Assalamualaikum buat saudara seaqidahku.Lama juga rumah ini ku tinggalkan bersawang,berhabuk sampai cikgu disiplin datang untuk sesi "cek-mengecek".Sejak dah bergelar pelajar ni sibuklah dengan tugasan,ujian,dan kuiz.Kehidupan seharian yang sangat-sangat letih sampai diserang demam panas!Erk!Ade ke Demam Sejuk?haha.Demam panas,agak teruk sehingga membuatkan diri ini tidak berupaya mengangkat kaki menuju ke kelas.Jadi,satu hari lah tidak menghadirkan diri ke kelas.(Mukadimmah jer nie).
Dan masa ini juga Allah boleh tunjuk mana satu sahabat,kawan atau teman.Siapa yang jaga makan minum?Siapa yang rajin ambil ubat-ubat semua?Siapa yang ziarah masa kita sakit?Siapa yang tolong kejutkan & mengingatkan untuk menunaikan solat ketika kita tertidur akibat sakit?Siapa yang tolong papahkan kita menuju ke tempat mengambil wudhu' ?Kadang-kadang sebelum ini,kawan yang sangat sayangkan kita tak pernah tunjuk yang dia sayang kita sangat.Tapi kita boleh lihat dari tingkah lakunya terhadap kita ketika kita susah.Manusia kadang-kadang tak sedar yang ada orang ambil berat tentang dia.Kawan yang selama ini bersama mana pergi?Eh hilang tiba-tiba.Mana pergi rasa simpati?Adakah kawan itu setiasa bersama ketika kita senang?Dan bukan ketika susah?Jika begitu yang anda fikirkan,anda salah!
Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa bersama kita disaat senang atau susah,disaat suka atau duka.Jika kita murung dia lah yang berusaha menceriakan hidup kita.Dia mampu menjadi pendengar yang baik untuk masalah kita.Semua orang pernah bergelar pelajar,bila digelar pelajar,kadang-kadang rasa tension itu sering menyerang disaat kerja-kerja yang diberikan sukar untuk diselesaikan.Ketika kita tension ada sahabat yang menasihati kita supaya ingat Allah selalu,kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
Sahabat yang baik akan sentiasa ingat-mengingat,nasihat-menasihati.Manusia tidak pernah lepas dalam melakukan kesilapan kerana itu Allah kurniakan kita sahabat untuk saling mengingati.Jika orang ini buat salah kita ingatkan dia dengan azab Allah di akhirat begitu jua sebaliknya jika kita yang melakukan kesilapan kerana tiada manusia yang sempurna walaupun manusia adalah sebaik-baik kejadian. (^_^).Syukran Jazilan buat teman yang sentiasa bersamaku disaat suka @ duka,sihat @ sakit,senang @ susah.Ya Allah rapatkan lagi ukhuwah antara kami.
Siapakah sahabatku yang aku maksudkan ini?Biarlah namanya ku simpan jauh disudut hati kecil ini. <3
Di antara mereka adanya dia
"Sayangilah sahabatmu,kerana tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi sahabatnya seperti dia menyayangi dirinya sendiri"
No comments:
Post a Comment