasa kita terlalu sempurna sehingga tiada kekurangan kita.Orang lain sahaja yang salah dimata kita.Tetapi kita,sentiasa betul.Sahabatku,kita mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.Tidak ada yang sempurna.Jadi terimalah nasihat orang sekeliling kita.Bukankah pada asalnya kita yang meminta?Jadi,mengapa perlu wujud rasa sakit hati?Nafsu amarah yang membuak-buak.Jihadlah kamu,tahanlah nafsu amarah kamu.InshaAllah.

Jangan kita rasa kita yang good good jer.Jangan pandang pada kebaikan sendiri yang kita rasa kita tentu-tentu masuk syurga,dan jangan pandang keburukan orang lain yang mereka itu tentu-tentu masuk neraka.Bukan kamu yang menetukan syurga atau neraka.Smileeeee (^_^) 

#Sekadar gambar hiasan#
- Dc cuma rindukan gelak tawa dan senyuman ini -
Wallahualam.




Thursday, December 6, 2012

Arghh Sukarnya Jadi Baik

Ku mulakan bicara sepi ini dengan lafaz Bismillahirahmaniraheem.aAssalamualaikum wbt buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian.Alhamdulillah sekali lagi setinggi-tinggi kesyukuran Dc ucapkan buat pemilik hati-hati kita,kerana terus membiarkan Dc hanyut bercinta denganNya! Oh Allah,thank you. XD

Arghhh sukarnya jadi baik?Apa pula yang ingin Dc bicarakan kali ini?Jom teruskan membaca artikel Dc yang tak seberapa ini.Moga dapat manfaatnya.Insha-Allah.

Kita sering terdengar,"Aduh penatnya,bosannya jadi baik.Buat baik dibalas jahat!". Opss bertenang sahabat-sahabat.Itu tanda kasih Allah terhadap hambaNya.

Sering Dc perhatikan,ada sahabat ingin berubah tetapi mendapat tentangan hebat dari sahabatnya malah yang lebih menyedihkan pabila orang terdekat yakni keluarganya sendiri mencemuh.Mengenakan tudung yang menutupi dada,dikatakan "jangan nak tunjuk alim".Disarungkan stokin ke kaki dikatakan "Fashion apa kau ni,lapuk sungguh!Berstokin?Macam orang lepas pantang pula".Berkopiah dikepala,"jangan perasan pak imamlah".Argh itu tak kena ini tak kena.Apa yang kau mahu sebenarnya?Kita bertanya kepada diri kita sendiri.Oh tidak,jangan sesekali soalan itu terlintas di fikiran kalian.Pedulikan manusia itu,kita belum punya banyak waktu!Fikirkan Penciptamu,apa yang Dia inginkan?

Melakukan segala suruhanNya,dan meninggalkan segala laranganNya.Bukan mengikut semua kehendak manusia sehingga Tuhanmu murka terhadapmu.Hendak puaskan hati semua manusia?Yakinlah kita tidak akan berjaya!Manusia ini bermacam penyakit hatinya.Biarkan mereka di daerah mereka,kita di daerah kita jika itu yang mereka mahukan.

Ingat sahabatku,Allah tidak akan menguji kamu jika kamu tidak mampu.Jangan bersedih dengan cemuhan oleh rakan-rakanmu.Bersabarlah,lawanlah nafsumu.Teruskan dengan perubahanmu.Anggap sahaja mereka cemburu dengan kalian kerna kalian diberi hidayah terlebih dahulu,padahal jika dia inginkan hidayah Tuhannya,dia juga boleh.Tetapi sayang,dia tidak mencari malah menunggu hidayah.Ergh,bila nak sampai?

Tetaplah menunjukkan akhlak yang baik walau dicemuh,jangan sampai mereka hilang rasa hormat kepada diri kita sendiri.Jangan kita perbodohkan diri kita sendiri.Tetaplah melemparkan senyuman disaat diri kalian dicemuh.Allah bersamamu sahabatku!

"Jom solat!",Ahh niat kita baik,mahu mengajak mereka bersolat.Sekalipun engkau tak mahu solat,tak perlu mengutuk aku sebegitu!Sahabatku,ini pernah terjadi pada kita?Oh itu sememangnya akan terjadi.Satu yang perlu Dc ingatkan kepada kalian wahai sahabatku yang soleh dan solehah,semakin kita hendak berusaha dekat dengan Allah,semakin banyak halangan dan rintangan kita mendekatiNya.Yakinlah itu ujian dariNya,hendak melihat betapa jauh istiqamah engkau terhadap perintahNya.Seberapa tinggi yakinkan Allah di hati kalian.

Apa-apa pun yang terjadi,tetaplah istiqamah ya sahabat!Semoga kita semua bukan dikalangan mereka yang berputus asa.Allah tak suka hambaNya berputus asa.Selamat berjuang sahabatku!Doakan kita semua terus thabat di jalan ini.Aameen.

Disini Dc menyusun sepuluh jari andai ada antara jari-jari ini menaip yang bukan-bukan hingga membuat kalian terluka dan berkecil hati.Maafkan Dc.


Wallahualam. 

Monday, December 3, 2012

Jodoh Vs Hidayah

Bismillahirahmaniraheem

Assalamualaikum wbt buat sahabat-sahabat alam maya sekalian.Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Alhamdulillah wa syukurillah dapat lagi Dc coretkan sesuatu di SKSH ini.Moga ianya bermanfaat buat sahabat-sahabat sekalian.

