Walkabout Israel
Lama-kelamaan di dalam gelanggang ais semakin cair dan sesiapa yang jatuh pasti akan basah lenjun.Sehingga ada mereka2 yang jatuh tetapi lantas terus berbaring sambil berkata "wahh sejuknya!rasa cam xnk bangun".Haha.Apabila Ika ditengah tiba-tiba datang seorang yang agak mahir gerak-gerinya(perasan je kot) tetapi tangan masih mahu menggagau kesana-sini lalu dicapainya Ika yang baru belajar.Apalagi,gedebush!kedua-duanya jatuh lalu Ika tersenyum kecil(senyum jela da malu).haha.Ada juga mereka yang tak jatuh2 tetapi sekali jatuh xboleh2 bangun dah!Sehingga ramai menghulurkan tangan meringankan beban masih sukar untuk beliau menstabilkan diri.Siapakah beliau???Hanya mereka di tempat kejadian yang mengetahui.Setelah puas menakluki gelanggang maka dengan itu kami mengambil keputusan untuk keluar sebagai JUARA.haha.xdela g makan la!Pusing punya pusing tak jumpa2.Apa?kNurull lupa kereta parking kat mana?yeaa misi mencari car park bermula,dalam pencarian insan-insan pantang nampak kamera masih mahu berposing termasuklah diriku!Nasiblah mereka yang memegang kamera yer..Akhirnya,kami menemui jalan menuju ke car park.Dan selepas itu apalagi lah yang berlaku...Jeng jeng jeng..
KBM UNISEL
Sedang asyik Ika leka tertawa melihat aksi-aksi ikhwah serta akhawat tiba-tiba ada suara yang menyapa Ika yang berbunyi "Eh Ika"..Dalam hati,eh?siapakah mengenaliku ini...rupanya teman satu sekolah ketika di sekolah menengah pernah jua menjadi sahabat baikku ketika berusia 14 dan 15 tahun.Slot pada pagi itu berakhir dengan nikmat oh nikmat.Lucu juga melihat aksi mereka tetapi sedikir terkesan dihati.Ya Allah,mulut ini,mata ini dan semua anggota badan ini adalah milikMu jika tiba saat hendak Kau tarik balik bila-bila masa sahaja Ya Allah sesungguhnya kamilah hamba yang kerdil disisiMu ya Rabb.
Seusainya solat zohor dan makan nasi bukan makan tengahari.Slot diteruskan lagi dengan slot inteam.Sekali lagi ikhwah dan akhawat sangat memberi respon yang amat tinggi.Syukran jazilan atas kerjasama yang kamu semua berikan.
Petang itu pula,ikhwah telah bersama abg-abg fasi di luar dewan dan akhawat bersama akak-akak fasi di dalam dewan bagi sesi riadah.Seronok nampaknya akhawat2 bersenam tommy dan maaf diucapkan kerana Kak Ika gagal menjadi gergasi yang sangat besar!(da kecik nk wt gane)haha..
Slot pada malam itu diteruskan lagi,tiba-tiba kelihatan Anjang,kYong dan kZar hadir untuk menghulurkan bantuan.Mereka sempat berDemi Matahari dengan kami.Alhamdulillah segalanya selesai dengan baik hasil usaha kami dan pastinya dengan pertolongan Allah swt kerana jika tidak dengan bantuanNya pasti tidak akan menjadi segala yang dirancang.
Pada pagi itu,Slot Lafaz Yang Tersimpan benar-benar tidak dapat Ika tahan airmata Ika.Deras mengalir sehingga Kak Zura mengambilkan sekeping kad buat Ika untuk coretan Ika buat tatapan mama dan Abah.Tetapi malangnya,kad itu habis basah dengan setitik demi setitik airmata Ika.huhu..tetapi masih boleh diguna..Ikhwah dan akhawat juga tak kurang..Ada ibubapa yang menghantar mesej atau pesanan buat anak-anak yang mereka kasihi dan kami bacakan mesej tersebut buat anakanda2 tersebut.Ada juga yang mendapat live call dari bonda serta ayahanda tercinta.Walaupun hanya suara yang kedengaran tetapi amat syahdu...Majlis diakhiri dengan ucapan serta nasyid dari kumpulan da'ei iaitu bekas pelajar UNISEL.Jazakumullah khairan katheera buat semua yang menyumbangkan tidak kira tenaga,masa dan sebagainya.Semoga sedikit usaha kita ini dinilai olehNya di akhirat kelak.InsyaAllah.
[Pak Kay][Pak Long][Ummi Ida]
[Kak Fatima][Kak Yong][Kak Mia][Kak Zar][Anjang Kila][Kak Ika][Kak Aina]
[Kak Mimi][Kak Yatt][Kak Zura]
[Abg Jun][Abg Chef Wan][ dan fasi2 dari Petaling.Maaf lupa nama]
KONSERT OPICK (^_^)V
Alhamdulillah sekali lagi ku angkat kedua belah tangan memuji kepadaMu.Bahawasanya dan yang sebenarnya..aiseh camne nak cakap nie..Hmmm..cane ek?alaaa..Sebenarnye..Konsert Opick sangat2 best!!Pergi?Yerrr..Ika..Ika memang tak dapat join the group!hihi.haha kena tipu..Boo sama dia Bo!. Walaupun pada awalnya,Abg Chef Wan dan tunangnya sudah menjanjikan bahawa akan membawa Ika bersama ke konsert Opick..Ye Ika sudah berjanji..sudah berkata "Abg Chef Wan jangan lambat.Ika tunggu..6.20 petang jemput Ika depan rumah.Ok set?" Abg Chef Wan hanya mampu tersenyum dan berkat baik boss!.Tetapi kita merancang hanya Allah menentukan..Ya!Allah perancang terbaik..Allah tidak membenarkan Ika ke sana.Tiba-tiba badan Ika sakit-sakit hingga tidak berupaya untuk bangun..Tiba-tiba mesej dari kMia berbunyi "Ika pegi kan konsert opick?tolong belikan tiket untuk kwn akak.Kami takut kami sampai lewat".Ika membalas " Maaf kak,Ika rasa Ika xpegi..Ika nak no Abg Chef Wan,nak btau xjadi pegi.Ika sakit2 badan nie"...No Abg Chef Wan diterima..Lalu sepantas kilat Ika menaip mesej untuk dihantar ke Abg Chef Wan.."Salam,maaf..Ika xpat join la g konsert.xberapa nak sihat"..Abg Chef Wan membalas "Ok xpe..Banyakkan rehat..salam"..Dan Ika terus dihanyut serta dibuai mimpi-mimpi indah..Alhamdulillah segala puji bagi Allah..
Pelik ke Ika ucap Alhamdulillah walaupun benda dirancang tak menjadi?Kadang-kadang Ika pulak pelik dengan segelintir manusia yang hanya bersyukur apabila sesuatu yang dirancang menjadi.Bukankah jika tidak menjadi itu jua kerana Allah.Bukankah Allah itu perancang terbaik?Jadi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Maka selepas ini,biasakan lidahmu mengucap syukur sekalipun apa yang dirancang tidak menjadi..Alhamdulillah wa syukurillah bersyukur padaMu Ya Allah..Lagu Opick terus terngiang..hihi..
No comments:
Post a Comment