Thursday, March 12, 2009

:.Penantian Sudah Berakhir.:

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh


Alhamdulillah pada 12 mac 2009 calon-calon SPM 2008 di seluruh Malaysia bakal mengambil keputusan SPM.Begitu juga dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya dan Ika juga adalah salah seorang calon spm 2008.Perasaan mula-mula tunggu giliran untuk ambil keputusan memang sangat-sangat takut.Belum ambil keputusan lagi Ika dah menangis.Ika ingat kata-kata abah yang abah nak sangat Ika dapat A1 lebih dari 4.Ika tak takut abah marah Ika tetapi Ika takut Ika kecilkan hati abah.Ika dah buat sehabis baik.Ada A1 tapi tak macam yang abah minta.Seterusnya biarlah gambar-gambar dibawah yang berbicara.
Bila dah jumpa kat sekolah.Lupa sekejap yang nanti nak ambil keputusan.Tapi lepas dah seronok-seronok teringat yang Ika bakal ambil keputusan jadi Ika kembali risau.Sebelum ambil keputusan pun handphone Ika tak henti-henti berdering.Kejap mesej masuk kejap ada panggilan.Paling banyak kali call abah lah.Dari Ika di rumah sampai Ika tengah menunggu keputusan abah call. Memang best masa nak ambil keputusan tu.Macam-macam mood orang kita boleh jumpa.Ada yang happy,ada yang sedih,ada yang tak ada perasaan.Kawan-kawan Ika ramai yang tak boleh terima keputusan mereka.Tapi Ika selaku PAKAR MOTIVASI YANG XBERTAULIAH mengambil peluang ini untuk menasihati mereka walaupun pada masa yang sama Ika cuba memujuk hati Ika,Ika juga dapat kata-kata yang sangat bermakna dari kakak-kakak yang amat Ika sayangi.Terima kasih semua kerana menyokong Ika selama ini.Tapi apa-apa pun Ika nasihatkan pada semua yang bakal menduduki SPM nanti.Buatlah yang terbaik.Ika dah buat yang terbaik tapi ini sahaja yang Ika mampu dan ingat ada hikmah disebalik kejadian yang kita sendiri tidak tahu tapi Allah itu Mengetahui dan Dia Maha Bijaksana.Setiap doa kita Allah akan bagi 3 jawapan sama ada Dia nak bagi terus,atau Dia tunggu seketika,ataupun Dia janjikan yang lebih baik dari itu.Ika cuba memujuk hati walaupun keputusan Ika tak adalah teruk sangat.Kalau orang lain mungkin dah gembira tapi tidak bagi Ika.Bukan maksud Ika,Ika tak bersyukur atas apa yang diberi tetapi Ika rase Ika mampu dapat keputusan yang lebih baik.Tapi tak mengapa mungkin rezeki Ika bukan di SPM,mana tahu Allah swt janji lebih baik daripada ini dan mungkin di IPT.InsyaAllah.Sama-sama doakan supaya Ika dapat masuk IPT sebab Ika teringin sangat-sangat nak masuk!Pada semua yang keputusan kurang baik bersabarlah.Inilah ujian Allah buat kita.Ingat Allah beri ujian sama ada Allah nak tambah iman kita atau nak uji iman kita.Beruntung siapa yang dapat banyak ujian tanda Allah ingat dekat dia.Percaya dengan Allah swt.Pada yang gagal pulak,ingat GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA!Ika cuba pujuk hati.Akhirnya Ika mampu tersenyum.Kawan Ika kata "Ika bengong!Result okey pun nak buat muka nta hape hape." Hanya Ika dan Allah swt yang memahami.
sori kMia terpinjam tudung bawak p sekolah lak

Jangan mudah putus asa wahai sahabatku.Allah tidak menilai kamu melalui keputusan SPM mu hanya manusia yang berbuat demikian.Jadi,ayuh!pedulikan kata-kata manusia diluar sana.Marilah kita bangkit menjadi remaja yang soleh wa musleh!Ada hikmah setiap yang berlaku.PERCAYA LAH!Ika sangat menyayangi kalian.

