Tuesday, February 19, 2013

Diari Shairah


Aku merenung jauh dari tingkap rumah sewaku,yang aku sewa bersama 5 orang lagi teman seperjuangan.Hujan turun lebat seakan-akan memahami perasaan aku ketika ini."Allah jadikanlah aku seorang sahabat yang disenangi insan sekeliling",aku berdoa didalam hati dan aku yakin Allah mendengarnya.

Haaaa!Aku disergah oleh seorang rakan baikku,Nurul.Dia sentiasa ada saat aku susah atau senang.Dia terkadang seakan tahu perasaan aku.Ketika aku kesedihan tiba-tiba dia datang menceriakan aku."Amboiii,menung jauh nampak,teringat kat putera idaman ke?" usik Nurul sambil tersenyum lebar.

"Ishh Nurul ni,pandai-pandai je,mana adalah" jawabku ringkas.Lalu kami ketawa bersama.Bilik yang tadi sunyi kini seakan-akan ada parti keramaian."Eh dah lah,gelak banyak sangat nanti ilmu banyak keluar" kata -kata Nurul mengingatkan aku."Betul juga,Shairah pun baru sahaja habis ulangkaji pelajaran tadi,lepas itu menung sekejap memikirkan masa depan,Nurul yang pandai-pandai mereka cerita nak usik Shairah".

"Eh oklah Shairah teruslah ulangkaji,jangan termenung lagi ya" usik Nurul sambil meninggalkan aku.Aku tersenyum melihat telatahnya yang manja.Walau dia suka mengusik tetapi aku senang berkawan dengannya.Lumrahlah perselisihan faham sering berlaku antara kami.Ada sahaja yang tak kena.Kadang-kadang aku bingung betul ke dia sahabat aku.Namun aku diamkan sahaja.Biarlah Allah aturkan untuk aku.

Pejam celik pejam celik waktu silih berganti hari berlalu tanpa kita sedari aku dan rakan-rakanku sudah semester enam dan pastinya selepas ini kami sukar untuk bertemu kerana masing-masing latar belakang dari negeri yang berlainan.Ada yang di Terangganu,Kelantan,Kedah dan juga Kuala Lumpur.Tiba-tiba hatiku rasa sayu dan sebak.

Bermacam karenah manusia aku lihat disini,ada yang sangat menyenangkan hati tak lupa juga yang menyakitkkan hati!Yang menggelikan hati lain pula ceritanya.Pasti aku akan merindui saat-saat pensyarah mengajar.Buku,mesin,organisasi dan segalanya pasti aku terasa sedih bila mengingatkan.Arghhh rindunya nanti aku pada semua itu!

Tapi aku harus menerima hakikat hidup di dunia ini.Bukan semua yang kita mahu kita dapat.Allah akan beri apa yang kita perlu bukan yang kita mahu.Aku tahu Allah perancang terbaik.Aku tak mahulah dikatakan menolak qada dan qadar apabila aku seakan-akan tak dapat terima yang aku akan meninggalkan kuliah,kawan-kawan,rumah sewa,organisasi dan segalanya di ipta ini.

Di sini aku punya ramai teman,ada yang selalu memberi nasihat kepadaku dan ada pula yang baik dihadapanku rupanya dialah dalang di setiap perkara yang aku lakukan."Argh!Aku benci kawan makan kawan!"Aku bermonolog seorang diri.Tanpa aku sedar,ada sebutir mutiara jernih jatuh ke pipiku,aku menangis lagi!Ahh memang aku lemah,seringkali tewas dengan airmata.Sampai suatu ketika dahulu ada seorang sahabat menggelarkan aku ratu air mata.

Terkadang aku teramat kecewa kerana ada teman yang paling aku percayai dan sayangi rupanya menikam aku dari belakang."Patutlah aku selalu sesak-sesak nafas" aku berjenakan seorang diri sambil tersenyum,orang kata sedang menghiburkan hati sendiri yang sedang luka.Pelbagai cerita dan pengalaman yang aku perolehi disini.Pasti akan aku ceritakan pada anak-anak ku kelak.Moga aku sentiasa menjadi sahabat yang disenangi insan sekeliling.



