Friday, March 26, 2010

Allah Maha Power !

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW



Alhamdulillah akhirnya dapat juga meluangkan sedikit masa setelah beberapa lama tidak dapat meluangkan masa dihadapan kaca monitor ini.Segala puji bagi Allah yang maha Adil kerana tidak pernah putus-putus memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga ini.Alhamdulillah..InsyaAllah masa yang terluang ini digunakan dengan sebaik mungkin.Moga Engkau berkati penulisanku ini Ya Allah.

Terima kasih kepada tetamu tetap mahupun tetamu yang tidak tersengaja menyinggah ke teratak SKSH ini.Syukran jazilan diucapkan kerana sudi membaca entry kali ini.Lebih kepada santai sebenarnya.Ika mahu ceritakan tentang kejadian tempoh hari,kejadian yang Ika akan ingat sampai bila-bila,kebesaran Allah kuasa Allah.Subhanallah.Sesungguhnya Ika hanya hamba yang hina-dina disisiNya.

Ceritanya bermula apabila Ika sedari yang dompet Ika telah hilang.Tidak pasti tercicir ataupun dicuri tetapi yang pastinya HILANG.Setelah mencari dalam tempoh masa yang agak lama akhirnya diri ini rebah,lemah dan letih!Lalu Ika merungut."Kenapa dompet aku yang mesti HILANG?"..Tiba-tiba hati tersentak!Astagfirullah maafkan aku Ya Allah,jika aku gagal bersabar dalam menghadapi ujian yang Kau berikan ini.Sememangnya Ika tidaklah ralat sangat jika hanya duit Ika yang berada di dalam dompet itu,tetapi yang ada di dalam dompet itu kad pengenalan,kad matrik,kad kamsis,kad sahabat-sahabat dan macam-macam lagi tapi yang lebih besar lagi adalah sebahagian dari duit itu adalah duit kelab yang Ika pegang.Duit yang telah diamanahkan kepada Ika!

Pagi esoknya pula,sudah pastinya Ika ke kelas tanpa kad matrik dan duit.Perut Ika mendendangkan pelbagai lagu rasa macam hendak menangis ditambah lagi dengan kehilangan dompet.Tetapi Ika cuba muhasabah diri.Ika cuba berfikiran positif "mungkin sebelum-sebelum ini aku pernah ambil yang bukan hak aku" hati ika berbisik.Alhamdulillah Ika akhirnya berjaya mengawal perasaan.Setelah selesai kelas Ika pergi menuju ke foodcourt walaupun tiada satu sen pun dalam kocek.Namun niat di hati ingin bertemu dengan sahabat yang sudah lama tidak bersua.

Ketika di foodcourt,t\Ika merasakan tersiksa jiwa raga menahan nafsu makan kerana sebelum ini sudah sehari suntuk tidak menjamah apa-apa pun.Tiba-tiba "Ikaa!" ada suara yang memanggil Ika,lalu Ika menoleh dan datanglah seorang sahabat terus memberikan duit.Terpinga-pinga Ika dibuatnya,"Kenapa bagi aku duit?"tanya Ika."Alah,saje jelah,aku mals nak letak dalam dompet,then aku nampak kau.so ape salahnya sifat malas aku ni aku tukar pada sifat pemurah" katanya sambil berjenaka.Lawak betul beliau.hehe.Dalam hati memuji kebesaranMu Ya Allah,Ya Allah padahal sahabatku ini tidak mengetahui bahawa aku sedang tiada duit saat ini lalu Kau datangkan sahabatku ini untuk membantuku.Terima Kasih Ya Allah.Setelah itu,Ika memberitahunya bahawa dompet Ika hilang,Ika meminta agar dia turut mendoakan untuk Ika.InsyaAllah katanya.Ika mengucakan terima kasih padanya dan berlalu pergi.

Tiba-tiba terserempak pula dengan akak kat politeknik ini(nama dirahsiakan).Dan sekali lagi aku terkejut Ya Allah,akak itu juga melakukan hal yang sama.Dia memberikan Ika seringgit tetapi percayalah walaupun seringgit tapi ianya sangat bermakna buat Ika ketika itu.Tiba teringat kata-kata yang pernah Ika baca tetapi tidak pasti dimana "Apabila Allah tutup satu jalan maka Allah bukakan jalan yang lain".Subhanallah Engkau Yang Maha Adil Ya Allah.

