Saturday, May 27, 2017

Surah Al Baqarah

Al-Baqarah, 

GOLONGAN BERTAQWA (5 sifat)

1.Beriman kepada yag ghaib.
2.Mendirikan solat.
3.Membelanjakan sebahagian rezeki ke jalan Allah.
4.Beriman kepada Al Quran
5.Yakin adanya hari kebangkitan(akhirat).

(2 : 3-4)

 GOLONGAN KAFIR

"Sesungguhnya orang kafir sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman".

"Allah telah mengunci mata hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup, dan bagi mereka seksa yang amat berat".
(2 : 6-7)

GOLONGAN MUNAFIK

"Di antara manusia ada yang mengatakan :"Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian," padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman".

"Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri sedang mereka tidak sedar".

(2 : 8-9)

Inikan Ramadhan! pahala berganda, share jika bermanfaat <3 font="" nbsp="">

***
IkaDekchik
27052017
Selangor

Wednesday, April 19, 2017

Anak muda terlibat politik?

Bismillahirahmaniraheem,

Assalamualaikum wbt.. 

Agak lama rasanya tidak update apa-apa disini, jarang sekali buka Blogger, lama sudah jari tak menari di papan kekunci, dek kerana sibuk dengan handphone. Astagfirullah. 

Sebenarnya tidak ada apa apa tajuk menarik yang hendak dibincangkan, cuma mahu pembaca tahu bahawa Dc masih ada. Alhamdulillah. Lama sangat tak menulis, semakin janggal. 

Hmm mungkin antara topik yang paling panas sekarang adalah mengenai politik, benar? Jika kalian setuju dengan pendapat Dc maka kalian tidak ketinggalan zaman dan seorang yang mengikuti perkembangan semasa.

Bila cerita mengenai politik, barangkali ada rakan rakan yang rapat kini sudah renggang, barangkali ada anak yang tidak menghormati kedua ibu bapa hanya kerana berbeza pendapat dan ideologi mengenai politik. Terfikir kembali, adakah ia relevan? Wajarkah ia? 

Sudah tentu tidak!

Sekali pun politik berkait agama, adakah agama mengajar kita bersikap dingin terhadap kedua ibu bapa kita? Adakah agama mengajar agar silaturrahim diputuskan? Hanya kerana sebuah politik? 

Orang ini tunding jari pada orang itu, orang itu maki hamun orang ini, adakah wajar kita melemparkan kata-kata kesat? Adakah politik kita hanya bermodalkan kata-kata cacian? Sudah menjadi makanan. Dengan alasan "kita manusia, tidak lepas dari dosa". 

Ya benar, setiap manusia itu kekal menjadi manusia sehingga ke akhirnya. Tapi, jangan jadikan ianya satu perkara biasa. Alah bisa tegal biasa. Jika kata cacian sudah menjadi makanan kita, semua yang kita kata nampak biasa. Bukahkah agama mengajar kita berkata kata yang baik? Jika tak mampu, diam. 

Jika berbincang mengenai politik, amalkanlah politik yang sihat dan matang. Jangan jadi seperti anak kecil yang bergaduh berebut bangku di sekolah. Katanya hebat, faham sirah nabi dan sebagainya, tapi sayang tak amalkan akhlak Nabi S.A.W 

Mari perbaiki diri. Tidak kisahlah siapa pun kalian, hijau ke, biru ke, oren ke, merah ke, biru cair ke, hitam ke, kuning langsat ke, eh? 

Kita tetap memegang akidah yang sama, sujud terhadap satu kiblat yang sama, menyembah Tuhan yang sama yakni Allah. Moga kita kelak kan bersaudara, bertemu di kampung halaman yang tiada musnahnya. Rindu.


sumber gambar : Dc Photography

Yang rindu kedamaian, 
-Ika Dekchik-

Balqis X Hassan | Outdoor Photography





Sebarang pertanyaan boleh hubungi http://www.wasap.my/60194453980

Sunday, September 11, 2016

Aida + Arif | Wedding Ceremony

10 September 2016

Seri Kembangan


+++++++++++++++++++++++++++++++++


Majlis dah dekat? Photographer belum tempah?


Whatsapp kami sekarang,


019-4453980


019-4453980



019-4453980


> Professional photographer

> Muslimin/muslimah photographer


> Cheerful photographer


> Berusaha tidak menampakkan aurat anda


> Tak reti posing, kami ajar



Smile. Shoot. Simple





Cari kami di fanpage Dc Photography



























Friday, August 12, 2016

Resepi Egg Rolis

Bismillah,

Alhamdulillah wa syukurillah diberi keizinan masa dari pada Allah untuk mencoretkan sesuatu disini. Tempoh hari Dc rasa nak makan sesuatu, tapi tak tahu apa. Masuk dapur tengok bahan bahan ada. Alhamdulillah,

Dc pun mulalah beraksi, main campak campak sahaja sebenarnya. Di bawah Dc kongsikan resepinya, tak tahulah bagi yang lain macamana, tapi bagi Dc ini dah cukup mengenyangkan. 



