Thursday, March 17, 2016

Mengapa Mesti Aku?

Bismillahirahmaniraheem. 

Assalamualaikum buat pembaca SKSH, maafkan atas kelewatan entry kali ini. Lantaran kehidupan yang semakin sibuk sebagai seorang pelajar, usahawan, anak, naqibah, umat Rasulullah saw dan tentunya hamba Allah swt. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw. Moga kami ini tergolong  dalam kalangan yang engkau kenal di akhirat kelak.

Mengapa mesti aku? Tajuk entry kali ini pasti membuat para pembaca tertanya-tanya apakah isinya. InshaAllah ianya sekadar entry biasa, namun harapnya sampai ke hati para pembaca, InshaAllah. Tiadalah maksud lain melainkan kerana-Nya.

Kadang-kadang kita sering menolak dan berkata "aku tak layak". Contoh yang dapat diberi, seandainya organisasi kita diminta untuk melantik seorang ketua. Ketika di bangku sekolah lagi, kita sudah dibiasakan dengan sistem pencalonan, demokratik. Acapkali berlaku, apabila kita dilantik kita katakan yang kita tidak layak, sila jangan undi kita dan sebagainya. Bukankah sepatutnya kita merebut peluang beramal itu? 

Sama juga konsepnya dengan da'ei dan naqib dan naqibah.

Ya! Naqib dan Naqibah. 

Apa yang perlu kita lakukan selepas kita dimaklumkan bakal menjadi naqid atau naqibah?


1.Ucaplah astgafirullah berulang kali.
-Ya, hati ini Allah mampu bolak-balikkan, Jadi ucaplah berbanyak kali. Memohon ampun padan-Nya, bimbang riak menyelubungi hati kita. Tiada siapa yang dapat bantu melainkan diri kita sendiri.

2.Positif dengan Allah.
-Mengapa aku dipilih? Ya mesti bersebab. Dan tidaklah Allah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Positif disini adalah berbaik sangka dengan Allah.

3.Betulkan niat.
-Atur langkah dalam hati untuk membetulkan dan menetapkan niat semata-mata kerana Allah. Bukan kerana nama, bukan kerana mahu popular, bukan kerana mahu nama disebut-sebut oleh orang sekeliling.

4.Persiapan diri.
-Ibda' binafsik - "Mulailah perbaikan itu dari diri kamu sendiri".Ya fitrah hati kita semuanya mahukan kebaikan. Jika mampu, kita semua tidak mahu ada perogol, pencuri, perompak, peragut dalam dunia ini. Ya semuanya bermula dengan diri kita sendiri, kemudian barulah kita mengajak orang lain sekali menjadi baik. Soleh wa musleh. Perbaiki diri kamu dan ajaklah orang lain.

5.Ilmu
-Ambil tahu mengenai ilmu apa yang kita tahu, apa yang kita tidak tahu. Ilmu merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian seorang muslim, seperti mana Imam As Syafie berpesan kepada kita, 

"Jika kamu hendakkan dunia, maka hendaklah kamu mempunyai ilmu,
Jika kamu hendakkan akhirat maka hendaklah kamu mempunyai ilmu,
Jika kamu hendakkan kedua-duanya dunia dan akhirat maka hendaklah kamu mempunyai ilmu."

Pesanan diatas cukup membuktikan bahawa agama islam sangat mementingkan ilmu kepada penganutnya. Islam itu menyeluruh, bukan separuh separuh.

Moga bermanfaat! 




No comments:

Post a Comment