Friday, March 26, 2010

Allah Maha Power !

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW



Alhamdulillah akhirnya dapat juga meluangkan sedikit masa setelah beberapa lama tidak dapat meluangkan masa dihadapan kaca monitor ini.Segala puji bagi Allah yang maha Adil kerana tidak pernah putus-putus memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga ini.Alhamdulillah..InsyaAllah masa yang terluang ini digunakan dengan sebaik mungkin.Moga Engkau berkati penulisanku ini Ya Allah.

Terima kasih kepada tetamu tetap mahupun tetamu yang tidak tersengaja menyinggah ke teratak SKSH ini.Syukran jazilan diucapkan kerana sudi membaca entry kali ini.Lebih kepada santai sebenarnya.Ika mahu ceritakan tentang kejadian tempoh hari,kejadian yang Ika akan ingat sampai bila-bila,kebesaran Allah kuasa Allah.Subhanallah.Sesungguhnya Ika hanya hamba yang hina-dina disisiNya.

Ceritanya bermula apabila Ika sedari yang dompet Ika telah hilang.Tidak pasti tercicir ataupun dicuri tetapi yang pastinya HILANG.Setelah mencari dalam tempoh masa yang agak lama akhirnya diri ini rebah,lemah dan letih!Lalu Ika merungut."Kenapa dompet aku yang mesti HILANG?"..Tiba-tiba hati tersentak!Astagfirullah maafkan aku Ya Allah,jika aku gagal bersabar dalam menghadapi ujian yang Kau berikan ini.Sememangnya Ika tidaklah ralat sangat jika hanya duit Ika yang berada di dalam dompet itu,tetapi yang ada di dalam dompet itu kad pengenalan,kad matrik,kad kamsis,kad sahabat-sahabat dan macam-macam lagi tapi yang lebih besar lagi adalah sebahagian dari duit itu adalah duit kelab yang Ika pegang.Duit yang telah diamanahkan kepada Ika!

Pagi esoknya pula,sudah pastinya Ika ke kelas tanpa kad matrik dan duit.Perut Ika mendendangkan pelbagai lagu rasa macam hendak menangis ditambah lagi dengan kehilangan dompet.Tetapi Ika cuba muhasabah diri.Ika cuba berfikiran positif "mungkin sebelum-sebelum ini aku pernah ambil yang bukan hak aku" hati ika berbisik.Alhamdulillah Ika akhirnya berjaya mengawal perasaan.Setelah selesai kelas Ika pergi menuju ke foodcourt walaupun tiada satu sen pun dalam kocek.Namun niat di hati ingin bertemu dengan sahabat yang sudah lama tidak bersua.

Ketika di foodcourt,t\Ika merasakan tersiksa jiwa raga menahan nafsu makan kerana sebelum ini sudah sehari suntuk tidak menjamah apa-apa pun.Tiba-tiba "Ikaa!" ada suara yang memanggil Ika,lalu Ika menoleh dan datanglah seorang sahabat terus memberikan duit.Terpinga-pinga Ika dibuatnya,"Kenapa bagi aku duit?"tanya Ika."Alah,saje jelah,aku mals nak letak dalam dompet,then aku nampak kau.so ape salahnya sifat malas aku ni aku tukar pada sifat pemurah" katanya sambil berjenaka.Lawak betul beliau.hehe.Dalam hati memuji kebesaranMu Ya Allah,Ya Allah padahal sahabatku ini tidak mengetahui bahawa aku sedang tiada duit saat ini lalu Kau datangkan sahabatku ini untuk membantuku.Terima Kasih Ya Allah.Setelah itu,Ika memberitahunya bahawa dompet Ika hilang,Ika meminta agar dia turut mendoakan untuk Ika.InsyaAllah katanya.Ika mengucakan terima kasih padanya dan berlalu pergi.

Tiba-tiba terserempak pula dengan akak kat politeknik ini(nama dirahsiakan).Dan sekali lagi aku terkejut Ya Allah,akak itu juga melakukan hal yang sama.Dia memberikan Ika seringgit tetapi percayalah walaupun seringgit tapi ianya sangat bermakna buat Ika ketika itu.Tiba teringat kata-kata yang pernah Ika baca tetapi tidak pasti dimana "Apabila Allah tutup satu jalan maka Allah bukakan jalan yang lain".Subhanallah Engkau Yang Maha Adil Ya Allah.

Dan pada malam itu,Ika mengerjakan solat,segala masalah ika luahkan padaNya yang tidak pernah jemu mendengar rintihan dan keluhan hati ika.Bersungguh-sungguh Ika angkatkan kedua tangan yang dikurniakan olehNya memohon jalan agar dipermudahkan segalanya.Hai sudah dapat menerima kenyataan bahawa dompet sudah hilang.

Keajaiban telah berlaku pada petang esoknya,dengan langkah yang lemah longlai perlahan-lahan Ika menuruni anak tangga,apa yang Ika nampak?!Alhamdulillah!Dompet Ika!Terpancar muka keanak-anakan Ika.haha.Alhamdulillah alhamdulillah..Segala masalah datang daripadaMu Ya Allah dan segala penyelesaian jua datang daripadaMu sesungguhnya aku hanya hambaMu yang kerdil disisiMu.Sungguh tidak disangka-sangka sedangkan sebelum itu Ika ke hulur hilir guna tangga itu tetapi tak jumpa pun.



Allah yang Maha Memiliki sesuatu!Ya memang benar!

Tuesday, March 16, 2010

Penerbangan Di SMK(P) METHODIST KL

Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Selawat serta salam ke atas junjungan nabi Muhammad saw
---->> Barisan Pengendali <<----
KMKY : Kak Nina Dan Abg Wan
MAM 1 : Pak Long
MAM 2 : Semua Pengendali Dan Fasilitator
In-Team : Kak Nina
Hijrah : Kak Nina
RKSK : Pak Long
PERTEMUAN : Kak Nina
Pilot : Kak Yong
PemVideo : Kak Ika
[Pramugara]
Abg Wan,Abg Nik Luqman,Abg Yasser

[Pramugari]
Kak Eca,Kak Atiqa,Kak Wafa,Kak Zatie,Kak Aisyah




Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat ilahi kerana mengizinkan team kbmkl terus melebarkan sayap dakwahnya.Kali ini adik-adik kasih dari sekolah menengah kebangsaan (P) Methodist kl seramai 70 orang memenuhi isi perut pesawat krj 120310.


Adik-adik kasih diterbangkan selepas solat jumaat dan dijangka akan mendarat pada sabtu tengahari.Kami bersama adik-adik kasih telah berlepas menaiki pesawat krj tepat pukul 3.00 petang pada hari jumaat.Slot KMKY pada petang itu,dibawa dengan meriahnya oleh kak nina dan dibantu oleh abg wan.



Kak Nina bersama Adik Kasih


Kami berhenti seketika bagi memenuhi tuntutan umat islam,kami solat asar secara berjemaah.Setelah selesai solat kami menyambung kembali slot yang seterusnya.Slot yang seterusnya kelihatan adik-adik kasih sangat aktif. Adik-adik kasih begitu teruja dalam melakukan army yell mengikut kumpulan masing-masing.

Army Yell Adik Kasih




Selepas solat isyak secara berjemaah,slot pada malam itu seperti biasa dimulakan dengan MAM 1.Adik-adik dibawa mengembara jauh bersama Pak Long untuk merasakan indahnya bersama Allah dan Rasulullah saw.Slot diteruskan lagi dengan MAM 2 yang melibatkan semua tenaga kerja para pengendali dan fasilitator.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar hasil dari mesyuarat dan atas bantuan Allah swt kerana pastinya jika tidak keranaNya slot pada malam itu tidak akan menjadi.Kira-kira pukul 2 pagi segalanya selesai dan kami akhiri dengan bersalaman antara satu sama lain.



Keesokkan harinya,tepat jam 9.00 pagi adik-adik kasih telah dibawa merasakan keindahan bersama sahabat yang dikendalikan oleh Kak Nina.Alhamdulillah adik-adik kasih memberi penghayatan yang sangat baik sehingga ada yang menampilkan diri memohon ampun dan maaf secara terbuka.Semoga ikatan ukhuwah yang dibina teguh selamanya.Selesai slot in-team adik-adik dibawa pula berhijrah sekali lagi bersama kak Nina.Semoga apa yang diniatkan oleh adik-adik kasih untuk membuat perubahan ke atas diri berterusan dari hari ke hari dan sentiasa istiqamah.
Sempat adik-adik kasih berDEMI MATAHARI


Tepat jam pukul 11.30 pagi adik-adik telah dibawa bertemu kedua ibu bapa mereka di dalam dewan besar.Sekali lagi,air mata adik-adik kasih ini bercucuran apabila melihat wajah kedua ibu bapa mereka yang membanting tulang membesarkan mereka.Adik-adik kasih yang ibu bapanya tidak hadir ditenangkan oleh para fasilitator.Alhamdulillah pesawat KRJ 120310 selamat mendarat dalam kira-kira pukul 1.30 petang.


Di sini,diucapkan ribuan terima kasih kepada semua para pengendali,fasilitator,guru-guru smk(p) Methodist KL,dan sesiapa yang berkenaan dalam menjayakan Keindahan Bersamamu pada kali ini.Semoga kita semua menyerlah jauh dari yang biasa khususnya buat adik-adik kasih dari SMK(P) Methodist KL.Semoga sedikit usaha kita ini dinilai disisiNya di akhirat kelak InsyaAllah..Ameen..


