Thursday, October 11, 2012

Penyembuh Rindu

Bismillahirahmaniraheem

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat,apa khabar iman dan badan kita hari ini?Harapnya sihat walafiat selalu dan iman kita sentiasa meningkat.Insha-Allah.Doa DC sentiasa mengiringi perjalanan sahabat-sahabat.Dan jangan lupa juga untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw :-)

Alhamdulillah semalam (hari rabu) bersamaan 11 Oktober 2012 DC berkesempatan ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam dimana tempat DC jatuh dan bangun dahulu.DC kesana atas jemputan adik-adik yang dikatakan "Penyembuh Rindu".

Atas kecintaan DC kepada Islam dan sahabat-sahabat,DC memberanikan diri untuk menaiki motor ke Shah Alam.Hanya Allah yang tahu seberapa banyak doa yang DC lafazkan.Alhamdulillah DC sampai ke politeknik tepat pada masanya.

Usai solat maghrib secara berjemaah,DC memulakan slot untuk menyantuni kepada adik-adik yang anggaran bilangannya 100 orang keatas,alhamdulillah wa syukurillah adik-adik semester satu sangat sangat teruja selepas sesi ice breaking berlalu.Mungkin pada awalnya begitu sukar buat mereka tertawa dan seronok berada di surau.Tetapi alhamdulillah ! atas izin Allah swt mereka menjadi begitu hyperaktif. 

Seronok hati ini pabila melihat adik-adik yang begitu teruja dan bersemangat.Dan sekali lagi hati ini sangat tersentuh apabila melihat adik-adik sangat lembut hatinya,mengeluarkan airmata tanpa rasa segan dan silu.MashaAllah,sesungguhnya mereka benar-benar merasai apa yang diberi,golongkan mereka kepada golongan yang sedikit ya Allah.

Setelah hampir satu jam DC menyantuni adik-adik,tiba masa DC mengundur diri,Allah terasa berat benar hendak meninggalkan mereka tetapi itulah lumrahnya hidup orang beriman yang berjumpa pasti akan terpisah.DC tamatkan slot pada malam itu dan seterusnya solat isya' secara berjemaah.

Sesudah solat berjemaah,ada adik-adik yang sempat bersalam dengan DC sambil mendoakan agar abah kembali sembuh,MashaAllah! Sangat seronok dan bersyukur !

Terima kasih buat adik-adik "Penyembuh Rindu" yang sudi menjemput DC untuk slot itu,terima kasih atas kerjasama dan kepercayaan yang kalian letakkan kepada DC,tidak akan DC sia-siakan kepercayaan yang kalian berikan.InshaAllah.Dan terima kasih ! mantop ! hebat ! khususnya buat adik-adik yang mengikuti slot itu :-) 

Dan malam semalam,DC sekali lagi memberanikan diri untuk pulang ke rumah,ramai adik-adik menyarankan agar tidur sahaja di politeknik,tetapi memikirkan abah dirumah DC nekad hendak pulang.Ketika melalui lorong motosikal pada malam itu jam 10.30,Allah sahaja yang tahu akan perasaan ini,bermacam-macam yang difikirkan.Seperti yang kita sedia maklum,lorong motosikal agak gelap dan hutan,jauh di belakang.DC bawa sehabis laju walaupun pada hakikatnya tak berapa laju kerana hujan yang amat lebat. DC rabun malam,jadi bila dah gelap bertambah dengan hujan,samar-samar je DC boleh melihat.Alhamdulillah,DC selamat tiba di rumah jam 11.30 !


p/s = dah mula rindu mereka yang teramat sangat ! Moga semua berada dalam dakapan kasih dan sayangNya ! (>_<) tak sempat shoot gambar!

Saturday, October 6, 2012

Terpanggil untuk mereka

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah wa syukurillah sekali lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk mencoretkan sesuatu di teratak SKSH ini.

Hmm sering kali kita terdengar sejak akhir-akhir ini di berita dan di dada-dada akhbar tentang seorang wanita yang gayanya seperti seorang lelaki atau lebih dikenali sebagai "pengkid".Nauzubillah semoga kita semua dijauhkan.InshaAllah.