Bahan-bahan A : 

Bawang putih & bawang merah untuk tumis
Sedikit isi ayam dipotong dadu
1 sudu sos bbq
1 sudu teh lada hitam
2 sudu sos pizza
Garam secukup rasa



Bahan-bahan B : 

1 biji telur gred A
1 sudu mayonis
1 sudu teh susu segar
Mozzarella cheese


Resepi bahan A :

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah, (Dc tumis guna planta)
2. Masukkan garam, (agak-agak)
3. Masukkan ayam yang dipotong dadu tadi, kacau sehingga masak.
4. Masukkan sos bbq, lada hitam, sos pizza, lada hitam dan kacau sebati.
5. Alihkan ayam yang telah masak tadi.

Resepi bahan B :

1. Campurkan telur, mayonis, dan susu segar, kacau sehingga berbuih.
2. Masak di dalam kuali leper, tabur mozarella cheese
3. Angkat dan letakkan di dulang untuk diletak bahan A didalamnya.



Siap untuk dijamu! Bismillah 





Thursday, August 11, 2016

Biar miskin harta, jangan sesekali miskin akhlak.

Biar miskin harta, jangan sesekali miskin akhlak.


Benarlah orang kata, faham agama tak semestinya menjaga agama. Bukan tiada yang menjaga agama-Nya, namun tak dinafikan masih ramai yang menjaga. Alhamdulillah.


Tak kisah agama apa sekali pun, kita di ajar untuk berakhlak mulia sesama kita.
Orang yang menasihati kita dikhalayak ramai, sebenarnya sedang menghina kita. Orang yang menasihati kita secara diam-diam, dia benar benar ikhlas menasihati kita.


Patutlah sering berputar nasihat oleh dj di kebanyakan siaran radio mengenai akhlak di laman sosial. Fikir sebelum komen. Jika tak mampu menggembirakan orang, jangan pula buat orang bersedih.
Mudah kan? Islam tu kan rahmat buat seluruh alam.


Sekadar gambar hiasan

Saturday, March 26, 2016

Perkahwinan Bukan Sekadar Melepaskan Nafsu

Perkahwinan bukan sekadar melepaskan nafsu.


"Ingat bila dia dah jadi isteri kita, bukan bermakna dia orang gaji kita. Dia perlu layan kita, masak untuk kita, kemas rumah untuk kita, jemur baju pagi-pagi, lipat baju siang hari, buka baju pula waktu malam, eh? katanya sambil berseloroh.


"Bila isteri tak masak, kamu balik kerja penat. Kamu boleh marah ke isteri? Sebab dia tak masak? Tak boleh, jangan buat macamtu, fahami isteri, dia pun baru balik kerja, sesekali pergi makan kat luar. Jaga hati isteri baik-baik. Perempuan merajuk sikit-sikit tu biasalah. Bukan dia minta kita belikan BMW kasi kat dia baru dia hilang rajuk. Cukup beri kasih-sayang, kalau bagi cekelat pun cair dah dia, boleh macamtu?".


"Jadi isteri jangan asyik nak merajuk 24 jam, rajuk kita biar rajuk yang menambah kasih sayang, jangan rajuk buat orang menyampah."
"Dah kenal ke bakal isteri ni? Dah kan? Haa dulu tak kahwin tak bolehlah nak keluar-keluar, pegang tangan apa. Haa lepas ni ikut dan hang la nak pegang mana pun. Tidak ada aurat dah suami dan isteri ni".


"Ingat yang mana duk berkawan apa orang panggil tu, couple. haaa couple, ingat awak pegang tangan dapat dosa, peluk dosa, cium dosa, segala-galanya dosa! Tapi bayangkan awak kahwin ni, semua perkara yang membawa kepada dosa tadi tu menjadi pahala. Awak cium pahala, awak peluk pahala, awak pegang tangan pahala dan sekian sekianlah, nak tak pahala? Mesti nak kan...", sambungnya lagi.


Kahwin ni bukan untuk sehari dua sahaja, dia melibatkan hidup kita. Jadi buatlah yang terbaik. Isteri taat suami, syurga menanti. Suami bila dah ada isteri ni jangan lupa tanggungjawab kat ibu ayah pulak!
Jangan kahwin sebab nafsu syahwat sahaja, kalau dulu kita seorang kita buat dakwah, sepatutnya bila kita berdua dakwah kita lebih kencang dan laju! Ingat dakwah ini semua orang punya tanggungjawab.



Moga ianya bermanfaat sedikit sebanyak. 
Semoga berbahagia buat semua pasangan pengantin Dc ucapkan.



Gambar sekadar gambar hiasan. Cerita diatas ini adalah rekaan semata-mata. Moga sama sama mengambil ibrah.