Thursday, April 30, 2009

Nampak Kecilkan Tapi......

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ya akhi wa ukhti


Apa khabar badan dan iman kita hari ini?Semoga sentiasa sihat hendaknya dan semoga sentiasa di bawah rahmat kasih sayang Allah swt.Entry kali ini mungkin sudah biasa-biasa tetapi sebab benda yang biasa itulah kita selalu pandang remeh.Kerana hal yang mungkin sekecil kuman saja kita buat-buat tak nampak.Entah-entah entry Ika ini pun antum anggap biasa-biasa je.Tak nak luangkan masa walaupun 5 atau 10 minit untuk membaca.Itulah kita manusia yang selalu anggap benda yang remeh-temeh sebegini tidak perlu diambil kisah.(Bukan semua ye.Segelintir manusia shj).Ya Allah ampunkan dosa kami kerana sikap kami yang suka ambil lewa akan sesuatu perkara.Ok muqaddimah je baru.Jom ikuti seterusnya.


1.Senyum
Pernah atau tidak kita sebagai muslim terfikir pasal senyum?Cuba kita renung kembali.Pernahkah kita bermasam muka apabila bertembung dengan saudara seaqidah kita?Malah kadang-kadang siap bahu berlanggar bahu pun belum tentu kita memandang wajah sesama sendiri dan membalas dengan senyuman.Entah-entah saling menarik muka dan bermasam sebab langgar bahu kita.Bukankah senyum itu satu sedekah?Dan apabila sedekah sudah tentu ada pahalanya.Kenapa masih kedekut untuk menyedekahkan senyuman?Inilah benda yang paling senang kita nak dapat pahala.Tapi kadang-kadang kita anggap kecil je.Jika kita mahu orang senyum kepada kita,hendaklah kita senyum kepada orang.Ya Allah ampunkan dosaku dan seluruh umat islam Ya Allah jika kami pernah sebegitu rupa.


2.Alihkan kayu atau batu yang jadi penghalang jalan
Pernah kita lakukan?Bayangkanlah sedikit tenaga yang kita keluarkan untuk mengalihkan sesuatu yang menjadi penghalang jalan untuk orang lalu-lalang pun kita sudah mendapat pahala.Pemurahnya Allah swt kan.Kita kadang-kadang main redah je jalan.Tidak pernah terfikir pun untuk mengalihkan batu atau kayu dijalan.Cuba imbas kembali pernahkah itu berlaku kepada kita?Ya Allah ampunkan dosaku dan seluruh umat Islam Ya Allah andai kami melakukan kesalahan itu sama ada dalam keadaan kami sedar ataupun tidak.Sesungguhnya Kau Maha Mengampun lagi Maha Penyayang.


3.Buang Sampah
Seperti yang sedia maklum.Membuang sampah merata-rata adalah salah satu dosa kecil.Dimana kita tidak meletakkan sesuatu ditempat yang betul.Pernahkah kita membuang sampah merata-rata?Fikirkan sejenak adakah kita pernah melakukan itu?Ramai yang menganggap itu adalah perkara kecil.Malah ada juga yang berkata-kata "Buang sampah dosa kecillah.Ermm takpelah dosa kecil je"..Bongkaknya kita berkata.Dosa kecil apabila dikumpul boleh menjadi dosa besar.Apa gunanya tong sampah jika kita tidak menggunakannya?Kita seperti menzalimi tong sampah @ sampah kerana tidak meletakkan pada tempat sepatutnya.MasyaAllah jahilnya kita.Hanya kerana membuang sampah kita sudah mendapat dosa.Kita mencemarkan alam sekitar.Itu tidak dikira dosakah?Allah memberi nikmat alam sekitar yang bersih kepada kita.Manusia yang telah membinasakan dan tidak bersyukur atas nikmat yang Allah beri.Ya Allah ampunkanlah dosa kami Ya Allah.