Apa yang bermain di fikiran DC sekarang adalah,mengapa dikeji mereka?Ingat kita bukan Tuhan nak menghukum atau membenci seseorang.Seeloknya tegurlah mereka dengan cara yang baik.Menegah kemungkaran ada caranya.Cuma ada tiga cara dan ini caranya :-


Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.”
 (HR. Muslim)

Namun mahukah kita menjadi orang yang selemah-lemah imannya?Memang ramai sekarang menegah dengan lisannya,namun apakah bagus jika kita menegah dengan melemparkan kata-kata kesat seperti manusia celaka,neraka tempatmu?Allah,sahabat -sahabat satu yang perlu kita ingat,hanya Allah yang menilai kita bukan kita sendiri.Hanya Allah yang menentukan neraka atau syurga bukan kita sendiri tentukan.Jadilah seorang pendakwah yang berhikmah,kata - kata yang penuh motivasi,inshaAllah.

Manusia perlukan kasih sayang,jadi gunakanlah konsep kasih sayang itu dalam berdakwah.Tetapi harus diingat,jangan terlalu lembut dan jangan terlalu kasar biarlah sedang - sedang dan sandarkan semua pada Allah setelah kita usaha,suka DC ingatkan bahawa kita bukan yang memberi hidayah ! Allah pemilik hidayah ,

Teringat,DC akui DC juga mempunyai sahabat yang pengkid,selalu juga bersama mereka tetapi inshaAllah moga Allah luruskan niat DC. doa kalian amat DC perlukan.

Dan suka DC bercerita tentang seorang sahabat yang telah berubah,hatinya sudah terpaut dengan Allah swt,malah dia lebih hebat dari DC.Subhanallah.sungguh Engkau pemilik hidayah berhak memberi dan menarik ya Allah. Moga Engkau terima usaha ku ini. inshaAllah.

Ayuh bersama mereka,tahu keadaan mereka baru boleh dakwah ! inshaAllah. 

Thursday, September 20, 2012

Jangan Pernah Salahkan Takdir




Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah sekali lagi DC berpeluang menarikan jari jemari di atas keyboard dengan rahmatNya,InshaAllah.Jangan pernah salahkan takdir,DC memilih tajuk ini kerana baru terlihat status seorang sahabat.Dia bertanya tentang takdir,ramai juga yang memberi komen dan sebagainya,tetapi DC rasa ada yang salah apabila seorang sahabat mengiyakan apabila si pengupdate status mengatakan "memang tidak adil".Perlukan perkataan itu wujud?Sedangkan seperti yang kita tahu,Allah itu Maha Adil.Mereka kata,"jadi?memang hidup kita ini berlandaskan takdir je?tak adil.Maaf sahabat,bukan tidak adil,tapi Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.InshaAllah entry ini untuk sahabat-sahabat dan DC sendiri.




"Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari
azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian
seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam
semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti
dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang
telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen
perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini
tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan
bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga
tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan
telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.
Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang
pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang
lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari
azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi
hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru,
hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk
manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di
dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: "Imam Al-Khathabi telah berkata:
'Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan
manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya
pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah
berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku
berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan
mempengaruhi kehendak hamba itu."

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan
beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: "Mengapa
kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke
atas diri saya." Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau
terus berkata: "Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong
tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa
hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong
tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya,
manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak
takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan
oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir
makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat
dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar
Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia
sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: "Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?' Omar ra menjawab: "Aku lari
dari takdir Allah kepada takdir yang lain." (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia
malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya
sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari
ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi
telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah
yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia
benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin
berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal
ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman:
"Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu." (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau 'takdir yang pasti' dan
mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali
juga sebagai takdir mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40
Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh,
jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau
sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah
umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki
neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke
dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: "Allah menghapuskan apa
yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya
terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata:
"Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan."
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan
amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang
boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali
perbuatan yang baik." (TIrmIzi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini
ketika bertawaf: "Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di
dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang
celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam
golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan."

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang
betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai
pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk
mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah
tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia."

Wallahualam,

Saturday, September 15, 2012

Cubitan DariNya

Assalamualaikum w.b.t 


Alhamdulillah setelah sekian lama DC meninggalkan teratak SKSH akhirnya ada jua insan-insan yang mengingatkan DC.Mungkin kalian rindu akan entry-entry yang DC catatkan disini( perasan jap.hihi).
Alhamdulillah wa syukurillah akhirnya dapat jua DC coretkan disini,mungkin tak banyak tetapi cuikuplah ia sebagai pengubat rindu buat kalian.


Sekarang DC sedang dicubit olehNya,DC perlu mengagihkan masa dengan baik.Untuk pengetahuan kalian,insan yang selama ini mencari wang buat kami sekeluarga telah terlantar di katil Hospital Serdang hampir sebulan.Insan yang DC maksudkan adalah abah.Seorang ayah yang sangat tabah orangnya.Tak pernah sekalipun mencubit DC dan adik beradik apabila kami melakukan kesilapan tetapi hanya tersenyum dan memberi kata-kata hikmahnya.Kini kata-kata hikmah tidak lagi keluar dari mulutnya,abah dah tak seperti abah yang DC kenal dahulu.Ingatannya kini kian lusuh.Abah gagal membaca seperti orang yang normal.Kadang-kadang DC melayan karenahnya tergelak terseyum keseorangan,dan DC akui dalam senyuman kadang-kala menitis airmata melihat orang yang kita sayang jauh berbeza.Abah yang selalu tersenyum tergelak apabila DC buat lawak walaupun tak lawak,amat merindui waktu itu.Subhanallah.
Errr Hmmmm Allah tak tahu nak tulis apa dah. (T_T),speeeeeeechhhleeesss lahhhh ! errr




Sekinchan | Syawal 01 | Abah

Wednesday, June 22, 2011

Menulis Kerana Agama Bukan Kerana Nama

Assalamualaikum wbt

Manusia sekarang suka apabila dipuji,tapi memang sudah ianya menjadi lumrah kerana siapa yang suka pabila dikeji.Puji dan keji sesuatu perkataan yang jauh berbeza walaupun bunyinya lebih kurang sama.

Puji adalah suatu kata-kata yang baik dilontarkan kepada seseorang yang tertentu tentang dirinya atau sesiapa sahaja.Manakala keji adalah suatu kata-kata yang hina.Jadi jika DC pun DC memilih untuk dipuji.

Tetapi sedarkah kita dalam pada masa yang sama dengan pujian itu membuatkan kita angkuh?DC percaya anda yang sedang membaca blog SKSH ini juga punya blog tersendiri,paling kurang pun nota di facebook.

Dengan ilmu yang kita ada,kita cuba mengarang artikel,manusia pula masing-masing turut "like" artikel yanng dikarang oleh kita,dan kita ketika itu? Cuba renungkan.Moga perasaan bangga tidak wujud dalam hati kita.InsyaAllah

Sering juga DC dengar dan perhatikan,"orang kata kalau buat blog berunsurkan dakwah,islamic orang ramai tak view.Apakata kita buat blog berunsurkan porno seks dll.Mesti orang suka,mesti ramai view".Khusyuk telinga DC mendengar perbualan dua orang lelaki ini.

Dalam hati DC terdetik,adakah kita menulis kerana nama?dan bukan kerana agama?Adakah menjadi suatu kesalahan jika hanya seorang yang baca blog kita tentang ilmu,dakwah yang bermanfaat dan dia amalkan apa yang dia baca serta apa yang dia tidak tahu selama ini tentang islam dia tahu?Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak insyaAllah pahala akan kita perolehi.

Atau kita mahukan ramai orang baca blog kita,ramai orang follow blog kita kononnya blog kita best terbaik sedangkan ianya diisi penuh dengan lagha?

Anda fikirkan kembali apa tujuan kita sebenar-benarnya sebelum anda mewujudkan blog anda.

segala yang baik datang dari Pencipta segala yang buruk dtg dari yang dicipta.

Thursday, April 28, 2011

Apabila Ia Menjadi Satu Kebanggaan

Bismillahirahmaniraheem.

Assalamualaikum wbt buat tatapan semua pembaca SKSH.Maaf dipinta andai ketidak'update'an teratak ini membuat pembaca tertanya-tanya kemana hilangnya DC?Bukan niat ingin bersembunyi cuma sesekali ingin menyendiri mencari dimana silap diri.

Bila membaca tajuk entry kali ini,apa yang bermain difikiran kalian?Adakah ia berkenaan kebangaan menjadi rakyat malaysia?Adakah kebanggaan menjadi juara?Atau mungkin kebanggaan dengan kepandaian yang hanya dipinjamkan oleh Allah SWT?

