Wednesday, April 19, 2017

Anak muda terlibat politik?

Bismillahirahmaniraheem,

Assalamualaikum wbt.. 

Agak lama rasanya tidak update apa-apa disini, jarang sekali buka Blogger, lama sudah jari tak menari di papan kekunci, dek kerana sibuk dengan handphone. Astagfirullah. 

Sebenarnya tidak ada apa apa tajuk menarik yang hendak dibincangkan, cuma mahu pembaca tahu bahawa Dc masih ada. Alhamdulillah. Lama sangat tak menulis, semakin janggal. 

Hmm mungkin antara topik yang paling panas sekarang adalah mengenai politik, benar? Jika kalian setuju dengan pendapat Dc maka kalian tidak ketinggalan zaman dan seorang yang mengikuti perkembangan semasa.

Bila cerita mengenai politik, barangkali ada rakan rakan yang rapat kini sudah renggang, barangkali ada anak yang tidak menghormati kedua ibu bapa hanya kerana berbeza pendapat dan ideologi mengenai politik. Terfikir kembali, adakah ia relevan? Wajarkah ia? 

Sudah tentu tidak!

Sekali pun politik berkait agama, adakah agama mengajar kita bersikap dingin terhadap kedua ibu bapa kita? Adakah agama mengajar agar silaturrahim diputuskan? Hanya kerana sebuah politik? 

Orang ini tunding jari pada orang itu, orang itu maki hamun orang ini, adakah wajar kita melemparkan kata-kata kesat? Adakah politik kita hanya bermodalkan kata-kata cacian? Sudah menjadi makanan. Dengan alasan "kita manusia, tidak lepas dari dosa". 

Ya benar, setiap manusia itu kekal menjadi manusia sehingga ke akhirnya. Tapi, jangan jadikan ianya satu perkara biasa. Alah bisa tegal biasa. Jika kata cacian sudah menjadi makanan kita, semua yang kita kata nampak biasa. Bukahkah agama mengajar kita berkata kata yang baik? Jika tak mampu, diam. 

Jika berbincang mengenai politik, amalkanlah politik yang sihat dan matang. Jangan jadi seperti anak kecil yang bergaduh berebut bangku di sekolah. Katanya hebat, faham sirah nabi dan sebagainya, tapi sayang tak amalkan akhlak Nabi S.A.W 

Mari perbaiki diri. Tidak kisahlah siapa pun kalian, hijau ke, biru ke, oren ke, merah ke, biru cair ke, hitam ke, kuning langsat ke, eh? 

Kita tetap memegang akidah yang sama, sujud terhadap satu kiblat yang sama, menyembah Tuhan yang sama yakni Allah. Moga kita kelak kan bersaudara, bertemu di kampung halaman yang tiada musnahnya. Rindu.


sumber gambar : Dc Photography

Yang rindu kedamaian, 
-Ika Dekchik-

No comments:

Post a Comment