Ika akui banyak dalam kehidupan Ika perubahan yang sangat baik selepas Ika berubah.Alhamdulillah SPM Ika okay daripada PMR.Walaupun tak dapat memenuhi permintaan hati.Ika juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga besar KBM.Terima kasih semua atas nasihat yang tak pernah putus pada Ika.Membakar semangat Ika.Jadi,apa tunggu lagi?Inilah masa untuk berubah sahabat-sahabatku.Dengan perubahanmu itu,lihatlah kehidupanmu akan lebih tenang selepas ini.Bukankah dengan mengingati Allah swt hati akan menjadi tenang?

Wednesday, March 11, 2009

:.Selamat Hari Lahir.:

Bissmilahirahmaniraheem
Assalamualaikum w.b.t


Bicara bisu ini buat insan yang bernama BAZILAH yang baru sahaja Ika kenali dari KBM.Tidak disangka-sangka pertemuan yan sekali itu membuatkan kita terus akrab dan akrab.Tanggal 6 februari 2009 kira-kira pukul 6.45 Ika memulakan kata-kata pertama Ika kepada Bazilah.Pada awalnya gadis kecil molek ini tersangatlah baik.ehem biase la first² jumpa.Tapi Ika dah mula bahan dia.hahaha..pedulik hape aku!Dan pada 11 mac 1991 merupakan hari lahirnya.Bazilah dah 18 yer?hihihi
Di KBM Ika sudah bertemu dengannya sebanyak 3 kali.Tapi bila dah lama kenal Bazilah dah mula tunjuk belang.haha.Oo dah pandai bahan Ika jugak yer.Tapi nasib baik dia tidak sesengal Ika.Kalau tidak mesti gaduh sepanjang berKBM.hahaInsyaAllah persahabat ini akan kekal buat selama-lamanya.Ku doakan semoga dikau

Terus tabah menghadapi ujian dari Allah s.w.t

Ingat...

Setiap ujian yang diberikan pasti ada hikmah disebaliknya
yang kadang-kadang kita sendiri tidak tahu
dan mengapa kita diuji ujian yang seberat itu
Ingat jua..
Setiap ujian yang kau hadapi kau mampu tempuhi
kerana Allah swt sudah memberitahu dengan terang
Yang Dia tidak akan sesekali menguji hambanya
diluar kemampuan hambanya
maknanya..BAZILAH mampu lakukan!
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Semoga dengan pertambahan umur ini
bertambahlah jua iman dan taqwamu wahai sahabat
Janganlah kau mudah terleka dengan dunia yang sementara
yang penuh dengan tipu daya manusia
Sesungguhnya aku amat menyayangimu...
Ika sayang Ila..
dan ingin sekali ika ucapkan




SELAMAT HARI LAHIR!!!!!

EID MILAD SA'ID!!!!!

Tuesday, March 10, 2009

:.Diriku Di Tag!.:

Assalamualaikum..adeh.tiba-tiba Ika di tag oleh Kak Lang.First time diriku ditagged..nta hape kebenda nta soalan dia.Kalah soalan SPM 2008.haha.Tapi. demi Alang,Ika jawab.!haha.yang best last sekali boleh tag orang lain pulak.haha.

Arahan : Use the first letter of your name to answer each of the following questions:-
1.What is your name:Siti Zalikha Abdul Rahman
2.A four letter words:Saye..xtaw la nak ckp ape..
3.A boy's name:Syahrizal Hakimi...haha main reka jek
4.A girl's name:Syahirah Balqis..tetiba jek terlintas difikiranku!wawawa.macam pencuci muka la.haha
5.An occpation:Setiausaha..hahaha..bongek tol
6.A color:Sian..ehem² xsemestinya jawab lam bi..werk!
7.Something you'll wear:Songkok!haha.buang tebiat ape
8.Something found in school:Singa!hahaha..
9.A food:Sayur..haha..xpenahIkamakan mahupun telan..werk!
10.Something found in the bathroom:Sabun laa!adoyaii
11.A place:Setapak...ish kecik jer tu..setapak jer..lalala
12.A reason for being late:Saya punya suka la nak cepat ke lambat!!haha.leh kan jwb cmnie?
13.Something you'd shout:Sengal betul nak jawab tag alang nie.haha
14.A movie title:Stuart Little 2..eii suke3!comei3!geram3!
15.A musical group:Samsons..cezs!xsuka pon..hahahaha
16.A street name:Sobana Street..Bengong lah!
17.A type of car:Ssangyong rexton..nak yang market² sampai dapat kete nie.hoho..kete nie tahan lasak Ooo
18.The title of a song:Sekelip Mata Kau Berubah..suke3!suke lagu nie.opss kantoi lak jiwang.haha
yes yes yes!berjaya selesaikan.dan sekarang mase utk tag org pulak!haha..5 je eh?xleh 10 ke?haha..siapa-siapa yag namenye tersenarai harap dapat menjawab tagged ini..Calon-calonnya adalah....jeng jeng jeng!
1.Kak Zarina si ape erk?
2.Kak Dida si Doremon
3.Syafiqah si c.a.w.a.n
4.Yasser si kuat makan
5.Fahri si anak manja