Jodoh Vs Hidayah,mengapa mesti Dc kaitkan jodoh dan hidayah?Padahal dua perkataan ini adalah sesuatu perkara yang jauh berbeza.Tapi cuba kita lihat dan fikir kembali sedalam-dalamnya.Insha-Allah.

Jodoh?Anak muda sekarang,ramai benar yang mencari jodoh.Itu sudah tentu,siapa yang tak mahu kahwin.Rata-rata kita hidup di dunia ini pasti mahu berpasang-pasangan kerna Allah telah tetapkan untuk kita.

Bila sebut pasal jodoh,pasti remaja dikalangan kita tersenyum lebar,hati didalam berbunga-bunga!Selalu hendak usaha keras mencari jodoh."Ishh aku ni tak kahwin-kahwin ni,macam mana ni,aku kena cari ni sorang awek untuk aku jadikan isteri".Selalu kan kita dengar perbualan sebegitu rupa.Tak kurang pula dengan si daranya "Takde ke lelaki nak kat aku ni,carilah sorang mana tahu leh buat suami".

Amboi,bersungguh-sungguh ya hendak mencari pasangan masing-masing.Tetapi kita tidak sedar bahawa jodoh itu sudah ditentukan oleh si pencipta kita Allah swt.Yaing menciptakan langit dan bumi,yang menciptakan bulan dan bintang,yang menciptakan si dia untukmu !

Mengapa,engkau tidak yakin akan janji Tuhanmu?Atau engkau hendak membuat kerjaNya?Ah lupakan!Engkau sedang diuji olehNya!

Bukan niat Dc disini menghina kalian,tetapi adakah kalian yakin bahawa kalian tidak akan sekali-kali terhasut oleh syaitan yang diberi kebenaran menggangu hambaNya sehingga hari kiamat nanti?Adakah kalian yakin iman dihatimu kuat?Argh iman ada naik dan turunnya.Seperti roda yang terkadang di atas dan terkadang dibawah,tak ubah juga seperti termometer menyukat suhu.Suhu tak selalunya tinggi dan tak selalunya rendah!

Bukankah Allah sudah ingatkan kalian dalam firmanNya "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji (fahisyah) dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”     (Al-Israk: 32)


Janganlah pula kita munafik!Diluarnya kelihatan seperti ustaz,pijak semut tak mati.Tetapi di dalam facebook,pesanan ringkas,blogger,skype,yahoo messenger amboi ligatnya jari kita menari di papan kekunci komputer berchatting dengan si dara dan tanpa kita sedari kita dah pun menyentuh hati si dara tadi.Ingat!Haram bagi lelaki yang menyentuh perasaan wanita itu tanpa niat hendak dia nikahi.



Dengan umur kalian yang masih seumur jagung ini,adakah terniat hendak menikah?Lupakan!Diri sendiri masih tidak terurus,ada hati mahu uruskan rumahtangga pula.Dc agak malu untuk menceritakan bahagian si dara pula.Biasalah dalam hal ini bukan si teruna sahaja yang salah,si dara juga terkadang terlalu agresif dengan berchatting dengan si teruna.Seolah olah memberi harapan kepada si teruna.Padahal di hatinya,sedikit pun tidak ada rasa suka.(padahal suka gila nak mati,tapi bila tanya.eh tak suka pun.hahaha taktik lama)

Sebaliknya hidayah,cuba kita imbas kembali kata-kata yang mungkin telinga kita pernah dengar.Hidayah?Kita selalu terdengar,"Eh jom lah kita p solat,kau ni banyak dah tinggal solat"."Eh aku dapat lagi hidayah tu,kau dapat dulu,kau g lah solat dulu".Ewah,sedapnya mulut kita berbicara.


Lihat?Bukankah hidayah itu perlu dicari?Dan bukan untuk ditunggu!Mengapa jodoh kita berusaha keras hendak mencari,sedangkan kita sedar bahawa hakikat jodoh telah ditetapkan olehNya akan tetapi hidayah perlu dicari bukan ditunggu.Hakikatnya hidayah itu tidak jatuh ke riba,tidak bergolek datang ke kita,tidak terbang ke bahu kita.Ianya perlu dicari,jadi mengapa memilih untuk menunggu?Hidayah harus dicari!Cari!

Ada pula yang dah merasakan dirinya pula sudah mendapat hidayah.Amboi segaknya berkopiah,manisnya bertudung labuh tetapi tidak rasakah kalian,kalian perlu cari lagi hidayah itu.Kekalkan kedalam jiwa-jiwa kita!Bukan bersenang-lenang dengan hidayah yang diberi Allah.Allah pemilik hidayah.Tiada yang mustahil atas kekuasaanNya jika dia menarik kembali hidayah dari hati dan jiwamu.Sedarlah.Bangkit wahai muslimin muslimat!

Maaf segala salah silap sepanjang penulisan Dc kali ini.Diharap apa yang tersentuh dihati,sampai dihati cepat cepat lah kita ubah jika ada silap dalam diri kita.Sesungguhnya kita semua hanya manusia biasa yang tidak pernah lepas dari salah dan dosa.Moga Allah menerima taubat kita.Insha-Allah.Aameen.

Dc sayangkan kalian,kerana itu Dc menegur,namun jika teguran ini tidak boleh kalian terima.Terpulanglah,sekali lagi Dc minta maaf. 

Wallahualam