Jika itu yang bermain difikiran kalian,ternyata kalian salah mentafsir!Ya memang manusia itu selalu salah mentafsir,mentafsir hanya menggunakan akal fikiran yang cetek tidak mahu membuat rujukan mencari kebenaran.Kebenaran itu harus dicari bukan ditunggu kerana jika ditunggu kita diperdaya.

Apabila Ia Menjadi Satu Kebanggaan bagi umat islam menggunakan halaman sosial *MukaBuku* berkenaan In relationship with ********.Adakah ia budaya ummat islam masa kini?Remaja-remaja yag dikasihi Allah sekalian,tujuan ika menulis bukan hendak memperlekehkan serta merendahkan maruah kalian cuma ingin mengingatkan kerana kita bersaudara.

Sekadar gambar hiasan (kredit untuk Danish Irfan,FruitSon DC.hehe)

Sedarkah anda bahawa laman itu bukan dimiliki oleh orang islam?Tidak pernahkah terlintas difikiran kalian bahawa mereka sedang memperdaya kalian dengan teknik yang sangat halus sehingga ramai yang sudah terpedaya.Sewenang-wenangnya si lelaki mengungkap kata rindu di wall si wanita juga sebaliknya.Si lelaki bergelak ketawa apabila berjaya memikat wanita dengan ayat-ayatnya yang manis dan si wanita terpedaya dengan ayat-ayat cintanya tanpa sikitpun si lelaki ini sedar bahawa dia juga sedang terpedaya dengan bisikan syaitan dan syaitan itu juga bergelak ketawa apabila kedua mereka terpedaya oleh syaitan.


Sahabat-sahabatku,bukankah islam mengajar kita bahawa tidak mengheboh-hebohkan hal pertunangan,kerana apa?pasti ada sebabnya,Allah tidak akan membuat sesuatu tanpa sebab kerana Allah itu MahaBijakSana,Maha Adil,Maha Segala-galanya.Hal pertunangan jangan dihebohkan takut akan timbulnya fitnah atau malu jika tidak bernikah di akhir perhubungan.

Jadi macam mana pula kalian yang sedang ber'couple' ini?Adakah boleh membuat terang-terangan seperti yang kalian lakukan di laman sosial *MukaBuku* itu?DC yakin bahawa kalian pasti tahu akan jawapannya,jawapan ada pada hati kalian.Atau mungkin kalian tahu tetapi sengaja buat-buat tidak tahu hanya menanti orang memberitahu?Supaya dapat melepaskan diri dihadapan Allah Swt kelak untuk menjawab dengan sewenang-wenangnya apabila ditanya kalian akan terus menerus menjawab "Aku Tidak Tahu"? Kalian tidak akan dapat berselindung walau sebesar zarah mana pun yang terlintas di hati-hati kita kerna di dalam 99 sifat Allah,adanya 1 sifat iaitu Allah Maha Mengetahui.

Bukan DC mengatakan *MukaBuku* itu salah tetapi kita yang salah.Sahabat-sahabatku,setiap sesuatu pasti ada baik dan buruknya bukan semuanya baik dan bukan semuanya buruk.Ya setiap orang berbeza pendapat,berlainan cara berfikir.Mungkin bagi mereka *MukaBuku* tidak perlu di sign up dan macam-macam lagi.Itu DC tidak menghalang kerna masing-masing boleh berfikir secara rasional jika anda mampu membaca entry ini,tentu sahaja kalian seorang yang bijak jika mampu melayari internet.Pelbagai andaian orang boleh buat,seperti orang yang sedang memandang dari tingkap yang sama tetapi memerhatikan sesuatu yang berbeza contohnya si A memandang ke arah sebatang pokok,si B memandang ke luar tingkat kosong menembusi segala apa yang diluar tingkap,si C memandang ke arah rumah dihadapanya,si D memandang ke arah wanita yang baru sahaja melewati rumahnya,betul kan ?