Monday, March 9, 2009

:.Penerbangan SBPI Sabak Bernam.:

Bismillahirahmaniraheem

Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah s.w.t sekali lagi pesawat krj telah terbang ke sabak bernam untuk kedua kalinya dan kali ini bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam di Sungai Lang pada 7-8 mac 2009.Disebabkan peserta kali ini ramai kami sangat beruntung kerana memdapat bantuan daripada alumni kbmkl.Terima kasih yang tidak terhingga.
Pilot:Kak Mia dan Ammar
Airport:Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam
Tarikh:7-8 mac 2009
Pengendali:Kak Nina,Pak Ngah,Pak Andak,Pak Kay dan Ummi Ida
Pramugari:Kak Baz,Kak Ezah,Kak Ika,Kak Nur,Kak Dida,Kak Nus,Kak Dila,Kak Kina,Kak Zila,Kak Shima dan Kak Fiza
Pramugara:Abg Eming,Abg Luqman,Abg Aiman,Abg Arul,Abg Bob,Abg Epi,Abg Dany,Abg Joe,AbgMior,Abg Qet dan Abg Epi,dan Abg Iwan
Penumpang:215 orang(105 kasih + 110 sayang)



SLOT
KMKY:Kak Nina dan Pak Ngah
INTEAM:Pak Ngah
MAM1:Pak Andak
MAM2:Kak Nina dan Pak Ngah
HIJRAH:Kak Nina
MKMS:Ummi Ida
PERTEMUAN:Ummi Ida


Seramai 105 orang adik kasih dan 110 adik sayang yang kebanyakannya dari tingkatan 3 dan 4 telah menaiki pesawat krj kali ini.Slot Knowing Me Knowing You pada pagi Sabtu telah dimeriahkan oleh gandingan Pak Ngah dan Kak Nina dengan jayanya.Oleh kerana peserta kbm kali ini ramai,army yell telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dari adik kasih dan 11 kumpulan dari adik sayang.Adik-adik kasih dan sayang telah bersama Pak Ngah dalam slot inteam pada sebelah petang.Seusainya solat asar berjemaah,adik-adik kasih telah bersama-sama akak-akak fasi manakala adik-adik sayang bersama abg-abg fasi bagi memenuhi masa dengan sesi riadah.Adik-adik kasih & sayang juga memberi kerjesama yang sangat mantap!
Pengembaraan adik kasih dan sayang pada sebelah malam telah dibawa oleh Pak Andak untuk merasai keindahan bersama Allah,Rasulullah,Ibu dan Ayah melalui slot Meniti Angin Malam 1.Kemudian,slot Meniti Angin Malam 2 pula diteruskan dengan gandingan mantap dari Pak Ngah dan Kak Nina juga melibatkan semua pengendali dan fasilitator.
Program diteruskan pada keesokan harinya 8 Mac 2009.Adik-adik kasih dan sayang telah dibawa berhijrah oleh Kak Nina manakala slot MKMS untuk ibubapa yang hadir telah dikendalikan oleh Ummi Ida.Sewaktu slot hijrah ternyata adik-adik SBPI sabak bernam berani tampil kehadapan untuk berkongsi pengalaman.Tepat jam 11.30 pagi slot pertemuan dijayakan juga oleh Ummi Ida.Alhamdulillah ramai ibu bapa yang hadir bagi menjayakan program ini.
Dan pastinya setiap kali kbm diadakan,team kbmkl tidak pernah lupa akan nasib saudara seaqidah kita yang kini berada di bumi palestine.Sebanyak RM800+++ telah berjaya dikutip hasil sumbangan ibubapa yang hadir.Acara penutup diakhiri dengan penyampaian cendarahati daripada pihak sekolah kepada barisan pengendali dan fasilitator.
Alhamdulillah semua penumpang telah mendarat dengan selamatnya tepat jam 1.30 tengahari dengan salaman antara barisan fasilitator,ibubapa dan adik kasih & sayang dengan diiringi lagu "Doa perpisahan".Disini jua suka kami merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kbm kali ini sama ada secara langsung dan tidak langsung.Harapan kami team kbmkl agar adik-adik kasih dan sayang SBPI Sabak Bernam Sungai Lang akan terus...


MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!!!


Disebalik Tabir :


Tepat jam 5.00 petang(060309)Ika bertolak dari cheras jaya ke airport iic.Selepas kedatangan Pak Kay,Kak Nina dan Kak Mia kami memulakan perjalanan ke KTM sungai buloh untuk menjemput beberapa orang fasilitator lagi.Ketika menunggu kak Ada dan Kak Nur di stesen KTM sungai buloh ada suatu kejadian yang amat tragis berlaku.isk.isk.Inilah yang dinamakan tragedi MAC.Ada apa dengan LUBANG MISTERI nie..hanya kami di tempat kejadian yang mengetahuinya.kwang3seram x tengok lubang nie?ei seram seram..haha

KBM BERMULA~

Ketika slot KMKY dalam army yell Ika telah menjadi ketua fasilitator bagi kumpulan MAWAR BERDURI yang adik-adiknya terdiri daripada Afikah,Saba,ilham,Lini,Madiah,Ain,Farhana(ades sape lagi..erm kurang ta'aruf kowt.aseef)..Ika sangat teruja tengok adik-adik kasih & sayang ini mempersembahkan army yell mereka masing-masing.Ada yang menjerit la,ada yang melompatlah.hyperactive sungguh mereka ni.hehe

Setiap kali berKBM Ika juga tidak pernah melepaskan peluang berharga ini untuk menghayati setiap slot yang dikendalikan.Inilah platform untuk Ika membaiki hubungan Ika dengan Allah,Rasulullah,ibubapa dan sahabat.Sesungguhnya Ika jua hamba Allah yang tidak lepas dari dosa.Ada juga salah seorang team kbmkl yang tidak melepaskan peluang ini.keh3!!!!!!!!!!!!!!siapakah mereka agak-agaknya?apakah sedang dilakukan?adakh tidur?tapi yg pasti hanya mereka yg tahu.haha



Ketika MAM 1 Ika ditugaskan untuk menjadi waris dan Ika digandingankan bersama Bazilah.Walaupun Ika semput-semput Ika boleh jer jadi.Ini juga salah satu Ika untuk membaiki hubungan Ika dengan mama dan abah.Lagipun,Ika malas nak layan sangat semput ni.Kalau layan makin mengada-ngadalah dia!hish!hehe.

Keesokan harinya,Ika ditugaskan untuk menjaga adik-adik kasih & sayang untuk slot hijrah yang berlangsung di dewan makan.


KBM TAMAT~


Kami meninggalkan SBPI sabak bernam kira-kira pukul 3.30(xpasti)kami sempat meminta bantuan dari seorang adik sayang dari munshi untuk bawa kami ke kedai kerepek buat nenek dan pak ngah.Pak ngah Oo Pak Ngah sesat-sesat tau cari kerepek untuk Pak Ngah.Tapi memang best!Paling best encik driver BGN 535 terlepas jauh,itulah!siapa suruh bawa laju-laju.haha!Setelah selesai beli kerepek kami semua sempat singgah ke kampung pak andak untuk jumpa nenek kelakar dan atuk jepun.hihi..best la dorang!sempat lagi bergambar dengan nenek!nenek best!!Ika dapat FLYING KISS dari nenek!Ika ajar nenek buat taw!Sempoi lah nenek,Ika dapat tangkap FLYING KISS nenek la...hahaha..nenek nenek nanti jumpa lagi taw taw taw!yea yea!

Kira-kira pukul 7.10 malam kami meninggalkan teratak nenek dan menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isya' secara jamak.Seusainya solat,kami sempat lagi menyinggah kampung kuantan tengok kelip-kelip a.k.a kunang-kunang sebab ada orang tu sibok nak tengok.haha.siapakah beliau?hanya kami ditempat kejadian yang mengetahuiya.Tapi Subhanallah Indahnya ciptaan Tuhan ......Setelah puas tengok kelip-kelip kami meneruskan perjalanan dan singgah untuk menjamu selera di kedai makan.Ehem² ada orang makan banyak betul!haha.Seusainya menjamu selera kami meneruskan perjalanan.Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi masing-masing kira-kira pukul 11.00 malam.
Ika:Nak jumpa nenek lagi..huhuhu..balik dari sabak bernam tumpang tidoq uma kMia.balik abah amek di KL CENTRAL..huiyOo sangat cuak ouh.da ler xtaw balik naik kenderaan awam nie.haha!lagnes tol ler.

Thursday, March 5, 2009

:.Sejuta Kemaafan Ku Pinta.:

Ku mulakan bicara bisu ini dengan lafaz
Bismillahirahmaniraheem

Hari ini Ika @ DekChik memohon sejuta keampunan kepada siapa-siapa yang rasa Ika ni tak betul atau ada yang terasa hati apa yang Ika coretkan di blog ini atau barangkali jika ada ***** yang dimasukkan sesuka hati.Sesungguhnya Ika tidak terniat hendak kecilkan hati sesiapa,lagi-lagi orang yang Ika amat sayangi.Tetapi seandainya tidak puas hati berilah tahu InsyaAllah Ika akan ubah apa-apa yang berkenaan.Walaupun kadang-kadang atas teguran itu Ika rasa kecil hati dan rasa tidak dihargai tetapi untuk kebahagian insan yang Ika sayangi ika akan tunaikan permintaan itu.Lumrah manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan.Maafkan diri ini andai terlanjur kata,terlebih gurauan, bukan diriku berniat untuk menyakiti hati kalian semua yang terlibat.

Sudah terlanjur pena Ika menari,disini suka Ika sampaikan kepada kalian yang mengenali Ika bahawa Ika seorang yang manja,hyperactive,talkative,mudah sangat sayang orang dan suka bergurau.Jadi seandainya dalam gurauan itu ada hati-hati yang pernah terguris maafkan Ika.Ingin juga Ika kongsikan yang Ika seorang yang tunjukkan kasih dan sayang itu dalam bentuk gurauan.Bagi Ika,orang yang Ika suka sangat kacau,usik,sakat dan sebagainya adalah orang yang amat Ika sayangi.Sebab Ika nak kalian mengingati Ika,agar kalian merindui Ika bila Ika tiada.Rindukan kenakalan Ika.Ika nak kalian sayangi Ika sebagaimana Ika menyayangi kalian biarpun tidak sama tahapnya.Tetapi ika tahu bukan semua orang boleh terima kenakalan Ika,kemanjaan Ika.Jika tidak senang dengan itu beritahu Ika insyaAllah akan Ika perbaiki.Sesungguhnya diri ini tidak pernah sempurna.

Sekali lagi diriku memohon ampun dan maaf kerana diri ini telah megguris hati kalian semua tanpa disedari.Harap kalian dapat memaafkan diriku.Maafkan Ika........ ika:Mintak maaf sangat².=(

Tuesday, March 3, 2009

:.ALLAH SELAMATKAN KAMU.:


Ku Mulakan Bicara bisu ini dengan lafaz
Bissmillahirahmaniraheem

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


Buat Yang Teristimewa : Kak Bieha & Kak Ucu =)

Pada 3.3.2009 dan 4.3.2009 ini genaplah 19 tahun umur akak²ku sekalian iaitu insan bernama Andi Nabihah(3/3/90) dan Ikmal Rusyda(4/3/90).Adik ucapkan semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan ukhuwwah ini kekal hingga ke JannahNya.InsyaAllah.Dikesempatan ini jugak adik nak cakap yang adik sayangkan kamu berdua.Walaupun adik tidak tahu sama ada kak bieha sedar atau tidak atas kewujudan blog ini.Tetapi biarlah adik ucapkan..



SeLaMat HaRi LaHir SaYanG..


Ukhuwwah itu unik di hati,
walaupun bersendirian pasti ia menemani,
setiap yang manis mampu dikenangi,
walaupun tiada di mata kini,
ia hadir bila di rindu kerana asalnya ia


KEKAL DI HATI



akak akakku...


Kelebihan bukanlah suatu kemuliaan manakala kekurangan bukanlah suatu kedaifan.Ia bergantung kepada semangat yang tak pernah mengalah.
Minda kosong tak beerti bodoh,hati yang hitam boleh digilap dengan iman,ilmu terdapat selautan tetapi usaha itu penting untuk mencapai cita-cita dunia dan akhirat.
Ketahuilah setitis airmata ibu lebih bermakna daripada selautan airmata kekasih.Oleh itu sayangilah ibu melebihi segala-galanya.

kata-kata ini ada orang pernah bagi dekat adik sempena hari lahir adik yang adik ingat sampai bila-bila.Jadi adik kongsikan sedikit kata-kata ini untuk akak.Harap mendapat manfaat daripadanya.Kak Bieha dan Kak Ucu,sambutlah hari lahir.Nanti adik boleh datang rumah dengan mama.Akak beli kek..huahahua..adik teringinnnnnn nak makan kekkkkkk =)

Penerbangan Sek Islam ADNI

Assalamualaikum wbt

Bismillahirahmaniraheem

No pesawat:KRJ 280209

Airport:Sekolah Islam ADNI

Tarikh:28 feb - 1 mac 2009

Pilot:Kak Mia, Abg 'Ammar, Abg Eming, Abg Yasser

Pramugara:Abg Anas, Abg Eming, Abg Luqman, Abg Yasser

Pramugari:Kak Asyi,Kak Isma,Kak Bazilah,Kak Suzie,Kak Ika

Penumpang:58 orang

PENGENDALI SLOT

KMKY:Pak Ngah & Anjang Kila

INTEAM:Pak Ngah

MAM1:Ummi Ida

MAM2:Kak Asyi,Pak Kay,Abg LUqman

HIJRAH:Anjang Kila

MKMS:Ummi Ida

Alhamdulillah,dengan rahmat dan kasih sayang Allah swt pesawat krj meneruskan penerbangan dan kali ini bertempat di SEKOLAH ISLAM ADNI,Taman Sri Ukay.Seramai 58 peserta yang menjadi penumpang pesawat krj pada kali ini.

Cerita-Ceriti DekChik
Ketika slot KMKY semasa Army Yell Ika menjadi ketua fasilitator bagi kumpulan "FANCHI" yang terdiri dari adik kasih yang bernama Fatin,Aishah,Nani,Choi,Hafsah,Izati.Nama FANCHI ini dapat terbentuk apabila mereka menggabungkan nama mereka.

nak tahu tak?dalam group ika ada kembar seiras iaitu adik Aishah dan Hafsah.Kadang-kadang Ika main panggil jer nama sebab masih tidak yakin mana satu aishah dan mana satu hafsah.hehe.

Sewaktu MAM1 Ika dipertanggungjwabkan untuk menjadi waris dengan Kak Asyi.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun sampai semput-semput.hehe.Tapi Ika suka betul jadi waris.Siapa-siapa yang berminat untuk ambil Ika jadi pelakon.haha.pape jek.

MAM 2 Alhamdulillah berjalan dengan lancar atas bantuan dari Allah swt walaupun agak kelam-kabut tetapi kami dapat atasinya.

inilah dia gelagat fasilitator yang pantang nampak camera..pape jerk.Gambar ini dicapture oleh SI KEMBAR!(xyakin mane 1).haha..

Slot MKMS mendapat sambutan daripada Ibubapa.Jutaan terima kasih diucapkan kerana menjayakan program ini.Alhamdulillah pesawat krj mendarat dengan selamatnya.

Dan kenangan paling manis Ika dapat mengenali Kak Isma yang kuat sangat membebel time Ika semput.hihihi..syukran jazilan akak!adik syg akak...

harapan kami team KBMKL agar adik-adik kasih dan sayang menjadi REMAJA SOLEH WA MUSLEH dan terus

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!

Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung =)