Allah menciptakan manusia sebagai satu-satunya makhluk yang sebaik-baik ciptaanya dan paling sempurna.Sebagai satu ciptaan yang sempurna,sudah tentu Allah tidak menciptakan dengan sia-sia melainkan dengan tujuan.
Sebagai manusia yang mensyukuri nikmat Allah,manusia diharapkan supaya taat kepada penciptanya dan menjauhi laranganNya.Tetapi adakah manusia mematuhi apa yang telah Allah gariskan di dalam Al-Quran?
Allah berfirman,
"Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dan jin hanya untuk beribadat kepadaKu"
Al-Quran diturunkan ke muka bumi ini supaya dijadikan panduan untuk menjalani hidup sepanjang berada di dunia.Bagi mereka yang mematuhi perintahnya & menjauhi laranganNya,mereka akan hidup di dalam keadaan aman dan tenteram.Tetapi jika sebaliknya,mereka hidup di dalam keadaan tercela dan kebinasaan.
Pancaindera yang diberi kepada manusia diharapkan dapat digunakan bagi tujuan kebaikan selaras dengan isi kandungan Al-Quran yang meminta umat manusia supaya beriman dan taat kepada penciptanya.Sesiapa yang menyalahgunakan pancaindera itu bagi tujuan melanggar perintah Allah,sudah pasti mereka tidak akan terlepas begitu sahaja.Mereka menerima pembalasan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan.Allah mengingatkan di dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya pendengaran,penglihatan,dan hati,semuanya itu akan diminta bertanggungjawab"
(Surah Al-Israk,ayat 36)
Apa yang dilakukan oleh manusia itu samada kebaikan ataupun kejahatan,semuanya berpunca daripada hati.Hati ibarat raja yang mengarahkan seluruh anggota badan supaya mengikut perintah hati.Apabila anggota badan sudah menjadi hamba kepada hati,ia akan mengikut apa sahaja yang di arahkan oleh hati.
Beruntunglah manusia yang memiliki hati yang bersih suci kerana dia akan melakukan perkara² yang diredhai Allah.Sebaliknya,mereka yang memiliki hati yang kotor,hitam,dan berkarat,sudah tentulah mereka sengaja menempah jalan kebinasaan.
Oleh yang demikian,hati dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku.Ia ibarat seorang pengembala haiwan,dia dipertanggungjawabkan sekiranya haiwan gembalaannya itu merosakkan tanaman².Haiwan² itu tidak dipersalahkan kerana ia di bawah pengawasan pengembalanya.
Sebab itulah menajaga hati menjadi keutamaan supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu yang diterajui oleh syaitan.Syaitan lebih maklum,bagi mengheret manusia melakukan perbuatan yang melanggarperintah Allah,ia masuk menyusup ke dalam hati manusia.
Hati adalah tempat kediaman syaitan bagi menyebarkan kerja² jahatnya.Apabila dia dapat menawan hati manusia,bertambah mudahlah kerja syaitan bagi menyesatkan manusia dan mengheretnya menjadi pengikut setia.Oleh itu,mereka yang beriman kepada Allah diseru supaya memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan.Hati yang sentiasa ingat kepada Allah,akan terhindar daripada pujuk rayu syaitan.Syaitan tidak ada kuasa untuk menyesatkan mereka yang taat.Allah mengingatkan di dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang taat) tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka"
(Surah al-HIjr,ayat 42)
Hati yang mudah digoda oleh hasutan syaitan adalah hati yang rosak.Oleh itu,menjadi tanggungjawab manusia itu sendiri bagi merawatnya.Tetapi adakah mereka sedar,hati yang rosak itu berpunca daripada pujuk rayu syaitan yang tidak pernah mengalah?Ini berlaku kerana mereka menjauhi Allah malah mendekatkan diri kepada perbuatan² yang menjadi laranganNya.Sekiranya sejak mula mereka mendekatkan diri kepada Allah,sudah tentu syaitan tidak begitu mudah merosakkan hati manusia sekali gus ia menjadi satu penyakit.
Diharap entry kali ini,dapatlah mengingatkan kita sejauh mana kita menjaga hati?Sejauh mana kita menjauhi laranganNya?Dan macam-macam lagi.Bukanlah Ika hanya pandai berkata-kata kepada anda semua tetapi Ika sendiri ketahuilah bahawa Ika jua sedang mengingatkan diri Ika sendiri dengan entry kali ini.Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang mempunyai hati yang bersih dan bertaqwa kepadaNya.
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
No comments:
Post a Comment