4.Buruk Sangka
Kita rasa kitalah paling baik dan semestinya kita akan buruk sangka terhadap orang lain kan?Percaya atau tidak?Tepuk dada tanya iman.Anda sendiri yang tahu diri anda sendiri.Manusia tidak tahu kita bersangka baik ataupun buruk cuma kita sendiri yang tahu.Jika pernah kita berburuk sangka tinggallah perbuatan itu.Ika faham bukan semua orang sempurna tetapi kita semua dikurniakan Allah akal fikiran untuk berfikir.Bukan semua orang akan selalu bersangka baik terhadap orang lain.Cuma kadang-kadang lihat pada tempatnya.Jangan kita bersangka baik walaupun orang tu dah mula tunjuk sikap buruknya.Kadang-kadang manusia ni tidak bersyukur terhadap apa yang orang buat terhadap dia.Malah sering menimbulkan kesangsian orang lain.Harap selepas ini kita semua boleh bersangka baik dan jika kita orang yang disangka baik itu seharusnya bersyukur atas kepercayaan yang orang letak pada kita.
5.Tegur-Menegur
Pernah atau tidak kita menegur sahabat atau orang yang tidak kita kenali jika mereka membuat kesilapan kecil atau besar?Atau kita sama-sama turut serta?Atau mungkin kadang-kadang kita hanya melihat dan berkata dalam hati "Biarlah mereka asalkan aku tak buat".Bukankah kita perlu berdakwah?Itulah kerja yang Allah beri kepada kita.Ya,memang selemah-lemah kita,kita hanya boleh membenci perkara tersebut dengan hati.Tetapi takkan kita seorang sahaja nak jadi baik?Yang sudah hanyut hendak dibiarkan begitu saja?Apa kita nak jawab bila Allah tanya di akhirat kelak?Jadi kepada sahabat kita yang diluar sana masih hidup dalam kegelapan Ika harap antumlah yang akan membantu mereka.Kita hidup satu perjuangan tiada masa untuk berpangku tangan.Siapa lagi hendak membantu mereka melainkan kita sahabat rapatnya?Tetapi jika mereka tetap berdegil kita diberi keringanan untuk melepaskan dia kerana "Tiada siapa yang dapat mengubahnya melainkan dirinya sendiri"..

6.Doa

Cuba ketika waktu berdoa kita perhatikan betul-betul berapa ramaikah yang betul-betul khusyuk dalam doanya?Kadang-kadang dalam 100 orang itu mungkin 2 3 orang je yang betul-betul khusyuk kan?Yang lain tu macam-macam perangai.Sampai menggangu orang yang berdoa dengan khusyuk.Ada yang bersembanglah sedangkan tangan menadah meng"ameen"kan doa.Ada yang nak angkat tangan pun malas-malas.Dah macam "Erm aku tadah je,nak bagi,bagilah taknak bagi sudah"..Bila Allah nak bagi kalau dengan cara itu kita berdoa?!Ada pulak diam je..tetapi mata entah kemana.Hati lagilah entah kemana.Walaupun Ika tahu kadang-kadang Ika sendiri macam tu.Sebab kita manusia tidak sempurna.Kadang-kadang ada perasaan malas,jemu,bosan dan sebagainya.Tetapi percayalah yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan dan doa dari kita hambaNya.Lihatlah betapa sayangnya Allah kepada kita.Disini ada Ika nyatakan cara berdoa dengan betul.

a)Menadah tangan dan mata tepat memandang 1 titik sahaja ditangan.

b)Mulut melafazkan doa-doa

c)Telinga mendengar doa-doa yang dilafazkan

d)Hati dan akal bayangkan apa yang didoakan

Bila difikirkan semula MasyaAllah banyaknya dosa kita kan?Banyaknya benda yang kita pandang sebelah mata atau pun barangkali tidak memandang langsung!Ampunilah dosa kami Ya Allah.Ika juga sering mengingatkan diri Ika sendiri sekaligus Ika mengingatkan rakan-rakan Ika diluar sana.Yang membaca post ini.Tahniah kepada anda kerana meluangkan masa untuk membaca ini.Semoga ini sedikit sebanyak dapat muhasabah diri kita.Dan semoga mendapat manfaat berkunjung ke blog Ika yang tidak seberapa ini.Jika ada sebarang kesalahan silalah tegur.Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah swt dan segala silap dan salah datang dari Ika sendiri.

Semoga Bermanfaat!