Ayuh Ke Arah Remaja Soleh Wa Musleh !
Ika :Maaf gambar-gambar sepanjang pertemuan tidak dapat ditayangkan kerana tiada gambar disebabkan camera ku kehabisan bateri..[SEDIH]...

Monday, March 1, 2010

Benarkah Kita Bersahabat Kerana Allah?

Bissmillahirahmaniraheem
Assalamualaikum wbt buat saudara/saudari yang dikasihi Allah sekalian.







Sahabat?Apakah makna sahabat yang sebenar?Bila ditanyakan kepada seseorang "Adakah anda menghargai sebuah persahabatan?".Ika yakin semuanya akan berkata "Ya,saya amat menghargainya".Tetapi sedarkah kita adakah kita benar-benar menghargainya?Cuba kita renungkan kembali bernarkah kita mengasihi sahabat kita sama seperti kita mengasihi diri sendiri?Benarkah kita mengasihi sahabat kita kerana Allah?Jika kerana Allah,pasti kamu tidak akan bermasam muka dan kamu akan bertegur sapa apabila bertembung antara satu sama lain.


Benarlah kata orang,sahabat ketawa senang untuk dicari tetapi sahabat menangis sukar untuk ditemui.Jadi dari kalangan manakah kita ini?Adakah kita sahabat ketawa?Atau kita sahabat menangis?Atau kita sahabat ketawa dan menangis?Pernahkah kita rasa nikmatnya nilai persahabatan itu.Subhanallah,jika direnungkan kembali betapa besarnya nikmat yang Allah beri pada kita iaitu nilai persahabatan yang amat tinggi,cuma kadang-kadang kita yang alpa dan leka,kita yang tidak pernah bersyukur dengan kehadiran seseorang itu dalam hidup kita.


Bila sebut pasal kawan rapat,boleh dikatakan rata-rata kita semua ada kawan rapat masing-masing.Tetapi serapat manakah hubungan yang terjalin itu?Atas dasar apa kerapatan persahabatan itu?Adakah kerana duit?Kecantikan?Sesungguhnya itu semua hanya pinjaman dari Allah.Bila-bila masa sahaja pabila tiba saatnya pasti akan Allah ambil.Bukankah kita bersahabat kerana Allah Azza Wajalla?


Cuba kita imbas kembali saat-saat sebelum kita melangkahkan kaki ke sekolah sehingga kita bersekolah dan sehinggalah kita bekerja sekarang ini.Sudah berapa ramaikah sahabat kita?Dan adakah sehingga sekarang hubungan persahabatan itu terjalin?Atau bila sudah habis sekolah masing-masing bawa haluan sendiri tanpa khabar berita.Dan cuba anda fikirkan betapa indahnya jika persahabatan itu tetap kekal walaupun kini sahabat anda itu bukan lagi rakan sepermainan anda,bukan lagi rakan kelas anda,bukan lagi rakan universiti anda.


Renungkanlah wahai sahabatku,pernahkah kita menyakiti hati sahabat kita tanpa kita sedari.Tiba-tiba sahaj kita bermasam muka,kita tidak bertegur sapa,kita tidak lagi menjadi sahabat seperti dahulu.Jikalau dulu kita makan dia makan,kita tidur dia pun turut tidur teapi sekarang tidak lagi.Kita makan sedangkan kita tidak tahu dia sudah makan atau belum,kita tidur nyenyak tetapi kita tidak pernah terfikir adakah sahabatku yang seorang itu tidur nyenyak atau sekarang ini dia sedang menangis bersendirian mengenangkan kita,ataupun mengerang kesakitan,atau lebih teruk sekali apabila dia sedang nazak dikunjungi malaikat maut!


Cuba bayangkan jika dia pergi buat selama-lamanya tanpa kita bertegur sapa dengan dia,tanpa kita kenali hatinya sekarang ini.Ayuh kita binakan semula persahabatan yang perhubungannya semakin retak ini.Bangkitlah wahai sahabatku,bina ukhuwwah yang mantap agar islam jua turut mantap!Berkawanlah anda kerana Allah dan hargailah sebuah persahabatan itu.Jangan pernah sia-siakan sahabat itu kerana selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari.Ukhuwwah itu indah sahabatku,maka jagalah ia sebaik mungkin.

Maafkan Ika teman andai selama kita berkawan ada salah silap yang Ika buat.Sesungguhnya diri ini amat menyayangi kalian.Ya Allah jagalah insan yang ku sayang ini iaitu sahabat-sahabatku.Izinkan kami terus bersahabat hingga ke JannahMu.InsyaAllah.


"Rakan yang baik itu hadirnya dinanti dan perginya pasti ditangisi"