Sekadar gambar hiasan

Bagi DC,*MukaBuku* ada baiknya dan ada buruknya,jika kita seorang cikgu mungkin boleh menambah anak-anak muridnya untuk terus berhubung dengan anak-anak muridnya jika anak muridnya tamat persekolahan.Bagi ibu bapa mungkin membuat akaun *MukaBuku* untuk melihat kelakuan anak-anaknya yang sebenar.Bagi si pendakwah si pakar motivasi mungkin untuk melihat anak muda zaman sekarang,mungkin itu salah satu cara untuk dia mendapat pendekatan dengan anak-anak muda zaman kini.Dan sudah tentu DC juga mempunyai *MukaBuku* jika tidak mustahil DC boleh mengetahui akan hal seperti ini,mungkin entry ini boleh dikongsi buat mereka yang tidak mempunyai akaun *MukaBuku* bagi yang sudah ada,tidak perlu diceritakan lebih lanjut kerana DC pasti kalian sudah mengetahui ataupun kalian juga melakukan hal yang sama?Siapa makan mangga dia terasa masam (haha perosak peribahasa).Jadi jangan menilai orang yang bukan-bukan kerana siapa kita untuk menilai sedangkan kita juga dinilai olehNya.Entah lepas entahkan tidak kita sendiri tidak tahu siapa kita dipandanganNya.

Segalanya di tangan anda,hanya dengan satu klik anda mampu membuat perubahan di *MukaBuku* anda.Jangan mudah terpedaya.Kita boleh berkumpul di *MukaBuku* menunjukkan yang ummat islam itu sendiri kuat sentiasa bersatu padu.Boleh kan ? InsyaAllah.

Mohon maaf jika ada penulisan ini yang salah,segala yang baik datang dari pencipta dan segala yang buruk datang dari yang dicipta.

Saturday, February 5, 2011

Hidayah !

Bismillahirahmanirahem,
Assalamualaikum buat tatapan sahabat-sahabat alam mayaku semoga sentiasa berada dalam rahmat kasih sayangNya,InsyaAllah.

Apa pula yang bermain difikiran Ika kali ni yer?Hurmmm.Hidayah?Apa itu?Hidayah itu bermaksud petunjuk.Petunjuk?Petunjuk apa?Petunjuk yang diberikan kepada manusia yang dikehandakiNya dari Allah swt.

Selalunya Ika lihat,bila ditegur mudah sangat melenting.Ya!Ika tahu niat atau perasaan seorang remaja zaman kini,sangat perlukan hiburan.Jika tidak semua mahu memberontak.Ini tidak kena itu tidak kena.Yes Ika tahu dan Ika faham kerana Ika jua seorang insan bergelar R.E.M.A.J.A !

Maaf jika remaja yang menjadi sasaran Ika,sebenarnya bukan remaja sahaja,ada juga golongan yang sudah berusia masih dalam kegelapan.Bila diajak "Jom Solat" dikatanya "Kau jgn sibuk pasal org". Atau mungkin "Ewah,kau tu muda lagi,jgn nak tunjuk pandai dengan orang tua".Tapi apa gunanya kita ini semua bersaudara jika masih tidak mampu untuk menegur jika saudara kita yang lain melakukan kesalahan ? Allah menyuruh kita tegur menegur,nasihat menasihati.

Sahabat-sahabat diluar sana,Ika yakin kita semua adalah sama cuma membezakan kita adalah Iman & Taqwa.Ika ada akal,anda juga ada akal bukan?Jadi?Gunakanlah akalmu sebaik mungkin wahai sahabat kerana Allah memberimu nikmat akal ini.Jangan salahgunakan nikmat itu,manfaatkan sebaik mungkin.InsyaAllah sama-samalah kita.

Hidayah itu bukan kita tunggu ia datang bergolek kepada kita,bukan ia datang melayang kepada kita tanpa ada usaha yang kita lakukan.Ramai orang berbicara dengan mudahnya,"Kau dapat hidayah dulu,kau berubahlah,Aku belum dapat,So biarkan aku dengan dunia aku".Astagfirullah,Hidayah itu tidak akan datang dengan mudah.Usahalah sehingga bertemu.Jangan mudah mengeluarkan kata-kata sedemikian.Seakan-akan tidak takut dengan azabNya.Bergurau menggunakan akal fikiran.

Dan yang sudah dapat hidayah pula,jangan kita rasa kita hebat kerana hidayah itu milik Allah swt bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik.

Jadi teruskan menjaga hidayah itu.Kekalkan ia !

Akhir kata,yang buruk datang dari yang dicipta dan yang baik datang dari Pencipta Allah swt,