Dan pada malam itu,Ika mengerjakan solat,segala masalah ika luahkan padaNya yang tidak pernah jemu mendengar rintihan dan keluhan hati ika.Bersungguh-sungguh Ika angkatkan kedua tangan yang dikurniakan olehNya memohon jalan agar dipermudahkan segalanya.Hai sudah dapat menerima kenyataan bahawa dompet sudah hilang.

Keajaiban telah berlaku pada petang esoknya,dengan langkah yang lemah longlai perlahan-lahan Ika menuruni anak tangga,apa yang Ika nampak?!Alhamdulillah!Dompet Ika!Terpancar muka keanak-anakan Ika.haha.Alhamdulillah alhamdulillah..Segala masalah datang daripadaMu Ya Allah dan segala penyelesaian jua datang daripadaMu sesungguhnya aku hanya hambaMu yang kerdil disisiMu.Sungguh tidak disangka-sangka sedangkan sebelum itu Ika ke hulur hilir guna tangga itu tetapi tak jumpa pun.



Allah yang Maha Memiliki sesuatu!Ya memang benar!

Tuesday, March 16, 2010

Penerbangan Di SMK(P) METHODIST KL

Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Selawat serta salam ke atas junjungan nabi Muhammad saw
---->> Barisan Pengendali <<----
KMKY : Kak Nina Dan Abg Wan
MAM 1 : Pak Long
MAM 2 : Semua Pengendali Dan Fasilitator
In-Team : Kak Nina
Hijrah : Kak Nina
RKSK : Pak Long
PERTEMUAN : Kak Nina
Pilot : Kak Yong
PemVideo : Kak Ika
[Pramugara]
Abg Wan,Abg Nik Luqman,Abg Yasser

[Pramugari]
Kak Eca,Kak Atiqa,Kak Wafa,Kak Zatie,Kak Aisyah




Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat ilahi kerana mengizinkan team kbmkl terus melebarkan sayap dakwahnya.Kali ini adik-adik kasih dari sekolah menengah kebangsaan (P) Methodist kl seramai 70 orang memenuhi isi perut pesawat krj 120310.


Adik-adik kasih diterbangkan selepas solat jumaat dan dijangka akan mendarat pada sabtu tengahari.Kami bersama adik-adik kasih telah berlepas menaiki pesawat krj tepat pukul 3.00 petang pada hari jumaat.Slot KMKY pada petang itu,dibawa dengan meriahnya oleh kak nina dan dibantu oleh abg wan.



Kak Nina bersama Adik Kasih


Kami berhenti seketika bagi memenuhi tuntutan umat islam,kami solat asar secara berjemaah.Setelah selesai solat kami menyambung kembali slot yang seterusnya.Slot yang seterusnya kelihatan adik-adik kasih sangat aktif. Adik-adik kasih begitu teruja dalam melakukan army yell mengikut kumpulan masing-masing.

Army Yell Adik Kasih




Selepas solat isyak secara berjemaah,slot pada malam itu seperti biasa dimulakan dengan MAM 1.Adik-adik dibawa mengembara jauh bersama Pak Long untuk merasakan indahnya bersama Allah dan Rasulullah saw.Slot diteruskan lagi dengan MAM 2 yang melibatkan semua tenaga kerja para pengendali dan fasilitator.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar hasil dari mesyuarat dan atas bantuan Allah swt kerana pastinya jika tidak keranaNya slot pada malam itu tidak akan menjadi.Kira-kira pukul 2 pagi segalanya selesai dan kami akhiri dengan bersalaman antara satu sama lain.