Tuesday, April 28, 2009

~> ERAT '09 <~

Bismillahirahmaniraheem
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ya akhi wa ukhti

Jumaat 24.04.2009
Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah Ika diberi peluang untuk menjadi salah seorang protege di ERAT 09 yang berlangsung di UIAM Gombak dan Kem Rebutia D'Perkasa.Program ini dianjurkan oleh KARISMA dengan kerjasama dari JIM dan WAMY.Mula-mula sampai di UIAM memang Ika sangat teruja nak join program ni.Sebab Ika memang seorang yang tidak reti sama sekali untuk duduk diam!haha.Fasilitator di sana tidak dikenali sebagai fasi malah sebagai Mentor.Selalu Ika jadi fasi tapi sekarang kena jadi peserta tu yang excited tu.Ada Kak Aminah,Kak Nabila,Kak Salwa,Kak Afra',Kak Maryam,Kak Sofi,Abg Dhany,Abg Sani,Abg Marwan dan semua mentor2 dari KARISMA!asif nama xingat semua la.hihi

Setelah selesai sesi pendaftaran,semua protege diarahkan masuk ke dewan.Selepas membuat ice breaking.Then adalah lagi taklimat-taklimat,ceramah-ceramah dan sebagainya.Pensyarah dari international islamic college pun turut hadir bagi menyampaikan ceramahnya.Setelah itu kami dibahagikan kepada power group.Group kami nama 3P dengan maksudnya Protege Power Punya!haha.Yang diketuai oleh 'Awatif dan terdiri dengan ahli-ahlinya iaitu Majidah,Aini,Sara,Dayang,Adawiyah,Afiqah,Nasyadh,dan Zalikha(Ika sendiri).Dorg memang BEST!Malam itu semua protege diarahkan supaya bermalam di Kem Rebuti D ' Perkasa.Kami berangkat ke sana menaiki van dan kereta.Sampainya Ika disana,Ika diminta tidur bersama Mentor di chalet.Tak dapat tidur khemah dengan kawan-kawan.huuuu~ sedihnya.Sabtu 25.04.2009
Hari Sabtu aktiviti luar.Dah la kak Aminah tak kasi jungle trekking.!!!Tapi semua takkan tak tau lagi kan perangai Ika.Merengek-rengek sampai semua Mentor dah penat dengar.Akhirnya mereka semua akur dengan permintaan Ika!yes yes!berjaya!Jungle Trekking memang sangat sejuk!sebab berendam je dalam sungai.Tapi best dah lama tak mandi sungai.Then,petang tu ada explorace yang sangat-sangat menguji daya pemikiran para protege.Tapi paling Ika agak cuak ketika di check point yang pegang cacing tu.Mak Aii!!Ika dah la geli geleman orangnya.hahaha.Ika tak tengok then selup tangan tetiba raa semacam.Nie paling Ika lemah la.Then gi check point nak makan-makan nie.Wahh sedapnya makanan kami.Bersyukur masih diberikan makanan.Orang kat Palestine tu nak dapat makan pun susah taw!so Alhamdulillah.Taw makanan apa patut kami makan?jeng jeng jeng!Tempoyak dan Ikan Masin!hihi.Best best!Siap buat bulatan,baca doa.makan langgar2 tangan.MasyaAllah,Manisnya ukhuwwah kan?Alhamdulillah ya Allah aku diberi sahabat yang cukup baik di sini.
Then,seusainya bersihkan diri dan solat maghrib secara berjemaah.Kami ada MANIS malam tu.Ada persembahan,kumpulan kami diberi tugasan untuk membuat PENTOMEN 3 LOGHAT.Best sangat!Ika buat loghat utara la.hihi.Aini loghat Kelantan,Afiqah pula loghat Sabah.Paling best dapat johan kumpulan kami.Itulah hasil usaha kami,Walaupun tak cukup masa kami berbincang.
Ahad 26.04.2009
Pada pagi Ahad,kami ada aktiviti riadah.Buat donat lah,main dadu la.Best3!da disertakan gambar donat yang dihasilkan tetapi siapa yang membuatnya tidak dapat dikenal pasti.huahuahua..rasanya bukan akhawat punya.Ceh!buat malu je kalo ikhwah punya.hahaha.

Then bersihkan diri dan sarapan pagi.Ada lah ceramah tentang IPT.Jumpa lagi Ika dengan Doktor Harlina.Masa Remaja Raikan Ramadhan(3R) tahun lepas dah jumpa.hihi.Memang best.Tapi Ika mengantuk sangat!Tiap kali ceramah je mengantuk.Dan setiap kali tu jugak nampak bekas gula-gula diagih-agihkan.hihi.mengantuk je kuyah gula-gula.hehe..bagus betul!


Seterusnya biarlah gambar-gambar dibawah yang berbicara......

Haha terselit muka kak Aminah dengan posing manja gitu.


Dari kiri : 'Awatif,Afiqah,Aini,Majidah,Nasyadh,Sara,Dayang,Zalikha,Kak Nabila.


