Saturday, July 11, 2009
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Penerbangan SMK CHERAS PERDANA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dgn limpah kurniaNya, kami warga KBMKL diberi peluang sekali lagi untuk mendarat di lapangan SMK Cheras Perdana buat kali kedua. Kami selamat tiba di SMKCP lebih kurang jam 11.30 pm pada hari jumaat malam. Selepas menjamu sedikit hidangan yang disediakan oleh pihak sekolah, sesi TOT (training of trainers) untuk para fasilitator pun dijalankan. TOT dikendalikan oleh kNina dan dimulakan sesi ta'aruf sesama fasi.









Selesai isya' berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot Meniti Angin Malam (MAM1) di mana adik2 di bawa mengembara bersama Pak andak untuk merasai betapa nikmat dan indahnya mengenal Allah yg maha Pencipta, Rasullullah junjugan-Nya, dan ibu ayah kita. Seusai MAM1, slot MAM2 pula menyusul di bawah kendalian Kak Ika, Kak Nina dan Abg Nizam. Adik2 telah dibawa melalui satu pengembaraan yang lebih spiritual dan hebat. Alhamdulillah, kedua-dua slot ini berjaya memberi kesan pada diri kasih dan sayang.
Keesokan harinya, selepas bersarapan pagi, adik kasih dan sayang dibawa untuk slot hijrah yang dikendalikan oleh Kak Nina dan dalam waktu yang sama, slot bersama ibubapa dikendalikan oleh Ummi Ida.Alhamdulillah, kehadiran yang amat menggalakkan dari ibubapa adik2 SMKCP kali ini . Ini jelas menunjukkan bahawa ibubapa ini sangat komited dan menyokong anak2 mereka. Syabas dan tahniah buat adik2 kasih sayang dan para ibubapa yg sudi berkongsi dalam sesi ini.Majlis diakhiri dengan ucapan dari Penolong kanan SMKCP dan sedikit ucapan ringkas dari YDP JIM Cheras.










sebahagian artis kBm.haha.jazakumullah khairan katheera kepada sesiapa yang membantu sama ada secara langsung dan tidak langsung.Semoga ianya dinilai disisi Allah di akhirat kelak dan menjadi bekalan kita nanti.InsyaAllah.Terima kasih tidak terhingga kepada pengendali dan faislitator yang tidak pernah jemu berKBM setiap minggu.
[Pak Andak][Ummi Ida][Pak Kay][Pak Long]
[Kak Nina][Kak Yatt][Anjang][Kak Mai][Kak Ila][Kak Lang][Kak Ika]
[Abg Nizam][Abg Zack][Abg Fakhrul][Abg Farhan]
Disebalik Tabir
Pengalaman kbm kali ini sangat3 best!Adik2 yang sporting dan mantop!VERORA,adik2 semua memang hebat2 belaka!Kalian xkan akak lupakan.Semoga menjadi insan yang soleh wa musleh dan menyerlah jauh dari yang biasa!Balik uma terus lena xdan nak kemas barang2 walaupun tau esok dah nak gi poli.hihi..Pengalaman MAM2 best3!Syukran buat kNina dan kMia atas kepercayaan kalian terhadap Ika.[senyum lebar]
Ika:Lepas nie,susah sikit la nak join tiap2 minggu kbm.Dah mula belajar dah.hihik.Apa-apapun doa Ika sentiasa bersama warga kBmkL!Teruskan perjuangan!Takbir!Allahuakhbar!
Wednesday, July 1, 2009
:.Pesawat KRJ 270609.:
Alhamdulillah, setelah berkonvoi dengan 3 buah kenderaan pada hari jumaat, 26 Jun 2009, akhirnya kami selamat tiba di daerah Sg.Besar sekitar jam 1230 mlm. Sesi TOT (Training of Trainers) ringkas diadakan untuk para fasilitator sebaik saja tiba. Para fasilitator diberi penerangan secara ringkas dan padat oleh Kak Nina selaku ketua rombongan untuk KBM Gen-Y minggu ini. Terasa bimbang juga dihati kami memandangkan ini kali pertama kami para pemuda dan pemudi diberi mandat untuk mengendalikan sepenuhnya KBM kali ini, dari pengendalian hingga ke hal-hal teknikal. Biasanya ada Pak2 dan Mak2 yang bersama, tapi minggu ni mereka semua ada hal masing-masing yang perlu diutamakan. Maka dengan itu, kami Gen-Y cuba untuk mengambil alih tugas yang sememangnya berat ini.Keesokan harinya, tibalah masa yang dinanti-nanti. Pagi tersebut kami berkumpul di SMK Seri Bedena dan bersiap sedia untuk berKBM bersama adik-adik kasih dan sayang. Dan adik-adik kali ni merupakan adik2 yg sangat bersemangat bilamana mereka semua telah siap bersila di dalam dewan saat kami sedang menguruskan P.A System dan kerja teknikal yg lain sedangkan program belum lagi bermula pada masa itu. Syabas! Satu permulaan yang baik..Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian dan penyerahan ringkas oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKSB kepada pihak KBMKL. Seramai 37 orang adik kasih dan 22 orang adik sayang bersama-sama kami dalam penerbangan kali ini, menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 59 orang. Program diteruskan dengan slot Knowing Me Knowing You (KMKY) bersama gandingan mantap Kak Nina dan Abg Zam. Suasana begitu riuh rendah pada sesi pengenalan fasilitator sehingga ke army yell. Adik-adik kasih dan sayang begitu ceria dan sangat teruja. Ramai yang bangun utk berkongsi perasaan mereka sewaktu slot KMKY ini












Special thanks to all Gen-Y members :
Kak NinaKak MiaAbg NizamKak Zarina
Abg ArulAbg BobAbg JunAbg FakhrulAbg Zack
Kak NurullKak YanaKak IkaKak UnaKak SyazaKak Nur
and also the baby boomers..PAK LONG ^_^
Habis je berKBM di SMK Seri Bedena,kami semua singgah kedai makan Pak Long belanja.weeee..Lepas tu,kNina,kMia,kNurul,kYana dan Ika teruskan perjalanan.kNina nak campak Ika kat Sekinchan,Ika kena balik kampung ada urusan.Dalam perjalanan masuk kampung Ika,kNurull nie nak sangat tengok padi..hihi..maka dengan itu kami pun beraksi.hihi