Keesokkan harinya,tepat jam 9.00 pagi adik-adik kasih telah dibawa merasakan keindahan bersama sahabat yang dikendalikan oleh Kak Nina.Alhamdulillah adik-adik kasih memberi penghayatan yang sangat baik sehingga ada yang menampilkan diri memohon ampun dan maaf secara terbuka.Semoga ikatan ukhuwah yang dibina teguh selamanya.Selesai slot in-team adik-adik dibawa pula berhijrah sekali lagi bersama kak Nina.Semoga apa yang diniatkan oleh adik-adik kasih untuk membuat perubahan ke atas diri berterusan dari hari ke hari dan sentiasa istiqamah.
Sempat adik-adik kasih berDEMI MATAHARI


Tepat jam pukul 11.30 pagi adik-adik telah dibawa bertemu kedua ibu bapa mereka di dalam dewan besar.Sekali lagi,air mata adik-adik kasih ini bercucuran apabila melihat wajah kedua ibu bapa mereka yang membanting tulang membesarkan mereka.Adik-adik kasih yang ibu bapanya tidak hadir ditenangkan oleh para fasilitator.Alhamdulillah pesawat KRJ 120310 selamat mendarat dalam kira-kira pukul 1.30 petang.


Di sini,diucapkan ribuan terima kasih kepada semua para pengendali,fasilitator,guru-guru smk(p) Methodist KL,dan sesiapa yang berkenaan dalam menjayakan Keindahan Bersamamu pada kali ini.Semoga kita semua menyerlah jauh dari yang biasa khususnya buat adik-adik kasih dari SMK(P) Methodist KL.Semoga sedikit usaha kita ini dinilai disisiNya di akhirat kelak InsyaAllah..Ameen..


Ayuh Ke Arah Remaja Soleh Wa Musleh !
Ika :Maaf gambar-gambar sepanjang pertemuan tidak dapat ditayangkan kerana tiada gambar disebabkan camera ku kehabisan bateri..[SEDIH]...

Monday, March 1, 2010

Benarkah Kita Bersahabat Kerana Allah?

Bissmillahirahmaniraheem
Assalamualaikum wbt buat saudara/saudari yang dikasihi Allah sekalian.







Sahabat?Apakah makna sahabat yang sebenar?Bila ditanyakan kepada seseorang "Adakah anda menghargai sebuah persahabatan?".Ika yakin semuanya akan berkata "Ya,saya amat menghargainya".Tetapi sedarkah kita adakah kita benar-benar menghargainya?Cuba kita renungkan kembali bernarkah kita mengasihi sahabat kita sama seperti kita mengasihi diri sendiri?Benarkah kita mengasihi sahabat kita kerana Allah?Jika kerana Allah,pasti kamu tidak akan bermasam muka dan kamu akan bertegur sapa apabila bertembung antara satu sama lain.


Benarlah kata orang,sahabat ketawa senang untuk dicari tetapi sahabat menangis sukar untuk ditemui.Jadi dari kalangan manakah kita ini?Adakah kita sahabat ketawa?Atau kita sahabat menangis?Atau kita sahabat ketawa dan menangis?Pernahkah kita rasa nikmatnya nilai persahabatan itu.Subhanallah,jika direnungkan kembali betapa besarnya nikmat yang Allah beri pada kita iaitu nilai persahabatan yang amat tinggi,cuma kadang-kadang kita yang alpa dan leka,kita yang tidak pernah bersyukur dengan kehadiran seseorang itu dalam hidup kita.


Bila sebut pasal kawan rapat,boleh dikatakan rata-rata kita semua ada kawan rapat masing-masing.Tetapi serapat manakah hubungan yang terjalin itu?Atas dasar apa kerapatan persahabatan itu?Adakah kerana duit?Kecantikan?Sesungguhnya itu semua hanya pinjaman dari Allah.Bila-bila masa sahaja pabila tiba saatnya pasti akan Allah ambil.Bukankah kita bersahabat kerana Allah Azza Wajalla?


Cuba kita imbas kembali saat-saat sebelum kita melangkahkan kaki ke sekolah sehingga kita bersekolah dan sehinggalah kita bekerja sekarang ini.Sudah berapa ramaikah sahabat kita?Dan adakah sehingga sekarang hubungan persahabatan itu terjalin?Atau bila sudah habis sekolah masing-masing bawa haluan sendiri tanpa khabar berita.Dan cuba anda fikirkan betapa indahnya jika persahabatan itu tetap kekal walaupun kini sahabat anda itu bukan lagi rakan sepermainan anda,bukan lagi rakan kelas anda,bukan lagi rakan universiti anda.


Renungkanlah wahai sahabatku,pernahkah kita menyakiti hati sahabat kita tanpa kita sedari.Tiba-tiba sahaj kita bermasam muka,kita tidak bertegur sapa,kita tidak lagi menjadi sahabat seperti dahulu.Jikalau dulu kita makan dia makan,kita tidur dia pun turut tidur teapi sekarang tidak lagi.Kita makan sedangkan kita tidak tahu dia sudah makan atau belum,kita tidur nyenyak tetapi kita tidak pernah terfikir adakah sahabatku yang seorang itu tidur nyenyak atau sekarang ini dia sedang menangis bersendirian mengenangkan kita,ataupun mengerang kesakitan,atau lebih teruk sekali apabila dia sedang nazak dikunjungi malaikat maut!


Cuba bayangkan jika dia pergi buat selama-lamanya tanpa kita bertegur sapa dengan dia,tanpa kita kenali hatinya sekarang ini.Ayuh kita binakan semula persahabatan yang perhubungannya semakin retak ini.Bangkitlah wahai sahabatku,bina ukhuwwah yang mantap agar islam jua turut mantap!Berkawanlah anda kerana Allah dan hargailah sebuah persahabatan itu.Jangan pernah sia-siakan sahabat itu kerana selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari.Ukhuwwah itu indah sahabatku,maka jagalah ia sebaik mungkin.

Maafkan Ika teman andai selama kita berkawan ada salah silap yang Ika buat.Sesungguhnya diri ini amat menyayangi kalian.Ya Allah jagalah insan yang ku sayang ini iaitu sahabat-sahabatku.Izinkan kami terus bersahabat hingga ke JannahMu.InsyaAllah.


"Rakan yang baik itu hadirnya dinanti dan perginya pasti ditangisi"

Tuesday, February 16, 2010

Let's Us Bring Back ISLAM To This World !

Sabda Rasulullah S.A.W : "Sesungguhnya kamu akan meniru tingkah laku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Hingga seandainya mereka masuk kedalam lubang biawak sekalipun, nescaya kamu juga tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah mereka itu umat Yahudi dan Nasrani? Beliau S.A.W. menjawab: Siapa lagi. "
(H.R. Bukhari)
Maka benarlah ramalan kata-kata Rasulullah bahawa umat Islam di akhir zaman semakin hari semakin terikut jejak langkah umat Yahudi dan nasrani alaihi laknatullah.. Kerana Rasulullah S.A.W hanyalah berkata perkara-perkara yang disampaikan Allah kepadanya..
Jika kita sedar akannya, maka cubalah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.Salah satu caranya, berdoalah kepada Allah "Ya Allah, Kau kurniakan aku perasaan takwa kepada Mu walaupun sebesar zarah".Sekurang-kurangnya setiap kali selepas kita solat.Nescaya, doa kita dimakbulkan sekiranya kita berdoa kepada Allah dengan penuh harapan.Insyaallah.Allahua'lam..

Let's us bring back Islam to this world..
Allahuakhbar!!
Allahuakhbar!!
Allahuakhbar!!

Saturday, February 13, 2010

Bersihkah Hati Kita ?

Allah menciptakan manusia sebagai satu-satunya makhluk yang sebaik-baik ciptaanya dan paling sempurna.Sebagai satu ciptaan yang sempurna,sudah tentu Allah tidak menciptakan dengan sia-sia melainkan dengan tujuan.
Sebagai manusia yang mensyukuri nikmat Allah,manusia diharapkan supaya taat kepada penciptanya dan menjauhi laranganNya.Tetapi adakah manusia mematuhi apa yang telah Allah gariskan di dalam Al-Quran?
Allah berfirman,
"Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dan jin hanya untuk beribadat kepadaKu"

Al-Quran diturunkan ke muka bumi ini supaya dijadikan panduan untuk menjalani hidup sepanjang berada di dunia.Bagi mereka yang mematuhi perintahnya & menjauhi laranganNya,mereka akan hidup di dalam keadaan aman dan tenteram.Tetapi jika sebaliknya,mereka hidup di dalam keadaan tercela dan kebinasaan.

