Friday, December 18, 2009

Berakhirnya Semester 1

Assalamualaikum wbt buat tetamu yang bertandang ke blog sksh ini.Lama betul jari-jemari ini tidak menari di papan keyboard dan mata ini tidak menatap kaca monitor.Alhamdulillah setelah sekian lama berjihad di dalam pelajaran akhirnya selesai jua peperiksaan akhir di Politeknik Shah Alam serta bermulalah cuti semester Ika!!Hooreeyyy!Eh eh..silap..Alhamdulillah Alhamdulillah.Ketika minggu peperiksaan memang semuanya sibuk-sibuk belaka dan pastinya budak-budak semester 1 yang amek kos elektrik ujiannya lebih besar berbanding yang lain kerana kami paling akhir menjawab peperiksaan.Jadi,ramai budak elektrik jelah yang menjadi penghuni kamsis pada akhir-akhir semester ini.Dan pada akhir-akhir sem ni lah memberi peluang kepada semua ajk-ajk membuat jamuan akhir.

JAMUAN AKHIR AJK PUSAT ISLAM..

Alhamdulillah ika dapat menghadirkan diri di pusat islam.Majlis selesai dengan sesi bersalaman antara sesama ajk.

Berbalik pada cerita asal.Cuma nak cerita pengalaman menjawab peperiksaan di ipt.Ya,tak jauh bezanya dengan di sekolah.Degupan jantung semakin laju berdegup sekaligus kaki melangkah menjadi semakin laju menuju ke dewan peperiksaan.Perasaan yang takut dan gentar kadangkala bertukar menjadi seronok melihat gelagat-gelagat mereka yang akan menduduki peperiksaan sama seperti Ika. Tapi yang pasti peperiksaan di ipt dan sekolah lebih kurang sama jer.Yang penting kita kena usaha,dan jawab periksa dengan tenang.Jangan kita letak impian tinggi-tinggi tapi usaha kita?Berapa banyak?Kita sendiri yang menilainya.Allah akan bagi result pada kita setimpal dengan usaha kita.Allah kan Maha Melihat.

Kami semua study,study dan study tanpa rasa bosan dan jemu demi menghadapi paper yang lain walaupun kamsis semakin hari semakin sunyi dengan pemergian budak-budak semester 1 yang mengambil kos perdagangan termasuklah roomateku.Jadi,ditinggalkan keseoranganlah tetapi tetap teruskan study bersama rakan sekelas.Kami menggunakan berbagai teknik dan lokasi seperti di tasik,di belakang jabatan,di cafe,di bilik dan di sekitar kamsis untuk belajar demi menghilangkan perasaan malas dan bosan dan dari situ ikatan persahabatan kami makin lama makin kuat.Yelah,sentiasa bersama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain.Itulah erti persahabatan yang sebenar.
Dan walaupun kami cuba untuk memahami sesuatu dan masa itu pula perasaan bosan bercampur tension datang apabila apa yang kami cuba faham sukar untuk difahami.Apabila masing-masing sudah mula menunjukkan kemalasan yang tahap awan jadi Ika memberi cadangan supaya kami bermain di sekitar kamsis.Mula otak itu bertukar menjadi fikiran keanak-anakan.Apa yang kami buat?haha.Memang kelakar..Tapi dari situ kami temui nilai persahabatan.Ya Allah manisnya ukhuwah ini..
Kami ingat kami sahaja yang macam ni,tiba-tiba ada kakak senior yang ingin join kami.Apalagi Junior Vs Senior.Dan pastinya kemenangan di pihak kami.hihi.Yela lawan dengan budak-budak mestilah kami yang menang.Selesai sahaja main,malam kami sambung study seperti biasa.
Jalan-jalan belakang jabatan elektrik dan tasik
Dan seterusnya sehingga habis paper .Alhamdulillah segalanya sudah selesai dan sememangnya banyak kenangan manis dan pahit sepanjang kami bersahabat.Yea,study group membuatkan kami semakin rapat dan akrab.Dan pastinya Ika akan merindui saat-saat indah kami bersama-sama dalam berjihad menuntut ilmu.Teruskan untuk semester akan datang!Dan pastinya daku tidak akan melupakan kenangan manis serta pahit yang daku lalui bersama kalian pada semester ini.Yosh,teruskan usaha untuk sem akan datang!

"Ya Allah,berilah kami keputusan yang baik buat kami setelah Kau lihat kesungguhan kami"


Ika : Sedang menunggu result dengan tenang dan sabar plus berdoa. (^_^)

No comments:

Post a Comment