Selepas itu,tiba-tiba pandangan tertoleh pada seseorang yang Ika kenali.Abang Bai datang rupanya.hihi.Untuk buat motivasi pepisahan.Peh rasa macam pergi KBM jugak.Cuma lainnya selalu jadi fasilitator tapi sekarang jadi peserta.Kena la buat 3S Salam senyum sapa.Kira rindu tak dapat ikut kak Mia,kak Nina,kak Yong menjayakan KBM terubat jugak lah.


Macam buat inteam pulak.heeeee~

Tetapi walau banyak kali manapun Ika pergi KBM perasaan sedih itu tetap ada.Walaupun Ika baru sahaja mengenali kawan-kawan di ERAT '09 tetapi perasaan kasih dan sayang itu tetap ada lantaran kita memegang aqidah yang sama.Kerana kalimah "Laillahaillah" kita bertemu di program ini.Ya,tidak beriman seseorang itu jika dia tidak menyintai saudara seaqidahnya.Kita bertemu dan berpisah kerana Allah swt.

Buat Mentor2 sekalian,protege2,dan yang sewatu dengannya,(haha)!

Jazakumullah Khairan Katheera pada semua yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.Semoga sedikit usaha kita hari ini,akan menjadi bekalan kita dan dinilai di sisi Allah swt di akhirat kelak.InsyaAllah.~

Ya Allah hanya Engkau yang memegang hati2 ini


Kau luruskanah hati ini Ya Allah


Janganlah sesekali Kau pesongkan hati2 ini kerana keegoaan kami


Didiklah hati hati kami Ya Allah


Sesungguhnya kerana kalimah Mu kami bertemu


Ya Allah sesungguhnya kami semua bersaudara


Ya Allah aku tidak sanggup melihat jika salah seorang dari kami


Engkau campakkan ke Api Neraka MU


Kukuhkanlah persahabatan ini Ya Allah


Sesungguhnya kami semua ingin berkumpul di Jannah MU kelak


Ameen ~

Monday, April 27, 2009

:.Si Budak Kechik.:



Assalamualaikum wbt ya akhi wa ukhti




Post ini untuk si budak kechik di SRIAAKL
ELLY
EFFA
Untuk pengetahuan semua post ini dibuat atas paksaan si budak kechik tu.haha!xdela..Elly adalah adik yang ika kenal ketika ika berKBM di Sek Ren Al Amin KL sewaktu bulan januari yang lepas.Elly ini nakal Ouh!suka kacau Ika!hish!ngade ngade.hehe.Okay akak doakan semoga Allah beri yang terbaik untuk adik-adik UPSR nanti.Buat betul-betul taw!jangan nak Online ym jek.hihihi.Dan jangan lupa bakti kepada kedua orang tua.Ingat pesan akak,jadilah anak yang Soleh Wa Musleh!
Yang takde pic tu.kalau rasa nk akak tayangkan..sila la beri pic anda ya!haha




Peringatan:Post ni biarlah bebudak SRIAAKL sahaja yg membacanya!sebab xde pape pun :D


Monday, April 20, 2009

:.PENERBANGAN SURAU AS SOLIHIN.:

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti
Ku mulakan bicara ini dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah team kbmkL diberi kepercayaan untuk melebarkan sayap dakwah dan kali ini bertempat di Surau As Solihin,Desa Tasik di Sungai Besi.Seramai 90++ anak-anak polis yang lebih dikenali sebagai adik kasih dan sayang telah menjadi penumpang pesawat krj 180409.Adik kasih dan sayang kali ini berusia lingkungan 11-17 tahun.Seramai 17 orang team kbmkL telah bersungguh-sungguh dalam menjayakan kbm kali ini.


Airport:Surau As-Solihin,Desa Tasik,Sg Besi
No Pesawat:KRJ 180409
Tarikh:18-19 April 2009
Penumpang:90++ adik kasih & sayang
Pilot:Kak Yong
Pramugara:Abg Aiman,Abg Arul,Abg Benjo,Abg Bob,Abg Chef Wan,Abg Farhan & Abg Yasser
Pramugari:Kak Ai,Kak Ana,Kak Dila,Kak Hani,Kak Ika a.k.a Kak Chik,Kak Yun & Kak Zar

PENGENDALI SLOT


KMKY:Pak Ngah & Kak Ana
INTEAM:Pak Ngah
MAM 1:Pak Andak
MAM 2:Abg Aiman,Kak Zar & semua fasilitator terlibat.
KINI & HIJRAH:Kak Anjang
MKMS:Pak Ngah
PERTEMUAN:Pak Ngah

KBM kali ini lain dari yang lain kerana adik-adik kasih dan sayang menghadirkan diri pada jumaat malam iaitu 170409.Pak Ngah telah memenuhi malam itu dengan ceramah tentang Palestine.Nasib saudara seaqidah kita di Palestine.

