Thursday, November 26, 2009

Apabila Digabungkan Cerita Ceriti...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt buat tetamu yang sudi bertandang sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ke teratak buruk ika nie(humble tu.haha).Sudah lama rasanya Ika tidak tarikan jari-jemari Ika di keyboard ini buat tatapan para pengunjung.Maklumlah,final exam sudah mula menghantui diriku.hehe.InsyaAllah disini ada sedikit cerita-ceriti atau pengalaman yang ingin dikongsi bersama kalian.


Walkabout Israel

Pada Jumaat malam ika menerima mesej dari kMia,

Lagu Assalamualaikum dari Opick berkumandang tanda mesej diterima,lantas Ika berlari mencapai handphone di atas almari lalu Ika tekan butang "view".

"Assalamualaikum,adik2 yang nak join walkabout di Sunway,esok boleh bkumpul di KL sentral jam 9.30 pagi.Pakai baju PACE kalau xde pn xpe.Lambat tinggal ~ (lebih kurang macam tu la ayat beliau).

Di dalam hati terdetik,best gak join nie!

Dan Alhamdulillah,Ika berkesempatan men'join'kan diri dalam walkabout pada hari sabtu bersamaan 14/11/2009 di Sunway Pyramid.Pada awal pagi Ika sudah berada di stesen KTM serdang untuk menuju ke KL sentral.Ketika dalam KTM Ika lihat jam di tangan,jarum jam menunjukkan sudah pukul 9.20 pagi menandakan diriku agak terlewat sedikit.Di dalam hati berbisik "Ala entah2 kMia pun xgerak lagi".Sesampainya di KL sentral,Ika jalan2 macam orang takde arah tujuan.Tiba-tiba mata ini fokus kepada seseorang yang sedang membaca dan Ika perhatikan dia memakai baju PACE!Sah mesti aku kenal(hati berbisik sendirian).Assalamualaikum Ika menyapa.Agak terkejut beliau.hahaha.Kak Ayu rupanya.Kemudian,diikuti dengan Alang Atie dan kami ambil keputusan untuk makan memandangkan 'batang hidung' kMia tidak lagi kelihatan walaupun samar-samar.haha.Setelah selesai makan-makan sambil sembang-sembang cerita yang entah hape-hape Ika terima panggilan dari kMia.kMia dah sampai rupanya.Ika menyakat kMia "kMia punya jam sekarang pukul 9.30 pagi ek?"Hanya satu perkataan yang keluar dari mulut beliau "CESZ!".Lalu kami membeli tiket teksi untuk menuju ke Subang Jaya.Tiket teksi??Hanya mereka yang ditempat kejadian yang memahami.Sampai sahaja di Subang Jaya,kami mengambil ktm pulak menuju ke Sunway Pyramid.Disana,kYong,kNurull,dan Anjang sudah menanti kami.Lalu bermula lah kempen kami.Tiada apa-apa kerja yang memenatkan perlu kami buat tetapi hanya memakai mafla,baju boikot israel sambil berjalan-jalan sekitar Sunway Pyramid demi menunjukkan kepedulian kita terhadap saudara seaqidah kita di Palestine.Nak masuk bowling dah penuh maka hatiku berbisik "yeaahh Ika!mari meluncurrrr..yeppiiiii!"...hihi.Kami memilih untuk meluncur selepas menunaikan kewajipan iaitu solat zohor.Sementara menunggu masuknya waktu zohor maka kami jalan-jalan cari pasal plus panaskan badan sebelum diri-diri kami beku.haha.Tiba-tiba jumpa senior sekolah Ika,jejak kasih pulok kat situ.
Setelah menunaikan solat zohor kami menuju ke gelanggang dengan hati yang besar dan semangat yang tinggi!haha.Gimik je lebih.Maka pada mulanya,kami semua melekat di dinding-dinding sekitar gelanggang tak ubah seperti cicak!yeaaa merekalah cicakwomen yang diperkatakan tetapi bukan diriku.haha.(nak baik je).Tetapi akhirnya,berkat usaha kami,kami berjaya ke tengah dengan bantuan Alang selaku sifu!hihi.

Lama-kelamaan di dalam gelanggang ais semakin cair dan sesiapa yang jatuh pasti akan basah lenjun.Sehingga ada mereka2 yang jatuh tetapi lantas terus berbaring sambil berkata "wahh sejuknya!rasa cam xnk bangun".Haha.Apabila Ika ditengah tiba-tiba datang seorang yang agak mahir gerak-gerinya(perasan je kot) tetapi tangan masih mahu menggagau kesana-sini lalu dicapainya Ika yang baru belajar.Apalagi,gedebush!kedua-duanya jatuh lalu Ika tersenyum kecil(senyum jela da malu).haha.Ada juga mereka yang tak jatuh2 tetapi sekali jatuh xboleh2 bangun dah!Sehingga ramai menghulurkan tangan meringankan beban masih sukar untuk beliau menstabilkan diri.Siapakah beliau???Hanya mereka di tempat kejadian yang mengetahui.Setelah puas menakluki gelanggang maka dengan itu kami mengambil keputusan untuk keluar sebagai JUARA.haha.xdela g makan la!Pusing punya pusing tak jumpa2.Apa?kNurull lupa kereta parking kat mana?yeaa misi mencari car park bermula,dalam pencarian insan-insan pantang nampak kamera masih mahu berposing termasuklah diriku!Nasiblah mereka yang memegang kamera yer..Akhirnya,kami menemui jalan menuju ke car park.Dan selepas itu apalagi lah yang berlaku...Jeng jeng jeng..


Selepas makan,kami singgah di Dzul Iman untuk menunaikan solat asar sekaligus solat maghrib memandangkan beberapa minit lagi hendak masuknya waktu maghrib.Kemudian,kYong dan Anjang ditinggalkan di Dzul Iman.Aiseh mmg tempat dorang la!kNurull menghantar Ika,kMia,k.Ayu dan Alang di kL sentral maka pertemuan kami berakhir disitu..Ika jua mengambil teksi ke serdang berlawan arah dengan kMia,Alang dan k.ayu.Diriku pergi meninggalkan mereka..kMia pesan "Ika nanti papehal btau kMia tau,ceh cam la leh wt ape2 kalo jadi ape2"haha.Mentang Ika budak baru belajar..hihik..

KBM UNISEL

Pada Jumaat malam,Kak Yati,Kak Ain,Ika dan Kak Aina telah bersiap untuk ke KBM tetapi dibatalkan maka kak Ain dan kak Yati mengambil keputusan untuk menghantar Ika ke klinik demi mendapatkan rawatan kerana mulut Ika sakit.Allah tarik nikmat mulut itu seketika,amat pedih ku rasakan.Selesai jumpa & sembang2 kosong dengan doktor kami menuju ke farmasi untuk membeli ubat semput Ika pulak.Kak Ain hanya mampu tertawa kecil melihat telatah Ika bersama doktor."Dah macam budak2!sampai doktor cakap : tak,tak dia xcucuk pun.Dia cek je..Takut doktor ek?" hihi.Kami sempat singgah di Kedai Mamak pekena teh tarik dan beli bungkus roti canai buat kami jamah di surau damai setelah menjamah roti canai kami semua tidur di surau Damai untuk berqiamullai pada esok pagi.Dan setelah selesai mendengar sedikit perkongsian dari kak Ain.Kami bersiap sedia untuk ke Masjid Ubudiyyah pula.Alhamdulillah,Ika berpeluang untuk menjadi salah seorang fasilitator untuk KBM IPT iaitu UNISEL yang diadakan di Masjid Ubudiyyah.Pagi sabtu itu,Kak Ain,Kak Yati.Kak Ang sumbangkan sedikit tenaga mereka buat menghantar Ika dan Kak Aina di Masjid Ubudiyyah.Alhamdulillah kami selamat sampai hasil usaha Kak Yati sebagai pemandu arah kepada Kak Ain selaku pilot,serta Ika selaku penasihat pelancong hasil dari percakapan Ika yang memekak dalam kereta Ummi Halimah.Terima kasih jua buat Ummi Halimah yang sudi meminjamkan kami kereta kancil Ummi.Kepercayaan yang Ummi letakkan kepada kami,kami hargai.Sesampainya kami di depan masjid,kedengaran suara Abg Chef Wan yang lantang itu dari jauh....

Sedang asyik Ika leka tertawa melihat aksi-aksi ikhwah serta akhawat tiba-tiba ada suara yang menyapa Ika yang berbunyi "Eh Ika"..Dalam hati,eh?siapakah mengenaliku ini...rupanya teman satu sekolah ketika di sekolah menengah pernah jua menjadi sahabat baikku ketika berusia 14 dan 15 tahun.Slot pada pagi itu berakhir dengan nikmat oh nikmat.Lucu juga melihat aksi mereka tetapi sedikir terkesan dihati.Ya Allah,mulut ini,mata ini dan semua anggota badan ini adalah milikMu jika tiba saat hendak Kau tarik balik bila-bila masa sahaja Ya Allah sesungguhnya kamilah hamba yang kerdil disisiMu ya Rabb.

Seusainya solat zohor dan makan nasi bukan makan tengahari.Slot diteruskan lagi dengan slot inteam.Sekali lagi ikhwah dan akhawat sangat memberi respon yang amat tinggi.Syukran jazilan atas kerjasama yang kamu semua berikan.
Petang itu pula,ikhwah telah bersama abg-abg fasi di luar dewan dan akhawat bersama akak-akak fasi di dalam dewan bagi sesi riadah.Seronok nampaknya akhawat2 bersenam tommy dan maaf diucapkan kerana Kak Ika gagal menjadi gergasi yang sangat besar!(da kecik nk wt gane)haha..

Slot pada malam itu diteruskan lagi,tiba-tiba kelihatan Anjang,kYong dan kZar hadir untuk menghulurkan bantuan.Mereka sempat berDemi Matahari dengan kami.Alhamdulillah segalanya selesai dengan baik hasil usaha kami dan pastinya dengan pertolongan Allah swt kerana jika tidak dengan bantuanNya pasti tidak akan menjadi segala yang dirancang.

Pada pagi itu,Slot Lafaz Yang Tersimpan benar-benar tidak dapat Ika tahan airmata Ika.Deras mengalir sehingga Kak Zura mengambilkan sekeping kad buat Ika untuk coretan Ika buat tatapan mama dan Abah.Tetapi malangnya,kad itu habis basah dengan setitik demi setitik airmata Ika.huhu..tetapi masih boleh diguna..Ikhwah dan akhawat juga tak kurang..Ada ibubapa yang menghantar mesej atau pesanan buat anak-anak yang mereka kasihi dan kami bacakan mesej tersebut buat anakanda2 tersebut.Ada juga yang mendapat live call dari bonda serta ayahanda tercinta.Walaupun hanya suara yang kedengaran tetapi amat syahdu...Majlis diakhiri dengan ucapan serta nasyid dari kumpulan da'ei iaitu bekas pelajar UNISEL.Jazakumullah khairan katheera buat semua yang menyumbangkan tidak kira tenaga,masa dan sebagainya.Semoga sedikit usaha kita ini dinilai olehNya di akhirat kelak.InsyaAllah.

[Pak Kay][Pak Long][Ummi Ida]

[Kak Fatima][Kak Yong][Kak Mia][Kak Zar][Anjang Kila][Kak Ika][Kak Aina]

[Kak Mimi][Kak Yatt][Kak Zura]

[Abg Jun][Abg Chef Wan][ dan fasi2 dari Petaling.Maaf lupa nama]


KONSERT OPICK (^_^)V


Alhamdulillah sekali lagi ku angkat kedua belah tangan memuji kepadaMu.Bahawasanya dan yang sebenarnya..aiseh camne nak cakap nie..Hmmm..cane ek?alaaa..Sebenarnye..Konsert Opick sangat2 best!!Pergi?Yerrr..Ika..Ika memang tak dapat join the group!hihi.haha kena tipu..Boo sama dia Bo!. Walaupun pada awalnya,Abg Chef Wan dan tunangnya sudah menjanjikan bahawa akan membawa Ika bersama ke konsert Opick..Ye Ika sudah berjanji..sudah berkata "Abg Chef Wan jangan lambat.Ika tunggu..6.20 petang jemput Ika depan rumah.Ok set?" Abg Chef Wan hanya mampu tersenyum dan berkat baik boss!.Tetapi kita merancang hanya Allah menentukan..Ya!Allah perancang terbaik..Allah tidak membenarkan Ika ke sana.Tiba-tiba badan Ika sakit-sakit hingga tidak berupaya untuk bangun..Tiba-tiba mesej dari kMia berbunyi "Ika pegi kan konsert opick?tolong belikan tiket untuk kwn akak.Kami takut kami sampai lewat".Ika membalas " Maaf kak,Ika rasa Ika xpegi..Ika nak no Abg Chef Wan,nak btau xjadi pegi.Ika sakit2 badan nie"...No Abg Chef Wan diterima..Lalu sepantas kilat Ika menaip mesej untuk dihantar ke Abg Chef Wan.."Salam,maaf..Ika xpat join la g konsert.xberapa nak sihat"..Abg Chef Wan membalas "Ok xpe..Banyakkan rehat..salam"..Dan Ika terus dihanyut serta dibuai mimpi-mimpi indah..Alhamdulillah segala puji bagi Allah..

Pelik ke Ika ucap Alhamdulillah walaupun benda dirancang tak menjadi?Kadang-kadang Ika pulak pelik dengan segelintir manusia yang hanya bersyukur apabila sesuatu yang dirancang menjadi.Bukankah jika tidak menjadi itu jua kerana Allah.Bukankah Allah itu perancang terbaik?Jadi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Maka selepas ini,biasakan lidahmu mengucap syukur sekalipun apa yang dirancang tidak menjadi..Alhamdulillah wa syukurillah bersyukur padaMu Ya Allah..Lagu Opick terus terngiang..hihi..

Friday, November 6, 2009

- KBM SSQ+5R -

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

KBM SSQ + 5R kembali !!!!

Jom-jom adik2 jangan lepaskan peluang berharga ini!Ajak kawan-kawan,sepupu-sepupu serta jiran-jiran anda!Banyak aktiviti menarik diluar jangkaan anda!Yuran hanya RM180,memang berbaloi punya !!Cuba la dulu!Penuhi cuti sekolah anda dengan perkara yang berfaedah!
Nama Program:
Keindahan Bersama Mu + SSQ + 5R

Tarikh & hari :
9 – 12 Disember 2009
Rabu - Sabtu

Tempat :
Impian Country Resort, Sg. Semungkis, Batu 14, hulu Langat, Selangor

Sasaran Peserta :
13 – 16 tahun

Yuran :
RM 180 sahaja
Klik sini untuk pendaftaran


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu amat menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu"