ku mulakan bicara bisu ini dengan lafaz
Bismillahirahmaniraheem
Bismillahirahmaniraheem
ASSALAMUALAIKUM WBT
semput?lelah?asma?semuanya adalah satu penyakit yang sama.Ika adalah salah seorang yang mengidap penyakit asma.Walaupun Ika sering diserang semput.Tapi Ika masih agak degil dan liat nak menelan ubat yang kecil daripada gula-gula.Bukan apa,Ika tak takut pun nak menelan ubat.Tapi.Ika tak boleh telan.Acapkali ika cuba untuk telan ubat,mesti muntah punyalah!Bila kena semput,memang teruk.Tapi,bila difikirkan kembali,Ika bersyukur dengan semua ini.Allah swt itu Maha Bijaksana.Apa yang ditakdirkan olehNya pasti ada hikmah disebaliknya.Penyakit ini mengajar Ika erti kesabaran dan menguji tahap kekuatan Ika melawan nafsu makan.Sebagai contoh,Ika terpaksa makan berpada-pada.Ice cream,mayonis,black pepper,rendang,air sejuk dll semua Ika tak boleh ambil secara berlebihan.Tapi kadang-kadang Ika bedal juga!Dah tak terkawal nafsu.Baru-baru ni Ika ada pergi hospital.Doktor cakap saluran pernafasan Ika banyak masalah.Means makin teruklah kan.Setiap kali sejuk,mesti satu badan Ika merah² dan gatal².Ika tak boleh kena aircond,kena angin pagi atau malam,tidur kipas tak boleh buka kuat².Dulu Ika tak tahu kenapa terjadinya merah² dan gatal².Bila tanya doktor barulah Ika tahu,rupanya itu salah satu kesan penyakit asma.Sekarang,Ika memang tak nak sangat bergatung pada ubat-ubatan ni.Inhaler pun Ika sengaja tinggalkan kalau Ika berjalan mana².Kalau dah teruk sangat baru Ika sedut inhaler.Kak ucu selalu pesan "Jangan bergantung pada inhaler je,makan ubat untuk legakan saluran pernafasan"..hehe..Inhaler Ika ni juga dah 2 kali menyelamatkan orang.dulu masa sekolah,adalah seorang hamba Allah ni diserang semput.Cikgu,pengawas,murid² memang kecohlah waktu tu..tak tau nak buat ape kan.Dalam ramai² tu Ika seorang je yang ada inhaler.Jadi ika lah penyelamat waktu tu..hehe.Kali ke-2 pula semasa Ika menjadi fasilitator kBm di SRIAAKL..Ada seorang adik kasih ni semput agaknya(tak tau la kan)..Ika bagi dia sedut.
Ya Allah berilah padaku kesihatan yang baik agar aku dapat memperbanyakkan lagi ibadahku kepadaMu
Kuatkanlah aku dalam menghadapi ujian dariMu kerna aku pasti hanya Engkau yang dapat membantuku
p/s : hahaha..xtaw nape kali nie ayat skema habisss!
rajen2 mkn ubat ye :)
ReplyDelete