Dan pada pagi Sabtu slot Knowing Me Knowing You telah dikendalikan dengan cerianya oleh gandingan Pak Ngah dan Kak Ayu.Adik-adik begitu teruja membuat 3S pada pagi itu.Ketika KMKY sewaktu slot Salam Mesra 2 adik kasih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan adik sayang kepada 6 kumpulan.Macam-macam gelagat adik-adik kasih dan sayang ketika mempersembahkan army yell dihadapan.


Pada sebelah petang seusainya solat zohor dan menjamu selera.Adik-adik kasih dan sayang mengikuti slot seterusnya iaitu slot inteam dibawah pengendalian Pak Ngah.Walaupun ada di antara adik-adik ini baru mengenali antara satu sama lain tetapi mereka cukup menghayati solt inteam ini dan saling bermaaf-maafan.
Sebelum masuk waktu asar slot inteam berjaya diakhiri dengan bersalam-salaman.Adik-adik kasih dan sayang telah solat asar secara berjemaah.Seusainya solat asar adik kasih telah bersama akak-akak fasilitator untuk sesi riadah yang dijalankan di dalam surau manakala adik sayang telah bersama abg-abg fasi di perkarangan surau untuk beriadah bersama.Pelbagai game yang telah akak-akak fasi dan abg-abg fasi perkenalkan kepada adik-adik.
Setelah selesai beriadah,adik-adik diminta untuk makan dan membersihkan diri masing-masing untuk solat maghrib bersama-sama.Seusainya solat maghrib,lagu DEMI MATAHARI diringi simulasinya telah dipersembahkan oleh para fasilitator dan pengendali kepada adik-adik.Setelah azan isya' berkumandang kami solat isya' berjemaah.Seusainya solat isya' adik-adik telah dibawa jauh mengembara oleh Pak Andak untuk merasai keindahan bersama Allah,Rasulullah dan Ibubapa.Slot diteruskan lagi dengan MAM 2 dengan gandingan mantap Kak Zar dan Abang Aiman serta melibatkan semua fasilitator.Walaupun banyak masalah yang dihadapi tetapi alhamdulillah para fasilitator dapat menyelesaikannya atas bantuan dari Allah swt.Slot pada malam itu berakhir kira-kira pukul 1.30 tengahmalam.

Pada keesokan harinya,seusainya solat subuh dan sarapan pagi.Adik-adik telah dibawa berhijrah bersama Kak Anjang diluar surau.Alhamdulillah ibu bapa yang hadir sangat menggalakkan dan sementara itu,ibu bapa yang hadir telah bersama dengan Pak Ngah dalam slot Menyemai Kasih Menuai Sayang di dalam surau.

Kira-kira jarum jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari,adik-adik telah dibawa masuk ke surau bertemu dengan ibu bapa mereka melalui slot pertemuan sambil berzikir.Ibu bapa yang hadir menanti-nanti kedatangan anak maing-masing masuk ke dalam surau.

Seperti biasa,ada diantara adik-adik kasih dan sayang ini yang ibu bapanya tidak dapat hadir tetapi adik-adik ini mendapat pelukan dan kasih sayang daripada seorang ibu walaupun bukan ibu kandung mereka.Adik-adik kasih ini ditenangkan oleh para ibu yang hadir.

Dan pastinya,setiap kali berKBM team kbmkL tidak pernah lupa untuk memenuhi kewajipan seorang muslim iaitu membantu saudara seaqidah kita di bumi Palestine.Sedikit video klip ditayangkan dan kutipan derma dijalankan.Alhamdulillah kami berjaya mengutip sebanyak RM350++ hasil dari sumbangan ibu bapa yang hadir.