19/2/2013
Selasa
Dalam bilik rumah sewa



Ps : Ini adalah cerpen yang berbentuk diari seorang yang bernama Shairah.Tidak ada kena mengena dengan si penulis blog.InshaAllah Shairah ni rajin tulis diari nanti Dc ceritakan kembali kepada kalian :-)


Thursday, February 7, 2013

Jagakan dia untukku

Assalamualaikum wbt,walau dalam hati yang gelisah namum Dc tabahkan hati untuk menulis.
Semalam kira-kira pukul 1.00 pagi Dc terima panggilan dari mama mengatakan abah tidak sedarkan diri dan buih keluar dari mulut abah.
Satu sahaja yang mampu Dc katakan dalam hati,"Allah ampunkan dosaku jika aku gagal jadi anak solehah".Kerana ketika itu Dc di perantauan.
Dc tahu jika Dc anak yang solehah,pasti Allah beri yang terbaik buat Dc.Pasti Allah memberi ruang kepada Dc untuk menatap wajah abah buat kali terakhir,tentu Dc dapat membisik ke telinganya kalimah-kalimah Allah.
Allah Dc masih perlukan abah,jangan Engkau ambil Ya Allah tetapi aku tidak mahu menjadi seorang hamba yang tidak menerima qada dan qadar yang ditetapkan olehMu.
Alhamdulillah,sekali lagi Dc membuat panggilan,mama berkata tenang,"Alhamdulillah abah dah ok,ika jangan risau sangat".MashaAllah betapa tenangnya mama menghadapi ujian-ujianMu.Moga jadi isteri solehah mama!
Allah saat ini,hatiku berdegup kencang.Sesungguhnya aku tidak mahu apa yang selama ini tidak ku ingini terjadi.Hakikatnya aku tidak mampu untuk menolak takdirMu.Allah jagakan dia untukku.
*Terus tembakkan doa untuk abah Dc ya kawan-kawan.
Gambar ketika abah sakit terlantar di hospital selama 3 bulan.

Sunday, February 3, 2013

Kau tidak seperti dulu

Engkau adalah permata hatiku
Walau engkau diuji
Senyuman tetap terukir di bibirmu
Disaat aku tersungkur jatuh
Engkau menghulurkan tangan lalu memelukku erat
Engkau yang selalu memotivasikan diri ini
Saat diri ini leka dan lalai dengan duniawi
Engkau menegur aku
Dikala aku lupa untuk menyampaikan sesuatu yang aku tahu
Kini dirimu diuji
Segala apa yang engkau lakukan dahulu padaku
Aku pula lakukan padamu
Aku pasakkan azam dan cita-cita kepadamu
Aku memapah engkau disaat engkau cuba berdiri
Aku perdengarkan engkau ayat-ayat suci dariNya
Terkadang engkau seolah tidak seperti dahulu
Engkau mengamuk tak tentu pasal
Sikap sabar terkadang hilang dari engkau
Mengapa?aku sendiri tidak pasti
Namun satu yang aku pasti
Allah itu Maha Penyayang
Dia tidak akan sesekali menguji engkau dan aku tanpa asbab tertentu
Sejujurnya aku amat merindui kata-kata hikmah dari engkau
Kata-katamu sehingga kini aku pegang dan aku sampaikan pada yang lain
Engkaulah ayah yang baik budinya
Bersabarlah kerana Allah menyayangimu
Allah menguji sejauh mana sayang dan taat aku terhadap dirimu
Dan Allah juga sedang menguji sejauh mana keimananmu
Allah sentiasa beri yang terbaik buat hambaNya
Yakinlah duhai ayahku
Walau aku tahu,engkau tidak mungkin bisa membaca apa yang aku coretkan disini
Namun aku tahu engkau mampu membaca isi hatiku
Terima kasih abah
*Doakan abah Dc ya kawan-kawan :-)