Pancaindera yang diberi kepada manusia diharapkan dapat digunakan bagi tujuan kebaikan selaras dengan isi kandungan Al-Quran yang meminta umat manusia supaya beriman dan taat kepada penciptanya.Sesiapa yang menyalahgunakan pancaindera itu bagi tujuan melanggar perintah Allah,sudah pasti mereka tidak akan terlepas begitu sahaja.Mereka menerima pembalasan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan.Allah mengingatkan di dalam Al-Quran,

"Sesungguhnya pendengaran,penglihatan,dan hati,semuanya itu akan diminta bertanggungjawab"
(Surah Al-Israk,ayat 36)

Apa yang dilakukan oleh manusia itu samada kebaikan ataupun kejahatan,semuanya berpunca daripada hati.Hati ibarat raja yang mengarahkan seluruh anggota badan supaya mengikut perintah hati.Apabila anggota badan sudah menjadi hamba kepada hati,ia akan mengikut apa sahaja yang di arahkan oleh hati.

Beruntunglah manusia yang memiliki hati yang bersih suci kerana dia akan melakukan perkara² yang diredhai Allah.Sebaliknya,mereka yang memiliki hati yang kotor,hitam,dan berkarat,sudah tentulah mereka sengaja menempah jalan kebinasaan.


Oleh yang demikian,hati dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku.Ia ibarat seorang pengembala haiwan,dia dipertanggungjawabkan sekiranya haiwan gembalaannya itu merosakkan tanaman².Haiwan² itu tidak dipersalahkan kerana ia di bawah pengawasan pengembalanya.
Sebab itulah menajaga hati menjadi keutamaan supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu yang diterajui oleh syaitan.Syaitan lebih maklum,bagi mengheret manusia melakukan perbuatan yang melanggarperintah Allah,ia masuk menyusup ke dalam hati manusia.

Hati adalah tempat kediaman syaitan bagi menyebarkan kerja² jahatnya.Apabila dia dapat menawan hati manusia,bertambah mudahlah kerja syaitan bagi menyesatkan manusia dan mengheretnya menjadi pengikut setia.Oleh itu,mereka yang beriman kepada Allah diseru supaya memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan.Hati yang sentiasa ingat kepada Allah,akan terhindar daripada pujuk rayu syaitan.Syaitan tidak ada kuasa untuk menyesatkan mereka yang taat.Allah mengingatkan di dalam Al-Quran,

"Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang taat) tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka"
(Surah al-HIjr,ayat 42)

Hati yang mudah digoda oleh hasutan syaitan adalah hati yang rosak.Oleh itu,menjadi tanggungjawab manusia itu sendiri bagi merawatnya.Tetapi adakah mereka sedar,hati yang rosak itu berpunca daripada pujuk rayu syaitan yang tidak pernah mengalah?Ini berlaku kerana mereka menjauhi Allah malah mendekatkan diri kepada perbuatan² yang menjadi laranganNya.Sekiranya sejak mula mereka mendekatkan diri kepada Allah,sudah tentu syaitan tidak begitu mudah merosakkan hati manusia sekali gus ia menjadi satu penyakit.

Diharap entry kali ini,dapatlah mengingatkan kita sejauh mana kita menjaga hati?Sejauh mana kita menjauhi laranganNya?Dan macam-macam lagi.Bukanlah Ika hanya pandai berkata-kata kepada anda semua tetapi Ika sendiri ketahuilah bahawa Ika jua sedang mengingatkan diri Ika sendiri dengan entry kali ini.Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang mempunyai hati yang bersih dan bertaqwa kepadaNya.



Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki

Kalau hati itu bersih
Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran


Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Saturday, January 23, 2010

Pengembaraan Bersuka Ria Serta Berjimba Ramba Di Ulu Yam


Alhamdulillah akhirnya semua AJK JawatanKuasa Pelajar Kamsis dapat berkelah di Ulu yam bagi mengerat lagi tali silaturrahim yang telah sedia rapat,erat,mampat,padat,sendat sesama AJK.hehe.
Berikut adalah tragedi-tragedi yang sempat ditangkap sepanjang berkelah di Ulu Yam.Selamat Menonton (^_^) !

Tiba di Ulu Yam

Dah pilih tapak yang sesuai

Jagung-Jagung yang sudah bersiap sedia untuk dibakar.hihi

Ini bahagian perempuan yer..

Rajin ema dan kak Atie nie.Leh wat calon isteri ni.hehe
Ayam Bakar..
Jagung Bakar

Bestnye mandi-manda sampai lupa orang yang tangkap gambar nie.huuu
[TAMAT SIARAN]

Saturday, January 16, 2010

Minggu Suai Kenal

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Semoga sihat-sihat hendaknya dan sentiasa dirahmati serta diberkati Allah swt kepada saudara seaqidahku yang sudi bertandang ke blog SKSH ini.

Alhamdulillah sekali lagi ika angkat kedua belah tangan yang dikurniakan Allah swt lantas lidah ini tidak putus-putus mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi waktu yang pantas berlalu tanpa kita sedari,juga terima kasih tidak terhingga atas nikmat peluang ini dikurniakan kepada diri ini bagi mencoretkan sesuatu di kaca monitor ini walaupun hanya sejenak.
Atas tanggungjawab yang diamanahkan kepada diri Ika sebagai jawatankuasa pelajar kamsis(JPK) dan ajk-ajk lain,maka kami dikehendaki melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh rasa ikhlas dan tawaduk.Semua AJK Pusat Islam,AJK Menjana Kerohanian Akhlak Remaja(MEKAR),AJK Jawatankuasa Pelajar Kamsis(JPK) sudah bersiap sedia untuk menjalankan tugas dan datang pada awal waktu walaupun kelas belum bermula dan juga cuti masih panjang.Semua ajk berkumpul pada 4/01/2010 bagi membuat persediaan awal supaya minggu suaikenal berjalan dengan lancar dan teratur.

Dan yang pastinya,kali ini ika melibatkan diri di dalam organisasi yang lain iaitu Jawatankuasa Pelajar Kamsis(JPK),kerana sebelum ini ika menjadi Ajk Pusat Islam.Setelah selama seminggu Ika berada di politeknik bertugas sebagai JPK,alhamdulillah semuanya okay.

Ika dapat menyesuaikan diri dalam organisasi JPK walaupun berbeza dengan Pusat Islam dan Mekar yang aktivitinya lebih kepada dakwah dan tarbiyyah.JPK cek bilik,ada bilik rosak ke,cermin pecah ke,tilam tak cukup ke,tombol pintu rosak ke,jaga disipilin penghuni kamsis dan macam-macam lagi.Cuma Ika belajar sesuatu disini.Sebelum itu,Ika akui pada mulanya agak keberatan hendak ke JPK tapi bila Ika teringat Surah Al-Baqarah yang ayatnya berbunyi begini " Boleh jadi kamu amat membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui".Setelah direnungkan,ia janji Allah itu benar wahai sahabatku,dan lantas lidah ini melafazkan Astagfirullah kerana gagal jadi hambaMu yang percaya dengan segala kata-kataMu.Seterusnya Ika hanya berdoa dan berfikir seketika.Mengapa Allah pilih aku?Mengapa tidak orang lain?Mengapa aku yang memegang amanah ini?Ya,tidak semua orang mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah,ikhlas serta jujur.Jika kamu dipilih orang untuk memegang amanah,menjawat jawatan yang tinggi maka jangan dipersiakan kerana mungkin Allah telah membuka pintu hati seseorang itu untuk memilih kamu.Jika kamu menolak dan memberikan tanggungjawab serta amanah itu kepada orang lain dan orang itu gagal menjalankan tugas dengan amanah..Jadi??Siapa yang harus dipersalahkan?Kerana itu,Ika tidak menolak jadi Ika membuat tindakan hanya menerima dengan hati yang terbuka.Segala tugas diagihkan kepada setiap organisasi.JPK hanya membantu untuk mengerah pelajar agar cepat dan berdisiplin dengan masa.MEKAR dan Pusat Islam membantu dalam sistem pengurusan makanan bagi siswa/siswi baru.JPP hanya membantu di dalam dewan sepanjang program berlangsung.

Kelihatan kYati,k.Aina dengan penuh kesungguhan berserta keyakinan dalam menuang air.hehe
Sempat lagi posing kYati nie.
Siswa baru sedang menjamu selera di kafeteria


Pada 11/01/2010 minggu suaikenal juga bermula.Selama seminggu juga Ika agak garang untuk mengerah pelajar-pelajar junior agar tepati masa untuk berkumpul.Segala puji bagi Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan Ika sepanjang BerMSK ini.Tiada apa yang dapat Ika ceritakan disini tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan kerana pelajar junior lebih banyak masa berada di dewan untuk mendengar taklimat-taklimat tentang sistem di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam.Cuma pada petang 14/01/2010 diadakan Larian Kenali PSA.Pelajar-pelajar junior diwajibkan untuk mengikuti larian itu kecuali pada mereka yang sakit dan tidak boleh berlari.

Siswa yang pertama berjaya ke garisan penamat!

Ini pula siswi yang pertama(baju hitam).Yang kak Fia & Kak Anis tu tumpang gLamor je.Padahal xlari.


Alhamdulillah dengan berlangsungnya acara yang gilang-gemilang(walaupun tidak berapa nak cemerlang.gimik sikitlah.haha) di dewan serbaguna,majlis penutup Minggu SuaiKenal(MSK) bagi pelajar junior pengambilan januari 2010 maka berakhirlah jua MSK.

Disini jua Ika ingin memohon ampun dan maaf terutamanya kepada semua ajk JPK jika Ika kurang memberi komitmen,kepada warden-warden dan pelajar junior juga jika sepanjang Ika bertugas menjadi urusetia minggu suaikenal ini ada perkara-perkara buruk yang Ika lakukan tanpa Ika sedari.Ya,manusia itu tidak sempurna tetapi sesuatu yang dilakukan itu harus diperbaiki dan bukan dibiarkan ia berlalu sebegitu sahaja.Terima kasih jua kepada semua ajk-ajk tidak kiralah Pusat Islam,MEKAR,JPP,Pusat Sukan dan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan MSK kali ini.Ika juga belajar sesuatu disini.Ya,mungkin kita berbeza organisasi tetapi percayalah yang kita satu matlamat satu tujuan satu malaysia.haha.(melawak jap).Cara kita berbeza tetapi tujuannya adalah sama demi melahirkan individu yang berdisipilin,berwawasan,beragama,serta menjalankan kehidupan seharian berlandaskan hukum-hukum yang bukan kita tetapkan tetapi pencipta kita iaitu Allah Yang Maha Satu.Allah berfirman "Tidak aku ciptakan manusia dan jin selain mereka beribadah kepadaKu"...

Yang pasti mana-mana organisasi sama sahaja tiada beza.cuma cara kita berbeza,jadi kita hendaklah menjalinkan ukhuwwah yang baik sesama ajk bagi memantapkan lagi gerakan dakwah kita demi menegakkan Ad-Deen Allah.Takbir!!Allhuakhbar..

Tak pernah dengar orang laung TAHMID kan?Kalau takde Ika nak mulakan dulu lah..Tahmidd!!Alhamdulillah!!!!
Ya!itu dinamakan kelainan..Mereka yang berjaya adalah mereka yang bebuat kelainan serta luar biasa dan masih dibawah hukum-hukum Allah.Lagi sekalilah..TAHMIDDD!!Alhamdulillah.
IKLAN KEJAP (^_^)

Rajin sungguh beliau.Siapakah gerangannya?Boleh wat calon isteri nie.hehe

Ada juga yang mengikuti jejak langkahnya.hehe

Tidak kiralah apa jua yang kita buat asalkan niat kita ikhlas kerana Allah bukan untuk mendapat pujian dari orang sekeliling.Apapun kita lakukan pasti akan dibalas Allah jika baik maka baik jugalah balasannya dan sebaliknya.Tidak kiralah menyediakan makanan buat mereka-mereka yang lapar pun dapat pahala.Dari sediakan makanan walau sampai ke mop lantai pun dapat pahala.hehe


Ika : Pada sesiapa yang ada terselit gambar atau namanya jangan persalahkan daku okay,sape suruh rajin sangat nak tgkap gmbar guna nset ika?Memang kenala.hihi.Awasi setiap langkahmu!haha