Acara penutup diakhiri dengan ucapan dari mereka yang berkenaan.Dan pesawat KRJ 180409 selamat mendarat kira-kira pukul 1.20 tengahari.Doa kami agar team kbmkL dapat terus melebarkan sayap dakwahnya dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kbm kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Semoga sedikit tenaga kita dinilai disisi Allah swt di akhirat kelak dan harapan kami team kbmkL agar adik-adik kasih dan sayang ini akan terus MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA dan menjadi REMAJA SOLEH WA MUSLEH.InsyaAllah

antara fasilitator akhawat yg terlibat

tiada dalam gambar:Kak Yong,Kak Anjang, & Kak Dila


KEINDAHAN BERSAMAMU(KBM)

Ika:Malas nak buat disebalik Tabir!haha.

Thursday, April 16, 2009

:.Bila Diri Disayangi.:

Assalamualaikum pembuka bicara
Bissmillahirahmaniraheem
Tau lagu Ukay's tak?Lagu yang bertajuk BILA DIRI DISAYANGI.Yela Ika jiwang,suka sangat lagu yang macam ni.Asalkan tak lebih-lebih.Sesungguhnya Allah benci dengan orang yang melebih-lebih.Agak-agaknya lagu ini berkisahkan tentang apa ya?hurmm.Bila dengar balik lagu ni betul-betul.Ada tak antum perasan yang lagu ini banyak maknanya.Setiap lirik penuh makna yang sangat mendalam.
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir...
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu,
Terasa diriku..Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri......
Mungkin ramai yang dah pernah dengar lagu ini atau mungkin ini adalah salah satu lagu kegemaran anda.Tapi cuba perhatikan betul-betul setiap liriknya.Okay Ika terangkan disini.
Lagu ini seperti kehidupan kita semua yang beragama Islam.
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu
Kita tidak boleh jemu menyebut nama Allah.Allah yang Menciptakan manusia,Yang Mencipta bumi,Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.Manakan kita boleh jemu menyebut namaNya.Jikalau kita boleh menyebut nama pasangan kita hampir tiap-tiap hari.Kenapa untuk menyebut Allah sangat sukar?Jangan jemu menyebut nama Allah.Sesungguhnya Allah sangat sayang terhadap hambaNya.
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir
Satu kita perlu ingat,walau sebesar mana pun kita,walau sekaya mana pun kita.Kita perlu tahu yang kita adalah sama disisi Allah.Insan yang kerdil disisi Allah.Pernahkah kita terfikir bahawa doa itu boleh mengubah takdir seseorang.Jika seseorang berdoa dengan ikhlasnya,tawaduk,bersungguh-sungguh.Allah makbulkan doanya.Allah itukan Maha Mendengar.MasyaAllah sayangnya Allah kepada kita.
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu
Percayalah yang Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya.Allah itu Maha Penyayang.Adakah kamu sebagai hamba Allah apabila keliru menyebut nama Allah?Tidakkah anda perasan yang Allah sentiasa membantu kamu.Bila terkeliru nak buat pilihan mana satu,yang mana terbaik buat kita.Kita solat istikharah.Memohon-mohon,meminta-minta,merayu-rayu dan menyebut-nyebut nama Allah swt.Dan Allah membantu kita.Gerakkan hati kita mana yang terbaik.Sesungguhnya apa yang Allah aturkan adalah yang terbaik buat kamu.Lagi sekali,MasyaAllah sayangnya Allah kepada kita.
Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Allah swt lah yang pertama.Jika kita dalam kebuntuan mahupun kesusahan Allah swt sentiasa bersama kita.Sebagai seorang hamba,kita sentiasa diuji Allah.Ingat,Allah memberi ujian @ musibah terhadap seseorang kerana hendak menambah iman atau menguji iman seseorang.Kita hendaklah redha menerima ujian itu walau seberat mana pun.Allah tidak menguji seseorang itu diluar kemampuan hambaNya.Kita perlu berusaha dan dekatkan diri kepada Allah.Akhir sekali berserahlah diri kamu kepada Allah swt yang menciptakanmu.Dan sekali lagi,MasyaAllah sayangnya Allah kepada kita.
Harap sedikit perkongsian ini dapat membantu antum semua.Semoga bermanfaat dan semoga diredhai Allah swt.Sedarlah wahai manusia yang Allah sangat sayang pada hambaNya.Syukran kerana sudi meluangkan masa walau sedikit untuk renungan kita bersama.Nasihat ini juga untuk mengingatkan diriku yang sering alpa.
BILA DIRI DISAYANGI

Monday, April 13, 2009

:.Seminggu Di Johor Bahru.:

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti

4.04.2009;SABTU
Alhamdulillah seminggu yang lepas sekali lagi Ika berpeluang balik bersama kak ucu untuk berjumpa dengan abi dan ummi yang menetap di Larkin,Johor Bahru.Kami bertolak dari kira-kira pukul 3.00 petang waktu Malaysia(hehe).Sepanjang perjalanan kami di dalam bas mata sangat hyperactive!Tak boleh tidur.Kebetulan ada adik yang sangat peramah di kerusi hadapan kami.Layan jela dia.Kami selamat sampai ke Larkin kira-kira pukul 7.30 malam disambut oleh abi di perhentian bas berdekatan rumah kak ucu.Sampai di rumah pula Ika dan ucu disambut oleh ummi dengan wajahnya yang ceria menanti kepulangan anakandanya tecinta(IKMAL RUSYDA AHMAD PUAAD).

5.04.2009;AHAD
Kami ke kenduri kahwin di BENUT kalau Ika tak silap(hehe).Balik dari kenduri Ika telah berjanji dengan Abang Ngah(sepupu ika) untuk berjumpa bagu menyelesaikan tugas Ika di sana(cewah)!Tak ada apa pun.Bagi kain jer Abang Ika kirim dari KL.Abang Ngah datang sesat2 jugak la.hihi.

6.04.2009;ISNIN
Hari Isnin Abi dan Ummi mula bekerja.Pagi-pagi lagi Abi dan Ummi dah keluar.Hanya Ika,Akak,Kak Adriana dan Amir Faris di rumah.Kak Adriana adalah isteri kepada Abang Khairul(sepupu Akak).Amir Faris adalah cahaya mata pasangan bahagia itu.


7.04.2009;SELASA
Hurm hari ni pergi mana eh?lupa la.haha.Pergi Angsana rasanya.Nta.Betul-betul lupa la.Betul!Tak tipu.hihi.Ha!Dah ingat.Hari ni kami pergi ke ANGSANA.betul lah tadi.Akak nak sangat beli handphone.Tapi pelik,yang rancang nak beli handphone Akak jer.Tiba-tiba Abi dan Ummi pun tengok sama.Last2 semua beli handphone baru.Amboi berlawan-lawan.huhu.


8.04.2009;RABU
Hari ni pun rasanya tak kemana-mana.Cuma malam tu Ika ikut usrah yang naqibahnya Ummi.Usrah di surau IPTI tempat Abi mencari rezeki.Asif picture takde.hehehe.Pastu masa usrah sempat lagi bincang dengan Kak Amin esok nak gi jalan jalan.hihi.


9.04.2009;KHAMIS
Hari Khamis dalam pukul 2 petang Kak Amin,Kak Syaz,dan Kak Adibah menjemput kami menaiki kancil empunya Kak Amin.Sebelum pergi makan angin kak Ucu kena pergi sekolah dia nak ambil sijil SPM dia.Sempat Ika snap perkarangan sekolah Akak.

Setelah selesai segala urusan di sekolah Kak Amin bawak kami jalan-jalan jauh Ouh!huhu.Kami ke JUSCO BUKIT INDAH untuk menikmati BIG APPLE.hihi.Donat oh Donat.

10.04.2009;JUMAAT
Hari ni tak buat apa apa rasanya.Cuma duduk rumah je KOT!hehe.Pastu main-main dengan Amir.hihi


11.04.2009;SABTU
Sepatutnya rancang untuk balik hari ni.Tapi tak jadi sebab Abi ada meeting.Mungkin penat.heeeee~ kesian ABI.hehe.Petang tu Kak Amin datang lagi.Tiba-tiba Kak Amin dapat jadi cikgu mengajar memandu pulak.hihi.Malam tu Ika dapat baju sama dengan Akak.Ummi dan Abi yang belikan.Syukran Jazilan!(picture akan diupload kemudian).


12.04.2009;AHAD
Hari ni pagi-pagi dah siap-siap untuk bertolak ke Kuala Lumpur.Nak balik rumah la.hihi.Kami sempat singgah ke rumah adik Abi(Pak Andak) di Muar,JOHOR.Ramainya anak-anak dia.Cute lak tu!huhu.Kami meneruskan perjalanan dan berehat di SEREMBAN.

Seusainya menjamu selera kami meneruskan perjalanan.Alhamdulillah kami selamat sampai ke teratak Ika kira-kira pukul 2 petang.Kami makan lagi.huhu.Banyak betul makan!Seusainya makan dan solat.Abi Umi dan Akak meninggalkan teratak Ika.



ITU SAHAJA CERITA IKA SEPANJANG BERSAMA DENGAN ABI UMMI DAN AKAK =)
Semoga Ukhuwwah Fillah ini Berkekalan dan diredhaiNya.InsyaAllah.

Friday, April 3, 2009

:.Wabak Pantun Semakin Mengganas.:

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Well,hari ni saja-saja suka-suka update blog.Lepas spm ni hari-hari terima surat cinta dari kolej sana sini.Ada yang suruh ambil Diploma kejururawatan,Diploma Communication,Diploma Multimedia,Diploma Science Computer,Diploma Kejuruteraan Awam,Diploma Seni Bina,Diploma Art design(wah ni macam suka jek!haha)dan sekian sekian lagi.Malas nak cerita semua!





Dekat sini malas nak cerita panjang-panjang la.Rasa-rasa dan merasa macam nak pantun je.hihi.Wabak merbahaya betullah berbalas pantun ni.keh3


Ada apa dalam kain,
Dalam kain ada ikan sepat,
Ika tunggu tawaran lain,
InsyaAllah ada rezeki dapat.


Pagi-pagi beli roti nan,
Makan roti nan atas titi,
Bulan 5 keluar keputusan permohonan,
Doakan Ika dapat masuk universiti.


Gelak-gelak sampai terleka,
Baca pantun sukanya dia ni,
Pada sesiapa yang nak beli pantun Ika,
Silalah anda menjawab pantun ini!



Tengok cermin sambil menyanyi,
Bila orang marah dia pula banyak bunyi,
Sungguh berperasaan perasan lebih lah ika ni,
Ada ke orang nak beli pantun Ika kat sini?


Keluar rumah pakai celak,
Ika rasa macam nak gelak!hahahaha!

Wassalam

Thursday, April 2, 2009

:.Eid Milad Said.:

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti
Bismillahirahmaniraheem.




Alhamdulillah pada 1.4.2009 genaplah usia akak kandung ika 22 tahun yang kami sekeluarga mengelarnya sebagai Kak Yong iaitu anak kedua daripada 4 adik-beradik.Nama yang diberikan kepada kak yong adalah Siti Zaidah Abdul Rahman.Dalam adik-beradik kami kak yong seorang sahaja yang lahir bukan di selangor tetapi di kedah darul aman kerana disitu terletaknya kampung tercinta kami di sungai petani.Walaupun Ika tahu yang kak yong langsung tidak tahu menahu tentang kewujudan blog ini tetapi biarlah Ika mencoretkan sesuatu disini.



Pertama sekali Ika hendak memohon ampun kepada kak yong kerana hari lahir kak yong kali ini Ika tak dapat nak beri hadiah mahupun kad.Selalu paling tidak Ika akan buatkan kak yong kad istimewa buat kak yong kerana Kad dibuat sendiri oleh Ika.Tapi,Ika langsung tidak mempunyai sekeping wang pun kerana telah habis digunakan untuk keperluan Ika yang lebih penting.

Buat kak yong,Ika doakan semoga kak yong panjang umur dan dimurahkan rezeki.Semoga dengan peningkatan umur ini seiring dengan amal kebaikan.Dan paling yang Ika harapkan,ikatan adik-beradik kita kekal hingga ke Jannah Allah swt.Walaupun Ika tahu yang kak yong tak pernah sekali pun ucap yang kak yong sayang Ika.Ika tunggu hari-hari perkataan itu keluar dari mlut kak yong.Telinga Ika hendak sangat mendengar "Adik,kak yong sayang adik".Itu yang Ika harapkan pada Kak yong,sebab Ika tahu kita memang tak pernah nak baik-baik,tak pernah nak berdamai.Tapi Ika mohon kak yong.Maafkan Ika andai Ika tak menjadi seorang adik yang baik pada kak yong.Jikalau Ika gagal menjadi adik yang baik pada mata kak yong.Kak yong..Ika sayang kak yong!!!

Ika tahu,Ika saja yang selalu ucapkan perkataan tu pada kak yong.Dan mungkin kak yong rasa dah lali dengan perkataan tu.Ika berharap untuk kak yong membalas kata-kata ika kak yong.Tolonglah faham.Ika mengharapkan kasih-sayang dan belaian seorang akak!Kak yong sendiri tahu yang Ika seorang yang MANJA.

SELAMAT HARI LAHIR KAK YONG!